Tuesday, 10 February 2009

Spiderman vs 2 Pilchard

Ahad baru2 ni kiranya last la kami ke jualan buntut kereta [carboot sale]. Kesian Ameen & Iffah..xdapat lagi nak jalan2 makan angin pada hujung minggu terutama ke carboot.

Maka ayah pun amik kesempatan pada carboot kali ni utk beli sesuatu buat 3 org buah hatinya. Biasanya, kami jarang sekali belikan mainan tiap kali ke sana..Yang ada kat dlm stor pun dah banyak..tu pun dah kasik orang sikit2..tinggal yg paling diorang suka je.

Haa..kat bawah ni laa habuan yg diorang dapat..

Spiderman Ameen.
Tapi, spiderman ni xberapa senonoh..terkangkang jer..kui3.
Kucing biru 2 ekor ni milik Iffah & Izzah..baby pun dah pandai main2 dgn kucing ni. Tak silap saya, kucing ni karakter dlm citer katun Bob the Builder..rasa2nya nama dia Pilchard..

Di Ambang Perpisahan

Tak lama lagi tugas ini saya kena ambil alih. Tak terbayang rasanya nak siap2kan 3 org anak sekaligus di pagi2 buta tu. Dahla Ameen biasa bersiap2 dgn ayah. Jumaat ni..ayah ada cakap taknak kasi diorang gi school sbb hari tu ayah akan ke Dubai. Tapi, ibu rasa macam nak hantar je..pasal hari tu hari terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah seminggu. Khuatir jika ada sebarang info penting yg pihak sekolah ingin sampaikan kpd parents kan.




Gambar2 di atas ni time ayah nak hantar Iffah ke sekolah. Alhamdulillah, Iffah ok saja kat sekolah.

Monday, 9 February 2009

Raikan Tetamu

Semalam (Ahad - 08-02-09), kami menerima tetamu dari Newcastle, kawan abang yg kami lawati pada hari Sabtu lepas. Isterinya, Ana pun datang juga bersama new edition nya..mak mertuanya pun ada sekali.

Saya tak tahu nak masak apa..sebab hari tu hari terakhir kami sekeluarga boleh pegi jualan buntut kereta (carboot sale..heheh). Oleh kerana hari Ahad ada 2 carboot, kami pilih yg sesi pagi je. Sebab, tetamu kami nak datang dlm pukul 1 lebih2. Maka hari tu, pagi2 lagi saya dah bersilat kat dapur, nak pastikan hidangan disediakan walaupun kami nak ke carboot.

Seperti biasa, BIG boss banyak tolong. Alhamdulillah..
So, inilah menu yg kami sajikan kpd tetamu kami;

Nasi Ayam Hainan
(boleh juga kalo nak tukar ke Hanani..hik2)

Brazillian Carrot Cake



Nasi ayam sebelum masak..yg selepasnya tak amik gambar pulak sebab dah sibuk dgn si kecil..jadi, terlepas macam tu aje..ditambah pulak BIG boss yg ambil alih tugas saya selepas itu..i.e. bubuh nasi dlm mangkuk & hidang...jadi, memang xde langsung gambar2 satu set menu lengkap tu..hahaa. Apapun yg pastinya, nasi ayam ni kiranya yg 1st time buat & paling mudah untuk menyediakannya.
Ayam yg direbus, digoreng dengan halia & bawang putih. Sebenarnya yg ni je saya modified. Ayam tu kalau ikut resipi asal (sila rujuk MyResipi), bukan macam ni. Saya rasa kalau ayam ni di panggang pun sedap juga..boleh dicuba lain kali. Saya tak tahu isteri kawan abg tu nak dtg sekali..maklumlah beliau belum habis berpantang lagi..xsampai sebulan pun lagi..nyarislah saya masak nasi ni, sekurang2nya beliau bolehlah jamah. Almaklumlah, berpantang UK ye..(unlike me, I went downstairs after 30 days..). Tapi, dia kelihatan sihat saja..mudah2an begitulah.

Sup nasi ayam ni rupanya diletak sayur2an..xkisahlah nak campak sayur apa kan. Saya pilih kobis cina & lobak merah (pasal sayur tu je yg adaaa...). Jika nasi ayam biasa tu, mana ada mcm ni kan..sayurnya cuma salad, timun & tomato. Sup pula, sup kosong aje.

Ni kek yg paling senang dan cepat utk disediakan sekiranya ada tetamu yg dtg ke rumah..asalkan ada carrot je. Rasanya, dah byk kali rupa kek ni masuk dlm blog..cuma resipinya belum disertakan. Tunggulah ye..entry akan dtg.
Masa ni diorang dah habis makan. Tak sempat nak amik gmbr masa tgh makan. Sibuuuk..masak telur dadar sebab kwn abg tu rupanya tak makan AYAM sejak dr kecik lagi. Huuu..ada jugak ye yg xmakan mek yam ni. Nasib baikla ada lagi kerutuk daging yg aku masak sehari sebelum tu. Dapatlah dia makan.
Kawan abang masa di IIUM dulu, Adlizan dan anak sulungnya, Alia.

Bersama mak Adlizan & Ana..saya lupa betul nak tangkap gmbr baby tuu..Aidil.
Dulu2 ayah yg berkawan..pastu ibu..kini, si anak2 pula jadi geng. Alia merengek tak mau balik bila ayahnya minta dia sarungkan jaket. Dah dekat nak balik baru Alia seronok main..Tengok tu..Izzah pun nak join bergambar.

Kami harap tetamu kami pulang dengan perut kekenyangan. Hmm..nampak tadi makcik banyak juga tambah nasi ye..heheh.

Alhamdulillah..nanti baby dah besar sikit, boleh datang lagi..

Saturday, 7 February 2009

Mencapai Misi

Hari ni pagi2 lagi kami dah keluar. Ada misi yg perlu diselesaikan. Pertama, pergi TESCO dulu cari buah tangan utk org baru. Kedua, teruskan perjalanan ke Newcastle, ke rumah kawan seUni abg dulu, Adlizan sambil2 menziarah isterinya yg baru melahirkan cahayamata lelaki pd 21 Januari 2009. Semangat sungguh baby nya..4.04 kg. Patutlah keluar ikut tingkap. Ana, isterinya pulak..sihat je. Lagipun mak mertuanya ada nemankan. Bestnye kan..saya jugaklah hari tu suami sendiri yg jaga. Kesian juga kat abg kan..mana nak belajar lagi, hntr anak sekolah lagi, nak masak lagi, nak uruskan rumah..blablabla..Takpe, itu pengorbanan abang..bukannya xdapat apaa2..dapat pahala lagi..

Selesai sahaja menziarah, kami teruskan perjalanan utk capai misi Ketiga iaitu, shopping brg2 keperluan rumah i.e. brg2 mentah spt ayam, daging lembu, buah2an, sayur2an, kicap dan sebagainya untuk stok selama sebulan. Tak sah rasanya ke Newcastle jika tak berkunjung ke kedai DIXY Chicken. Pekena ayam goreng dulu..maklumlah ini saja kedai yg jual ayam goreng kurang masin. Kedai2 lain kebanyakannya jual ayam goreng yg macam tumpah lori garam. Huuu..boleh kene darah tinggi nih.

ALHAMDULILLAH...semua misi hari ini tercapai dengan jayanya. Harap2 cukuplah bekalan untuk sebulan tu. Kalo tak cukup jugak, takpe..kawan2 ada nak minta tolong kirimkan nanti. Yg penting bekalan roti dah 'book' dengan Mr. Ron..heheh.


Hmm..nampaknya, hari ni last Sabtu untuk kami bersama2 dengan ayah sebelum ayah berangkat ke Dubai nanti. Pantasnya masa berlalu...we gonna miss u ayah.

Thursday, 5 February 2009

New Follower

Dapat seorang follower yg dikenali sbg NUR NINA. Tapi, bila dijejaki, tidak dapat pula saya nak masuk rumah dia pasal dia kunci rapat pintunya. Dan, diminta password pulak kalo nak masuk jugak. Saya tak pernah jadik tetamu NINA. Jadi, saya pulang saja dengan tangan kosong..[sigh]

Kepada NUR NINA, terima kasih krn berkunjung ke baytulkifli & menjadi tetamu setia kami.


Award from Beautiful Life

Today, I would like to express my heartiest gratitude to my Uni mate, who is an aspiring blogger;

the
BEAUTIFUL LIFE


for giving me, the narrator of baytulkifli these gorgeous n sweet awards.

I feel very honoured to paste them on baytulkifli virtual wall.

Looking forward to getting some more awards..heheh.


I, therefore want to give these awards to my links:

white canary, ummunashwa, lilburnlane, durhamroses, ungu violet, miim, narzar, ummi n hubby, beloved, erieq, farahadibamaliha and dayahdagreat.




Tuesday, 3 February 2009

Snow Lagi

Semalam Isnin [02-02-09] kami dikunjungi snow lagi. Bukan snow je..ribut snow pun ada sama. Mula2 turun malam Isnin tu. Paginya bertambah lebat sampailah lewat petang. Malamnye pulak, hujan turun. Nak cairkan snowla tu. Snow kali ini merupakan snow yg paling lebat sepanjang tempoh 18 tahun. London yg dah sekian lama xde snow..kali ni tebal sangat snownye. Ramai turun main snow..(tentera darat juga depa ni eh..) ~blinking~

Kat bawah ni ada beberapa gambar yg sempat dirakam sebagai kenangan kami berada di sini. Kali ni kami tak kemana2 pun, kat rumah saja sebab budak2 ni sekolah..

Gambar ni waktu malam masa snow mula2 turun. Nampak tak yg putih2 sedang jatuh tu..haa..snow lah tu. Ada besar, ada kecik. Cantik sangat rupa snowflake ni. Jika diamati betul2 bentuknya sama macam yg digambarkan dlm lukisan dan tv, macam gambar yg kat bawah ni..




Pemandangan dari tingkat atas, dalam bilik tidur kami [waktu malam].
Ameen sempat tulis nama atas tangga rumah. Masa ni snow masih nipis.
Keesokan paginya, snow dah tebal. Dah tenggelam satu anak tangga tu. Nama Ameen pun dah hilang.
Depan rumah kami di Clarence Street. Tebal bukan..?? Ini gambar yg kami ambil masa waktu pagi. Di sebelah petang tu..lagi tebal. Kereta2 pun putih dilitupi salji.
Masa ni dah petang..dah nampak langit biru tapi, kejap je tu..pastu gelap balik. Macam yg kat bawah ni..

Kesian burung2 tu kan. Mesti kesejukan. Tahu tak depa ni tido kat mana? Kat dalam cerobong asap [chimney] tu haaa..Saya masih ingat lagi masa mula2 datang UK thn 2007, bunyi kicauan burung ni membuatkan hati saya teramat sayu, terkenangkan keluarga & tanahair. Dan hingga hari ini, tiap kali mendengar kicauannya pasti saya akan mengingati detik2 awal semasa kami berada di sini dengan kehidupan serba kekurangan [maklumlah baru sampai kan..mestilah macam2 takde..menumpang pulak di rumah orang..huuu sedihnya].
Di belakang rumah.


Iffah sebelum keluar bermain snow.
Hmm..budak ni tak pegi sekolah hari tu sebab selesema & batuk2, tapi terliur nak main snow sama. Tapi, dia main sebentar saja sbb tak tahan sejuk. Mungkin pasal dia kurang sihat kot.





Hai..Izzah pun naik tengok snow juga. Berbungkus2 ibu kerjakan Izzah..haha3.

Dengan ayah.
Ni knp pulak..tunjuk apa tu.
Oh..jgn salah sangka..ni sebenarnya nak bgtau setebal mana snow kali ni.
Haa..tgk tu budak 2 org ni tgh buat apa..tgh mengerjakan makanan dalam balang. Masa ni diorang dah taknak main snow..dah sejuk. Cik minah tu memanjat tu..
Kononnya ayah xnak menghampakan hajat Ameen & Iffah nak tgk snowman. Tapi, lihatlah apa yg terjadi. Kepala snowman ciptaan ayah dah jatuh ke bumi. Kui3. Snowman kecik saya masih wujud kat belakang nun. Nampak tak kat tepi bekas sampah recycle tu.
Iffah kat school.

Kat rumah lama di Wylam Street. Tebal betul snow kat sini.

Snow akan datang lagi..Khamis dan Jumaat ni..huh..sejuk betul.
Kat luar rumah rasanya seolah2 kita letak tangan dalam freezer. Dalam rumah pulak mcm dalam peti ais. Huu..sejuk tak..kalo nak tahu bagaimana rasa sejuknya cuaca kat sini, try la masukkan tangan sekejap dlm peti sejuk tu. Sebab suhu di Durham time musim sejuk ni menjangkau -3. Kadang2 lagi sejuk dr itu.

Sunday, 1 February 2009

Snow Again...?

Eh2..ramalan cuaca bgtau snow dijangka turun di sini esok..wah..naanti kita sama2 tengok ye.

EEE PC

Inilah dia cik ASUS yg diterbangkan khas ke UK untuk menemui saya..heheh. Lepas ni seronoklah saya nak buka email, YM, update blog dsb. Takdelah kene melekat di meja PC lagi. Sebenarnya saya dah ada laptop sendiri sebelum ni, tapi disebabkan insiden monitor 'crack', maka saya terpaksa menyambungkan wayar khas untuk connect laptop dengan monitor PC. Monitor je yg rosak..yg lain2 tu ok lagi.

Ganasnye..sampai pecah skrin laptop. Camne tu. Hay..bukan sayalah yg punya angkara. Ni gara2 anak2ku yg jatuh terduduk atas skrin tu waktu saya tengah buat keroje. Waa..ribut taufan jugakla dalam rumah lepas tu. Mana taknya, mahal tuu nak ganti skrin baru. Lebih baik beli laptop baru. Tapi, itulah..saya tak kisah sebenarnya. Tak beli yg baru pun tak mengapa. masih boleh pakai lagi ACER tu, cuma guna monitor PC je. Takde masalah. Tapi, tulah kan..ada orang ringan tangan & poket nak kasik ganti yg baru. Saya ni..kecik tapak kaki, padang futsal saya tadahkan.

Maka, dapatlah saya ASUS ni. Cadang nak kaler PINK sbb ada pilihan kaler. Tapi, saya pikir jangka panjang..mesti cik abang nak pakai juga bila dia pegi conference ke..library ke..kan? Sebab ASUS ni cinonet jer rupenye, senang dibawa & ringan pula tu. Oklah..hitam pun hitam daaa...janji "Kata Mesti diKota". Heheh..(agak2 nyesal tak abang ye belanja saya bende alah ni..?? kih3)


EEE PC

Haa..comel sangat ASUS ni. Agaknya kalo kaler PINK mesti lagi comel kan?
(imagine abang pakai laptop pink..aww)

Terima kasih sayang..


Beauty Make Over

Tengoklah bibir Iffah ni. Tadi dia minta kaler magic nak kaler gambar. Tengok2 kejap je dia kaler gambar, pastu dia guna kreativitinya untuk buat kaler tu ala2 gincu. Ibu mana pakai lipstick kat sini. Hahaa..pakai lip gloss pun jarang2. Ibu takde peralatan make-up la sayang. Nanti kalo ibu pakai make-up kang glemer pulak..saya ni bukannya tv celebrity. Dear Iffah, dah keje nanti baru boleh pakai lipstick ye.

*seraaam juga bila tengok muka iffah ni..cam hantu korea jer. isk3...