Sunday, 21 November 2010

Frankfurt, Germany

Dah lama tak sambung catatan kembara kami. Saya terpaksa gagahkan diri untuk melakar kembali memori sepanjang permusafiran kami ke negara orang, walau sudah lama ia berlalu. Hari ketiga kami berada di Germany, kami merasa begitu bertuah kerana tuan rumah sudi membawa kami sekeluarga melawat bandar Frankfurt, iaitu sebuah bandar besar yang menjadi pusat kewangan Germany dan juga Eropah yang mana letaknya European Central Bank.

Saya tertarik juga dengan asal usul nama bandar ini.
'Frankfurt"
In English, this city's name translates to "Frankfurt on the Main" (pronounced like English mine or German mein). The city is located on an ancient ford on the river Main, the German word for which is "Furt". A part of early Franconia, the inhabitants were the early Franks. Thus the city's name reveals its legacy as being the "ford of the Franks".
Sumber : WIKIPEDIA

Kami ke sana menaiki keretapi, dengan tiket keluarga yang murah. Kudos buat IURF. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah itu dinikmati dengan pemandangan indah saja..antaranya, dapat lihat pokok anggur berderet2..rumah2 German-style yang saya kira agak unik tapi lupa pula nak rakamkan contoh gambar rumah mereka.

Pokok anggur dilihat sepanjang perjalanan menuju ke Frankfurt.

Ameen bersama kenalan barunya, Haziq.

Bergambar di dalam stesen keretapi sejurus tiba dari Homburg.

Di luar bangunan stesen keretapi terbesar di German iaitu Frankfurt Hauptbahnhof..uish, susah betul nak eja, apatah lagi menyebutnya.

ZH & HH

Inilah wajah kanak2 Ribena of the day..kemana saja mesti bersama. Keakraban mereka bukti sucinya ikatan persaudaraan sesama Melayu Islam di rantau orang.


Bersama kenalan blogger, IU di dalam tram dari Frankfurt Hauptbahnhof.

Sampai2 je di bandar Frankfurt, tiba2 perut pun minta diisi [padahal semua dah breakfast]..hohoh. Maka, alang2 dah tiba di kedai yang dinanti2, kami pun terus duduk dan order apa2 yg patut. Foto makanan tak dapat ditayangkan di sini. Mungkin di lain entry atau dalam CookeryBook saya saja. Tapi kan, makanannya lazat...dengan pesanan, kalau perut tengah lapar, silalah order nasi goreng dan side dish..sebab, nasi gorengnya baaaaanyaaak sgt dan sgt sedap. Harga berpatutan..tak kering poket.

Makan tengahari selera Thai di Thai Fun Restaurant..voilla!

Selesai sahaja makan tengahari, kami menuju ke sebuah masjid, Bangladesh Islamic Centre yang terletak berdekatan untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar. Foto ada, cuma tak lulus nak masuk kat sini dek aksi kanak2 ribena ketika itu.

Kami meneruskan perjalanan [sejak dok negara orang ni, kaki dah terbiasa jalan jauh, kasihan pula anak2 yang berkaki kecil] pula menuju ke lokasi menarik untuk bergambar kenang2an. Cuaca agak panas terik masa tu, jadi badan pun rasa cepat penat. Singgah sebentar di hadapan European Central Bank, teruja sekejap melihat logo matawang Europe tersergam di situ. Apa lagi, jadilah mangsa latarbelakang gambar2 kami.

Setelah puas di situ, kami ke
Römer pula. Römer ni merupakan nama kepada dewan bandaraya yg memberi maksud "Roman". Sila baca petikan sejarahnya;

In fact, nine houses were acquired by the city council in 1405 from a wealthy merchant family. The middle house became the town hall and was later connected with the neighbouring buildings. In the upper floor, there is the Kaisersaal ("Emperor's Hall") where the newly crowned emperors held their banquets. The Römer was partially destroyed in World War II and later rebuilt. It is located at the Römerberg (city hall square).
Sumber : WIKIPEDIA



Kami di hadapan lambang Euro gergasi, European Central Bank.

Römer. Unik.

Ronda2 sekitar Römer.

Setelah selesai membeli souvenir, tuan rumah mengajak kami naik ke puncak bangunan [lupa dah apa namanya..IU :P ] untuk melihat pemandangan indah bandar Frankfurt dari atas. Subhanallah, memang cantik dan indah. Hutan batu. Nampak bangunan pencakar langit je. Sememangnya Frankfurt adalah satu2nya bandar German yang mempunyai bilangan bangunan pencakar langit yg banyak, yg mana bangunan itu sekurang2nya mempunyai ketinggian 150 meter. Fuh..di bandar ini saja ada 11 skyscrapers termasuk 2 bangunan lagi dalam proses pembinaan [termasuklah menara EU Central Bank]. Tapi, kebanyakan skycrapers di Frankfurt terdapat di bahagian western city centre, yang dikenali sebagai Bankenviertel [financial district].



St. Katherine's church dan jam utama, Hauptwache yang pernah dijadikan penjara sebelum ini.

Bersama tuan rumah di puncak bangunan, sebuah shopping mall, membelakangi St. Bartholomew's cathedral.

Kami pulang usai saja bergambar sana sini. Kami tiba di Homburg hampir malam. Singgah makan malam di kedai BABA's Kebab Salon sebelum berjalan kaki balik ke rumah IU. Fuh, satu hari perjalanan 2 keluarga yang memenatkan tapi ENJOY!

TERIMA KASIH tak terhingga diucapkan kepada IU & RF kerana berlapangdada membawa kami bersiar2 di bandar Frankfurt.

BARAKALLAHU LAKUM!

8 comments:

Anonymous said...

singgoh tgk gmbr, nok gi x dae doh mugo....

hnyhar said...

fa10,
heheh..xapolah, mugo ppakat nok kelik doh belako..demo cukup 3 thn doh ko? ambo bln 12 ni 3 thn laa..

UnGu VioLet said...

mar pun sama gak nie.. singgah tgk gambar... nak gie, mmg teringin.. kot2 leh gie honeymoon nnt ker.. ahaksss... hihi..

hnyhar said...

mar,
takpe, mudah2an dpt berhoneymoon di sana nnti..heheh

|nurhidayah| said...

salam ustazah hanani

wah,lame tak komen kat blog ustazah.sronoknya dapat pergi jerman.

hnyhar said...

hidayah..
alhamdulillah..dpt jejak kaki ke negara hitler..sy pun jrg update skrg ni..busy..

:cahya schatz: said...

aiseymen...patutnya kita jumpa kan kak...tp sibuk nak pindah pulak time tuh....
sorry...
next time datang lg k...

hnyhar said...

liza,
xpe, iu pun ada bgtau masa tu, liza tgh busy nak pindah rumah..so kami xjadilah nak jumpa liza sekeluarga. next time sapa tahu boleh jumpa di malaysia pula. :)