Monday, 29 September 2008

Esok Rayaaa!!!

PENGUMUMAN...


MAKA DENGAN INI DIISYHTIHARKAN BAHAWA HARI RAYA AIDIL FITRI BAGI MASYARAKAT MUSLIM DI UNITED KINGDOM JATUH PADA

HARI SELASA
30 SEPTEMBER 2008


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Note:
Terkejut dengan berita terkini ini...sekarang kena masuk dapur balik untuk sediakan apa2 yg patut bagi Majlis Hari Raya Malaysia-Durham 2008.

Orang2 Malaysia!! Kami raya dulu yer..

Saturday, 27 September 2008

Mulianya Ramadhan

What type of journey on which breaking the fast is permissible?


The distance of the journey for which it is permissible to shorten the obligatory prayers and to break the fast is approximately 83 kilometres. Some scholars, however, do not specify a distance for the journey. They maintained that whatever is commonly understood as a journey amongst people constitutes a journey in Islam.

The Messenger of Allah (PBUH), used to shorten the prayers if he traveled 3 faraasikh (which is equal to 9 miles). If the journey is undertaken for impermissible purpose, then shortening the prayers and breaking the fast are not allowed because any journey that is undertaken for evil purposes does not deserve (such a) concession.

Some Muslim scholars, however, do not differentiate between a journey undertaken for an evil purpose and one undertaken for a permissible purpose because of the generality of the evidence surrounding the issue. Allah knows best.

Friday, 26 September 2008

Sembang2 jer

Puasa di Durham
Hmm..tinggal beberapa hari saja lagi ummat Islam akan mengakhiri ibadah puasa bulan Ramadhan. Bagi rakyat Malaysia yg tinggal di Durham, mereka kebanyakannya menghadiri majlis berbuka puasa di masjid bertempat di Old Velvet, Durham. Kami sekeluarga baru 3 kali berbuka di sana. Seronok juga bila dapat berbuka bersama2 dengan rakan2 seIslam yg lain. Menu: nasi beryani lauk kambing/ayam, pizza, buah2an segar, kurma & jus buah. Hari2 yang selebihnya, biasanya aku menyediakan sendiri juadah berbuka. walaupun kadang tu cuma menu ala kadar, tapi juadah tidak bersisa..biasanya masak lebih sikit untuk persediaan sahur.
Persediaan Aidil Fitri
Kat sini kaum ibu biasanya membuat kuih raya secara kerjasama. Bahan2 untuk penyediaan biskut dibeli dan dikongsi hasilnya bersama. Tapi, aku tak berpeluang nak join sama..dengan alasan..penat (yg xmenentu masanya). Terliur jugaa nak turut serta, maklumlah nak buat sendiri belum tentu bila masanya. Ditambah pula dengan kepakaran kakak2 senior dlm membuat kuih raya..teramatlah rugi jika tidak dpt bersama2. Tak mengapaa..boleh pi raya rumah diorang nanti..belasah kuih raya banyak2..
Baju Raya?? Alah..yg ni bukannya satu kemestian..cuma pada hari kemenangan ummat Islam apalah salahnya kita mengenakan pakaian yg kemas, tak semestinya baruu. Kat Malaysia lain..ni kat UK beb..minoriti Muslim.
Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri
Yang ni belum dapat disahihkan lagi keputusannya..it's still subject to change due to the problem of venue. Sebelum ni biasa dibuat di common room, Keenan House (university house). Dengar2 dah penuh ditempah..Aku rasa buat kat Bowburn Community Centre pun ok apaa..dekat je dengan rumah.
Kad Raya
Tahun ni xdapat pun sebarang kad raya yg real drpd sesiapa. Hmm..nampaknya tradisi kad raya ni dah makin dilupakan. Masing2 galak mengutus e-card sbg pengganti diri. Jimatkan kos gitu..

Wednesday, 24 September 2008

New Bibik?

Kesian kan tengok budak kecil ni membuat kerja rumah. Itulah..sapa suruh buat sepah2..pecah2kan polisterin..dah penat kena kutip & sapu. Ayah & ibu awal2 lagi dah warning jgn main polisterin & buat sepah..Yang kelakarnya, tekun betul Ameen menyapu membersihkan karpet..sampai termuncung mulutnya. Time baikla ni..terus buat apa yg disuruh..Hmm..kalau selalu macam ni kan bagus..takla penat ibu, iyelah setiap hari asyik kena bersih & kemaskan rumah je. Mentang2lah saya ni tengah cuti bekerja..korang buli laa ye..

Tuesday, 23 September 2008

Untuk Atuk & Nenek

Atuk & Nenek,

Macamana ni..bekalan keropok ikan dah makin berkurangan..Cucu2 pulak macam tahu2 je..setiap hari selongkar kabinet dapur nak cari keropok nenek bagi katanya..yg pastinya keropok segera tu dah licin..sekejap jer depa dua orang ni mesin.

Bila digoreng keropok sayur..katanya, oh, ibu..kenapa masak yg ni..yg ni xbest, yg lagi satu tu best..macam fish jer..kih3..dah namanya keropok ikan, mestilah rasa macam fish. Amboi2..dulu masa mula2 dtg tu..keropok sayur tulah yg korang ngap sampai xcukup2..sampai berebut2..tp, bila dah dapat yg diidamkan..terus lupakan keropok sayur tu ek..

Barang2 yg terkini tu dah selamat tiba di Nottingham, insyaAllah pada 29 hb nanti Zul akan amik dengan Hanif di sana..dapatlah kami merasa kuih2 raya buatan Malaysia..huhuu..(xdapat byk..sikit pun jadikler..)

Monday, 22 September 2008

Kisah Ameen

Hari ni Ameen dah mula bersekolah penuh iaitu bermula jam 9 am sehingga 3 pm. Alhamdulillah, nampaknya dia ok sahaja. Lunch (bekal) pun dia makan..tapi tulah..setiap hari aku kena pikir nak sediakan makanan apa untuk bekal dia ke sekolah nih..bukan semua makanan yg kita makan, dia sukaa.

Hari ni, Ameen kata dia dah ada kawan baru, mat salleh..bila kita tanya siapa nama dia..terus Ameen cakap..xtahuu..hahahaa..budak2 nih..tahu main jer..nama xtahuu. Takpelah, itu satu perkembangan yg baik utk Ameen improved lagi..takdela nanti dia nak berkawan dengan Alia jer..(anak jiran depan rumah).

Bila pulang dr sekolah, Ameen akan minta pasangkan cerita kegemarannya..samada Cars, Ratatouille dan Kungfu Panda. Tp, hari ni PC dia asyik kena kaco ngan Antivirus 2009 jer..maka, aku shut down lah PC tu dan pindahkan ke laptop aku..diorg berdua melopong dan kadang2 mengilai tatkala aku pasangkan youtube cerita animasi Mr. Bean. Suka pulak kat Mr. Bean anak2 aku nih..Mr. Bean dilahirkan kat Durham tau..heheh..jangan tak tahuu..

Bila malam je, lps solat maghrib, biasanya ayah akan ajar budak dua orng ni baca Iqra'..ayah boleh tahan gak garangnye time ajar bdk2 tu. Aku pun pernah terperanjat sebab terkejut time dia tegur Ameen malas bacaa..waduh2..ni mesti kes nak balas dendam sebab masa kocik2 dulu kena marah dengan apak..tapi kan..mungkin sebab tulah yg buat Ameen dah mengenal huruf2 hija'iyyah dgn baik..hmm..abang..abang...


Queen Anne

Semasa berkunjung ke Coventry tempohari, kami sempat juga melencong ke Wednesbury, tempat kilang Queen Anne tableware. Oleh kerana kaum kerabat sendiri yg meng'order', sementelah pula adik nak pulang ke tanahair..maka panjang jugalah langkah kami ke sana. Kat sini terdapat hanya peralatan casserol dan barang2 silver plated shj. Mungkin di Birmingham nun yg ada koleksi pinggan mangkuk, tea set dsb.

Perjalanan tu kiranya sejam jugalah dr Coventry..Masa kami sampai tu, tiada org lain yg ada..hanya kami jer. Seronokla menjamu mata..lagipun diorg xkaco2 kita nak shopping..dah habis pilih barang2 baru dia datang untuk buat kira2. Siap sediakan kotak besar yg cantik lagi. Diorg ada cakap, yg suka dtg tempat tu, org Malaysia jer. Eh2..iye ke? kenapa ek? Ntah2 org kat sini dah tak heran lagi bende2 cenggitu..

Haa..sapa yg rasa2 cam nak dtg tu, bolehla copy down website & phone number nye. Maaflah..lupa lak berapa poskod ke tempat ni.
Geng yg nak menghabiskan duit nih..(bukan untuk diri sendiri tapi, sekadar memenuhi hajat orang lain yg mengirim bende2 ni..). Mula2 tak percaya juga..betul ke ni kilang dia..
Antara barangan yg dijual di sini..harganya sangat reasonable. Kalo convert duit RM pun belum sama dengan harga pasaran di Malaysia lagi. Tapi, perlu diingatkan bahawa, yg terpamer kat sini adalah barangan yg 2nd price (xnampak ketara slack nye..tp sbb depa nak jaga kualiti..). Sebab tulah harga dia sangat muraah. Yg original pulak takdelah mahaal sgt..mampulah kalo nak beli tuu..
Nampak tak kat belakang saya ni..GBP 1, 2, 3 jer..giler mata kejap. Yg ni brg2 berupa tissue holder, card holder, wine holder, candle holder, mangkuk dessert, toasted bread holder dan mcm2 lagilah..kalo nak wat souvenir untuk org2 Malaysia sesuai sgtlah..
Gambar ni org kedai tu yg tolong amikkan..Dia yg offerkan diri nak snap gmbr kami semua..sebagai kenangan katanya..iyelah..dah brp pound dia dapat hari tu beb..
Haa..anda lihatlah sendiri betapa bersemangatnye org2 yg dlm gmbr ni shopping..tersengih lagii..gumbira dengan hasil tangkapan masing2..yg berbaju merah ni pulak..amboi kemain lagik dia shopping ek..ngalahkan org rumah jer. Apapun, ini semua untuk orang2 di Malaysia nuuuuun...

Health Visitor

Hari ini Health Visitor kami, Liz Hirst datang..buat health visit sbb aku dah sarat. Temujanji kami jam 2.30 pm, dan tepat time tu dia muncul. Power punye punctual. Beliau dtg utk menerangkan beberapa perkara tentang apa yg akan dibuat bila baby dah delivered kelak. Ini seperti vaccination, mid wife visits, health visitor visits etc. Hmm..dapat buku free lagi, kali ini dapat buku tentang kelahiran & penjagaan anak. Kat sini, National Health Service (NHS) power..semuanya free walaupun aku ni dlm golongan warga asing. Dental treatment free tau sepanjang pregnancy sampailah baby cukup usia 1 tahun. Wow..bestnyerlah..kan bagus jika di Malaysia pun boleh buat macam ni..

Friday, 19 September 2008

Iffah in Bad Mood

Hmm..ini pula time Iffah tengah moody..lihatlah aksi & mimik muka diaa..garangnyelaa anak dara I nih..sebenarnya dia jeles, dia nak duduk sebelah Teh Huda..tu pasal dia masam jer dan serba tak kenaa..lawak sgt.

Iffah in Good Mood

Video ini telah dirakam semasa kami dalam perjalanan pulang dari shopping di Wednesbury. Khas untuk tatapan keluarga di kampung. Lihatlah aksi & gelagat cucu2 yang nakal ni..Untuk pengetahuan semua, masa ni mood Iffah baik sangat..siap buat lawak & nyanyi2..tengok apa akan jadi selepas ini..

ANC @ UHND

Berikut adalah foto kami (except abg) di hadapan signboard besar UHND. Dirakam semasa aku ada appointment di antenatal clinic. Lebih jelas lagi..dirakam sebaik saja selepas aku tension jadi patient paling last..Ameen & Iffah pun dah belasah macam2 makanan kat ground floor shop tuh.

Thursday, 18 September 2008

Pregnancy Life and Routine @ UK

This entry shares some experiences on my pregnancy life in UK. It may vary among other people though..

ANTENATAL CARE

I am given antenatal care at University Hospital of North Durham and Community Clinic known as Bowburn Surgery & Medical Centre. But, my initial antenatal visit will be at General Practitioner's (GP's) surgery (Bowburn surgery tu laa..). Here, my named midwife will discuss my options of care.

MIDWIFERY-LED CARE

This type of care is offered to women who have no medical/obstetric complications. It takes place in the Midwives' Clinic.

My named midwife, on her 1st meeting with me, will complete my booking notes, take a medical history and do an initial examination. At the 1st visit, my blood samples are taken to test for blood group, haemoglobin level, rubella, syphilis, hepatitis B, HIV status and inherited blood disorders.

My appointment for a dating ultrasound scan was at about 12 weeks, and for a second, more comprehensive ultrasound examination between 16 and 20 weeks of pregnancy.

Normally, here we have only 2 ultrasound scans during pregnancy. But, in my case, I managed to have a further screening with my midwife specialist at the Pregnancy Assessment Unit (at UHND) recently as my named doctor suspected that my baby is quite small. It was done successfully and the result was very brilliant..no complications are detected and my baby is growing healthily plus her normal development..Apa laa doktor keling tuh..mentang2lah badan i ni kecik, so dia ingat baby kat dlm pun kecik jugak ler.

A photograph of the baby as seen on the ultrasound scan can be purchased for GBP 2 at UHND. Hmm..I bought 2 photos of my baby scan.

HOSPITAL/MIDWIFE/GP APPOINTMENT SCHEDULE

Typically, mothers-to-be attend the following appointments.

Booking appointment........................hospital, midwife
20 weeks.........................................hosp.,midwife or GP
26 weeks........................................midwife or GP
30 weeks........................................hosp, midwife or GP
32 weeks........................................midwife or GP
34 weeks.......................................midwife or GP
36 weeks.......................................hosp, midwife or GP
38 weeks.........................................midwife or GP
40 weeks...........................................hospital

The above patterns of care may also vary according to individual needs.

Complicated pregnancies will be dealt with by the consultants and may require more frequent visits to hospital, with the possibility of admission to hospital.

MATERNITY RECORDS

All pregnant mom will receive a set of hand held Maternity Records. It is vital to bring them with us to all visits relating to our pregnancy.

COMMUNITY MIDWIVES

I will be linked with my named midwife. She can provide me with info I require to make informed choices relating to my care. She will assist me in compiling my birth plan. All moms here should have their own birth plan..

She will see me in the Antenatal Clinic at regular intervals during my pregnancy. Following the birth of my baby, my midwife will visit at home, as required, for the 1st 10 days. she can be contacted for advice on my postnatal care for up to 28 days...whoaa..

AT HOME

My midwife will call and see me the day after discharge from hospital. So, I need to stay at home until she has been. Subsequent visits will be arranged between midwife and myself.

The community midwife will ensure me to be aware of who my health visitor is and when she may be calling to see me.





Tuesday, 16 September 2008

Free Gift

Beberapa hari yg lalu, abang buat online shopping untuk aku melalui Vertbaudet. Kebetulan pulak dapat voucher less GBP 10. Apa lagi..kan? Tapi ok sangat2 sebab kami dapat free gift for the 1st order. Jadik ler tu. Free gift ni utuk anak2 jugak. Yg kat bawah ni lah free gift nye.
Dapat Ratatouille set : beg galas mini, beg kecil (kat dlm beg tu), crayon & gambar ratatouille (for colouring).
Ameen baru saja balik dr school ni. Jumper pun belum bukak lagi. Tapi, terus dicapai crayon untuk mewarnakan karakter tikus yg baru dia kenali tu. (setiap hari minta dipasangkan cerita Ratatouille). tapi, itulah, free gift tu dapat 1 jer..jd, kebiasaannya mereka berdua akan berebutla. But, it's a small matter. Coming soon ibu akan dapatkan free gift berupa beg galas lagi. Heheh..
Ini apasal pulak murung ni..aku rasa mungkin sebab Ameen terkenangkan apa yg berlaku pd dirinya di sekolah tadi. Biasa dia akan jadi begini time awal2 masuk ke tempat baru. Alhamdulillah Ameen xnangis..

Ameen's 1st Day @ Reception Class

Hari ini adalah hari pertama Ameen ke Reception Class di Bowburn Infant & Nursery School. Jam 9.40 pagi kami berjalan menuju ke sekolah tu yg terletak hanya beberapa langkah sahaja drpd rumah kami. Oleh kerana hari ni first day Ameen, dia masuk pukul 9.45 pagi dan balik pukul 1.30 tghari. Esok kena masuk jam 9.00 pagi tapi untuk 2 minggu pertama ni, Ameen balik pukul 1.30 tghri. Waktu biasa, Ameen bersekolah jam 9.00 pg - 3.00 ptg.

Ameen bawa bekal roti sapu choc spread 2 keping, epal sebiji & jus oren dalam lunch bag. Dia nampak happy je pagi tadi, jd tiada masalah untuk kejutkan dia bangun dr tidur sbb sudah seminggu aku remind dia ttg new school.

Tetiba je aku rasa sedih semacam mengenangkan anak aku ni akan masuk sekolah hari ni. Tak tahulah pasal apa..ntahlah..rasa macam dia belum bersedia lg untuk ke sekolah dlm usia sekarang. Kalau kat Malaysia masih di nursery tgh main2 lagi. Tapi, kat UK ni lain sikit..umur 4 thn dah masuk reception class..udah ler dia sorang je Melayu dlm kls dia. Aku harap dia pandailah bergaul dgn anak2 mat salleh tu..kang nanti baru improved sikit english dia. Cikgu dia cakap Ameen ok tadi..legaa aku..

Haa..kat bawah ni foto kami masa kat school td..sebenarnya dilarang amik gmbr dlm school compound..tp kami buat2 xtahu jer..hik2..belasah jer..


Abang & Iffah di hadapan bangunan sekolah Ameen.
Saya pun nak posing jugaa..
Tempat sangkut jaket budak2..
Kat pintu masuk sekolah..gelap sikitlah..aku snap je sbb takut diorg nampak.
Kami nak balik dah ni...tengoklah Iffah pun bergaya dengan beg Ratatouille dia..dia sangat bersemangat nak masuk sekolah jugaa..pagi2 lagi dia dah bangun nak bersiap..
Semoga anak2ku membesar menjadi anak yang baik, soleh/ah dan berjaya seperti ayah & ibunya..Amiiin..






Sunday, 14 September 2008

Selamat Hari Lahir Ibu..

Alhamdulillah..nampaknya hari ini genap usia ibu 31 tahun. Seingat aku birthday yang ni dah masuk kali keempat disambut dalam bulan Ramadhan. Hmm..xmengapaa..sebab aku sendiri dilahirkan dalam bulan ini juga..28 Ramadhan. Syukur..dapat lagi aku mengecapi birthday kali ini bersama suami & anak2 tersayang..

Tiada apa yg menarik untuk dikongsi kerana sepanjang hari bersejarah ini kami berada di dalam kereta..pulang dr Coventry..lagipun, bulan puasa maaa..mana mau pigi daaa.. Yg pastinya, abang tidak pernah lupa birthday cake nya untuk aku. Present? Hmm..baru jer dapat present besar hari tu..kesian pulak kat abang..nani xminta apa2..tapi, kalo ada orang nak bagi..kecil tapak tangan..padang bola nani tadahkan..heheh.

Haa..di bawah ni ada beberapa foto yg boleh ditatap bersama. Kek tu sedaaap..sangat. Tenkiu abang..


Cantik x dulang alas kek tu..heheh..mana dapat?? Free tu ada orang yg baik hati kasik. Alhamdulillah..rezeki.
Black Forest Cake..yummy2.



Hari ni masak menu special sikit sebab hari pun special gitu kan..Haa..yg ini hadiah dr nani untuk abang pulaa..abang rehatlah..penat drive jauh tadi..Nanti buka pose kita makan sama2...
Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Acar
Karipap Pusing laa..makanan kegemaran suami tersayang..


Segunung doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi semoga hidupku ini diberkati di dunia dan di akhirat. Amiin..

Saturday, 13 September 2008

To Coventry..

Kami berada di Coventry..

11 - 14 September 2008


Friday, 12 September 2008

Anniversary Gifts

I got this surprised gift from my beloved hubby for our 5th anniversary. And, he bought it to him as well.
SWISS MONO for men
SWISS DIGGER for women



Thank you abang for this gift. I Love You wholeheartedly..

Hepi 11th Anniversary

Entry ini ditujukan kepada kakak tersayang
HAFIZAH HARUN
sempena 11th anniversary nya bersama
ROSDI RAMLI
yang jatuh pada
11 SEPTEMBER 2008
Semoga jodoh berpanjangan hingga ke syurga. Kami sekeluarga mendoakan agar Allah SWT menganugerahkan kebahagiaan & kesejahteraan buat kalian berdua. Murah rezeki dan panjang usia.

Wednesday, 10 September 2008

Subhanallah..

This is an image of our coming little baby. It was scanned at 22nd weeks of my pregnancy. At the moment, the baby develops healthily with no complications or problems traced.
Alhamdulillah..Praised be to Allah Who Creates and Gives us this wonderful gift.
Thank You Allah..
One more thing..the baby is a little girl..

Tuesday, 9 September 2008

Gerrrraaaam...

Kenapa kita pakai kaler merah? Huh..sebab hari ni kita geram sangat dengan UHND (University Hospital of North Durham). Alkisahnya, hari ni, kita ada antenatal check dgn doktor kul 3.20 pm. Seawal jam 3 pm kami dh sampai kat depan meja reception tu..datang awal sbb takut terkena macam dua minggu lepas..lamaaa menunggu turn masuk.

Tapi, kali ini lagi teruk dari dua minggu sebelumnya. Punyalah ramai orang yg dtg selepas kita daftar masuk..tetiba je kita orang paling last yg masuk jumpe doktor..Bayangkanlah..time tu kira2 10 minit sebelum kul 5 pm. Kita teramatlah bengangya..apalah salahku..datang awal sgt dah..apesal turn plg last..kalo camtu gayanya kenapa xletak je timing tu dkt2 kul 5? Kan ke xnyusahkan orang..

Kita gerrraaam sangat2 tau..abang & anak2 dah mula boring sbb lama benar menunggunya..dahla bulan pose. Bila dah tgk budak 2 org tu mula merengek2..abang pun turun ke bawah bawak diorg makan aiskrim & jalan2. Huu..kadang tu rasa mcm depa ni double standard lak..iyelah, kita sorang je yg pakai tudung kat situ..bencinyer..

Dah tu pulak dapat doktor keling..kat Malaysia dulu pun dh dpt doktor keling..dtg UK pun dapat jenis yg samaa..huu..alahan betul dgn depa nih. Tengok patient macamlah kita ni ada serious problem..ches..


Begitulah ceriteranya appointment hari ni..tadarrus dgn anak2 Bowburn pun terpaksa ditangguhkan hari ni..sebab kul 5 lebih masih kat sanaa..balik rumah penat yg amat sbb terlalu lama duduk atas kerusi..dan jalan kaki jauuh..
Cobaaaaann...

Best of Luck

09-09-08
Acik sekeluarga mengucapkan selamat menempuh Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada
NUR AMIRA MURSYIDAH HAMZANI
Semoga Along Ya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang & yakin.
Didoakan agar mendapat 5A kelak.

Jalan2 Cari Rezeki

FISH QUAY adalah tempat di mana kami selalu mencari makanan2 laut seperti ikan, udang & ketam. Tempat ini terletak di Sunderland kira2 setengah jam perjalanan dr Durham. Lokasinya bersebelahan dengan pengkalan tempat nelayan2 melabuhkan kapal setelah pulang dgn hasil tangkapan masing2. Makanan laut kat sini kiranya fresh2. tu seronok dtg sini..cuma kadang tu bergantung pd nasib, time ikan banyak variety, bolehla beli byk2 buat stok, tp time dah habis @ tak byk tangkapan, xde pilihanla jawabnye. Harga..berpatutan..tempat ni dibuka mid days dr 9 am - 3 pm, weekend pulak pukul 9 am - 12.00 pm.



Bangunan inilah yg dinamakan Fish Quay tu..kecik ajer.





Sunday, 7 September 2008

5th Anniversary

06-09 (6977)
Semalam adalah tarikh bersejarah dalam hidup kami berdua. Alhamdulillah, sudah 5 tahun kami hidup bersama. Telah banyak pengalaman yg kami lalui sepanjang tempoh ini..pahit, manis, kelat, tawar..pendek kata semua rasalah.
Alhamdulillah, Allah SWT telah mengurniakan kepada kami rezeki yg murah berkat kehadiran 3 orang cahayamata sbg penyeri kehidupan kami berdua. Tidak dapat dibayangkan bagaimana rasa sekiranya ketiadaan mereka.
Kami berdua tidak menyambut apa2 pun sempena tarikh keramat ni memandangkan berada dalam bulan Ramadhan..Kami hanya berdoa mudah2an Allah SWT melimpahkan lagi rezeki-Nya kepada kami sekeluarga dan memberkati hubungan kasih sayang antara kami berdua sehingga ke syurga..InsyaAllah.

Friday, 5 September 2008

Mulianya Ramadhan

Question : We live in a country where the sun does not set until 9:30 p.m. or 10:00 p.m. When should we break our fast?
Answer :
Break your fast when the sun has set. So long as you have a night and a day in 24 hours, it is obligatory that you fast even if the day is long.

Wednesday, 3 September 2008

Mulianya Ramadhan

Question: Is it permissible for a cook to taste the food whilst fasting?

Answer:
There is no harm in tasting food, if necessary. This can be done by placing it on the tip of the tongue too see how sweet or sour it is. However, none of it should be swallowed, rather, it should be spat out or taken out of the mouth. If the food is tasted in this manner, the fast stands valid. Allah knows best.

Nekbat

Hari ni bukak pose dapat makan kuih 'nekbat'...heheh. Jiran kami yg bagi kuih tu..sebab ada tetamu dr Malaysia yg attend conference di Durham dok kat rumah dia.
Huu..jadikler..dapat gak merasa kuih dr pantai timur..alhamdulillah..

Monday, 1 September 2008

1st Day Fasting @ UK

Hmm..hari ini bermulalah puasa kami sekeluarga di perantauan. Perasaan? Ermm..bab puasa ni rasanya biasa je..cuma bila bab nak raya nanti tu kot lain macam sikit. Maklumlah Aidilfitri di tempat orang ni manakan sama dengan tanahair sendiri.

Pagi ni kami berdua bangun sahur pukul 3 pagi. Juadah hanya nasi goreng, nuggets ayam dan milo panas. Simple je. Pagi nanti bolehlah anak2ku breakfast dgn nasi grg tu. Subuh kat Durham awal..pukul 3.44 am. Maghrib pulak dekat pukul 8 pm. Haa..cube kire lah agak2 brp jam kitorg pose kat sini..

Aktiviti? Biasa kat sini ada aktiviti sepanjang Ramadan, antaranya tadarrus al-Qur'an, Iftar Jama'i, solat tarawih berjamaah..Macam abang, tadarrus kul 6-7 pm..aku lak kul 2-3 pm. Kanak2 lak kul 5-6 pm. Tapi tak termasuk Ameen & Iffah laa. Malam tadi hanya abang yg pegi solat tarawih kat masjid. Aku x pegi pun..solat sendiri kat rmh jer. Keadaan fizikal aku pun xberapa mengizinkan untuk aku solat berdiri sekarang ni..(sebab susah nak bangun..macam nak tumbang).

Of course aku teringat sangat kat kampung halaman..terutamanya time menolong ma bakar kuih akok untuk dihantar ke kedai2 yg menempahnya. Penat tapi seronok jugaa..Masa bujang2 dulu, bila balik cuti, mesti tolong ma kat dapur bakar kuih tu..dan, yg bestnye bila dapat habuan masa raya..upah ler apa lagik. Tapi, aku sebenarnya xkisah pun kalo ma xbagi pape..sbb perasaan untuk nak kan habuan tu takde sebenarnyaa..aku memang seronok bakar kuih tu..cuma kadang2 tu kena komplen jer sbb ter'gemuk' laa..ter'leper' laa kuih tu aku buat..hik3..sori ma..(kesian ma kepenatan buat kuih tu..tp sbb dia dah minat business, dia kuatkan semangat..).

Juadah berbuka? Haa..tang ni memang aku rindu sangat dengan kuih2 tradisional bulan puasa kat Kelantan. Manis tuu memangla manis..tapi, sedaaap sangat terutamanya kuih jala mas, buah tanjung & tahi itik (sound's disgusted but so yummy). Waaa..sedapnyer. Kalo nak rasa kuih2 ni kena pegi Kelantan laa..kat situ jer ada jual. Mahal la sikit harga dia..lebih2 lagi time harga brg melambung nih. Beli time 1st day puasa ni ok sikit rasa dia tau..original, fresh taste & flavour..tp bila dah pat lima hari pose..rasa dia dah lain...maklumlah depa ni jual kuih yg xhabis sebelum tu..jd, berhati2lah. Alaa..kat KL lagi teruk..jual karipap inti basi..uweekk..

Oklah..apapun..yang penting...


SELAMAT BERPUASA SEMUAA!! ORANG KAT MALAYSIA NUN..KALO MAKAN JUADAH YG XDE KAT UK TU..INGAT2LAH ORANG JAUH KAT SINI EK..UWAAA..