Hari terakhir di Holland kami ke ibukotanya, Amsterdam. Setelah check-out pagi2 dari NH Hotel, kami teruskan perjalanan menuju ke destinasi. Kira-kira setengah jam selepas itu kami pun tibalah di bandar Amsterdam. Kami parking kereta di stadium Olimpik Amsterdam, berbumbung dan murah, hanya 6 euro saja untuk satu hari. Jimat. Untuk ke bandar Amsterdam, kami naik public transport, iaitu tram yang hanya di seberang jalan stadium ni. Jika hendak ke City Center, tram mestilah yang bernombor 16 atau 24.
Perjalanan menaiki tram sangat praktikal. Walaupun membawa anak kecil dan push chair, namun semuanya memudahkan pergerakan. Alangkah bagusnya jika tram turut terdapat di Malaysia.
Perjalanan menaiki tram sangat praktikal. Walaupun membawa anak kecil dan push chair, namun semuanya memudahkan pergerakan. Alangkah bagusnya jika tram turut terdapat di Malaysia.
kami di hadapan stadium Olimpik tu.
Dalam 15 minit menaiki tram, kami pun tibalah di bandar Amsterdam. Sebelum ke mana2, kami ke tourist office dulu, ambil brochure2 yang berkaitan pelancongan. Cuaca agak panas, kami yang mula2nya tu mengenakan jaket, mula merasa hangat dek cuaca yang boleh tahan itu.

Si kecil yang keletihan. Diam je, nasib baik. Kitala pula yang kesian tengok dia diam. Entah apa yang dimenungkan pun tiada siapa yang tahu..
Suasana di bandar Amsterdam yang kelihatan sibuk dengan ribuan manusia. Masa ni muka saya kelihatan sembab di sebelah kanan kerana penangan sakit gigi yang tercabut 'simen' tampalan. Nampak gelmol pulak..heheh.
Penduduk di sini kebanyakannya berbasikal. Lihat saja di belakang saya ni, basikal berlambak2..jika di Malaysia parking di sediakan untuk kereta, di sini pula seluas2 parking untuk basikal..malah bertingkat2 pula tu. Penunggang2 basikalnya pula takdelah lengkap berhelmet, tidak seperti di UK..hendak berbasikal ke bandar wajib mengenakan helmet basikal. Basikal di sini pula takdela secanggih basikal2 yang saya lihat di UK..jika di UK basikalnya berbentuk moden belaka, tapi di sini macam basikal tua pun ada..memang tak canggih dan moden langsung rupanya. Tengoklah handle basikal di sebelah saya tu..tak ubah macam basikal tua milik atuk saya dulu..[yg melakar sejarah terjunamnya kakak dan sepupu saya ke dalam bendang..heheh].
Iklan bas pelancong. Kami naik bas yang tak boleh hop-on hop-off sebab masa suntuk jika nak turun naik bas meronda. Kami hanya ada beberapa jam saja sebelum 2:30 petang. Sekurang2nya kami kena sampai di terminal 2 jam sebelum kapal berlepas. Lagipun, banyak prosedur yang perlu dipatuhi sebagai pelancong ni..cek macam2.
Dengan kadar tambang sebanyak 12 euro seorang dewasa, maka kami memilih untuk naik bas pelancong merah separa berbumbung. Kat bawah nanti ada foto basnya.
Dengan kadar tambang sebanyak 12 euro seorang dewasa, maka kami memilih untuk naik bas pelancong merah separa berbumbung. Kat bawah nanti ada foto basnya.
Di Holland windmill merupakan antara tarikan pelancong di sini. Menurut pemandu pelancong bas kami, sebelum ini terdapat 11,000 lebih windmill di negara bawah laut ni, namun yang masih bertahan terpacak cuma seribu lebih saja. Huh, banyak betul ye..sampai berbelas ribu. Classic windmill kat atas ni terletak di bandar Amsterdam..masa ambil gambar ni kami berada di dalam bas, jadi imej pun terpantul cermin tingkap. Sepatutnya dalam jadual kami nak ke Kinderdjick, di situ terdapat banyak windmill. Nak bergambar depan windmill pun memang sangat sesuaila. Memandangkan masa suntuk, sementelah pula kami dah pun bergambar depan windmill besar sewaktu di Keukenhof, maka kami batalkan niat ke Kinderdjick.
Ini pula kilang berlian. Sebenarnya kami pun boleh masuk, sebab bayaran bas tadi termasuk sekali lawatan dalam kilang berlian ni. Tapi disebabkan masa tak menyebelahi kami, kami tarik diri dari ikut serta rombongan itu. Bas yang kami naiki tadi tu menukar penumpangnya di sini. Kira macam check point depa la ni.
Public transport yg sangat memuaskan..tram. Lihat tu..ada penunggang basikal..rasanya di Malaysia agak sukar untuk naik basikal macam di Holland ni dek cuaca yang panas membahang. Lagipun, bila difikirkan, kurang sesuai juga wanita muslimah berbaju kurung tiba2 kayuh basikal..ye tak. Itu belum kira yang berbaju moden seperti kebaya lagi..haa...camana nak kayuh basikal kan.
Sesuai dengan gelarannya negara di bawah laut..di mana2 saja terdapat terusan ni. Hampir selang 2 buah bangunan ada canal..ada perahu dan bot. Sungguh menenangkan mata. Dan, sepanjang pemerhatian kami, di sepanjang canal ni mesti ada tempat duduk macam kensington bench, tak pun wood bench biasa. Sangat sesuai untuk bersantai dan merehatkan mata dan fikiran.
Ini pula pasar bunga terapung terpanjang di dunia. Deretan kedai ni letaknya di atas air. kami tak singgah pun di sini. Foto ni pun diambil masa dalam tourist bus.
Setelah penat bersiar2 di bandar Amsterdam, kami pun mengambil tram no 16 untuk balik ke stadium Olimpik tempat parking kereta. Alhamdulillah, tepat2 je masa yang kami rancang tu. Nampaknya takdelah kami tergesa2 ke bandar Lisse semula. Masa kami tiba di Felison Terminal tu pun, kenderaan tak banyak lagi.
Sesudah dibenarkan masuk, kami terus menuju ke kabin untuk letak beg. Lepas tu, naik semula ke Deck 5 untuk melihat tanah Holland buat terakhir kali.
Seterusnya kami ke Deck 7 untuk makan2 sikit, alas perut. Makanan boleh tahan juga mahalnya.
Dah habis makan2 kami pun balik semula ke kabin untuk meluruskan kaki. Anak2 pula melayan cerita dalam lappy saya sampai mengantuk. Kali ni kami rasa pening2 sikit disebabkan kapal bergoyang2 ke kiri ke kanan. Walaupun tak ketara sangat, pusing2 jugalah kepala ni. Nasib baik boleh lelapkan mata.
Akhirnya kami selamat tiba di Newcastle keesokan pagi jam 10. Selepas keluar dari perut kapal, kami diperiksa oleh pihak security yang mana kami dikehendaki mengisi maklumat pada kad imigresen [sebab bukan EU passport holder]. Lepas dah settle baru kami bertolak pulang ke Durham. Alhamdulillah selamat sampai setengah jam selepas itu...

2 comments:
seronoknya dah sampai amsterdam...saya pun teringin jgk nak kesana..Dari helsinki 2.5 jam by airplane..ikut jln laut tak sure sangat..Hrp2 ada rezeki nak jejak kaki ke situ..
lady lavender,
terima kasih tinggal pesanan. sekarang tinggal di helsinki ke?best x dok sana? insyaAllah, musim bunga tahun depan..jika berkesempatan dan rezeki melimpah, bolehlah panjangkan kaki ke negara bawah laut tu..
selamat berkenalan..
Post a Comment