Friday 18 June 2010

Izzah @ 20 Months

Semalam genaplah usia anak ketiga kami yang ke 20 bulan, atau setahun 8 bulan. Alhamdulillah, dah besar pun baby Jijah ni dan dah setahun lebih Izzah BF. 4 bulan lagi cukuplah 2 tahun. Huh, sekejapnya..jika orang lain dah dapat adik ni.

Izzah kadang2 tu suka sangat melawaa..[kadang2 serabai je]..tapi gayanya tak berapa nak kenalah. Kecil lagi, jadi..melawa ala2 si kecil laa. Suka sangat ambil barang2 kakak Iffah seperti cekak rambut, klip rambut, skarf dan macam2..hingga membuatkan si kakak menjerit2. Hihihi..

Lepas mandi, mesti dia akan minta sikatkan rambut dan nak pakai bedak..sambil cakap "bu..nak bak.." . Lepas tu bedak yang disapu bertompok tang mulut je..kat situ je tempat yang dia suka sapu bedak.. :)

Gambar Izzah tak pakai baju...ngeee...takpe, bahagian atas je dapat dilihat. Maklumlah sekarang cuaca dah makin panas..[hari ni temperature drop ke 10 C berbanding semalam 26 C @ malam tadi 20 C]. Izzah dah mula pakai baju berlengan pendek dan baju gaun.

Izzah dah banyak kecam anggota badan. Dah tahu baca doa makan dan surah alfaatihah versi baby..nanti saya rakam bila ada kelapangan. Sekarang dah tahu nyanyi nursery rhymes, Twinkle Twinkle Little Star..versi baby juga tapi iramanya sudah ada.

Align CentreIzzah dah banyak faham pertuturan ayah dan ibu. Malah, jika kami memberi arahan dalam dwibahasa pun Izzah dah faham. Tiap kali nampak saya bersiap [gaya macam nak keluar rumah], Izzah akan cepat2 ambilkan sepasang stokin untuk saya pakai. Pernah suatu hari tu, bila dia terambil stokin warna hijau..tiba2 saya cakap.."oo..ooh..hijaula pulak..tak matching ni..". Dia pun ambil balik stokin hijau tu, simpan semula dan ambil stokin kaler lain. Padahal, saya tak suruh tukar pun..hihi. Seronoknya ada little helper ni.

Walaupun suka tolong ibu..dah namanya kanak2..memang tak larilah dari aksi 'suka sepah2'. Bila di dapur, sepah barang2 dapur..pinggan mangkuk. Bila di dalam bilik, suka main pakaian. Sekarang dah terer naik katil sendiri tanpa bantuan kami. Bila nak turun katil, dia masih ingat cara yang kami ajar, iaitu turun pakai kaki dulu dengan cara mengundur.

Gambar ni diambil masa kami bawa Izzah dan abang serta kakak bermain2 di taman permainan kanak2 di Riverside Park, Chester-le-Street. Masa ni cuaca sangat elok..sesuai nak bawa anak2 keluar bermain dan relaks..

Haha..ini pula gambar Izzah selepas mandi..suka sangat gosok gigi..sebab ubat gigi sedap rasa macam aiskrim strawberi. Part yang suka gosok gigi tu dah bagus dah, part yang tiap kali tukar nappy kat toilet, nak gosok gigi..tu yang tak berapa nak bagus. Takkanlah nak gosok gigi sampai 5 kali sehari pula..


6 comments:

Unknown said...

comey la gaya gosok gigi tu..

bley wat iklan colgate ni.

hehe~

hnyhar said...

faiq,
hehheee..dia suka ajuk kita gosok gigi.siap kumur ada bunyi lagi..yg xthn nye bila tiap kali masuk toilet nak gosok gigi..hmm.

UnGu VioLet said...

akak.. cuteeeeenye wktu brush teeth tue.. gerammmmnye mar tgk... yerla.. bebarapa bulan je lg birthday kami nie.. ;)

iu rf said...

bijaknzye jijah...
piyah kene lawan ngn jijah gak ni..ehehehe

comelnye gosok gigi...
np piyah x suke sgt gosok gigi..dia suka makan ubat gigi jek..huhuhu

MalayConfinementLady said...

dah boleh tambah adek nie
:)

hnyhar said...

mar,
hehe..dia ni pntg nmpk berus gigi dan ubat gigi, terjerit2 nak.sambil berus, smbil makan ubat gigi..haha. skrg ni susah dah nak record aksi atau time dia tgh nyanyi ke apa..sbb dia dah tahu, nnti dia akan stop terus.

iu,
bb piyah 'cool'..pun bijak jgk nmpknye tu..haha teringat video masa dia dok dlm besen tu..kiutnyelah ngan muncung dia tu..

mimi,
adek?? ngeh3..nak jugak tmbh lg, tgklah ada rezeki nanti adalah tu kan.. :p umurku yg dah kian lanjut ni mmg kena cpt2la menambah edisi..kang anak nak masuk U ibunye dah pencen..