Wednesday, 10 June 2009

Rejeki Anak Omak


Kami sgt bertuah kerana dipinjamkan sebuah kereta yg gedabak ni utk kemudahan ke sana ke mari. Terima kasih tak terhingga kpd keluarga Angah krn sudi pinjamkan CRV ni. Dapatlah kami ronda2 pusing2 Malaysia..[nasib baik depa ni ada banyak koleksi kereta, terbaru, honda accord 2.4..].

poket pun boleh kering ni..asyik keluar je..

Tuesday, 9 June 2009

Jurnal

Sepanjang tempoh ayah membuat tugasan2nya, kami akan mendiami rumah lama kami di Putra Nilai, NSE. Kali pertama lihat rumah tu masa mula2 sampai di Malaysia haritu. Malamnya kami keluar menuju ke Nilai dr Bukit Bintang. Huu..seram nengoknye..pokok ubi kayu yg nenek tanam kat backyard dah jadik hutan belantara..pokok serai dah jadi serai gergasi. Lalang di frontyard pula setinggi paras dada dewasa. Hoh??$$

Dipendekkan cerita, berpeluh jugaklah sy & hubby mengerjakan kawasan luar & dalam rumah tu. "Apa yang penting..kerjasama..!!".. Akhirnya, dah hampir 3 minggu kami di situ. Barang2 dah takde belaka..yg tinggal cuma pinggan mangkuk sket..cukupla utk kami alas makan 5 beranak ni.

Saya pula dengan murah hatinya membeli sebuah mini bar utk kemudahan menikmati air sejuk. Maklumlah kat sini panas...asyik nak minum air sejuk jer. Wpun sebulan lebih je..takpe, sy akan simpan peti S ni di rmh Teh & akan mengambilnya semula bila balik ke tanahair nnti. Tiada yg percuma di dunia ini sheikh...ngeh3.

Dapur pula..pd asalnya xde. Tak lama pastu abg sulung sy yg baik hati tlh meminjamkan dapur gas portable nya. Dapatla sy goreng nuggets utk bdk2 ni.

Cuma 1 je..sy basuh kain pakai tangan beb! Banyak siuut pahala..[insyaAllah..mudah2an begitulah] Bayangkan pakaian 5 org. Huu..mahu 3 baldi sehari basuh kain. Tangan sy yg halus mulus pun dah kaso. {tetiba teringat kata2 k.Zu..dia menjerit dlm bilik air sbb kena basuh kain pakai tgn berbaldi2..kui3}.

Kehidupan kami di Nilai biasa2 aje..pagi2 ayah keluar buat kerja, tgklah jika dia ada appointment untuk interview scholars..atau jika tiada, ayah akan habiskan masa di USIM je. Dah dpt pinjam bilik K. Del [timbalan dekan FSU] sementara beliau dok di bilik TD. Thanx to her. Tghari kami makan kat rumah. Malam je makan kat luar. Huu..cam org kayer je. Kui3..

Alhamdulillah, misi kami utk sunatkan Izzah dah berjaya..misi utk buat akikah Izzah dah selesai..tinggal misi buat Visa Izzah & tugasan2 ayah saja. Setiap hari sy panjatkan doa agar ayah berjaya menyelesaikan kerja2nya dgn lancar..cuma tinggal beberapa minggu saja sebelum kami berangkat sekali lagi meninggalkan keluarga & tanahair..menuju ke tempat perjuangan kami Durham, England.

Terhinginla..

Dah lama saya xmkn MAPLE PECAN PLAIT ni. Kebetulan sy & hubby sama2 gemarkannya. Teringin nak belajar membuatnya...tp bilaaa?? Ada lebih baik sy dptkannya di kedai..hmm..sedaapnye.

Dah lama sy tak masak benda2 baru ni..

Monday, 8 June 2009

Kenduri Uncle Roti

Hari tu kami pegi ke majlis kenduri kawin sahabat kami yg sama2 menuntut di Durham University.

SELAMAT PENGANTIN BARU

kepada

YUSRAN & AISHAH

Kenduri ni berlangsung di Keramat [rumah pengantin lelaki].
Syok dapat dtg kenduri. He3..
Masa kami sampai ni, ngam2 gitu..kami sempat bersalam dgn pengantin..pastu bila kami gi makan, pengantin pun dibawa juga ke meja makan pengantin. Phewwiit..dapatla kami tgk pasangan yg menyuap2 manja makanan tu. Teringat pula zaman kami dulu..huuu..nostalgia hebat beb perkahwinan kami..

Yg pasti, kedua mempelai suungguh berseri2..terutama Uncle Roti. Utk kwn2 Durham, nak tgk gmbr kawin diorg ni, kena tggu depa berdua ni balik UK. Saya tak dapat nak snap lebih2..halangan banyak.

* Uncle Roti = gelaran yg diberi oleh Ameen & Iffah krn Yusran la yg tolong kami belikan sebungkus roti setiap Isnin selama ayah di Dubai. Tima kasih byk2 Yusran. Nanti kami jemput u ol makan2.

He3..malu2 je mempelai ni. Sama cantik sama padan sama2 kecil molek.
Mereka berdua ni mengingatkan kami kepada kawan baik kami Mat Rod..mereka berdua ni punya banyak persamaan nampaknya..

Apa2 pun..mesti isi poyot dulu..kali ni sy nak tunjuk rupe nasi minyak kenduri kawin Yusran..he3. Huu..sedap! Menariknya di kenduri ni, ada banyak pilihan makanan yg sodap2 umpamanya; nasi minyak dan pelbagai lauk pauk..cendol..tau fu fa..kuih ketayap..seri muka..teh tarik..sirap..air soya. Pendek kata macam2 adaa..cuma tukang serve nya aww aww..tak kuasa mak! Kui3..
Kami tgh menjamu selera ni. Hmm..nyum2..sedaaap. Lama tak makan lauk kenduri kawin beb! Rasa puas hati. Ermm..ada sape2 lagi tak yg nak wat kenduri kawin ye..kami nak pegi nih. Jangan lupa jemput kami tau.
Sebenarnya, kami jejak kasih juga kat sini..dengan Dr. Talib & Puan Seri tercinta Siti Zuraidah serta anakanda sulung mereka, Raudhah Amanina. Hahah..sbenarnya Dr Talib baru saja pulang ke tanahair penghujung April lalu [for good]. Kami memang tak sempat nak jumpe family diorg sbb kami awal2 lagi dah ke Dubai. Jumpa juga kami di sini. Kak Zu pekena teh tarik. Nampak tu..2 gelas maa..Masa ni Kak Zu bawa mak dia juga tapi tak termasuk dalam foto kami. Makcik agak malu2 nak posing.
Ntah apalah yg diperbualkan. Hai Dr. takkanlah bagi lecture kat sini kot.

Sebelum pulang, saya & keluarga bergambar dengan Kak Zu & Dr. Talib.

Wednesday, 3 June 2009

Slim Time

Kali ni entry tersangatla special. Memandangkan hr ni birthday ayah, ibu nak tepek beberapa foto ayah tatkala ayah di era ke'slim'annya. Utk makluman, gmbr2 ni diambil time ketiadaan digital camera lagi. Jadi, ibu amik gmbr yg ada dlm koleksi album peribadi ayah..kikiki..surprise ayaaah..ayah tak tahu ibu publish gmbr masa2 muda ni...

Jom layaaaan..

Ayah di bilik peribadinya..F44 Mahallat al-Siddiq..Selama belajar di IIUM, ayah tak pernah ada experience pindah2 bilik ke..evacuation ke..bkn mcm ibu..asyik pindah aje. Penat wooo..brg2 pun ada yg hilang.

Gambar ni diambil di Ulu Yam. Masa ni ayah di tahun 2 main campus IIUM.
Ayah sgt aktif bersukan. Jadi swimming instructor, IIUM Life Guard, Wataniah, PSSCM, dan lain2.


.Ayah di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak untuk majlis penyampaian hadiah & sijil lepas SPM. Time ni ayah tgh belajar kat Matriks UIAM Lembah Pantai. Ayah best student SPM 1994. Chaiyyok ayah..kalah ibu. Aiseh!

Ni sy tak pasti kat mana lokasinya, kena tanya empunya diri dulu. Gaya cam org frust bercinta jer..dengan misai & janggutnya. Kui3..
Masa ni lps SPM juga. Cayaalah kurus cik abe saya nih.
Harap dpt slim cenggini, amacam, boleh tak rasa2nya ayah?

Isk3..kang kalo kurus, ramai peminat pulak kang, susah den!
Apa lagi..masaaak..masaaak..muahahaaa..

Selamat Hari Lahir


3 JUN 2009

Hari ni genap usia abg yg ke ..
Waah..cepat sungguh masa berlalu.
Kami semua doakan agar ayah sihat2 sentiasa dan dipermudahkan segala urusan lebih2 lagi yg berkaitan dengan tugasan2 PhD.

Juga,
kami berharap, agar ayah gembira & bahagia berada di samping kami.

Semoga Allah SWT memberkati kehidupan kita sekeluarga.
Amiiin..ya Rabbal Alamiiin.

Tuesday, 2 June 2009

Burj Arab

Beginilah pemandangan Burj Arab, hotel termahal di dunia. Sekali tengok bentuk hotel ni tak ubah seperti tulang sotong katak. Huh, entah berapalah harga bilik kat hotel tu untuk 1 malam eh...

Ayah dan anak2.
Masa ni cuaca tersangatlah panas membahang. Terasa sakit kulit dibuatnya.
[baru merasai panas dunia..belum lagi panas di padang mahsyar].


Kesian bb terpaksa menahan panas semata2 nak puaskan hati ayah & ibu utk bergambar kat tepi pantai tu. Nasib baik dia tak bukak topi.

Jenuh saya pujuk 2 orang ni bergambar, asyik tak mau je. Last2, sy candid je dgn background Burj Arab. Diorang ni tak kira panas ke apa..sibuk nak buat sand castle.

Yg Iffah lagi best, siap amik pasir pantai sapu kat muka dia. Tak cukup dgn itu, dia main baling pasir kat ibu. Huu..terkena pulak kamera. Nasib baik ok jer. Tapi, kamera tu dah tinggal kenangan.

Masa tgh tunggu flight nak balik ke Kelantan, kami tercicir kamera kesayangan. Memanglah bukan lsr tp sy sgt sayangkan S tu. Dah banyak jasanya. Comel pulak tu. Serasi betul nak hilang kamera ni. Hilang pula kat airport je. Kui3. Dah nak jadi rejeki org lain. Pinjaman je kat sy rupenye.

Friday, 29 May 2009

8 Mei 2009 vs 5 yrs

Dlm bulan MEI juga sy celebrate birthday Ameen yg ke-5 awal dr tarikh sebenar iaitu

8 Mei

Kami buat awal seminggu memandangkan ayah akan berangkat semula ke Dubai utk menyambung tugasan yg masih berbaki 2 mggu tu. Hmm..oleh krn Mr. Sam sy dah disambar org..maka sy tak dpt rakamkan detik2 indah tu. Cuma snap pakai hp ayah jer. Next time tepek gambar sbb tak transfer lg.

Selamat Hari Lahir buat

MUHAMMAD AL-AMEEN

Semoga membesar menjadi anak yg soleh buat ayah dan ibu.

Catatan Lalu

Hampir 2 minggu juga saya & anak2 lepak di Dubai. Bukan senang nak dapat pengalaman sebegitu. Puas jugaklah ronda2 di sekitar Dubai, tak sempat pula nak menjengah ke Abu Dhabi yg merupakan emirate yg terkaya di antara 6 emirates UAE. Perjalanan ke sana memakan masa hampir 2 jam, jadi kami terpaksa batalkan saja niat tu.

26-04-2009

Perjalanan dengan Emirates sangat memuaskan hati kami. Ameen & Iffah asyik dapat habuan je..nap sack, colouring book, colour pencils, soft toys, magazines & story books. Seronok bukan kepalang mereka ni. Izzah pun tak ketinggalan, dapat soft toys, baby food & baby toiletries. Haa3..ibu pun tumpang excited.

Kami tiba di KLIA jam 11:20 mlm. Alhamdulillah, tiada apa2 aral. Dr jauh kelihatan Abg Za & family, Hanif & Huda dan Angah & family. Terima kasih sbb datang tunggu kami di airport. Setelah selesai bersembang2 sambil berdiri, kami dibawa oleh Angah ke rumahnya di area Taman Samudera, Gombak utk bermalam di sana. Abg Za & Hanif blk rumah masing2.

Rasa mcm tak percaya je dah sampai Malaysia. Punyelah lama tunggu nak balik sini. Akhirnya…he3. Wpun cuaca panas..namun hati tetap seronok sbb dah pulang ke tanahair sendiri. Mlm tu budak2 ni tidur tak pakai baju belaka..kepanasan.

27-04-2009

Kami makan tengahari di rumah abg Za [abg sy] di Puncak Alam malboro Kia Spectra Kak Long. Waaaah..baru syok sikit rasanyaa sbb rumah dia sejuk. Petang tu kami ke UIAM jap..ke tempat yg penuh nostalgia & kenangan pahit manis selama bergelar student..dah byk berubah UIA nih. Abis je mengelamun, kami ke kedai makan kat kubur dekat2 situ. Dulu selalu dtg dgn abg makan malam. Masa berdua. Sekarang dtg ber 5..kikiki..Best3..sy dah pekena teh ais…syok2.

Pastu, kami menghala ke KL utk check in di Hotel Istana, Bukit Bintang. Abg ada international conference [anjuran IIUM & IDB] di situ. Mlm, tido zzzzzz..sejuk, best2..

28-04-2009

Satu hr abg conference kat ballroom. Kami ber 4 je kat dlm bilik. Awal2 sy dah minta abg belikan kudap2 utk kami memandangkan abg dah best dpt kupon mkn hotel. Kalo kami ber 2 je, sudah tentu sy pun ikut sama mkn. Tapi, sejak ber 5, sukar sedikit nak control semuanya. Huhuu..anak2 ribena la katakan.

Mlm nye baru sy mkn berat2..kami keluar ke tempat yg kami rindu..iaitu PUTRA Nilai..he3. Mkn kat kedai apa ntah..lupa plak namanya tp selalu gak ke kedai tu dulu, time malas masak. Pas mkn, abg ajak ke rumah kwn baiknye ‘Azman’. Hampir sejam juga kami di rmh Man, besaaaarnye rmh diaa..cantik lak tu hiasan..kemain lagi padahal xde cik puan lagi..

Pastu kami balik semula ke hotel..zzzzz...




Aktifkan Baytulkifli

Assalamualaikum semua.
Huuh..dah berhabuk baytulkifli. Dah sebulan rumah tak bertuan ye.
Sbb tu sy dah balik, nak sapu2 sikit kasi bersih semula.
Wpun slow banget tenet kat Msia, namun sy patut bersyukur..baik ada drpd takde.