Monday 6 September 2010

7th Anniversary



Alhamdulillah, hari ini bersamaan dengan;

06 - 09 -2010

adalah hari paling bahagia di antara kami berdua. 7 tahun telah berlalu..hari itu, di teratak ayahanda bondaku ramai insan telah menyaksikan lafaz aqad yang suci untuk menyatukan ikatan kasih sayang antara dua jiwa dan membina silaturrahim kerana Allah.

Sesungguhnya kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana perjalanan hidup kami diserikan lagi dengan kehadiran 3 cahayamata pengikat cinta kami. Tiada apa yang paling bernilai buat kami melainkan kurniaan dan nikmat yang Allah berikan ini.


Kami memohon kepadaMu Ya Rahman Ya Rahim..agar ikatan suci yang termeterai di atas namaMu ini akan sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan kasih sayangMu. Tunjukkanlah kami jalan kebenaran dalam melayari kehidupan yang penuh dengan ujianMu. Kuatkanlah iman kami terhadapMu..jadikanlah zuriat kami zuriat yang soleh dan solehah, yang beriman teguh kepadaMu.

Amiin..ya Rabbal 'Alamiin..


I want to spend my lifetime loving you..

4 comments:

NUR said...

Salam kak....

HAPPY ANNIVERSARY...

Semoga kebahagian berpanjangan hingga ke akhir hayat.

NUR said...

Jgn lupa ambil award ye....

lady lavender said...

happy anniversary...loving & caring for each other all the time okay..

hnyhar said...

syura,
terima kasih..amin, semoga doamu diterima-Nya.
award..?ok, nnti bila2 akak dtg amik..tenkiu.

lady lavender,
tq..kasih sayang WAJIB disemarakkan selalu..he3