Tuesday, 21 September 2010

Kunci

Kunci..berkunci..terkunci..dikunci..mengunci..

Yang paling berkaitan dengan pengalaman pahit saya [yang manis akhirnya] ialah..TERKUNCI..

Kejadian ini berlaku semalam seusai pulang dari menghantar Ameen & Iffah ke sekolah jam 9:00 pagi. Saya keluar ke belakang rumah untuk membuang plastik sampah, tiba2 sahaja..pintu dapur berbunyi 'klik' tertutup. Huh, terkejut saya dibuatnya kerana saya memang sedar tiada kunci rumah dengan saya. Berpeluh2 saya dibuatnya di pagi yang dingin semalam tu. Paling membuatkan saya terlalu bersyukur ialah, Izzah ada bersama saya ketika itu. Cuba bayangkan jika dia seorang di dalam rumah sedangkan pintu tertutup dan terkunci. Pintu dapur rumah kami akan terkunci secara automatik jika kami tutup saja daun pintu tu. Jadi, memang merbahayalah jika kami terkunci di luar..

Saya mula memerah otak..fikir macamana nak buka pintu ni semula. Memang tidak mudah. Saya beristighfar banyak2 kali menghitung kembali apalah yg saya dah buat hari itu, hinggakan ditimpa musibah di pagi hari..huhuu. Saya cuba tenangkan fikiran dengan membawa Izzah ke Anderson Bakery, mencari treat untuk dia supaya dia tak mengamuk2, maklum sajalah Izzah tengah demam masa tu.

Akhirnya saya dapat satu ilham..tiba2 saya teringat kata2 kak Zarina BZ yang baru je bertandang ke rumah kami pd malam sebelum kejadian, bahawa saya berkongsi landlord dengan rakan Malaysia di jalan sebelah, kak Intan & abg Asmady. Pheww..inilah satu2nya jalan yang ada. Tanpa berlengah saya terus berjalan sambil mendukung Izzah menuju ke rumah mereka. Dalam hati saya tak henti2 berdoa agar mereka berdua ada di rumah. Nasib baik jugalah kami berdua masih mengenakan jaket, langit pula makin rendah kelihatannya, tanda hujan nak turun.

Alhamdulillah, dengan 3 ketukan, abg Asmady dah jengah kepala dari tingkap biliknya. Sebaik sahaja kak Intan membuka pintu, saya terus menyampaikan hajat saya di samping menceritakan perihal kejadian dari A hinggalah Z. Saya tidak dapat menghubungi landlord sendiri kerana saya tak simpan pun nombornya. Rasa kesal pun ada tapi dah tak berguna kan. Bersyukur saya pada Allah kerana adanya suami isteri yang baik hati ni.

2 jam jugalah saya dan Izzah menumpang di rumah mereka sementara menanti kedatangan Lesley. Akhirnya penantian berakhir..Lesley membawa spare key nya dan membuka pintu dapur kami dengan jayanya.. disaksikan oleh abg Asmady dan kak Intan.

Alhamdulillah, walaupun diuji di awal2 hari..namun saya tetap bersyukur kerana mempunyai sahabat yang baik hati yang membantu menyelesaikan masalah saya..dan juga tuan rumah yang juga baik hati yang bergegas terus datang ke sini dengan wajah ceria walaupun sebelum itu beliau sedang sibuk bermesyuarat. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas segala kebaikan yang dihulurkan.

So, this is the day! The day when the incident happened so sudden whereby my husband is not around. Pheww..it won't happen again. I promise.

2 comments:

ummi n hubby said...

nani.. macam2 dugaan zul xde dlm seminggu ni.. nasib baik izzah bersama awak.. anyway take care..

hnyhar said...

na,
itulah, macam2 pula insiden yg berlaku..huhuhu..mmg betul, sy bersyukur sgt2 izzah ada sekali masa pintu terkunci tu..bayangkanla kalau dia dok dlm rumah tp pintu terkunci, histeria la jawabnye budak kici itu..

TQ..