Monday 22 March 2010

Musim Bunga 2010


Semalam 21 Mac ialah tarikh menandakan masuknya musim bunga secara rasmi..walaupun di tempat lain sudah kelihatan bunga2 daffodils. Pokok2 juga hampir mengeluarkan pucuk2 daun hijau. Cuaca pun sudah tidak sesejuk beberapa bulan yang lalu. 7 Celsius kira dah sungguh menyamankan. Cuaca di sini tak boleh nak jangka sangat..kadang tu pagi2 bersinar2 cahaya matahari..tapi setengah jam lepas tu langit yg tadi membiru tiba2 mendung, tapi hujan tak turun pun. Walaupun suhu dah capai 7 C, kami masih kena sarungkan jeket sederhana tebal..kerana angin bertiup kuat. Siapa yang tahan kesejukan angin tu. Seingat saya masa musim panas yang lalu pun, boleh bilang berapa hari je kami tak pakai jeket. Selebihnya memang kena pakai juga [light coat].

Apapun, yang pastinya heater dalam rumah pun tak perlu 'on' dua kali sehari lagi. Macam kami, kami cuma hidupkan sejam setengah je sehari, itupun semata2 nak keringkan pakaian. Saya kurang gemar sidai di luar jika cuaca lembap, nanti pakaian berbau hanyir. Mungkin sebab cuaca lembap tu. Jika betul2 panas baru saya jemur pakaian di ampaian.

Belum ada lagi foto2 bunga daffodils untuk tatapan keluarga dan rakan2 di Malaysia. Tunggu bila pepohon dah menghijau baru kami tayang kat sini.


** terasa cepat benar masa berlalu...

2 comments:

Anonymous said...

sekarang ni rasa seronok jer nak bersantai kat luar, posing2, main2... tapi hari dah stat hujan pula. minggu lps edinburgh cecah 11c, x berjaket pun

hnyhar said...

fa10, sini pun dah cecah 11 tp kami masih pakai jaket sbb sejuk dek angin kuat..ditambah pula ngan hujan..xsbr nak piknik2 kat taman...