Kali ni kami ke sana kerana ayah diamanahkan untuk menjadi penceramah tentang isu 'Dinar dan Dirham'. Hajat di hati memang saya pun nak ikut serta dalam dewan kuliah bersama hadirin seramai lebih 300 orang tu, tapi apakan daya, kanak2 tak digalakkan berada dalam dewan untuk elakkan gangguan. Akhirnya, saya turut serta dalam program Tunas Taqwa untuk anak2 kecil sementara ibubapa mereka berprogram. Lagipun Ameen & Iffah join juga.
Macam2 aktiviti yang kami lakukan bersama. Kanak2 pun ada lebih kurang dalam 10 orang je. Ini mungkin kerana majoriti peserta seminar adalah pelajar2 undergrad dari seluruh pelusuk UK. Jadi, jumlah kanak2 yang ada pun bergantung kepada jumlah ibubapa yang hadirlah. Petangnya, selepas solat dan makan tengahari, kanak2 dibawa ke Muzium Manchester oleh AJK Tunas Taqwa. Malah saya pun turut sama. Lokasi tempat seminar sangat hampir dengan muzium ni, jadi kami hanya berjalan kaki saja ke sana.
Kebetulan pula hari tu, ada pameran sains di muzium. Bertuahlah kami sebab kanak2 ni sangat teruja untuk membuat eksperimen2 yang dianjurkan. Ameen pun tak lepaskan peluang. Tapi tidak pula Iffah. Iffah sentiasa reserved. Mungkin juga sebab dia penat dan suasana dalam muzium menjadi sempit dek ramainya orang yang berkunjung.
Program hari tu tamat jam 7 malam. Usai solat maghrib dan isya' kami bersurai. Tapi, sebelum tu, kami ke Jazeera untuk makan malam. Dah selesai barulah kami bertolak pulang ke Durham. Phewww..mata pun berat semacam je malam tu, iyelah dah pekena nasi sedap Jazeera. Tak sah tak ke sana jika ke Manchester. Dah hampir jam 11 malam baru kami tiba di Bowburn. Alhamdulillah, selamat sampai. Dapat kenalan pun ramai :) .
Jom layan beberapa foto kami.