Saturday, 24 July 2010

Cuti Musim Panas

Semalam merupakan hari terakhir persekolahan bagi kanak2 di Durham, mungkin seluruh England juga. Bermulalah sudah cuti musim panas untuk tahun 2010. Semalam juga adalah hari terakhir Iffah berada di nursery. September nanti, Iffah akan meneruskan persekolahan ke Reception Class di Bowburn Infant & Nursery School juga, cuma berlainan bangunan.

Saya juga ambil kesempatan untuk memberi sedikit cenderahati buat guru2 yang tidak jemu2 mendidik Iffah sejak Iffah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Bersama kenangan menangis selama 10 hari di awal persekolahan dulu, sudah pasti membuatkan Iffah sedikit popular di situ :) [ratu lalak]. Saya cukup mengagumi sikap dan etika kerja mereka yang begitu sabar dengan karenah kanak2. Bagaimana mereka memujuk kanak2 yang enggan ke sekolah sudah cukup membuktikan bahawa mereka sangat berdiplomasi dengan generasi kecil ni. Berbeza dengan apa yang saya perhatikan di tanahair sendiri.

Jadi Iffah, ibu dan ayah harap Iffah dapat memulakan pengajian di Reception Class dengan baik September nanti. Berikut gambar2 kenangan yang sempat saya rakam sebelum pulang.


Iffah bersama Mrs Sandra Bell.
Mrs Bell ni kira macam ketua guru kat nursery ni. Orangnya sungguh serius dan sukar melemparkan senyuman. Namun begitu, di sebalik ketegasan beliau, masih terselit kemesraan. Itu yang saya alami sendiri selama menghantar Ameen & Iffah ke situ. Awal2 dulu saya pun gerun juga dengan Mrs Bell ni. Tapi, sejak berprogram bersama tempohari barulah saya sedar, rupa2nya memang sikap dia begitu, tegas. Tapi sebenarnya beliau sangat baik hati, mengambil berat dan protective.

Iffah bersama guru kesayangannya, Mrs Raine.
Sayang sangat dia kat cikgu dia yg sorang ni. Alasannya suka pergi ke sekolah salah satunya pasal Mrs Raine ni lah. Pernah ditanya kenapa suka sangat dgn Mrs Raine..jawabnya, "because Mrs Raine is so beautiful, and she likes to smile all the time. She takes care of me too.."
Bila Mrs Raine tiada kat sekolah, mesti dia akan masam dan tak happy je sepanjang hari. Semalam pun siap nangis2 peluk2 dengan Mrs Raine sebelum balik sambil cakap "i love u Mrs Raine..so much..".

Iffah bersama Mrs Gillham.

Gambar ni over-exposed la pulak. Lupa pula nak tekan butang iA tu. Lagipun, segan nak snap banyak2 kali, nanti ambil masa Mrs Gillham pula kan. Mrs Gillham ni pun sama..tak lekang bibirnya dari senyuman. Patutlah ramai kanak2 yang suka berdampingan dengannya.

Terima kasih cikgu..jasa kalian tidak dilupakan walau berbeza agama, budaya dan bangsa, kalian tetap GURU kepada anak2ku..



Friday, 23 July 2010

Pergi Tak Kembali

Hari ini kami menerima berita pemergian abg ipar (biras saya), Mohd NorAdzulhisham ke rahmatullah. Semua berlaku begitu pantas..perancangan Allah SWT Maha Hebat..kita sebagai hamba-Nya yang kerdil hanya mampu berserah dan redha atas ujian-Nya. Arwah baru saja didiagnos menghidap leukimia tahun lalu. Masa itu, kami sempat menziarahi arwah sekeluarga sewaktu kami pulang ke tanahair penghujung April 2009.

Namun, Allah SWT ternyata lebih menyayanginya..beliau menghembuskan nafas terakhir pagi ini (waktu UK) a.k.a petang Jumaat (waktu Malaysia) setelah beberapa jam berada di Unit Rawatan Rapi, SJMC.

Buat kak Ana,
doa kami moga kak Ana sihat walafiat, tabah dan tenang hadapi ujian ini. Bersabarlah..hidup mesti diteruskan, demi anak2 tersayang. Kami sentiasa bersama kak Ana.

Buat Batrisya, Aqilah & Fawzan,
acik & makcik rindu kat kamu semua, harap semua makin pulih dari demam..jaga ummi ok?


Semoga tenanglah roh arwah di sana, moga ditempatkan bersama golongan mukminin solihin..sama2lah kita sedekahkan Ummul Kitab kepada arwah.

..AL-FATIHAH..


** bila di tahun akhir pengajian ni, bermacam2 dugaan yang datang...moga kami juga turut tabah untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai di samping menghadapi ujian yang mendatang.....moga dikuatkan iman jua..

Thursday, 22 July 2010

Raja Sehari

3 Julai lalu kami menghadiri jemputan walimatul urus seorang sahabat MISG UK-EIRE, anak teruna kepada ustaz Daud di Leeds. Alhamdulillah dah sampai jodoh Qurratu A'yun dengan isterinya..yang namanya saya cuma tahu, Aini..nama penuh tak tahu. Nama mereka berdua pun dah lebih kurang saja maknanya. Mudah2an jodoh mereka berkekalan..berpanjangan kasih sayang sehingga ke syurga, insyaAllah.

Seronok dapat datang kenduri kahwin yang diadakan di UK. Ini kali keduala kami hadir ke majlis kahwin di sini. Kali ini sungguh meriah, tak ubah macam di Malaysia. Yg membezakannya cuma bilangan tetamu je. Yang lain, semua ada..udang panjat pun ada tau..he3..teringat udang panjat masa kenduri kahwin saya...banyak kenangan tu...kan2?




Kami makan nasi minyak macam kenduri di Malaysia..sedap. Dengar2, komuniti Malaysia-Leeds bergotong-royong memasak juadah dari menu utama, pencuci mulut dan hidangan pengantin. Saya ada ambil gambar makanan2 tu semua tapi entah kenapa susah pula nak upload dlm blog ni..slow pulak time orang tengah rajin nih.. jadi, sebelum mood saya lari, maka ada baiknya saya terus bercerita.

Ini gambar bersama kedua mempelai raja sehari..sejurus sebelum kami melangkah pulang ke Durham..

TAHNIAH A'YUN!!!!

Wednesday, 21 July 2010

: : Empanadas : :

Dah lama tak masukkan entry makanan. Kali ni nak kongsi resipi masakan yang saya pelajari semasa berkursus beberapa minggu lalu. Terima kasih buat Ms Victoria Lemo kerana sudi berkongsi ilmu masak2 ni. Beliau siap print sorang sehelai resipi empanadas ni.

Empanadas ni salah satu makanan Spanish dan Portuguese..jika di Italy empanada dipanggil impanata pula. Apapun namanya, ia tetap sejenis pastry yg ada inti di dalamnya. Sebab itulah ia dipanggil empanada..sebab asal daripada perkataan 'empanar' yg bermaksud membalut atau membungkus di dalam roti. Sekali imbas ia tak ubah seperti karipap, yang membezakannya cuma kuantiti bahan membuat doh saja.

Jom kita lihat resipinya pula. Saya ambil 100 % tanpa mengubah apa2. Belum pernah buat lagi di dapur sendiri. Ini buat masa kat kelas.

: : Dough : :

500 g plain flour
100 g butter or margarine
170 g lukewarm water
1 tsp salt

Preparation:

1. Sift the flour into a large bowl.

2. Mix the salt into the water.

3. Add the water and the butter into the bowl with flour.

4. Mix all the ingredients together until the dough begin to form.

5. Wrap the dough in clingfilm and chill in the fridge for 45 minutes.

6. Place the dough on a lightly floured surface and roll out the dough into a thin sheet and cut out round disc shapes for empanadas (use round molds or a small plate).



Untuk intinya pula, ada 3 jenis yang dicadangkan iaitu daging cincang, bayam dan caprese. Caprese ni banyak pakai tomato dan saya rasa yang ni boleh tahan sedapnya pasal ada keju mozzarella dalam tu. Hmm...sedap.

Hari tu kami hanya masak vegetarian filling saja. Sesiapa yang nak cuba letak minced meat boleh, nanti saya bagi resipi.

: : Caprese Filling : :

1 jar sun dried tomato, chopped
4 tomatoes, sliced
2 fresh mozzarella cheese, chopped
2 cups cheddar cheese, grated
1 cup basil leaves, tore
2 tbsp olive oil

Preparation :

Mix all the ingredients together.


Caprese filling.


: : Spinach Filling : :

1 bag frozen spinach [saya rasa kalau nak guna yang fresh punya ok juga kot]
1 litre fresh milk
2 tbsp plain flour
2 tbsp butter
2 cups walnut, chopped
2 cups cheddar cheese, grated
1 tsp grated nutmeg

Preparation :

1. Defrost the spinach in the microwave.

2. For the white sauce, in a small pan heat the butter. When it is melted add the flour until make a paste.

3. Heat the milk in a pan and when it is warm add the paste. Return saucepan to heat. Cook and stir over medium heat until the sauce thickens. Add salt, pepper and nutmeg.

4. Drain the spinach until it is dry, add the white sauce, nutmeg and the cheddar cheese.

Spinach filling.

** bila filling dah ready, canaikan doh tu dah terap guna piring atau apa saja yg boleh buat bentuk bulat. Masukkan filling dan balut. Biasanya mereka tekan2 saja pakai garpu. Kat kelas hari tu saya klim macam gaya buat karipap. Terpegun mereka, sbb tak pernah lihat cara sebegitu. Terus mereka belajar cara buat klim..wakakaka. Empanadas dah ttukar identiti maaa...

** Sebelum bakar, brush empanadas dengan susu segar yg dicampur telur supaya nampak berkilat keemasan. Bakar dalam oven 180 C selama 15 minit atau sampai masak kekuningan.

: : Minced Meat Filling : :

2 medium sized onion, chopped
3 springs onion, chopped
3 cloves garlic, minced
3 peppers, chopped [green, yellow, red]
4 cups cooked minced beef
4 tbsp olive oil
2 tomatoes, peeled
1/2 cup beef stock
1/4 cup raisins
3 boiled eggs, chopped
1/2 tsp ground cumin
1/2 cup green olives
1/2 tsp paprika
salt and pepper to taste

Preparation :

Saute garlic, onions in hot oil until translucent. Add meat, saute 5 more minutes. stir in tomatoes, stock and remaining ingredients and simmer 30 minutes.


SELAMAT MENCUBA!!

Family Learning Course

Hari Selasa kali ini saya tidak ke mana2. Sebelum ni tiap kali Selasa pagi saya akan terkocoh2 bersiap2 untuk menghadiri kursus Family Learning. Saya belum pernah bercerita tentang kursus ini dalam baytulkifli. Penyakit M teruk juga melanda saya..ahaha. Iyelah, banyak betul kisah2 pengalaman baytulkifli tidak dicatatkan di sini. Pengunjung pun agaknya dah ramai yang lari kan.

Oh! Ye..berbalik semula ke kisah Family Learning course ni. Pada awalnya saya gementar juga nak ikuti..maklumlah golongan minoriti ni, perasaan inferiority tu agak menebal juga. Mungkin tidak pada orang lain, tapi 'ya' bagi diri saya. Atas dorongan daripada suami, maka saya kuatkan semangat untuk sertainya. Kursus 2 jam setengah yang diadakan selama 6 minggu ini sangat informatif dan berjaya jadikan saya seorang yang lebih konfiden dalam berkomunikasi.

Tak cukup rasanya hanya 6 minggu saja.. tempoh masa pun singkat. Menurut seorang rakan Malaysia di sini, kursus ni sebelum ni pun dah ada, dan beliau pun pernah sertainya. Namun, saya tak pasti samada target dan modulnya serupa atau tidak. Kursus yang saya ikuti ini memfokuskan kepada ibubapa dan anaknya yang belajar di KS1 atau 2 [Key Stage]. Jadi, dalam setiap sesi, saya dan Ameen [Year 1] akan bergandingan bersama.

Minggu pertama, kami beraktiviti di bilik staf Bowburn Infants and Nursery School saja. Tetapi untuk minggu berikutnya kami menjalani modul kursus di Methodist Church, depan Bowburn library, kira2 5 minit saja berjalan kaki dari rumah saya. Setiap minggu ada saja aktiviti menarik dilakukan bersama selain mendengar ceramah pendek. Ada sekali je yang saya tak hadir, itupun kerana Ameen kena campak. Saya rasa terkilan juga sebab tak semua sesi saya dapat rakamkan detik dan pengalamannya kerana di sini, kita dilarang mengambil gambar sembarangan tanpa izin. Tiada peserta pun yang membawa kamera, kecuali saya dan Sharon. Sharon takpelah, kerja dia kan, itupun dia siap suruh kami isi borang persetujuan untuk benarkan gambar kami diambil. Siapalah saya ni nak tangkap2 gambar pula. Pheww...sama juga halnya bila di sekolah. Jangan pandai2 nak ambil gambar anak awak dengan anak mat saleh lain..silap2 boleh kena saman tau.

Kami pernah belajar memasak makanan Argentina daripada professional chef dari Argentina [sekarang bekerja sbg chef di salah sebuah hotel terkemuka di Newcastle]. Rugi sungguh rasanya tak bergambar dengan chef tu..punyalah friendly si Victoria tu..isk3. Kami pernah ikuti lawatan sambil belajar ke Durham Oriental Museum, lepas tu piknik dan jelajah Botanic Garden sampai naik lenguh kaki2 ni haa...macam2 yang kami buat. Semuanya seronok dan bermanfaat.

Pada sesi terakhir, kami buat party..masing2 bawa makanan ala2 potluck..tapi Sharon tak suruh pun. Saya bawa karipap pusing inti kentang [vegetarian] sebab Shakti [wanita India] memang vegetarian. Biasanya karipap saya ada inti daging atau ayam. Hmm...semua suka karipap termasuklah Sharon dan Melanie. Banyak betul mereka makan...hahaha. Sharon siap tapaw lagi. Hari last tu kami diminta memakai pakaian istimewa dan kemas. Baju kurunglah untuk saya. Jenuh juga menerangkan keistimewaan baju kebangsaan tu. Apapun saya seronok dan bangga kerana dapat jadi duta kecil Malaysia buat mereka. Dapat perkenalkan kuih tradisional Melayu pula tu. Nampaknya mereka pun suka juga makan makanan Melayu.

Saya dapat sekeping sijil untuk kursus ni. Dapatlah saya buat testimoni dan kenangan kan..alhamdulillah. Jika ada follow-up courses, rasanya saya nak ikut lagi, cuma kena tanya encik boss lah dulu pasal kalau boleh, masa saya berprogram tu, tak maulah bawa Izzah bersama...nanti dia asyik nak mamaaaaa je..isk3. Kalau boss setuju nak jaga Izzah, saya OK la.

Baiklah, dah panjang lebar cerita, jom lihat gambar di bawah ni.

Snail = roti yang disapu butter, gulung2 cam rolie polie, pastu letak stick, pastu letak pisang yang dihiris. Ini artwork Ameen, bukan ibunya :) .

Karipap pusing berintikan kentang. Laris!!

Ameen dengan Vivin Kanan, anak kepada Shakti. Shakti tak kisah Vivin bergambar dengan Ameen.

Artwork Ameen pada hari terakhir kursus.

Peserta kursus yang dapat hadir, masih ada lagi tapi tak dapat datang.
Dari kiri : Shakti, saya, Melanie dan Sharon.

Bergambar bersama tutor Family Learning Course, Sharon. Sharon ni tinggi sungguh..dan langsing. Jarang nak jumpa minah saleh yang kurus begini. Rata2 sihat walafiat. Terima kasih Sharon atas segala tunjuk ajar. Jumpa lagi..

Tuesday, 13 July 2010

Happy 12th Birthday!

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-12

buat

NUR AMNIE BINTI ROSDI

Semoga kakak Ninie dikurniakan kesihatan yang baik, kejayaan cemerlang dalam pelajaran, dimurahkan rezeki, dan kehidupan diberkati Allah SWT.



Daripada kami yang jauh di mata tapi dekat di hati,

Acik Zul,
Acik,
Ameen,
Iffah &
Izzah.

Friday, 2 July 2010

Ameen Demam Campak

Ameen tengah demam campak [measles] sekarang ni. Sejak Isnin lagi demam..keesokannya baru nampak biji2 gatal yang pada mulanya kami sangkakan ekzema. Hari ni pun saya tak dapat ikut serta projek angkut barang2 ke kontena warga Malaysia yang bakal pulang ke tanahair. Sekadar menyediakan sedikit juadah pencuci mulut saja. Sementelah badan masih penat dek baru saja pulang dari Cumbria. Ameen pula memang sah2 tak boleh berada di khalayak ramai dengan keadaan dirinya yang tergaru sana tergaru sini, silap2 berjangkit pula pada kanak2 yang lain. Semoga Ameen lekas sembuh nanti. Sekarang pun cuma bertahan dengan calamine lotion. Minggu depan boleh kembali semula ke sekolah.

** Maaf aunty Ina dan uncle Fauzi, takpe kami dah hantar wakil big boss tolong angkat2 barang..