Tuesday, 31 May 2011

Cuti Musim Bunga

Sekarang Ameen & Iffah cuti sekolah bermula 28 Mei hingga 6 Jun 2011. Seminggu juga tu. Sejak akhir2 ni saya agak 'slow' sikit membuat homeschooling untuk mereka berdua. Harap2 isu malas ni tidak berlarutan. Cuti sekolah mesti dimanfaatkan. Ya! Allah..kurniakanlah semangat buatku untuk meneruskan apa yang telah tertunda selama ini.


*************

Izzah pula demam sejak malam Jumaat lalu. Sekarang badan cuma dedar bila malam saja. Cuma suara dia pulak hilang. Serak tak ubah seperti penyanyi rock. Ubat pun jadi liat nak telan. Jika tak demam, kena sembunyikan pula ubat tu. Mana taknya, asyik nak makan..nak makan..
Shafakillah ya ibnati!!

Monday, 30 May 2011

Tahniah Teh & Teh Huda

TAHNIAH

diucapkan buat adik saya MOHD. HANIF HARUN & NURUL HUDA MOHD ZAKI kerana dianugerahkan cahayamata kedua [puteri] hari ini.

Kami mendoakan semoga ummi dan baby sihat walafiat.


TAHNIAH

juga buat ATUK & NENEK kerana mendapat cucu yang ke-8.

Thursday, 26 May 2011

Bravo SMAP Labu!!

9 lagi sekolah diiktiraf SBT: Muhyiddin


2011/05/25

Sumber : Berita Harian 27 Mei 2011, Jumaat.

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan sembilan lagi sekolah lagi diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort Dua bagi Kumpulan Kedua, menjadikan jumlah SBT pada tahun ini sebanyak 32.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi diberikan status SBT tahun ini ialah 50 sekolah.

"Ia dicapai melalui program handholding atau bimbingan kepada sekolah-sekolah yang berpotensi, yang dapat mengenal pasti kekuatan dan kekurangan masing-masing untuk mencapai status SBT," katanya pada majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2, di sini, hari ini.

Teks ucapan Muhyiddin dibacakan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong. Sebanyak 20 sekolah telah diumum sebagai SBT Kohort Pertama pada tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sekolah SPT setakat ini 52 di seluruh negara. Muhyiddin berkata sembilan sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban; Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu; Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong, Kuala Terengganu dan Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak.

Selain itu, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan; Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Kuala Selangor dan Sekolah Menengah Agama Naim LilBanat, Kota Bharu.


Bagi kategori sekolah rendah, pengiktirafan SBT diberikan kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tung Hua, Sibu.


Muhyiddin berkata terdapat SBT yang dilawati oleh negara luar seperti Singapura, Thailand, China, Jepun dan Finland bagi tujuan penandaarasan.


Katanya ini membuktikan bahawa sekolah ini telah berjaya menarik minat negara lain untuk mengadakan kerjasama bagi tujuan peningkatan pencapaian secara keseluruhan.


Beliau berkata pengiktirafan SBT tertakluk kepada satu set KPI merangkumi bidang akademik (50 peratus), kokurikulum (30 peratus), Jaringan dan Jalinan (10 peratus) dan Etos & Watak Sekolah (10 peratus). - BERNAMA

Tuesday, 24 May 2011

Pirate's of Bowburn

Hari ni Ameen bawa balik DVD yang kami order dari pihak sekolah sempena penglibatannya dalam Primary Dance Festival. Sebenarnya DVD rakaman persembahan ini disediakan oleh Durham City School Support Partnership dan berharga GBP5.

Primary Dance Festival ini berlangsung di Gala Theatre, Durham selama 2 hari iaitu pada 21 Mac dan 11 April 2011. Persembahan Ameen ialah pada sesi pagi, 11 April tu. Sebenarnya, hanya kelas Ameen [Dolphins] yang terpilih untuk membuat persembahan dalam festival tarian tu. Beberapa hari juga dia berlatih. Bila kami tanya siapa jurulatih mereka, katanya Mrs White a.k.a mak kepada Jack Heppel, jiran depan rumah kami. Tak sangka pulak mak si Jack ni berbakat heheh.

Tengahari tadi kami menonton DVD tarian Ameen. Ya! Allah...geli hati sangat melihatnya. Hihihi...nama tarian mereka ialah "Pirate's of Bowburn". Budak2 Melayu dan Arab je yang tak pakai kostum lanun. Yang lain2, anak2 mat saleh, semuanya memakai pirates dress up costume. Hehe..nyarislah hari tu Ameen pakai baju tengkorak hitam putih, jadi, kira macam lanunlah juga tu kan. ^_^


Monday, 23 May 2011

Arc de Triomphe

Hari kedua berada di kota Paris, kami berkunjung ke Arc de Triomphe ini. Bangunan ini merupakan sebuah tugu yang terletak di Place Charles de Gaulle. Ia dibina untuk memberi penghormatan kepada mereka yang berjuang untuk Perancis, khususnya semasa dalam Perang Napoleon.

Untuk sampai ke sini, kami menaiki Metro tube dari stesen berdekatan hotel kami [walking distance for 5 minutes] dan berhenti di stesen Charles de Gaulle - Etoile. Setelah itu, kami perlu berjalan kaki melalui sebuah terowong dan menaiki sebuah lif khas [ada 1 je] untuk sampai ke tingkat bawah Arc. Boleh juga jika nak naik ke puncak Arc, tapi perlu mendaki 284 anak tangga, atau boleh juga dengan menaiki lif dan berjalan 46 langkah.

Tugu ini tingginya mencapai 49.5 meter dan selebar 45 meter. Di bahagian dalam dan atas gerbang terdapat semua nama jeneral dan perang yang diperjuangkan mereka. Di bawahnya pula terdapat makam perajurit/pahlawan yang tidak dikenali dari Perang Dunia 1.

Cuaca sangat cantik masa kami meronda2 hari itu. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Tapi, saya agak menyesal kerana tidak membawa bersama jaket kulit masa tu, kononnya masa hari pertama dah panas, jadi, pada firasat saya hari kedua pun masih panaslah.

Nama2 jeneral perang yang tertera di dinding bahagian dalam Arc.


Inilah terowong yang kami lalui untuk sampai ke lif dan naik ke tingkat bawah Arc [ pelik bunyi naik ke tingkat bawah ].

Kami berlima merakam detik kembara France kami di depan Arc de Triomphe.
Tugu ni tugu bersejarah bagi rakyat Perancis, jadi kami hanya melihat2 sebentar cuma, lagipun kat bawah Arc ni ada kubur askar2 yang tak dikenali..kami ni membawa baby..risau baby meragam pula nanti jika lepak lama2 kat Arc.

Ok, itu saja cerita tentang Arc. Oh ye..tiada stall cenderamata berdekatan dengan Arc ni. Memang tugu semata2. Tepi jalan raya yang sibuk pula tu. Jadi jika ada anak2 ribena macam kami ni, kena awasi selalu.

Sunday, 22 May 2011

Doa Ketika di Timpa Musibah

Source : Riyad al-Salihin
Chapter : 152 , No : 921
Book : Visiting the Sick


وعنها قالت : سَمِعْتُ رسول الله يقول : « مَا مِنْ عَبْدٍ تُصيبُهُ مُصِيبَةٌ ، فَيَقُولُ : إنّا للهِ وَإنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ أُجِرْنِي في مُصِيبَتي وَاخْلفْ لِي خَيراً مِنْهَا ، إِلا أَجَرَهُ اللهُ تَعَالَى في مُصِيبَتِهِ وَأخْلَفَ لَهُ خَيْراً مِنْهَا » قالت : فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَة قلتُ كَمَا أمَرَني رسول الله فَأخْلَفَ اللهُ لِي خَيْراً مِنْهُ رسولَ الله .

921. Umm Salamah (May Allah be pleased with her) reported: I heard the Messenger of Allah (PBUH) saying, "When a person suffers from a calamity and utters: 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahumma ajirni fi musibati, wakhluf li khayran minha (We belong to Allah and to Him we shall return. O Allah! Compensate me in my affliction, recompense my loss and give me something better in exchange for it), then Allah surely compensates him with reward and better substitute." Umm Salamah (May Allah be pleased with her) said: When Abu Salamah (May Allah be pleased with him) died, I repeated the same supplication as the Messenger of Allah (PBUH) had commanded me (to do). So Allah bestowed upon me a better substitute than him (I was married to Muhammad, the Messenger of Allah (PBUH)).

[Muslim].

" Barangsiapa yang ditimpa suatu musibah, maka ucapkanlah sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah, " Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada-Nyalah kita akan dikembalikan. Ya Allah, kurniakanlah bagiku dalam musibahku dan berilah aku ganti yang lebih baik daripadanya, maka Allah akan melaksanakan untuknya".

Commentary:

The better substitute which fell to Umm Salamah (May Allah be pleased with her) as her lot, was her marriage with the Prophet (PBUH) after the death of her husband Abu Salamah (May Allah be pleased with him). She got the reward in her earthly life. If somebody remains deprived of it in the world, he is sure to have it in the life to come. However, this depends on the Will of Allah, for being the Creator, He has the best knowledge of what is appropriate and good for us.

****************************************

Ummu Salamah RA merupakan di antara isteri2 Rasulullah SAW. Beliau merupakan janda kepada Abu Salamah yang telah meninggal dunia kerana cedera parah di dalam Perang Uhud. Nama sebenar beliau ialah Hindun binti Suhayl. Setelah Abu Salamah menghembuskan nafas yang terakhir, Ummu Salamah sangat berdukacita, lalu Rasulullah SAW pun mengajarkan kepada beliau tentang doa ini { Allahumma ajirni fi musibati wakhlufli khayran minha} supaya Ummu Salamah dikuatkan semangat dan diberi ketabahan dalam menghadapi pemergian suami tercinta.

Rahmat Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang redha dengan qadha' qadar-Nya. Akhirnya, Ummu Salamah menerima lamaran Rasulullah SAW untuk menjadi isteri baginda setelah beliau sebelum itu pernah menolak lamaran baginda dan juga Abu Bakar serta Umar atas alasan usia. Ummu Salamah mendapat pengganti yang lebih baik daripada suaminya iaitu Rasulullah SAW, sepertimana doa yang diamalkannya.

Wallahu a'lam.


Mural @ Bowburn Infants and Nursery School

Ini gambar mural di dinding sekolah Ameen dan Iffah. Mural tersebut dibuat khas oleh kanak2 di nursery dan sekolah dengan kerjasama ibu2 juga. Menurut rakan kami, lukisan mural ini dibuat di atas jubin khas dan mereka pun terlibat sama dalam menyumbang idea melukis. Jika dilihat, ada tulisan MALAYSIA, bendera Malaysia, Menara Berkembar Petronas (KLCC), bunga raya, wau bulan, dan macam2 lagi. Tapak tangan di sekeliling mural ni katanya hasil kerja kanak2 di nursery.

Maafkanlah mereka kerana mewarnakan KLCC dengan warna merah..malah bendera Malaysia juga jadi 8 jalur merahnya. ^_^

Dapat juga tinggalkan jejak di Bowburn. Moga jadi kenangan rakyat Malaysia di sini.


*** plan nak capture imej kat sini sebelum balik nanti.

Saturday, 21 May 2011

Eiffel Tower

Kami telah berkembara ke sini..cuma silapnya saya masih belum mencatat apa2 dalam diari kembara di Baytulkifli. Lama dah sepatutnya entry ini diterbitkan. Jadi, sebelum penyakit malas muncul, maka ada baiknya saya teruskan menulis memori ini.
Lama tak lama..sudah hampir 2 tahun berlalu. Kali pertama kami jejakkan kaki ke negara Perancis adalah pada 22 September 2009. Kami menggunakan perkhidmatan keretapi Eurostar saja. Dari London, kami cuma berada dalam lingkungan 2 jam saja dalam train tu.

Setelah selesai check-in dan makan tengahari, kami pun meneruskan perjalanan ke kota romantis ini, kali ini dengan menaiki bas awam. Satu kesilapan bila menaiki bas awam bersama kanak2 ribena. Sementelah cuaca pula panas terik, keadaan dalam bas cukup tidak selesa. Ameen dan Iffah pula mengantuk. Sudahnya ayahlah yang terpaksa memegang kedua2nya yang memang terlentok2 kepala. Saya pula dengan si Izzah yang waktu itu baru berusia 11 bulan, belum boleh jalan lagi. Izzah sangat tidak selesa semasa berada dalam bas yang penuh sesak dengan orang ramai..apa lagi, meraung2lah dia kepanasan. Nak kasi 'ubat penenang' rasa malu pula.

Sebenarnya nak dijadikan cerita, kami hanya mengikut cadangan tuan punya hotel tempat kami menginap tu. Beliau yang beritahu, naik bas awam tu memang akan terus sampai ke sana sebab destinasi terakhirnya adalah di Menara Eiffel. Yang kami ni, membayangkan bas awam tersebut berhawa dingin dan selesa. Rupa2nya meleset. Bas itu memang tak ubah seperti bas Cityliner merah bernombor 141A [rasanya..] yang biasa naik masa di UIAM dulu, malah tak berhawa dingin pula tu.

Setelah berada kira2 1 jam 15 minit dalam bas, kami pun tibalah ke tempat kunjungan pelancong seluruh dunia ni. Alhamdulillah! Dapat juga jejakkan kaki ke sini.

Eiffel Tower atau dalam French disebut sebagai La Tour Eiffel.
Menara yang sekali tengok tak ubah seperti pencawang elektrik di tengah bendang ini ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars [padang awam] dan berseblahan pula dengan Sungai Seine di Paris. Menara Eiffel yang mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan ini merupakan bangunan tertinggi dan paling menonjol di kota Paris selain menjadi mercu tanda Perancis. Menara setinggi 300 meter ini dinamakan sempena nama perancangnya, Gustave Eiffel.

Kami ber5. ^_^


Lama juga kami kat sini. Hubby pun dah naik bosan sebenarnya nak tunggu hingga ke malam. Kata orang, pemandangan Eiffel Tower di waktu malam sangat indah dan romantik. Nampaknya tiada rezeki kami nak lepak lebih lama sehingga malam, kerana masing2 kepenatan dan kesejukan. Banyak juga foto kenangan kami diabadikan di sini, tapi cukuplah kami tayang yang wajib2 saja.

Kami juga tak naik ke atas menara. Jika berminat, boleh beli tiket untuk naik lif ke atas, melihat pemandangan indah bandar Paris. Tiketnya boleh tahan juga tapi maaflah, saya pun dah lupa berapa kosnya. Jika nak membeli cenderahati kenang2an umpama fridge magnet, tak perlu membelinya di stall sekitar menara kerana harganya agak mahal. Kedai2 cenderahati banyak terdapat di sekitar kota Paris, malah macam2 jenis dan bentuk ada. Juling matalah pendek kata. Lebih penting, harganya tak mahal.

Tapi, jika ada orang perseorangan yang menjual2 keychain bentuk Menara Eiffel di sekitar tapak menara, anda bolehla membeli, sebab yang dijualnya memang murah..kira2 10 ketul keychain kecil bersamaan dengan 4-5 euros.

Kembara France kami ini diserikan lagi dengan kehadiran rakan suami saya, M. Syamsulfaiz Zainuddin a.k.a. Along [selama berada di Dubai, suami menetap sementara di rumah beliau]. Beliau tidak berseorangan, malah bersama isterinya yang juga satu batch dengan saya semasa di UIAM dulu, Zuraidah Ramli, Adrin anak mereka dan juga adik lelaki Along iaitu M. Syahrul Anwar atau lebih terkenal dengan jolokan manja, Ooi. Sebenarnya, mereka juga menyambut Eiduladha di Durham tahun itu. Jadi, kembara saya ni tak ubah seperti pepatah orang putih "Kill two birds with one stone".

Ini foto Menara Eiffel dari kejauhan tatkala waktu senja. Foto ini dirakamkan pada dua hari selepas kami datang ke sini. Masa tu kami dari perjalanan pulang dari meronda2 sekitar bandar Paris. Agak mencabar untuk capture imej di dalam cahaya samar2..maklum sahaja kami guna kamera digital LUMIX. Tapi, imej menara ni tengah tak berkelip2..jika tidak, macam2 cahaya keluar di menara tu. Jauh jarak ni, imej pun nampak kecil saja.

Ini pula gambarajah Menara Eiffel. Terima kasih wikipedia!

Friday, 20 May 2011

Jujurnya Dia

Sudah hampir sebulan saya mencari2 orang ini. Saya belum putus asa. Dalam hati saya sentiasa ingatkan diri, jika ada rezeki untuk berjumpa beliau, saya pasti kami akan bertemu jua di suatu hari. ALHAMDULILLAH, saya benar2 tak jangka dapat berjumpa orang yang dinanti2 itu semalam. Berbunga2 hati. Saya baru saja berbincang dengan suami tentang perkara itu. Suami sangat yakin dan kuat meyakinkan saya, kami dapat bertemu semula. Kata suami, "jika pakcik tu jujur, dia akan kenal kita. Kalau kat sini, harapan masih tinggi nak dapat semula. Jika kat tempat kita, belum tentu".

Seperti yang telah ditakdirkan, kami berjumpa semalam..di jualan boot kereta Sedgefield racecourse. Ahhaa...siapalah gerangan yang kami beriya2 sangat nak ketemu ni. Beliau adalah antara booters yang berniaga di carboot fair di Sedgefield pada setiap Khamis dan Ahad.

Alkisahnya begini, hampir sebulan yang lalu, saya membeli satu teaset yang bernilai gbp7, berwarna hijau [ dia & hubby cakap kaler hijau, tp sy rasa kaler navy blue ]. Masa tu, cuaca sangat cantik dan panas..kiranya carboot di tempat lumba kuda ni dibuka secara besar2an sampailah ke belakang dan tepi parking kereta. Mula2 masuk, saya terpandang teaset ni lalu berkenanlah. Bila diusul tanya, katanya harga gbp 10. Tapi, boleh dibincang2 yang mana akhirnya muktamad dengan gbp7. Suami saya terus membayar dengan harga tersebut. Tetapi, oleh kerana kami ni baru je tiba, dan kami tengah teruja lihat carboot yang besar, maka kami putuskan untuk tinggalkan teaset tu kepada tuan asalnya dulu, supaya bila dalam perjalanan keluar nanti, kami singgah mengambilnya.

Ditakdirkan juga pada hari itu, kami terlupa untuk mengambilnya semula padahal, saya lalu je depan stall booter berkenaan. Masa itu, bukannya banyak pun membeli barang. Tapi, entah kenapa..lupa pula nak ambil semula teaset nya.

Langit tidak selalu cerah. Ditakdirkan pula carboot selepas itu tak berapa besar dek cuaca yang tak berapa menggalakkan, mendung dan gerimis, membuatkan ramai booters tidak datang membuka bonet. Saya menggesa suami supaya ke sana, mengintai2 teaset kami. Malangnya, kata suami, beliau tak jumpa pun.

Hinggalah semalam..saya berdoa dalam hati..minta2 dipertemukan dengan booter itu. Akhirnya, masa lalu kat satu gerai ni, saya tiba2 berhenti sebentar, sambil melihat pada booter itu. Yang booter ni pula merenung saya, dan terus dia senyum lebar seraya berkata:
"Are you the right person?"
"Did you buy a green teaset from me recently?"
"Yeah..it's you.. I know you.. I definitely know you.."
"Oh! God..thank God..I've finally found you!"
"You know that I always keep my eye to find you..oh! Yes..at last!!"

Wah..sudah tentu anda dapat baca perasaan saya masa tu. Suami yang jalan terkedepan pun berpatah balik tatkala mendengar booter tu berteriak. Saya punya sengih..Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya saya masa tu. Saya bersyukur tak putus2. Cuma, nak dijadikan cerita, saya masih belum dapat membawa balik teaset tu, sebab, booter tu tak bawa bersamanya semalam. Sebelum ni dia bawa, tapi tak jumpa kami. Menurutnya, dia memang cam muka saya..dan jaket kulit maroon saya tu..[which made me so embarrased ^_^ ] . Dan, beliau sememangnya ternanti2 kemunculan kami.

Begitulah ceritanya..teaset tu, kami janji akan berjumpa semula Ahad nanti.

******************************

Itulah sikap peniaga mereka yang rata2 mengamalkan prinsip jujur dalam bertransaksi. Sememangnya ciri-ciri ini sangat dituntut dalam agama kita. JUJUR. Tidak semua yang dapat praktis lebih2 lagi ummat Islam di zaman serba moden dan penuh fitan dunia. Di sini, kita tidak risau untuk berurusan mendapatkan servis yang bermutu kerana mereka sangat beretika dalam bekerja. Jujur merupakan salah satu prinsip yang mereka amalkan dalam memberi perkhidmatan kepada semua hatta mereka yang hanya menjadi tukang cuci. Moga kita dapat contohi sikap mereka dalam mengamalkan ciri2 yang sememangnya menjadi tuntutan Islam.

Thursday, 19 May 2011

Rintihan Seorang Guru Biasa

Lebih 400, 000 Guru Biasa Kecewa dipinggirkan.
{18 Mei 2011}


Sumber : Malaysia Kini

Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.


lok yim pheng nutp sec gen 060905Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

education school science class 040405Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.

Ramai tak puas hati

Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

sekolah menengah high school girls uniform"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

the antidote article sarawak native logging school children 280409 01"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.

Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya.