Thursday, 8 January 2009
Rayau2 di Sedgefield
Habuan yg dapat pun xde sangat. Tapi, yg abg beli tu kiut sgt. Sukee. 50 Pence jer..I tak kisah psl harga ni, asalkan brg tu elok lagi dan menarik. 2nd hand pun takpe..masih berkeadaan baik.
Interesting..
Kekurangan kakitangan berbakat jadi masalah
KUALA LUMPUR 7 Jan. – Industri kewangan Islam kini berdepan dengan krisis kekurangan kakitangan berbakat dan berpengetahuan, kata Ketua Pegawai Akademi dan Dekan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Prof. Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi.
Beliau yang juga Profesor Ekonomi Islam dengan pusat berkenaan menambah, kebanyakan yang terlibat dalam industri itu hanya mempunyai latar belakang kewangan konvensional.
Syed Othman berkata, walaupun bilangan pekerja dalam industri itu mencukupi tetapi hanya segelintir yang berpengetahuan tentang metodologi dalam tadbir urus kewangan dan ekonomi Islam.
‘‘Bagi saya, mereka tidak memahami apa yang diperlukan dalam perbankan atau kewangan Islam terutama dalam aspek Syariah,” katanya pada sidang akhbar tentang krisis kewangan dan impak ke atas kewangan Islam, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Pusat Persatuan Pasaran Modal Antarabangsa (ICMA), Universiti Reading, United Kingdom, Prof. John Board.
Ditanya sejauh mana kewangan Islam mampu menjadi penyelesai krisis semasa kewangan, Syed Othman berkata, sistem berkenaan dilihat sebagai paling berkesan dan relevan sepanjang masa.
‘‘Bagaimanapun, adakah akan wujud kualiti dan tanggungjawab pelaksanaannya jika pihak yang terlibat tidak mempunyai ilmu ekonomi dan Islam dalam urus tadbir?” soal beliau.
Berikutan keadaan itu, kata Syed Othman, terdapat permintaan tinggi terhadap program pendidikan berkaitan kewangan Islam yang dapat meningkat tahap pemahaman dan penghargaan terhadap prinsip kewangan.
‘‘Ini kerana, misalnya, apabila pelanggan berkunjung ke bank dan bertanya tentang produk berasaskan Islam, mereka (pekerja) gagal menjelaskan dan menggunakan istilah dengan salah sehingga mengakibatkan kekeliruan kepada pengguna,” kata beliau sambil menambah Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah serius untuk terus mendidik pengguna.
Sementara itu, Board berkata, industri kewangan Islam sebelum ini dilihat dalam perspektif yang luas dan secara lazimnya, hanya memerlukan kriteria umum bagi mereka yang ingin mencebur dalam bidang itu.
Wednesday, 7 January 2009
To Happy or Not To Happy
Baru aku perasan..sejak dua menjak ni memang perasaan aku tidak menentu sket..rupanya bende ni lah yg buatkan aku suka termenung dan mendiamkan diri..(sekejap je diam, pastu ketawa ngilai2 dgn abg..).
Bende apa pulaks..??
Sebenarnya abg akan tinggalkan kami..abg dapat internship di Dubai International Financial Centre, Dubai selama 3 bln mulai awal feb ni. Lamaaaa tuu kat sanaa. Mula2 dpt tahu berita tu of course la..i'm truly happy 4 him..but, at the mean time..it really hurts me. It's as though you got choked..Imagining that my life is without him. Furthermore..the children, what is going to happen to them..esp Ameen & Iffah who are always sticked to ayah..
We still dunno whether there are accommodation & allowance for him or not. But then, we cannot simply decide to go there altogether since Dubai cost of living is very high..Besides, Ameen needs to go to school..the same goes to Iffah. All we have to do is to ask someone to come here & accompany me with the kids.
Time goes by and yet abg is still waiting for the letter of offer from Dubai..before making up his mind..
We shall wait n see..but whatever we decide, the life must go on..and suddenly I remember what Hagrid had said to Harry Potter when the boy experienced the worst day..(I am one of the die hard fans of JK Rowlings books - Harry Potter series)
"..what would come, would come, and you would have to meet it when it did..".
But, abang..dun worry. Whatever ur decision is..I can accept it. And, I must do.
May ALLAH shows His guidance to us all.
Monday, 5 January 2009
Back to School

: : Chocolate Chip Cookies : :
Selepas lunch, terus aku capai alat2an & bahan2..maka aku kung kang..kung kang..lah di dapur yg dingin tu ditemani si kecil Izzah yg lepak atas bouncer nye. Tapi, tulaa..buat beskut dgn si kecil ni byk cabarannya..kejap2, waaa...nangis minta dilayan. Dia pun pening agaknya nengok aku kejap bukak oven, tutup oven..tu pasal merengek tu..hahaa.
Byk juga hasilnya..dapat dlm 2 balang besar tuu..
CHOCOLATE CHIP COOKIES
BAHAN2NYA:
1 cwn butter
1 cwn gula kastor
1 cwn gula perang
1 cwn minyak sayuran
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar [tak ltk pun..sbb xde]
2 sudu besar serbuk koko
4 cwn tepung gandum
1/2 cwn kacang [apa2 jenis kcg..]
1 cwn choc chip
* Oleh krn kat rmh takde tartar tu..jadi, resipi kwn punye ni di modify dgn mencampurkan tepung jagung..iaitu sukatan :
3 1/2 cwn tepung gandum + 1/2 cwn tpg jagung
CARA2NYA:
- Pukul butter, gula kastor & gula perang tu sampai kembang.
- Masukkan bahan2 lain mengikut turutan di atas.
- Bakar suhu 180 C [ikut oven masing2 jgk..] selama 8-10 minit.
Saturday, 3 January 2009
Capturing Memories @ SMAP Labu
Tarikh ini cukup mengingatkan aku tentang hari pertama aku lapor diri utk bertugas sbg seorang guru di salah sebuah boarding schools di Malaysia. Tempat itu ialah Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu. Pagi2 lagi aku dah sampai di sana..abg yg hantarkan. Jarak dr rumah tak jauh mana, hanya 21 km shj..campur tolak dlm stgh jam perjalanan (jalan lama..byk lori). Hmm..dalam hatiku berkata.."last2 dapat jugak jejakkan kaki ke sekolah ni..dulu selepas PMR dpt offer sambung belajar kat sini [science stream] tapi, my mum tak kasik register sbb dia srh amik exam SMU di Kelantan..". Aku anak yg solehah..aku ikut cakap my mum walau jauuuh di sudut hati..agak kuciwa sbb harapan nak sambung dlm science stream berkecai..ada hikmah di sebalik semua ini..kan?
Seperti biasa setiap hari pertama persekolahan, adalah WAJIB diadakan Perhimpunan Pagi walaupun ia jatuh bukan pada hari Isnin. Aku ingat lagi..(grinning), masa sampai2 je..aku terus ke opis. Selepas memperkenalkan diri, Pengetua (masa tu, Pn. Khuzaimah..dah jadi mantan skrg ni) terus mengajakku ke dewan Bestari SMAPL untuk assembly. Aku pun ikutlaa dgn perasaan yg gedebak gedebuk..bersama2 aku masa tu Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid, GPK Akademik & GPK Ko-kurikulum (KO-KU). Masa diorang dibawa masuk oleh Ketua Pelajar (KP) ke dlm dewan aku pun masuklaaa jgk..dlm hati aku tertanya2..kat mana aku nak duduk ni..psl aku nmpk ramai guru lain yg ada atas stage..berdiri..ditambah pula dgn students applause. Kaget jgk aku..eh2..aku ni tersilap langkah ni..
Tahu tak sepatutnya aku tak patutla berjalan sama2 dgn geng2 besar sekolah tu..sapalah aku ni kan..molokut di topi gantang iyolah. Aku pasti sgt kali ni mmg aku silap..aku sepatutnya awal2 lagi dah naik atas stage tu sebelum pentadbir2. Ini tidak..aku bersama2 dgn mereka..kih3. Aku yakin muka aku masa tu mmg merah padam sbb maluuu. Aku nmpk semua guru memandang aku dgn muka kompius campur peliks. Aku cpt2 cover perasaan & air muka..malu gue beb! (dalam hati, aku marah2kan diri aku sbb awal2 dah perasan..nak masuk dewan ala2 pengetua..).
Then, pengetua berucap sambil introduce aku di depan audience. Maka dgn senyum simpul campur malu aku berdiri dan tunduk sket..har3..mesti diorg semua tgh ketawakan aku kan..iyelah, "oo..cekgu baru..patutlaa". Itu expression yg aku terdengar semasa berada di kalangan mereka. Sori..aku tak tahu plak style sekolah tu mcm tu. Tak pernah2 pula aku experienced bende yg sama sblm ni.
Dah habis assembly, ada date dgn pengetua. Banyak bende yg nak kene settle hari ni. 1st day le katakan. Takkan aku srg je guru baru..atau diorg tak report duty hari ini. Seingat aku, wajib datang hari pertama sekolah..seawal pagi. Hmm..rupe2nye ada lagi 2 org..depa ni lambat sampai..patutla xde kat assembly. Lelaki belaka.
Aku diberi tugas2 oleh Pengetua..dari guru tingkatan sampailah berbondong2..AJK itu ini. Paling koman jd AJK laa..yg len tu Setiausaha..Bendahari. Nasib baik tak jadi Pemangku Pengetua jer..haaa3. Itulah nasib cekgu baru. Nak test power. Alhamdulillah..berkat usaha, doa & tawakkal..serta bantuan rakan2 sejawat..aku berjaya lalui dgn jayanya.
Aku mesti ingat tarikh ni..tarikh yg amat penting dlm sejarah hidup aku sbg seorang
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH
PPPS DG 41
atau dengan nama glamer lain..CEKGU..
Ikuti beberapa siri memori suka duka pengalamanku mengajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yg penuh cabaran..(aku pasti..) yg aku abadikan dlm slide kat bwh ni.


: : Fresh Apple Cake : :
(disalin dr MyResipi..xcaya, tgk sendiri eh..)
Bahan2:
3 biji epal (kupas kulit & potong dadu)
1 1/4 cwn gula
2 cwn tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder
3/4 cwn minyak sayuran
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
Cara2 membuatnya:
* Ayak tepung gandum, soda, cinnamon, garam & b.powder.
* Satukan epal dan gula dalam satu bekas. Gaul rata. Ketepikan.
* Dlm mangkuk lain, campurkan minyak, telur & esen vanila. Kacau rata.
* Masukkan campuran epal & airnya (spt air gula). Sebatikan.
* Masukkan bahan2 kering yg diayak tadi. Kaup balikkan.
* Tuang dlm loyang.
* Bakar selama 45 minit (tgk oven ler) - suhu 175 C.
Thursday, 1 January 2009
More to Share :P
Once again.. we went there to buy things for our friend in Malaysia who will be coming to UK this mid January. Dun worry friend, we killed two birds with one stone..no big deal lah.


Wednesday, 31 December 2008
Cepat Sembuh Nanti
Kami tak dapat nak jenguk keadaan nenek di Malaysia..
Sayang nenek..
Ameen
Iffah
Izzah
Ayah & Ibu