Sunday 7 February 2010

Kembara ke Andalus

24 Januari 2010 [ Ahad]

Durham - Birmingham - Birmingham International Airport

Seawal jam 9:40 pagi kami mula meneruskan permusafiran dengan menuju ke Birmingham, rumah kawan [ustaz Zainurrijal & Asyura] sebelum ke Birmingham International Airport. Terima kasih kepada beliau sekeluarga untuk hidangan makan tengahari yang lazat dan menghantar kami semua ke lapangan terbang. Kali ini kami melancong bersama2 dengan sebuah keluarga Malaysia yang juga 'sekampung' di Bowburn, keluarga abg Afandi & kak Ayu.

Kami menaiki pesawat RyanAir. RyanAir ni jika di Malaysia lebih kurang macam AirAsia. Dengan system low fare nya, cheked-in baggage dibenarkan hanya 15 kg sahaja. Jika lebih muatan, maka kenalah bayar cajnya. Alhamdulillah, bagasi kami yang pada awalnya terlebih 'kg' akhirnya selamat masuk dalam perut kapal terbang dengan seberat 15.4 kg tanpa sebarang bayaran tambahan. Kami berdua juga masing2 membawa beg sandang berisi laptop, segala macam chargers, nappies dan seluar2 jeans anak2..iyelah, jika letak jeans dalam beg besar, alamatnya terlebihla muatan. Beg sandang pun boleh tahan juga beratnya, ditambah pula dengan berat si kecil yang melekat atas dukungan. Huh, terasa condong sedikit tulang temulang ni haa..

Halangan pertama dah selamat ditempuh. Cuma tinggal halangan security checking saja. Bila dah selesai kedua2 ni barulah rasa lega sikit. Jika tidak, kami asyik berdebar2 seolah2 macam buat salah pula. Mana tidaknya, sampaikan tali pinggang pun kena buka. Alhamdulillah, setiap daripada kami melepasi halangan keselamatan dengan jayanya tanpa sebarang komplikasi. Pheww..legaa. Sekarang kami dah bersedia untuk meneruskan perjalanan jauh.

Selepas security checking kami berehat2 di sini, menghilangkan debaran tadi.

Ketua keluarga..

Kanak2 sepanjang tempoh musafir ini ialah seramai 7 orang [termasuk baby]. Bingit juga dibuatnya..ehehe.


Bersama kak Ayu, ummi kepada 4 orang cahayamata. Kali pertama kami bergandingan bermusafir bersama. Masing2 menanti waktu penerbangan dengan penuh debaran.


********

Penerbangan dari Birmingham - Malaga mengambil masa selama 2 jam 20 minit. Kami tiba di Malaga jam 8 lebih waktu malam. Setelah mengambil bagasi masing2, saya, kak Ayu dan anak2 menunggu sang ayah menguruskan kenderaan. Sepanjang berada di kota Andalus, kami menyewa sebuah kenderaan 9 tempat duduk, VITO Mercedes untuk memudahkan pergerakan kami. Maklumlah, kami menginap di Malaga, dan akan bermusafir pula ke Cordova, Granada dan juga Gibraltar. Jarak di antara semua tempat itu sangat ketara jauhnya. Maka, menyewa kenderaan sepanjang berada di sana sangat praktikal.

Akhirnya kami teruskan perjalanan menuju ke hotel apartment yang telah awal2 lagi ditempah oleh abang menerusi eBay. Alhamdulillah, abang berjaya bid dengan harga serendah gbp 99 sahaja untuk tempoh seminggu berada di sana. Apartment Du Quesa Fairways tu sangat mewah..hampir semua kelengkapan rumah ada disediakan..dari pinggan mangkuk, periuk belanga hinggalah dishwasher, mesin basuh dan sebagainya. Memang kami sangat puas hati. View balkoni hotel juga sangat cantik.

Sungguh memukau mata memandang.







Malam tu hampir 2 jam juga perjalanan kami untuk sampai ke tempat penginapan. Di tambah pula dengan left-hand drive dan right lane, membuatkan pemandu Vito kami, abg Fendi [dah boleh bawak lori ni..] kadangkala tersasul silap jalan. Sementelah pula memandu di sebelah malam. Apapun, alhamdulillah kami selamat tiba di lokasi dan berjumpa dengan tuan punya apartment untuk mengambil kunci rumah.

Semua dah kepenatan, kiranya malam pertama tu kami lena dengan hati yang berbunga2 kerana kami dah berjaya jejakkan kaki ke negara yang suatu ketika dulu merupakan pusat kegemilangan tamadun Islam. MasyaAllah..

*****

25 Januari 2010 [ Isnin ]

Gibraltar [Jabal Tariq]

Gibraltar adalah destinasi pertama yang kami kunjungi. Perjalanan ke sana mengambil masa hanya 45 minit sahaja dari tempat yg kami duduki. Gibraltar walaupun letaknya di Spain, namun masih berada di bawah 'territory' British. Gibraltar adalah daripada bahasa Sepanyol yang diambil daripada perkataan Arab, Jabal al-Tariq yang bermaksud Bukit Tariq. Sudah tentu Tariq yang dimaksudkan ialah Tariq ibn Ziyad, panglima tentera Islam zaman Khalifah Umayyah, al-Walid I yang telah bertanggungjawab meluaskan empayar Islam ke Spain [Asbania, in Arabic] pada tahun 711. Beliau sempat menjadi governor di sini sebelum diganti dengan Musa bin Nusayr, dan sebelum beliau di panggil pulang ke Damsyik [Damascus].

Oleh yang demikian, kami sebagai pelancong, dikehendaki membawa passport antarabangsa kami untuk memasuki British territory ini.

Gibraltar dari jauh..

Laut Mediterranean.


Begini rupanya Jabal Tariq yang hebat dicatat dalam sejarah Islam..saya bersyukur kepada Allah SWT kerana di beri peluang untuk menyaksikan bukti kegemilangan Islam suatu masa dulu di sini..












Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan lagi dengan kehadiran seorang tourist guide warga Britain yang telah lama menetap di situ. Kami menjelajah ke seluruh pelusuk Gibraltar dengan bantuan khidmat berbayar beliau. Bayaran berpatutan, kami cuma naik kenderaan besar 9 seaters beliau dan terus dibawa melihat kawasan2 yg menarik di atas sana. Saya akan ceritakan kemudian beberapa lokasi yang telah kami lawati sepanjang berada di Rock of Gibraltar.

*****

Last Point of Europe [Pillars of Hercules]

Ini adalah tempat pertama yang kami lawat. Dikatakan sebagai hujung benua Eropah.
Malang sekali kami hanya sebentar cuma di situ. Tidak sempat untuk kami melihat2 di kawasan sekitar, apatah lagi untuk bergambar di hadapan signboard 'last point of Europe'.
Datang bersama tourist guide kot..beliau mahu rombongan kami ni sampai awal ke puncak sebelum 3 rombongan yang lain.

Berlatarbelakangkan Spain.

Berlatarbelakangkan Morocco.

Itulah dia tourist guide kami..sudah lupa namanya.

Masjid King Fahad bin Abdul Aziz yang masih dalam pengubahsuaian.

Mercutanda 'last point of Europe' atau Pillars of Hercules.



...sehingga bersambung nanti..

7 comments:

Aizat said...

Waa...best betul melancong overseas! ni rase mcm nk study overseas ni! :P

hnyhar said...

aizat,
kill two birds with one stone..
alang2 dah berada dekat2 sini maka peluang yg diperolehi usah di sia2kan..

Mrs. Ishamizu said...

Wah, bestnya Knani! n3 yg ringkas tp details, sy suka! nway, all the pics are breathtaking!:)

fa10 said...

bagus huraian awak ni... boleh la saya menambah ilmu. x tahu la bila nak smpi ni

hnyhar said...

izu,
t.kasih..
ada byk sgt nak cerita tapi xtahu nak luahkan mcamana..yg pastinya, best sgt pergi spain hr tu..u should go there too!

fa10,
t.kasih..
nak tambah ilmu awak kena baca sejarah islam laa..sy ni sekadar bagi catatan ringkas saja :)

awak pun patut pergi tempat ni juga suatu hr nnti..rasa xcukup pula lawat 1 minggu je..patut 2 mggu baru puas.

NUR said...

Salam....
Memang best dapat pergi ke sana.Kami yang 2 minggu di sana pun rasa x cukup lagi.

Maaflah atas segala kekurangan semasa berada di Birmingham.Kebetulan hari tu ada pendaftaran di sekolah.....balik je tetamu dah x ada....sedih la...

hnyhar said...

salam..
memang pun kan. ini akak teringin sangat nak ke egypt. entah bila peluang tu akan dapat. syura dah ke sana kan?

alaa..janganlah sedih..nak buat macamana kebetulan pula syura ada event hr tu kan..kaami pun rasa bersalah juga, rasa macam susahkan keluarga syura pula..[dah susahkan pun.. ;) ]

apapun, kami sgt2 berterima kasih atas layanan yang baik selama kami berada di Birm. hanya Allah SWT shj yg layak memberikan ganjarannya.