Friday 26 February 2010

La Al-Hambra, Granada, Spain

Hari kedua kami di Andalus..meneruskan permusafiran menuju ke kota Granada..al-Hambra. Perjalanan dari Malaga-Granada memakan masa selama 2 jam setengah. Di sepanjang perjalanan kami banyak melihat bukit bukau dan gunung ganang di kiri kanan jalan..juga deretan pokok zaitun. Jalan juga berbukit2 hinggakan anak2 pun kepeningan..Iffah dan Izzah dua2 muntah dalam kereta. Habis pakaian saya dibasahi muntah tu..kuuuus semangat. Perkara pertama yg saya buat masa sampai di situ...cari tandas ler.

Mengikut catatan sejarah, al-Hambra dibina pada kurun 13 lagi..oleh orang Islam sejak zaman kegemilangan Islam di Spain. Namun, setelah Granada jatuh ke tangan Kristian pada tahun 1492, tempat ini menjadi milik puak Kristian sepenuhnya.

Dikatakan juga idea di sebalik pembinaan al-Hambra ini ialah untuk menggambarkan keadaan keindahan syurga. Walahu a'lam..

Al-Hambra ini terdiri daripada 3 bahagian utama;

1) The Royal Palace - yg ada di dalamnya the Mexuar, the Serallo dan the Harem [ yg mana tengah2nya ada Lions' Court tu..].
**kami lawat kawasan ini saja...

2) Gardens of Generalife [kami tak pergi pun kat sini].

3) Alcazaba [yg ini pun sama, sebab tak sempat].

Setelah selesai urusan membeli tiket dan bilik termenung, maka kami semua mulakan langkah menikmati kawasan bersejarah ini. Oh! Ye..untuk melawat Istana Diraja kami dikehendaki mematuhi masa yang telah ditentukan. Pelancong hanya dibenarkan masuk pada masa2 yang tertentu sahaja. Jika terlepas 2 masa utama itu, jawabnya kena tunggu besok hari je lah. Kami dah terlepas yang sesi 1 tu..jadi, sesi terakhir ni memang wajib masuk. Terkocoh2 jugalah dibuatnya..


Inilah tempat bersejarah pertama yang kami jumpa; The Sultan's Royal Water Channel.
[Ameen, Iffah & Adam]


Lihatlah seni binaan Islam pada zaman dahulu..sungguh halus dan berseni. Rupa2nya orang putih yang buat castle banyak2 tu, tiru rekabentuk dan cara binaan Islam juga nampaknya. Nampak sepesen je.






Izzah berdukung dengan ayah saja sepanjang berada di al-Hambra ni. Kesian juga kat ayah kena dukung baby pakai sling ni, balik hotel je terus mengadu sakit belakang dan pinggang. Hihi..





5 of us..
Terima kasih kepada wanita Mesir yang sukarela untuk mengambil foto keluarga untuk kami. Cantik pula tu gambarnye..


Berehat sebentar sebelum memulakan lawatan ke dalam istana diraja. Sambil2 tu kami tengah tunggu team satu lagi yang berada di belakang waktu ini..tengah klik2 sana sinun la tu..ehehe.

Di perkarangan istana.

The Patio of the Golden Room [the most attractive part of the Mexuar].



The Mexuar.

The Mexuar was the parts of the Royal Palace where the sultans conducted the everyday administration and business. It is far from the most striking parts of Alhambra, slightly modest in its decoration. Visitors are allowed into a number of its rooms, like the reception hall completed in 1365, and the Golden Room, which was only open for the staff of the palace.


The Patio of Mytles, seen in direction south.

The Serallo.

The Serallo was mainly built during the reign of Yusuf 1 in the middle of the 14th century. It was largely decorated thanks to serving as the reception area of embassies and distinguished guests.


The Patio of Myrtles, seen in direction north, with the Comares Tower in the back. Inside this lies the Hall of the Boat and the Hall of the Ambassadors.





The Lions' Court.

Masa kami sampai di sini, Lions' Court dalam pengubahsuaian..kami tak nampak pun singa2 yang berderet di bawah kawah besar tu. Hmm..sayang sekali..masa ni jugalah banyak renovation dibuat..aiseh.

The Lions' Court was built in the second half of the 14th century during the reign of Muhammad 5. It opens up to 3 beautiful rooms, the Hall of the Two Sisters, the Hall of the Abencerrajes and the Hall of the Kings. Together with the Lions' Court do they make up the Harem of the Royal Palace.
~looklexspain~

Di dalam the Harem inilah terdapat tempat mandi Sultan. Akan tetapi, pelancong tidak dibenarkan masuk ke dalam untuk melihat dari jarak dekat. Kami hanya boleh lihat dari muka pintu saja.

Ini pula siling dalam the Hall of the Two Sisters yang diperbuat daripada lebih 5,000 honeycomb cells..pheww..biar betul..patutla sekali tengok nampak macam sarang lebah.

Penempatan di luar istana..



Di luar kawasan istana.


Khabarnya air pancut ini tidak pernah berhenti dari mengeluarkan airnya sejak dari dahulu lagi. Tiada siapa yang tahu bagaimana ia berfungsi. Bijaknya orang Islam dahulu...

Ladies' Tower.




Penat sungguh rasa kaki berjalan di kawasan sekitar istana. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang sememangnya sangat sejuk. Paling tak tahan bila angin meniup. Fuh, sejuknyaa..menggigil2 badan dibuatnya. Itu yang buatkan langkah kaki kami makin laju untuk sampai ke penghujung jalan. Lagipun, kasihan pula melihat Ameen & Iffah yang hanya berjalan kaki seperti orang dewasa juga..padahal satu langkah dewasa = 2,3 langkah kaki kecilnya. Sudah tentu kaki mereka lagi penat bukan.

Terbit juga rasa terkilan di hati ni kerana tidak berpeluang untuk masuk melawat muzium yang penuh dengan bukti kegemilangan Islam di sini suatu masa dahulu. Masa tidak menyebelahi kami. Kami sampai terlewat sampai di Granada sebenarnya.
Nyarislah jumpa restoren halal ni. Dapat kami isi perut untuk tengahari itu.

2 comments:

Anonymous said...

klu smpi ke spain, inilah tpt yg saya nak gi... suka tgk kolam yg boleh nmpk bayang bangunan tu. arkitek yg buat buat tu mmg terror.

hnyhar said...

fa10,
best sgt dtg tmpt ni cuma rasa mcm tak cukup masa je sbb dah terlewat sampai hari tu..