Wednesday, 30 September 2009

London Tour Day 1

21-09-2009
Hari pertama jalan2. Lepas je check in dan solat zuhur & asar kat Euro Hotel, Wembley kami keluar ke underground station naik train ke bandar London. 1st sekali nak gi Malaysia Hall la nak isi poyot..tengok2 tutup pulak kantinnye. 2 hari tutup sempena raya. Maknanya esok raya ke3 dia bukakla balik. Hmm..lega.

Hr pertama kami bawa push chair utk Izzah. Tgk2, cam biasalah, xnaknya dia duduk dlm tu lama2. Kejap je pastu uwaaa..nak dukung ngan ibu. Nak dijadikan cerita, sy ni pulak terlupa bawa baby sling. Huh, sepanjang perjalanan percutian tu laa sy terpaksa bergilir2 dgn abg dukung sikecil. Mahu senget bahu ni..ntah2 dah ada muscle apa lengan sy ni.

Utk Adrin [anak tetamu], kami pinjam pram kawan kami. Alhamdulillah dpt. Kalo x ssh juga sbb Adrin dah besar..kalo dia penat jalan kaki..sape yg nak dukung dia mcm Izzah tu. Itupun kadang2 dia xmau duduk atas pram sbb tgk semua org jln kaki.

Ptg tu kami naik City Sightseeing Tour je utk lihat tempat2 menarik di sekitar bndr London. Masa dgn Angah dulu, kami naik Original Tour, bas yg kaler merah tu..nanti kalau ada kanak2, diorg akan bagi kids pack yg ada mcm2 dlm tu. Tp, kali ni kami naik yg The BIG Bus Company..bas yg kaler biru ke coklat [xingat dah]..yg tu xdela bende2 kids pack tu. Harga kena nego juga kdg tu..tak tentu juga. Kalo nasib baik jumpe 'ulat' dptla harga murah.

Dah lewat petang, kami singgah di Palace Cuisine Restaurant utk mkn. Kami pekena nasi beryani kambing & ayam. Nasinye sikiit sgt tp sedap. Habis licin semuanya kami mkn. Pastu kami jln2 sekitar Westminster dan Big Ben. Apa lagi acara bergambar la plk. Mcm2 aksi ada. Cantik sgt pemandangan bandar London di waktu mlm. Terang benderang..kami amik gmbr guna kamera biasa je jd hasilnye pun xlah seindah DSLR kan? Tapi, takpe yg penting gmbr cantik jgk.

Lps ronda2, dah penat, kami pun blkla hotel..kena tkr train jgk. Nasib baik hotel yg kami duduk tu dekat sgt ngan station..jln kjp je dah sampai. Pulak tu dkt sgt dgn sumber makanan halal..ada kedai nasi beryani..ayam goreng..kedai runcit muslim. Kira strategik jugala hotel tu. Alhamdulillah. Mlm tu ayah siap beli ayam goreng lagii..pastu kami semua tido kepenatan kecuali org yg dapat internet coverage la..bilik kitorg terlindung..xdptla. Best..free WiFi. Jom tgk gmbr yg sy cedok drpd facebook album.


Resume Blogging

Assalamualaikum..
Huh, dah lama betul sy tak update cerita kami di UK dalam baytulkifli ni. Sy agak sibuk sejak sebelum raya lagi. Kami menerima tetamu dr Dubai iaitu kawan ayah masa ayah tumpang rumah beliau time buat internship dulu, Mr Syamsulfaiz [Along]. Turut serta, isterinya, Mrs Zuraidah [Ida], anaknya Adrin & juga adik along, Mr Syahrul Anwar [Ooi].

Mereka ni tiba di rmh kami 2 hari sebelum raya. Sampai2 je tghri tu, lps solat Jumaat ayah bawa diorg ni ronda Dalton Park factory outlet. Keesokannya pula [last day puasa], ayah bawa diorg round Edinburgh. Kami xikut. Sy nak masak utk berbuka. kalo sy pun ikut, alamatnye terjelepekla sy nak masuk dapo.

Nampaknya setiap kali sambut raya di UK, kami ada tetamu di rumah. Kecuali 1st raya hajilaa..psl kami br je 9 hr sampai di Durham masa tu. 1st raya puasa, ada adik sy, Hanif. 2nd raya haji, ada abg n kakak Zul, Angah. Dan kali ni, 2nd raya puasa, ada kawan kami pula. Pastu sehari slps raya kami dah chow ke mana2....

Kali ni kami menjelajah bandar London dan Paris. Nanti sy akan cerita kemudian. Cerita Liverpool hr tu pun blm hbs daaa..


Sunday, 20 September 2009

Izzah Maisarah: From Durham with Love

Salam,

Kepada apak mak abah ma dan semua di Kulim Kedah dan Pasir Puteh Kelantan. Kami tayangkan video Izzah yang baru sahaja dirakam sebelum berhari raya. Kini Izzah dah merangkak dan sedang belajar berjalan.

Salam rindu dari kami sekeluarga di perantauan.

Saturday, 19 September 2009

Eid Mubarak 1430H


Sempena ketibaan bulan yg mulia nanti, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL FITRI 1430H

kepada keluarga saya;

Ayahanda Haji Harun b. Haji Said,
Bonda Hjh Nik Marathiah bt. Haji Nik Man,
Abang Hamzani & Kakak Ipar Misyati,
Kakak Hafizah & Abang Ipar Rosdi,
Adik Mohd Hanif & Adik Ipar Nurul Huda,
Adik Haliana & Adik Ipar Khairul Nizam,
Anak2 buah saya,
Nur Amira Mursyidah,
Mohd Akmal Rusyad,
Nur Amnie,
Ehsan Hafizi

Sanak saudara sebelah Pasir Puteh, Kelantan & Temerloh, Pahang.

Begitu juga kepada keluarga sebelah suami saya;

Ayahanda Haji Hasan b. Yeen,
Bonda Hjh Rabiah bt. Khalid,
Abg Abdul Rahman & Kakak Ipar Faizah,
[Siti Nur Izzati, Abdullah Syahir, Siti Sarah, Umar Abdul Aziz],
Nyah Zalipah & Angah Mohd Fadzil,
[Siti Raihana, Siti Khairiyah, Siti Nabilah, Mohd Lutfi Akmal, Siti Nurul Atikah],
Kakak Habibah & Abg Ipar Mohd Noradzulhisham,
[Aida Batrisyia, Aida Aqilah, Mohd Fauzan],
Abg Abdul Raof & Kakak Ipar Haslelawati,
[Siti Nur Husna & Mohd Azim],
Abg Mohd Fadzli & Kakak Ipar Azila,
[Maryamatul Azra, Asiah, Fatimah Azzahra', Khadijah Tohirah, ...],
Kakak Zaleha & Abg Ipar Razali,
[Mohd Yazid Naim, Siti Nur Farzana, Mohd Haziq Naim],
Abg Mohd Shukri & Kakak Rohayu,
Abg Borhanuddin & Kakak Ipar Ros,
[Siti Nur Syuhadah, Siti Nur Najihah, Siti Nur Hafizah, Mohd Alif Ridhwan],
Adik Mohd Azli & Adik Ipar Siti Fatimah,
[Siti Zulaikha]

Serta sanak saudara sebelah suami saya di Tanjung Malim, Teluk Intan, Perak dan London, England.

Rakan2 seperjuangan & anak2 didik di SMA Persekutuan Labu, Negeri Sembilan,

Rakan2 seperjuangan di Durham, England,

Rakan2 bloggers & followers di mana jua anda berada,

dan;

SEMUA pengunjung BAYTULKIFLI.


Mohon ampun & maaf di atas segala kesalahan tutur kata & perbuatan yg tidak disedari telah mengguris hati anda semua. Semoga Syawal yg bakal tiba akan mengeratkan lagi hubungan kita semua sesama Muslim. Jangan lupa doakan kepada mereka yg telah tiada...

Baliklah ke kampung halaman utk beraya bersama2 insan tersayang..kami tidak dapat pulang tahun ini..maafkan kami abah, ma, apak & mak..diharapkan semuanya sihat walafiat belaka...semoga amalan kita semua dalam bulan Ramadhan tahun ini diterima Allah dan sama2lah kita berdoa moga2 kita dapat bertemu lagi bulan mulia ini pada tahun hadapan..insyaAllah.

EID MUBARAK

KULLU 'AMIN WA ANTUM BIKHAYR..





Tuesday, 15 September 2009

: : Lobster Mentega bersama Bawang Putih : :

1st time sy masak ni utk keluarga. Tercari2 jugalah resipi..maklumlah xbiasa. Kena masak betul2 ni sbb mahal tu nak beli kan. Hasilnye mestilah berbaloi. Last2 jumpelah 1 resipi ni dlm MyR laa mana lagi. Nanti tgk kat bawah.

Lobster sebelum dimasak..masa beli tu pun masih bernyawa tak tahan tuu..geli sy dibuatnya. Abg yg tolong 'mati'kan dia. Lihat tu..sepit dia kena ikat ngan getah..bayangkan kalo xdiikat, gamaknya kena sepitla tangan kami sebelum nak kerjakan dia..kui3.

Isi lobster ni sangat manis sbb fresh kami dapat dr Sunderland. Bukan senang nak dpt makan lobster nih. Kat Malaysia belum tentu kot. Mahal..bukan xmampu tp terasa membazir. Ini pun sekali sekala je makan camni..sementelah sy belum pernah merasa lobster ni. Kesiaaaan labuu. Hehehe..tenkiu ayah.




* 2 sudu besar mentega
* 1 ulas bwg putih
* 1 sudu besar daun parsley kering
atau 2-4 tangkai daun parsley segar {sy xletak bende ni sbb xde pun kt rumah]
* saya tambah bawang besar setengah labu [hiris]

Cara-cara


1. Rebus lobster di dlm air mendidih bergaram smpi masak,lebih kurang 10 min.

2. Potong belah dua di tgh bdn tas lobster smpi separuh terputus dr bdn dan kepala.

3. Cairkan mentega,masukkan bwg putih yg di tumbuk atau diketuk,kemudian daun parsley..[jika ada].

4. Kacau sebati dan curahkan ke atas lobster tadi. Siap di hidang.

Monday, 14 September 2009

Who's Birthday?

14 September....

Selamat hari lahir buat isteriku
Semoga Allah memberi keberkatan dan merahmati setiap saat kehidupan
Didoakan isteri abang sentiasa dibawah rahmat Allah
Happy birthday!!!!!!!!!!!!!

Iffah on her 1st Day Schooling

Jumaat lalu merupakan hari pertama Iffah ke sekolah semula ssetelah beberapa bulan bercuti lama..huh, akhirnya kami berdua rasa legaaaa sgt. Oleh krn 1st day, kena dtg kul 1:45 tghri selama 1 jam je. Dan, parents boleh temankan smpai habis. Jd, ibu & bb kena turun padangla hntr kakak macam 7 bulan yg lalu. Huh..tak sangka ye..dah lama rupenya. Rasa macam baru je kena tinggal.

Jadi, hari ni sy nak bawa anda semua tgk sekolah Iffah a.k.a. rupe nursery kat sini. Masa dulu sy ada captured juga suasana ni tp pakai handset..tup2 sy xreti plk nak transfer dlm laptop..kui3 [handset baru pakai..kih3]. Kali ni dpt snap betul2 la..kecuali cloak room & outdoor play area sy lupa snap. Jom layan jap..

Iffah dgn school uniform nya. Utk kanak2 nursery x diwajibkan pun pakai uniform ni. Nak pakai baju biasa pun boleh. Cuma kami nak train pakai awal2..semangatla sikit dia nak gi sekolah sbb baju sama mcm abangnya kan.

Adakah senyumannya ini sementara..?? Sama2 kita nantikan hari ni..he3.

Play area..yg sebelah sana tu, kitchen.


Kecik2 dah tengok bende alah ni..ibu dulu masa belajar kat U baru jumpe bende LCD nih.

Eve, nama budak pompuan tu. Dah berkenalan dgn Iffah tp tahu2lah si Iffah ni..susah sikit nak bermesra alam dgn org baru kecuali jika abangnya ada bersama.

Mrs Gilham, nursery nurse sedang memperbetulkan PC yg menghadapi masalah 'low signal strength'.

Izzah pun nak duduk atas kerusi tu jugak. Terkial2 dia atas dukung ibu nak turun dok atas kusi tu. Hmm..anak..anak..


Iffah kat sekolah je dibenarkan menggunakan scissors..kat rumah? Boleh, tp plastic scissors je..keh3. Huu..risau..kang tak pasal2 dia buat eksperimen gunting langsir tuan rumah.


Kat sini area kanak2 ni buat role playing..mengikut tema tertentu setiap minggu. Kat sinilah Iffah mula2 dilatih utk tidak takut pd baby doll guna teknik 'confrontation' dlm istilah ilmu psikologi. Betul kata Mrs Raine.."dun worry..we never fail so far.." suatu masa dulu..

Kat sini tempat makan kanak2 ni..setiap hari menu berbeza disajikan. Biasanya snack saja spt buah2an & sayur2an. Iye..diorg ni srh kanak2 ni makan sayo spt tomato..carrot..hahah. Iffah suka sayur tp yg kaler green je. Susu pula disediakan percuma setiap hari utk kanak2 sekolah yg berusia bawah 5 thn di UK. Yg lebih 5 thn kalo nak susu jugak, kena bayar ataupun, bwkla sendiri eh. Lagi satu, kanak2 ni xdibenarkan minum @ makan merata2 dlm kawasan nursery tu, restricted hanya kat meja bulat tu je.

Pintu putih tu library. Kat situ biasanya kanak2 berkumpul utk teacher check attendance. Pastu parents biasanya disarankan menyumbang sebanyak GBP 1 setiap minggu utk membeli keperluan nursery.

Reading area @ story telling area. Biasanya kanak2 dibahagikan ikut group tertentu dan bergilir2 duduk di situ mengikut teacher masing2.



Bende ni yg Iffah sukaaa sgt buat..beads. Pernah sekali tu dia nak wat balik beads ni kat rumah..adoilaa..

Lihat tu..dia dah siap pakai necklace & bracelet..kih3..sukenye melaram.


Main pasir plk..

Tempat conteng2 atau melukis.

Tempat main bubble. Kat sini bolehla main ye kakak..kat rmh xboleh..

Kiut tak toilet kanak2 ni. Penuh warna-warni. Seronoknye nak wee & poo..kih3.

Iffah main pasir td..ibu ingatkan dia suruh basuh tangan pakai sabun. Kang tak pasal2 jadi eczema macam dulu. Tak sanggup den.

Habis je kat sekolah Iffah terus kami ke bangunan sebelah pulak utk tunggu Ameen balik.

Sunday, 13 September 2009

: : Nasi Minyak : :

Maaf mama lama sikit nak publish resipi ni kat blog..dah terlepas pun nak buat masa hari ulangtahun perkahwinan. Takpe boleh pekena kat kedai..he3..


NASI MINYAK
Bahan2 :

1/4 cwn minyak sapi
2 ulas bwg putih [cincang]
2 labu bwg besar [cincang]
4 kuntum bunga cengkih
2-5 cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 cwn beras
2 cwn air
1 cwn susu cair
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cwn kismis [xletak pun, xsuka boh dlm nasi]
* cashew nuts sikit [xletak pun]

Cara2:

1. Goreng bwg besar & putih dgn minyak sapi hingga kuning.

2. Campurkan rempah2 tadi kecuali serbuk kunyit. Biarkan 5 minit sambil2 tu kacaula.

3. Masukkan beras, air, susu cair & serbuk kunyit.

4. Kacau, kemudian tutup. Biar hingga kering.

* Sy masak semua td tu kemudian pindah masuk nasi ke dalam rice cooker..he3..xdela takut2 nak biarkan atas stove psl kat sini pakai electric stove..xnampak pun apinya..kang buatnye lupe..tak ke naya.

* Resipi buat nasi minyak ada macam2 jenis..terpulanglah kpd tukang masaknya nak ikut yg mana satu berkenan. Sy biasa ikut pakai yg ni..tp bila masak kat dapur, belasah je sukatannya..janji semua ramuan penting adaa. Setakat ni, ayah & anak2 sgt sukaa..begitu juga jiran kami yg selang beberapa butir rumah tu..he3.

Saturday, 12 September 2009

Happy 12th Anniversary

SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN
YG KE-12

kepada

kakak saya & suami tercinta;

HAFIZAH HARUN & ROSDI RAMLI

pada

11 SEPTEMBER 2009.

Semoga jodoh kalian berdua berpanjangan & kehidupan sentiasa diberkati-Nya.

Friday, 11 September 2009

: : Cucur Badak : :

Akhirnya berjaya menunaikan request ayah yg dah sekian lama nak makan cucur badak. Dah 2 kali dah buat. 1st time mencuba dah nak frust sbb doh yg nak dijadikan kulit tu mcm xjadi, lembik semacam je. Ke sbb keledek kat UK lain dgn Msia punye eh? Entahlah..sy pun xpasti. Hr tu kawan di Birm pun cakap bende yg sama..doh jadi lembik dan xboleh nak buat bulat, nnti melekat di tangan.

Setelah di'report' kpd big boss dgn muka kecewa & frust menonggeng..ayah volunteer nak settle kan doh yg sy nyaris2 buang dlm tong sampah tu. Hmm..nasib baikla. Jika x rugi jgk tu.. Berkat air tangan suami agaknya, alhamdulillah, doh dpt diselamatkan dan cucur badak kami yg sulung ini menjadi. Oleh krn hasilnya agak lumayan, dapatlah hulur2 sikit kat jiran buat berbuka. Maaflah jiran Steavenson & Wylam..xcukup nak bagi kat korang semua. Yg selalu merasa sudah tentu yg rumah bernombor 13. Heheh.

Jom tgk resipi..diambil dr MyResipi. Tq ye empunye resipi ni.


CUCUR BADAK

· 2 biji keledek saiz besar
· 1 cawan tepung gandum
· Garam

utk inti

· 1/2 biji kelapa parut
· 1 cawan udang kering
· 2 biji bawang besar
· 5 batang serai
· 1 sudu kecil kunyit serbuk
· 5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
· 1 sudu besar minyak masak
· Garam dan gula

Cara-cara


1. untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

2. utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.

3. Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.

4. letakkan inti dan tutup kembali.

5. Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap