Wednesday, 22 September 2010

Demam

Semalam Iffah demam teruk...sampai tak pergi sekolah. Terbaring je. Hari Isnin tu lagilah, moyok je mukanya, patutlah cikgunya bagitahu, Iffah tak happy dan diam saja sejak tengahari. Rupanya nak demam. Budak2 ni memang selalu macam ni, demam2 bila ayah tiada kat rumah beberapa hari. Alhamdulillah, hari ni dah boleh pergi sekolah. Iffah ni jika demam, agak cepat kebahnya berbanding yang lain sebab dia suka sangat minum air masak, lebih2 lagi bila demam. Bukan kami suruh, dia yang sendiri nak minum.

Malam tadi Izzah pula demam kuat, badan panas sangat, sampai meracau2. Subuh tadi dia asyik nangis saja, mungkin rasa sakit2 kepalanya. Lepas tu, dia sebut2 nak ayah pula..bagi tak menghampakan Izzah, saya menelefon ayahnya. Bila ayah panggil2 namanya, dia diam sambil cebik2, pastu angguk2 kepala bila ayah cakap nak balik esok. Oh! Kasihan sungguh anak ibu.

Malam tadi saya kurang tidur juga, tak sampai hati nak tidur bila dia tengah meracau2 tu, akhirnya saya tidur terduduk menyandar sambil meriba Izzah. Kepalanya memang asyik kena 'jelong' je. Yang kelakarnya, Izzah siap cakap..'aww..aww..cold ibu..' sambil tertawa tiap kali saya lap badan dan ketiak dia dengan tuala basah. :) Walaupun sakit, sempat lagi dia hiburkan ibu malam tadi..hihi. Pelik nanti mak Brooke kat sebelah jika dia dengar kami berdua dok ketawa terkekek2 tengah2 malam buta.

Akhirnya pagi tadi, sekitar jam 8:35 pagi, saya menelefon ke Bowburn Medical & Surgery untuk membuat temujanji dengan doktor keluarga kami, DR. W.A. POLLARD. Temujanji kami dijadualkan antara jam 10:00 pagi - 12:00 tengahari. Selesai saja menghantar Iffah dan Ameen ke sekolah, saya bersiap2 untuk ke sana.

Alhamdulillah, kami berdua sempat duduk selama 2 minit saja, nama Izzah dah pun dipanggil masuk. Saya beritahu GP apa2 maklumat yang patut tentang keadaan Izzah. Setelah diperiksa abdomen & tekak, di dapati tonsilnya kemerah2an sedikit. Perut pula tak keras, ok katanya, walaupun dia bertanya samada Izzah ada cirit birit atau tidak. Siap tanya bau stool tu macamana lagi..huhu. Izzah memang berak cair sikit, dan pernah mengadu sakit kat tummy katanya. Tapi, GP kata takde apa2 yg perlu dirisaukan, jadi, beliau hanya bagi prescription untuk ambil paracetamol di farmasi.

Usai saja pertemuan, kami berdua berjalan kaki menuju ke Bowburn Pharmacy berdekatan untuk mengambil ubat Izzah. Terima kasih juga buat Kak Nazimah kerana memberi sebotol paracetamol anaknya petang semalam kepada kami. Masa ni jugaklah stok ubat budak2 kehabisan. Hmm...

Alhamdulillah, ibu harap dan berdoa agar Izzah cepat sembuh dari demam dan kembali ceria seperti dulu.

5 comments:

hnyhar said...

tenkiu armouris..will drop by soon..

lady lavender said...

get well soon yea izzah & buat ibu izzah pulak kuatkan semangat yea..

nar said...

Salam...

Moga cepat sembuh. Demam raye tu + demam rinduuu. Kami sekeluarga pun baru sembuh. Ayah balik ok la iza tu. Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin dari kak iza sekeluarga.

nar said...

Salam nani,

moga izzah cepat sembuh.Demam raye tu + demam rinduuu. Balik ayah nanti ok la tu. Selamat Hari raye.Maaf zahir batin dari kak iza sekeluarga. Moga ayah nani juga beransur sembuh. Semua tu ujian untuk kita....

hnyhar said...

lady lavender,
thanx aunty..
memang terpaksa kuatkan semangatla..skrg ni ibu pula demam daa...

kak iza,
salam eidul fitri buat kak iza sekeluarga juga. bila nak datang durham ni..terima kasih atas doa tersebut..mudah2an kita semua tabah hadapi ujian-Nya, moga jadi hamba-Nya yg bersyukur...