Tuesday, 30 November 2010

Grindelwald


Grindelwald adalah lokasi seterusnya yang bakal kami tuju setelah keluar dari Germany. Perjalanan ke negara Switzerland memakan masa lebih kurang 6 jam lebih juga. Kami singgah2 juga di beberapa buah hentian untuk mengisi petrol dan melawat 'bilik termenung'.



Menurut kawan kami, untuk masuk ke Swiss, kita wajib ada satu sticker khas berwarna coklat [ke merah ye..lupa pula]. Jika kenderaan kita tiada pelekat itu, maka nanti tatkala kita masuk je boarder tu, mereka akan minta kita ketepi jalan..pegi beli sticker dulu, tampal, baru boleh masuk. Alhamdulillah, kami dapat sticker tu drpd kwn kami di Homburg, masih boleh diguna dan belum tamat tempoh sahlaku. Sudah selamat 40 ringgit. Tenkiu IURF!

Pemandangan di sepanjang perjalanan amat memukau mata. Terasa rugi melelapkan mata, namun apakan daya, kadang tu terbabas juga..zzzz. Cuma, satu je, mr Garmin yang kami bawa bersama nampaknya tidak mempunyai peta negara Swiss ni. Maka terpaksalah ZH menggunakan kemahiran membaca peta dunia. Nasib baik beliau awal2 dah siap print dari Google, jika tidak menangis tak berlagulah kami nak cari kat mana tempat nak tidur malam tu.

Kami kagum dengan keindahan alam semulajadi ciptaan Yang Maha Esa yang tiada di tanahair sendiri. Dalam hati kami berdoa moga2 kami tidak alami sebarang kesulitan sepanjang berkelana di sini, kerana kami bercuti sendiri2.

Kami tiba akhirnya di Mountain Hostel, Grindelwald, tempat penginapan kami selama 3 hari 2 mlm. Keadaan bilik selesa walaupun katilnya seakan sama dengan katil dlm dorm..ada sinki dan wardrobe. Tandas saja di luar bilik, tapi takla jauh sangat. Nampaknya hanya kami ber5 yg bermaharajalela dlm bilik tu. Apa lagi...mulalah sy memasak2..shhh...it was illegal indeed! :P

Hari pertama berada di Swiss kami tidak ke mana2..hanya bergambar dan bersiar2 di sekitar hostel tu saja. Pemandangan bak dalam lukisan...Subhanallah. Dari tingkap bilik, kami dapat saksikan keindahan kawasan pergunungan, malah setiap pagi kami seolah2 berada di atas awan..boleh sentuh awan tu.



GRINDELWALD, perkataan yg sgt familiar dengan watak Gellert Grindelwald dlm novel tersohor JK Rowling. Seorang wizard pada zaman Dumbledore yg cenderung kpd Dark Arts, pernah memiliki Elder Wand namun akhirnya tewas dalam duel bersama Albus Dumbledore. Watak ini akan muncul semasa HP7 part II sbg penyudah filem epik hasil karya JK Rowling.


3 comments:

Mrs. Ishamizu said...

cantiknya Swiss..i always adore Swiss's superb view..untungnya knani sekeluarga dh smpi sana..!:)klu ada rezeki, kami pon nk pi melawat swiss jgk la nti..hihi..

P.S flight tentative will be on 8th dec, kak..tp lum konfem lg. :)

Kalamhati said...

cantiknya pergunungan tu..subhanallah

hnyhar said...

izu,
mmg swiss sgt cantik..terasa spt berada di dunia lain..izu ada byk masa lg..pasni kan nak dok uk, blh plan ur holiday kat sini..berbaloi. cuma jgn pegi time winter je sbb nnti xlarat nak naik smpai puncak.

bagus juga delay..cuaca buruk skrg ni..

kak ti,
mmg cantik kak ti..