Tuesday, 31 August 2010

53rd Independence Day

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53 MALAYSIA..


Semoga jiwa dan mental kita juga merdeka seiring dengan laungan kemerdekaan itu. Alhamdulillah, sudah 2 kali kot National Day jatuh pada bulan Ramadhan. Moga Allah SWT sentiasa memberi rahmat dan hidayah kepada muslimin muslimat yang menjadi rakyat Malaysia, agar terus berpegang teguh dengan agama-Nya. InsyaAllah..


** harap2 tiada lagi bayi hasil daripada hubungan tidak halal bakal dilahirkan sekitar Jun 2011 nanti..

Saturday, 28 August 2010

Percutian Lalu

Awal cuti musim panas baru2 ni kami sekeluarga bermusafir ke bumi Europe. Alhamdulillah, 4 buah negara sempat dikunjungi sepanjang 11 hari berkelana. Tapi bukan kelana convoy. Ini sendirian berhad punya.

Tempat pertama yang akan kami kunjungi ialah Paris, sekali lagi. Sebelum ini kami pernah jejakkan kaki ke Paris [tahun lepas] tapi belum berkesempatan untuk ke Disneyland. Jadi, itulah punca utama kami bertandang untuk kali kedua ke bandar mewah ini. Semuanya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk membawa anak2 bercuti di tempat karakter kartun Disney yang diminati..termasuklah ibunya juga..hihi.

Untuk percutian kali ini kami membawa kenderaan sendiri. Bukan apa, senang nak bawa barang itu ini. Sementelah pula berjalan2 dengan 3 kanak2, adalah lebih selesa jika berkenderaan sendiri [tapi jika terpaksa panjat kapal terbang, terpaksa juga redah..]. Jadi, kami dikehendaki menyeberang dari Dover port menuju ke Calais port untuk sampai ke Paris. Dover port ni letaknya tersangatlah jauh dari Durham..kira2 6 jam perjalanan [drive]. Oleh kerana waktu menyeberang tu seawal 4 pagi, sebagai langkah berjaga2, kami awal2 lagi dah bertolak ke bandar berdekatan Dover dan bermalam sebentar [sampai jam 2 pagi] di Travelodge di situ. Alhamdulillah, Dover port terletak tak berapa jauh dari travelodge berkenaan..lebih kurang setengah jam perjalanan, kami dah terpacak di sana.


Sementara menunggu malam, kami keluar ronda2 ke pasaraya Lidl yg cuma beberapa langkah saja dr travelodge.

Inilah Dover port tempat kami menaiki feri untuk ke seberang. Ini pengalaman kedua lepas ke Amsterdam dulu, masa tu naik di Newcastle. Masa ni jam 3 pagi..mata pun masih mengantuk..anak2 semua zzzzz.

Ini pula masa dalam feri..kali ni sekejap je naik..lepas satu jam setengah je dah sampai. Hanya tempat2 duduk saja disediakan. Masa ke Amsterdam dulu, siap overnight. Dapatlah merasa tidur dlm kapal.

Jauh juga perjalanan kami dari Calais port ke Paris..penat jugalah dibuatnya dengan tak cukuo tidur lagi. Kami singgah bersarapan sederhana di hentian rehat tepi lebuhraya...pheww mahal tak ingat. Berganda2 harga muffin seketul. Oh! Ye..ini kali kedua suami saya memandu di bumi Europe, kadang tersasul juga masuk lane kiri, dah terbiasa. Sebelum ini kami bercuti di bumi Holland dan Belgium juga membawa kereta dari UK. Mana2 kenderaan yang tiada tulisan GB di sebelah plat nombor diwajibkan meletak pelekat GB di kereta kerana undang2 Europe ni agak strict sedikit. Lagipun untuk keselamatan kita juga, sekurang2nya pemandu Europe berhati2 bila nampak kereta GB ni..sebab pemandunya di sebelah kanan :) .

Sepanjang perjalanan co-driver boleh tahan juga 'busy'nye kerana terpaksa menguruskan hal ehwal pembayaran tol..eheheh. Tolnya pun tidaklah banyak sangat bayarnya..masih tidak mencekik darah.

Ini adalah hotel kami sepanjang berada di Paris, Hotel Premier Classic. Penginapan dengan caj sebanyak 36 euro semalaman agak berpatutan berbanding dengan hotel lain. Lokasinya juga tak berapa jauh dari tempat yang kami nak tuju, adalaaa dalam 10 minit je drive. Lagi satu, yang bestnya, WIFI dapat free je dari dalam bilik. Ada 1 katil besar dan satu katil bujang. TV pun ada, cuma tak faham satu apa pun sebab semua dalam bahasa French. 2 malam juga kami di situ. Alhamdulillah, puas hati..

Val de Europe.

Ini pula shopping complex besar berdekatan hotel. Gah juga tempat ni..sekali tgk macam Suria KLCC, 2 kali tengok macam Pavillion pula. Nasib baik masuk sini, dapatlah kami beli serba sedikit bekalan roti untuk dimakan di Disneyland esoknya. Murah betul croissants...maklumlah asal dia kat sini kan. Dah selesai meronda2, kami pulang ke hotel. Kena rehat secukupnya sebab esoknya pagi2 lagi kami nak kena bertolak ke Disneyland, nanti kalau lambat, panjangla barisan dan jauhla kena parking..

**sekian dulu untuk catatan hari pertama..bila dah ada masa boleh sambung cerita lagi..bulan puasa ni jadual pun padat..

Monday, 23 August 2010

Tetamu dari Jepun, Malaysia dan Cardiff.

Pada Julai yang lalu, kami menerima ramai tetamu. Semua gara2 Islamic Finance Summer School [IFSS] yang dianjurkan oleh SGIA, Universiti Durham. Tetamu dari negara matahari terbit adalah sahabat suami saya, Hakimi dari Universiti Kyoto. Beliau datang seorang sahaja, tidak menginap di rumah kami. Kami jemput beliau makan2 saja. Sebenarnya masa buat jamuan untuk Fauzi kami sekalikan dengan menjemput Hakimi..hehehe.

dari kiri: en Tahir, Fauzi, tuan rumah & Hakimi.


################

Sempena IFSS juga, kami menerima 3 orang tetamu dari Malaysia pula kali ini. Mereka bertiga adalah daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM, Nilai. Kami juga turut dicanang sebagai 'keluarga angkat' kepada mereka. Ada lebih kurang 25 orang yang datang semuanya, masing2 menginap di rumah keluarga angkat yang merupakan ahli durham_my. Lebih kurang 8 hari juga mereka berada di UK untuk program international visit khabarnya. Bertuahlah mereka, baru berada di tahun 2 pengajian sudah jejakkan kaki ke sini. Di harapkan mereka menggunakan peluang yang diberi semaksimanya, maklumlah yuran IFSS pun menjangkau GBP 500. Bukan senang nak sertai program ilmiyyah sebegini yang dihadiri oleh pelbagai alim ulama kewangan.. :P

dari kiri: Rafiq, en. Tahir, 'bapa yg diangkat' & Faris.

Ada 2 orang lagi tetamu kami iaitu Nuradli Ridhwanshah dan kawannya [xtahu namalaa] daripada Cardiff, Wales. Tiada foto dirakamkan, lupa.

Semoga dengan kunjungan mereka akan menambah keberkatan dan rahmat ke atas kami sekeluarga..amiin.

Sunday, 22 August 2010

Sayonara

Pada pertengahan Julai lalu, kami telah mengadakan satu majlis perpisahan buat sahabat kami yang bertugas di Universiti Malaya, yang akan pulang ke Malaysia setelah selesai tugasan PhD beliau. Mohd Fauzi & Adlina sekeluarga berangkat pulang 2 hari selepas majlis yang kami buat ni.

Bergambar bersama dengan keluarga Fauzi.

******************

Dalam bulan Julai juga kami menyaksikan 2 buah lagi keluarga yang pulang ke tanahair iaitu, Ruzniza sekeluarga dan abg Rahimi sekeluarga. Masing2 merupakan pelajar PhD di University of Durham. Jadi, satu majlis perpisahan juga diadakan buat mereka. Kami tak sempat pun nak bantu keluarga abg Rahimi angkat barang ke kontena kerana kami berada di luar daerah selama 11 hari. Maklumlah nak kejar holiday sebelum Ramadan menjelma..

Ibu2..ruz, kak mar & tuan rumah.

Anak2.. izzah, syira, iffah, qistina, ameen & arif.

Ayah2 bersama anak2..meriah sungguh.

Buat Fauzi & Adlina, abg Rahimi & kak Marlina, Najib & Ruzniza;
Selamat kembali ke tanahair semua. Semoga perkenalan selama berada di UK akan sentiasa berkekalan selamanya. Manalah tahu boleh aturkan reunion pula nanti.

Saturday, 21 August 2010

Palace Restaurant, Middlesborough.

Kali ini nak kongsi pengalaman makan2 di restoren Kurdish di Middlesborough, iaitu Palace Restaurant. Sudah dua kali kami jejakkan kaki ke restoren ini. Boleh lihat alamat yang tertera pada kad menu di bawah jika berminat untuk ke Palace.


Kami biasa order Lamb Khouzi dan Chicken Khouzi. Dapat roti naan 2 keping..alhamdulillah, kenyang dan bersyukur dengan rezeki Allah..

Chicken Khouzi. Gambar Lamb Khouzi terpadam pulak..eheheh.


Dah selesai makan2, kami minta minuman teh O panas untuk mencairkan segala lemak2 yang dimakan sebentar tadi. Sedap teh O ni, oh! Ye...teh ni percuma tau. Jadi, jika anda nak ke sini, lepas makan, jangan lupa minta teh O panas ni. Rugi...sedap!

Sunday, 15 August 2010

My Cookery Book

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya ingin memperkenalkan satu blog baru [ekceli lama dah], iaitu blog koleksi resipi dari dapur saya. Sila klik di sini untuk meninjau2 apa yang ada di sana. Walaupun masih tak banyak rekodnya, namun apa yang ada boleh dikongsi bersama.

My Cookery Book merupakan blog yang akan menghimpunkan resipi2 yang pernah dimasak oleh hnyhar sendiri. Terdapat juga beberapa resipi yang dicatat tetapi masih belum dicuba [yang tiada gambar], direkod semata2 untuk tujuan simpanan hnyhar.

Selamat berkunjung ke My Cookery Book. Semoga apa yang tercatat di sana memberi manfaat kepada anda yang mengunjunginya.

Saturday, 14 August 2010

Raby Castle

Raby Castle,
Staindrop,
Darlington,
County Durham,
DL2 3AH.

Pada awal April lalu kami sekeluarga bertamu di Raby Castle. Sebenarnya sebelum ni pun kami dah jejakkan kaki ke sini, tetapi tak dapat masuk ke dalam castle kerana Raby Castle hanya dibuka pada waktu dan hari tertentu sahaja, bukannya sepanjang masa terbuka untuk lawatan.

Opening Times:

Easter : Sabtu - Ahad

Mei, Jun & September : Ahad - Rabu
[guided tours : Isnin-Rabu]

Julai & Ogos : setiap hari kecuali hari Sabtu.
[also open Bank Holiday Saturdays]

Jadi, bagi sesiapa yang ingin mengunjungi Raby Castle, sekarang adalah masanya yang sesuai. Berikut adalah bayaran masuk ke Raby Castle:

Castle, Park & Gardens:

Dewasa - GBP 9.50
Pelajar - GBP 8.50
Kanak2** - GBP 4.00
** Kanak2 bawah usia 12 thn jika nak jalan2 ke Park & Gardens je, FREE dengan syarat bersama orang dewasa. Tetapi, jika nak masuk dalam Castle, kena bayar GBP 4.
Keluarga [2 dewasa + 3 kanak2] - GBP 25.00

Jika nak melawat Park & Gardens sahaja dan tidak mahu masuk dalam Castle, bayaran berbeza dikenakan iaitu:

Park & Gardens:

Dewasa - GBP 5
Pelajar - GBP 4
Kanak2** - GBP 3
** Syarat seperti di atas juga.
Keluarga - GBP 12.50

Park & Gardens : 11:00 am - 5:30 pm
Castle : 1:00 pm - 5:00 pm

Panjang lebar saya bercerita. Mungkin dapat membantu sahabat2 yang ingin berkunjung ke sini bagi membuat persiapan awal. Oh! Ye..parking kereta percuma, tiada caj dikenakan.

Hari tu, kami tak belum masuk ke dalam Castle, hanya bersiar2 di sekitar taman sahaja. Lagipun, masa itu cuaca sejuk dan berangin, jadi kami tak lama di sana.


Betul2 di hadapan pintu masuk ke Raby Castle.

Raby Castle yang menjadi milik keluarga Lord Barnard sejak tahun 1626 ini merupakan salah sebuah castle zaman pertengahan yang cantik di England. Castle ini dibina oleh keluarga Nevill dalam kurun ke-14 lagi. Raby dikekalkan dalam keluarga Nevill sehinggalah tahun 1569 apabila tewas dalam Rising of the North, yang mana kesannya tanah dan castle tersebut dirampas oleh Crown. Kemudian, pada tahun 1626, Sir Henry Vane the Elder telah membeli Raby.

Raby berasal daripada perkataan 'Ra' - daripada bahasa Denmark [Danish] yang bermaksud garisan sempadan. 'Bi' - bermaksud penempatan atau kediaman.

Jom lihat kawasan sekitar Raby Castle. Semasa kami datang, ada Egg Hunt Festival sedang berlangsung.














Kami dapat Raby Castle complimentary season ticket untuk keluarga yang mana tiket ini sah digunakan sepanjang tahun 2010 opening season. Tetapi tak semua event kami dapat masuk free, hanya yang tertakluk dalam syarat dan terma sahaja.

Ok, selamat berkunjung ke Raby Castle! Kami pun bercadang ke sini lagi suatu hari nanti, insyaAllah.

Gigi Baru


Ameen dah mula keluar gigi kekal. Gigi pertama dah keluar 5 bulan lalu dan kini dah pun keluar yang kedua. Kedua2 batang gigi kekal Ameen adalah gigi kacip depan, bawah. Yang menjadi masalahnya, gigi susu masih belum tanggal. Kami risau gigi Ameen akan bertindan/berlapis nanti.

Jadi, pertengahan Jun lalu kami buat appointment dengan dentist di Dental Clinic di Coxhoe untuk pemeriksaan gigi Ameen. Alhamdulillah, kami tak tunggu lama. Cuma 2 minggu dari waktu kami buat panggilan. Tentang servis pula, ok, cuma ingatkan macam dentist di Malaysialah, boleh cabut gigi susu tu. Rupa2nya sangkaan kami meleset apabila dentist tersebut tidak melakukan sebarang servis melainkan hanya menampal gigi geraham Ameen yang berlubang sedikit. Menurut beliau, tidak perlu mencabut gigi susu Ameen yang dah mula goyang tu. Katanya lagi, gigi susu tu akan gugur sendiri, maka biarlah proses gugur itu berlaku secara semulajadi. Laa..macam tu ke.

Akhirnya, kami pulang tanpa membuat sesuatu pada gigi susu Ameen tu. Hanya dapat prescription untuk gel gosok gigi. 6 bulan nanti kena jumpa lagi untuk buat cek. Tiada bayaran dikenakan.

Thursday, 12 August 2010

Summer BBQ & Family Day 2010

2 hari sebelum seluruh ummat Islam menunaikan ibadah puasa, komuniti Malaysia-Brunei-Durham telah menganjurkan program Summer BBQ merangkap Family Day untuk tahun 2010. Program berlangsung di lokasi tetap iaitu Hamsterley Forest, kira2 setengah jam perjalanan dari Bowburn. Ramai juga ahli keluarga yang dapat hadir memeriahkan suasana. Alhamdulillah, cuaca hari Ahad lalu amat memuaskan hati, walau pada awalnya forecast meramalkan akan hujan pada hari itu. Kuasa Allah SWT..tiada siapa yang tahu dan boleh sekat. Program kami berjalan lancar sepertimana yang dirancang.

Izzah dan ibu. Masa ni Izzah mengantuk, sebab tu masam je. Nasib baik ayah dirikan khemah, boleh Izzah mama dan zzzzzz. Lokasi bbq kali ini agak jauh dari kemudahan tandas awam. Sesiapa yang nak berkumuh, terpaksa menaiki kenderaan ke sana. Nak jalan kaki? Huii..jauuuuh..tak larat kaki. Tak pasal2 terburai di tengah jalan.. :)

Kanak2lah yang paling gembira bila ada program2 seumpama ini. Riuhnye seperti ada beratus2 kanak2. Maklumlah, ini masa mereka berkumpul dan berjumpa sesama sendiri sejak bercuti sekolah. Banyak juga acara untuk anak2 ni, tiada konsep menang dan kalah kali ini. Semua dapat saguhati yang sama. Main hanya untuk hiburkan hati dan bukannya bertanding siapa yang terbaik. Apa yg penting semangat kerjasama antara mereka. Ini acara meniup belon tapi biar pecah sendiri, bukannya dipecahkan. Ameen tak dapat nombor apa2 pun..tiup untuk suka2 je. Lagipun ibu tahu, dia sayang nak pecahkan belonnya tu. Hmm...

Saya tak pernah sertai permainan ini sebelum ni. Malah tak tahu pun apa namanya. Terima kasih kepada koordinator game kanak2, kreatif sungguh. Kawan saya ada bagitahu, game ni pernah beliau main masa kursus PTD. Owh, patutla, koordinator tu PTD yg tengah study leave... :> Kanak2 cukup happy main acara ni. Semua komited.

Akhirnya kemenangan menjadi milik kumpulan Power Rangers. Kemain lagi mereka bersorak sorai. Paling melucukan, yang si kecil2 pun join juga acara ni, tapi mereka terpinga2 tak faham bila pasukan sebelah menjerit2 meraikan kemenangan.

Ameen beratur tunggu giliran nak isi air dalam botol. Ini kali pertama Ameen main sukan ni.

Ameen tengah perah span yang direndamkan dalam sebaldi air. Geli hati lihat anak2 ni main permainan ni. Gaya memerah bukan main lagi tapi, takde setitik pun air yang masuk dalam botol. Semua tumpah di luar botol. :)

Kelihatan Encik Pengarah Program BBQ dan Family Day 2010 tengah sibuk membakar dan mengipas sambil berkerut2. Tahniah, program berjalan lancar dengan cuaca yang sungguh cantik.

Sesi bakar membakar kambing dan ayam. Hmm..Bayern Munchen pun boleh bakar bbq jugak ke..atau, jadi tok mandur..hehhe.


Ini pula kek harijadi anak2 yang jatuh dlm bulan Ogos. SELAMAT HARI LAHIR buat Anis Afifah, Iffah Nabiha, Nusaybah & Mujaddid. Moga membesar menjadi anak soleh dan solehah kepada ibubapa masing2.

Kaum bapa dan anak2 lelaki sedang menunaikan solat zuhur berjamaah..alhamdulillah.
Hai Asmui..dah siap ke..awat sekejap benor solat tu..

Kaum bapa ada acara sepak2 bola. Tak tahu pula saya pasukan yang mana satu menjuarai. Boleh tahan lama juga mereka ni bermain. Hai...tak sakit urat ke..mungkin nak lepas gian sebelum berpuasa. Masa tu aktiviti sukan dibekukan. Rasa saya, kaum ibu je yang tiada aktiviti sukan kali ni. Mungkin sebab masing2 sibuk mengendalikan si kecil agaknya..jika di tahun2 sudah,, memang ada games untuk kaum ibu ni.

Kami berlima. Seperti yang saya pernah perkatakan sebelum ini, bukan senang nak bergambar ber5, semua pandang kamera dan senyum. Boleh kira dengan jari. Selebihnya macam yang dalam gambar di ataslah. Sorang pandang ke timur, sorang lagi ke puncak.

Hanya kaum bapa dan anak2.

Foto beramai2 komuniti Malaysia-Brunei-Durham sepanjang program BBQ dan Family Day untuk tahun 2010. Ada yang bersedia, ada yang tidak. Rasanya ada 1 shoot saja yang mana semua bersedia, itupun sebab pakai tripod. Koleksi saya ni ayah yang captured.

Maka dengan itu berakhirlah acara BBQ dan Family Day 2010. Mungkin juga ini merupakan BBQ terakhir buat kami sekeluarga sebelum pulang ke Malaysia..insyaAllah.

Tuesday, 10 August 2010

Salam Ramadan 1431H

Bersempena kedatangan bulan yang dinanti2kan oleh seluruh ummat Islam ini, BAYTULKIFLI ingin mengambil kesempatan mengucapkan;

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

kepada:

kaum keluarga & sanak saudara yang berada di Pasir Puteh Kelantan dan Tanjung Malim Perak,
rakan seperjuangan di SMA Persekutuan Labu & USIM,
sahabat handai tak kira di mana jua anda berada,
anak2 didik SMAP Labu & USIM, dan tak dilupakan,
buat semua pengunjung BAYTULKIFLI.

Kemaafan dipohoni atas segala keterlanjuran kata dan tingkahlaku dan marilah kita sama2 memanfaatkan bulan penuh barakah ini dengan melipatgandakan amal ibadah terhadap Allah SWT. Moga setiap amalan kita diterima..amin.