Monday, 25 October 2010

Simple Celebration

Sama seperti tahun lalu, kami hanya celebrate birthday Izzah secara sederhana saja. Kali ini ibu pun tak buat homemade birthday cake untuk birthday girl. Ayah dah offer nak belikan kek. Nasib baik sikecil tak reti nak request apa2 lagi :) .

Apapun, selamat hari lahir sayang...moga sentiasa sihat dan dilindungi Allah.





Sunday, 17 October 2010

You're 2 Today My Dear!


HAPPY 2ND BIRTHDAY

17-10-10


buat anakanda tersayang;

IZZAH MAISARAH ZULKIFLI

Semoga diri anakanda sentiasa dihujani rahmat Allah SWT..sihat tubuh badan dan bijak akal fikiran untuk membesar menjadi anak yang solehah dan taat kepada perintah ayahibu dan Allah SWT.

Ayah, Ibu, Abg Ameen & Kakak Iffah saaaaayaaaang baby Izzah..


Kami tak buat majlis hari lahir Izzah..hanya sambutan sederhana di rumah. Ibu pun tak buat birthday cake tahun ni. Ayah dah sponsor, ibu pun 'line clear' je, walaupun dah beberapa hari juga membelek2 buku Chocolates Recipe milik ibu, mencari idea. Ingat nak cuba resipi baru. Tak mengapa, idea boleh direalisasikan di lain waktu.

Ada beberapa keping gambar masa celebrate tadi..tapi belum dipindahmasuk dalam laptop ni. Besok2lah.

Monday, 11 October 2010

Selamat Hari Lahir Abah

SELAMAT HARI LAHIR

buat

ABAH/ATUK TERSAYANG

yg jatuh pada hari ini 11-10-10.

Kami doakan moga atuk sentiasa dikurniakan Allah SWT nikmat kesihatan yang berpanjangan. Semoga dilimpahi rezeki dan diberkati segala urusan di dunia serta berterusan keimanan terhadap-Nya selama2nya.

Ameen, Iffah dan Izzah kirimkan kad ucapan beserta hasil seni tangan masing2 dan 3 keping gambar untuk tatapan atuk dan nenek.

Sunday, 10 October 2010

Happy Birthday Cikcu

SELAMAT HARI LAHIR

buat

Cikcu, HALIANA HARUN

yang menyambut hari lahirnya pada

9 - 10 -2010


Semoga sihat walafiat sentiasa dan bertambah keimanan terhadap-Nya.

Wednesday, 6 October 2010

Takziah

Semalam kami menerima berita pemergian bapa saudara saya, Ayah Ku, Tuan Abdullah ke Rahmatullah pada jam 12 tengahari waktu Malaysia, lebih kurang jam 5 pagi waktu UK. Jenazah selamat dikebumikan pada pukul 6 petang semalam.

Doa kami moga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman kepada-Nya.

Kita semua kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kepada-Nya jualah kita akan kembali..

Sunday, 3 October 2010

Open House di Hull

Hari ni pagi2 lagi kami dah bertolak menuju ke Hull, rumah abg Shafudin dan kak Zarimah untuk sama2 berkumpul sempena rumah terbuka MISG UK-EIRE tahun 2010. Kami baru je buat keputusan untuk turut serta program ini, alhamdulillah perjalanan pergi dan balik lancar sahaja. Lebih kurang dalam 2 jam 15 minit perjalanan, kami tiba di sana.

Malam tu saya dah siap menyediakan lauk kerutuk kambing dan chocolate cupcakes untuk dibawa ke Hull. Oleh kerana berasa tak puas hati dgn butter icing yg comot sekali presentationnya, saya buat pulak sebiji moist chocolate cake pagi tadi. Elok je masak dan keluar dr oven, terus saya tapaw bawa ke Hull juga.

Alhamdulillah, macam2 juadah ada disediakan. Dapat juga berkenalan dengan kawan baru, kak Zurul dr Sheffield, Shima dr Coventry, Ayuni dr Sheffield, kak Hakimah dr Hull, dan Nadirah dr Glasgow. Majlis seumpama ini mungkin yg terakhir buat kak Zarimah sekeluarga memandangkan beliau dan anak2 akan kembali ke tanahair tak lama lagi [10 hr je lg]. Begitu juga dengan ustaz Hasri dan Laily..lepas ni dah makin berkurang orang kuat/tulang belakang MISG di sini. :(

Majlis berakhir jam 5 ptg. Kami terus balik ke Durham..bersama 2 buah kereta lagi, walaupun akhirnya kereta kami dah terkedepan..boss takleh drive slow2..nanti dia ngantuk..tp walaupun tak slow, xdelah sampai melanggar speed limit. Akhirnya, pukul 7 lebih kami dah tiba di Bowburn. Terima kasih buat tuan rumah kerana bekalkan kami dengan homemade sos rojak kak Zarimah's specialty [sedap sgt] dan kuah kacang Laily. Nampaknya kena cari nenas la pasni..tak pun Granny Smith..sedap make ccolek..

Tiada bukti boleh disertakan dalam entry ni..sebab saya memang tak snap gambar pun, gmbr makanan pun takde.

Friday, 1 October 2010

Zweibrucken, Germany.


Pulang dari menjelajah negara Luxembourg, kami balik semula ke rumah kenalan kami di Homburg, Germany. Janjinya, petang itu selepas solat Jumaat kami nak ikut mereka ke Zweibrucken outlets. Hmm...tempat ni mengingatkan kami pada Dalton Park di Seaham, Murton yg merupakan shopping outlet terbesar di North East England. Hampir sama strukturnya. Cuma yg ini laaagi besar. Dan, di sini kami jumpa TEFAL outlet dan macam2 lagi.

Walau sekadar menemani rakan kami untuk urusan bisnes mereka, dapat jugalah sang ayah menyambar jersey untuk koleksi peribadinya..bayern munchen..hmm. Menurut IU, coklat buatan German pun boleh tahan sedap, carilah juga kedainya, tapi, tak jumpa2. Masa kami cari tu, tuan rumah dah balik naik bas dah..tak sempat nak tanya kedai mana. Huhuu..melepas.

Ini pula Ameen dan Haziq..sementara menunggu si ayah2 menyelesaikan urusan bisnes, kami si ibu2 ni bawa anak2 ke playground yang memang disediakan di situ. Saya terlupa nak ambil gambar nursery, tempat letak kanak2 sementara parents mereka membeli-belah di outlets. Empat sekawan ni memang diletakkan di sana sementara kami meronda2 di sekitar kedai. Bagusnya jika nursery seumpama itu disediakan di Dalton Park factory outlet berdekatan tempat tinggal kami di UK. Senang ayahibu nak shopping & window shopping.

Orang memberi, kita merasa...orang berbudi, kita berbahasa..begitulah indahnya kata2 Melayu dahulukala yang masih menjadi pesanan untuk generasi seterusnya. Ini yang kami rasa dan patut buat bila sedang berkelana di negara orang..kami amat terhutang budi dengan sahabat baru kami, IURF yg bersedia menerima kami sebagai tetamu walaupun dalam masa yang sama beliau sekeluarga sangat sibuk dengan urusan bungkus membungkus dan kemas mengemas barang2 sebelum pulang ke tanahair. Jadi, kami sangat berbesar hati untuk membantu beliau menguruskan hal pengangkutan barang2 dari Zweibrucken ke Homburg. Alhamdulillah, muat pula dengan X57 ARF kami tu.

Saya, hubby dan Izzah saja yang menaiki kereta. Ameen Iffah ikut aunty IU dan uncle RF naik bas bersama Haziq, Faris dan Izzah sorang lagi. Bukan main seronok dan teruja lagi mereka berdua bila diberitahu mereka kena naik bas, lebih2 lagi dengan kawan2 baru. Lihat sajalah bagaimana mereka berempat bergandingan tangan berjalan menuju ke tempat menunggu bas. Alhamdulillah, semua selamat sampai di rumah petang itu, termasuklah kami sang pembawa kotak2 barangan TEFAL..hahaha..bisnes mantop!

Thursday, 30 September 2010

SMB Bermula

Hari ni Sekolah Melayu Bowburn memulakan sesi pengajian baru untuk sesi 2010-2011. Kali pertama mengajar anak2 dari kelas usia 7-9 tahun. Hari ni subjek BA. Sepatutnya ada 5 orang pelajar dalam kelas ni tadi tapi yang berjaya muncul hanyalah 3 orang. Mungkin ada aral la tu, jangan malas sudah.

Beberapa minggu dan bulan lagi komuniti kecil kami ni akan menyaksikan sebilangankeluarga yang akan pulang ke tanahair selama2nya. Ini termasuklah juga tenaga2 pengajar dan orang kuat SMB sendiri [pengasas SMB]. Kekurangan cikgu2 di SMB menyebabkan kami terpaksa bertindak memansuh beberapa subjek supaya dapat memberi laluan kepada subjek yg lebih penting, walau yg kena mansuh tu pun tak kurang pentingnya juga. Apa nak buat, dah tiada yang sanggup menjadi sukarelawan dan wati..masing2 sibuk dengan tuntutan tugasan phd mahupun 'kerja'. Nampaknya selepas bulan Disember nanti, tinggal 2 org saja cikgu yang mengajar..termasuklah diriku.

Apalah nasib dan masa depan SMB kelak..tiada siapa yang tahu..

Wednesday, 29 September 2010

Luxembourg, Jul 2010

Hari pertama berada di Germany, kami dicadangkan oleh tuan rumah supaya berkunjung ke Luxembourg ni. Luxembourg ni sebuah negara lain yang merupakan pusat kebanyakan institusi European Union [EU] iaitu, European Court of Justice, European Court of Auditors dan European Investment Bank. Boleh tahan penting juga peranannya dalam EU.

Namun, kami tak berkesempatan nak meninjau tempat2 itu semua, memandangkan awal2 tiba di bandar tu pun, agak susah mencari parking. Kami hanya merakamkan testimoni berada di sana saja..jalan2 pusing bandar Luxembourg sekejap, makan2 dan beli souvenir berupa fridge magnet. Jom, saya bercerita dengan gambar.

Saya tak tahu apa nama jambatan ini. Tapi, kami berjalan kaki menyeberangnya. Tak terasa pula jauh jarak tu.

Berada di Luxembourg City.

Masa ni anak2 masih gembira, lepas tu bila kaki dah penat, mulalah sorang2 buat muzik. Bila muzik dah berbunyi tu, kuranglah sedikit mood nak jalan2. Biasa kena bawa banyak bekalan makanan sampingan. Terima kasih banyak2 buat tuan rumah kami, encik Arief & isterinya yg merupakan kawan blogger saya, puan Widayu. IU siap bekalkan kami kuih pau gebu lagi.


Ini antara makanan tengahari kami hari tu bertempat di Snack Ankara, sebuah kedai halal. Kami order 2 menu je. Kebab dan tak ingat apa namanya yg ini. Tapi kedua2nya lazat. Kebabnya memang tak sama dengan UK punya. Kami lebih gemar kebab style daging yg dipotong2 tu, ala2 kebab UIA PJ. Nyaman..habis licin.



2 gambar di atas ada kesinambungannya. Yang pasti, Izzah masih bertongkat tangan kononnya nak tampung berat ayah dan ibu. Kesian anak ibu. Kami pula tak sedar dia tengah tak stabil..hihi.


Inilah historic Luxembourg castle. Nampak tak ada orang tengah berjalan di laluan tepi castle tu. Betapa kecilnya imej tu, menunjukkan betapa jauhnya jarak kami dari castle tersebut. Jadi, kesimpulannya kami malas nak turun ke bawah, jauh pastu tak larat nak bawa 3 orang kanak2 ni ke sana semata2 nak bergambar. Nak turun ok lagi..nak naik balik tu yang buat kami surrender.


Kami tak habiskan banyak masa di Luxembourg kerana kami berjanji akan pulang sebelum waktu solat Jumaat. Ayah teringin nak tunaikan solat Jumaat di German. Tambahan pula, plan nak join tuan dan puan rumah ke Zweibrucken factory outlet untuk mencuci mata. Baiklah, bersambung kemudian..

Tuesday, 28 September 2010

Anak2 Durham Beraya

Pada 3 Syawal lalu, satu program untuk anak2 Durham telah diadakan untuk menghiburkan hati mereka ketika beraya 'ala kadar' di perantauan. Di sini, tiada amalan memberi duit raya. Malah ayah sendiri tak kasi duit raya pun kat anak2. Satu persepakatan telah dibuat agar masing2 tuan rumah memberi 20 pence kepada setiap anak2 yg hadir supaya wujud keseragaman. Namun, jika ada yang mampu [keja 24 hrs..] apa salahnya beri lebih. :) Macam kami ni, dua2 tak bekerja. Jadi, 20 pence lah mereka dapat. Bersyukurlah dengan apa yg ada..

Menjamu selera. Saya hanya hidangkan makanan ringan saja, ada biskut kelapa, biskut mazola, kek madiera dan jejari keledek rangup.

Wajah2 riang anak2 Durham. Ini sebahagian je, ada lagi yang tak termasuk dalam gambar. Masa gambar ni diambil, mereka masih belum diberi duit raya lagi. Tengah kategorikan ikut group, nak pastikan semua tak tercicir dapat duit raya.

Saya terpaksa bahagikan anak2 seramai 24 orang ni kepada 5 kumpulan yang diketuai oleh 5 kanak2 besar [remaja]. Nampak teratur sikit, lagipun ini untuk memudahkan yg besar jaga keselamatan yg kecil bila masa berjalan kaki melintas jalan.

Mereka bersurai setelah hampir 40 minit berada di rumah kami. Dekat jam 9:30 malam baru Ameen Iffah pulang ke rumah. Yang pelik bin ajaibnya, duit raya Iffah tak sampai pun 1 pound, sedangkan punyalah banyak rumah yang dia dah jelajah. Ameen dapat banyak sikit dari dia. Heheh, kesian pula, takpe, raya puasa tahun depan nanti dapat duit raya kat Malaysia.