Monday 13 September 2010

1 Syawal 1431H

Tahun ini 1 Syawal sekali lagi disambut di perantauan. Nampaknya dah kali ketigalah kami menyambutnya di sini..alhamdulillah, tahun hadapan dah berpeluang menyambut lebaran bersama keluarga tersayang.

Tahun ini juga kami berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadhan. Maknanya, 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, sama dengan Malaysia. Bezanya, di Malaysia, kaum kerabat menyambutnya 7 jam lebih awal daripada kami.

Persiapan raya sudah tentu tidak semeriah di Malaysia. Langsir di rumah tiada berganti yang baru. Kuih raya pun sejenis dua je yang dibuat. Itupun buat berdasarkan permintaan je. Kuih idaman hati sendiri pun saya tak buat. Mood raya tak berapa nak hadir sejak saya dimaklumkan dengan berita ayahanda saya yang tidak sihat beberapa hari sebelum Syawal. Walaupun hati tidak gembira, namun saya cuba juga untuk menyambut hari kemenangan ummat Islam ini dengan tenang.

Seperti biasa persiapan ala kadar di buat sehari sebelumnya lagi iaitu di petang Khamis tu. Malamnya sempat lagi saya menyiapkan biskut kelapa bagi menggantikan stok raya yang telah habis awal. Ish2. Pagi2 lagi dah bangun untuk siapkan sarapan, bimbang jika terlewat tiba di dewan untuk bersolat sunat. Bukankah kita disunatkan untuk menjamah makanan sebelum menunaikan solat sunat. Berbeza pula keadaannya ketika Eiduladha, sunat makan2 selepas solat sunat hari raya haji.

Inilah juadah kami sekeluarga pada pagi hari raya. Ada sate ayam sikit, kuah kacang, nasi impit, pulut, dan rendang pedas daging. Semuanya buat ciput2 saja. Sekadar mengubat hati yang lara. :P Alhamdulillah, setelah selesai bersarapan, saya menelefon ayahbonda di kampung.
Nampaknya atuk masih tidak sihat malah tak bermaya untuk mengerjakan solat sunat hari raya. Ramai tetamu yang berkunjung menziarah abah, hinggakan tak menang tangan ma, abg, kakak dan adikku di kampung. Kasihan abah & ma mesti kepenatan melayan tetamu yang hadir hingga larut malam.

Si kecil saya yang turut bangun awal pada pagi raya..tengah duduk menikmati biskut mazola hehe.


Kami akhirnya ke dewan Howland, tempat kami selalu mendirikan solat sunat berjamaah bersama muslim Durham yang lain. Selesai bersolat, sudah jadi acara wajib bagi warga Malaysia untuk bergambar2 kenangan bersama2. Kali ini kami sekeluarga tidak begitu teruja untuk bergambar, mungkin kerana sudah 3 kali raya, dan tempat pun sama je..ditambah pula dengan baju raya yang sama tak berganti, mood pun kurang ada.

Muslimin sedang mendengar khutbah raya.




Sebahagian daripada warga Malaysia di Durham tahun ini.

Balik sahaja dari bersembahyang sunat hari raya, kami singgah beraya di rumah mantan penghulu. Alhamdulillah, dapat merasa juadah jiran tetangga pula.

Bersama tuan rumah, Hanira.

Pada sebelah petangnya pula kami menyambut hari raya beramai2 dalam satu majlis sambutan Eidulfitri warga Malaysia-Brunei-Durham yang bertempat di lokasi biasa, Keenan House. Juadah raya kali ini disediakan mengikut jalan2 lokasi penempatan di Bowburn dan sekitar Durham. Jalan kami diamanahkan untuk menyediakan menu berasaskan mee & pasta. Menu pun boring je..ditambah pula dengan mood saya yang tak berapa nak ada..last2 makan pun tak selera. :) Tapi, takpe melihat rakan2 lain gembira sudah cukup untuk mengubat hati. Alhamdulillah..juadah raya dan tentatif program sungguh harmoni dan meriah. Sekalung TAHNIAH buat pengarah program, ustaz Jai dan koordinator games, Tn Hj Rosli dan isteri. Kreatif acara2 yang dipertandingkan..tida kering gusi juga penonton dibuatnya. Di tambah pula dengan hadiah yang lumayan.

Juadah yang 'macam-macam adaaa'...


Acara menyuap makanan oleh suami kepada isteri kesayangan.. :)
Penulis tiada dalam gambar..

Acara berikutnya yang juga telah dijadikan acara tahunan, iaitu AGM penghulu Durham My sesi 2010-2011. Kali ini saudara Zariman Fazli telah dinobatkan sebagai penghulu yang baru bagi menggantikan saudara Fadhli Ahmad manakala timbalannya pula di sandang oleh Tn Hj Rosli daripada Brunei. Syabas diucapkan.

Kelihatan penghulu baru sedang menyampaikan ucapan.

Dengan itu, berakhirlah majlis sambutan raya masyarakat Durham My bagi tahun 2010. Semoga bertemu lagi di Eiduladha nanti..

2 comments:

azharuddin said...

selamat hari raya, ustazah

hnyhar said...

eid mubarak azharuddin! kullu 'amin wa antum bikhayr..