Saturday, 12 September 2009

Happy 12th Anniversary

SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN
YG KE-12

kepada

kakak saya & suami tercinta;

HAFIZAH HARUN & ROSDI RAMLI

pada

11 SEPTEMBER 2009.

Semoga jodoh kalian berdua berpanjangan & kehidupan sentiasa diberkati-Nya.

Friday, 11 September 2009

: : Cucur Badak : :

Akhirnya berjaya menunaikan request ayah yg dah sekian lama nak makan cucur badak. Dah 2 kali dah buat. 1st time mencuba dah nak frust sbb doh yg nak dijadikan kulit tu mcm xjadi, lembik semacam je. Ke sbb keledek kat UK lain dgn Msia punye eh? Entahlah..sy pun xpasti. Hr tu kawan di Birm pun cakap bende yg sama..doh jadi lembik dan xboleh nak buat bulat, nnti melekat di tangan.

Setelah di'report' kpd big boss dgn muka kecewa & frust menonggeng..ayah volunteer nak settle kan doh yg sy nyaris2 buang dlm tong sampah tu. Hmm..nasib baikla. Jika x rugi jgk tu.. Berkat air tangan suami agaknya, alhamdulillah, doh dpt diselamatkan dan cucur badak kami yg sulung ini menjadi. Oleh krn hasilnya agak lumayan, dapatlah hulur2 sikit kat jiran buat berbuka. Maaflah jiran Steavenson & Wylam..xcukup nak bagi kat korang semua. Yg selalu merasa sudah tentu yg rumah bernombor 13. Heheh.

Jom tgk resipi..diambil dr MyResipi. Tq ye empunye resipi ni.


CUCUR BADAK

· 2 biji keledek saiz besar
· 1 cawan tepung gandum
· Garam

utk inti

· 1/2 biji kelapa parut
· 1 cawan udang kering
· 2 biji bawang besar
· 5 batang serai
· 1 sudu kecil kunyit serbuk
· 5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
· 1 sudu besar minyak masak
· Garam dan gula

Cara-cara


1. untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

2. utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.

3. Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.

4. letakkan inti dan tutup kembali.

5. Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap

Thursday, 10 September 2009

Sabar je laa..

Sekarang ni cuaca dah makin ok. Dah kembali panas seperti sepatutnya yg berlaku dlm musim panas.. 22 September nanti musim akan beralih secara rasmi kepada musim luruh. Biasanya angin kuat masa autumn ni..agaknya nak gugurkan daun yg pelbagai warna tu. Sy tak akan lepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan ciptaan Allah ini nanti..krn thn lepas sy tgh sarat pregnant kat Izzah..xde mood sgt nak berfoto2 bawah pokok2 yg hampir luruh daunnya.

Ini bukan nak cerita ttg autumn season yg bakal tiba..nak cerita ttg bb sy yg kian membesar ini..sapa lg jika bukan Izzah aka Jijah. Skrg ni Izzah suka sgt 'melekat' kat ibu. Hinggakan ibu sukar sekali nak bersilat di dapur. Bila didukung barulah senyap. Jika tidak, terjerit2..merengek2..minta diangkat dr walker nya..walaupun dah macam2 yg ibu bagi..agaknya sbb itulah kot jiran sebelah rumah sy ni bising kata baby dia xdpt tido. Izzah jerit kuaaat maaa..dah tu ibu bila memasak, habis segala tingkap dan pintu ibu bukak. Mana x lantang bunyinya. Abih tu, xkanlah ibu nak dukung je time memasak..penat tau.

Tak tahu mcmana nak bagi bb tak jerit..sbb dia akan jerit tiap kali nampak ibu, minta ibu dukung baru diam. Dengan ayah pun xmau jalan. Kuikuikui..cabaran betul bulan puasa ni. Org sebelah ni pun kadang tu bising juga terutamanya bapaknye yg suka terpekik terlolong marahkan anak2nya. Bising yg amat once dia jerit tuh..pendek kata kalah Izzah punye jeritan. Iyelah jantan menjerit..bukannye MAK NYAH. Tp, itula kan..dah adat dok kat negara orang..menumpang teduh sementara ayah siapkan phd..jadi, telan je lah apa yg dia bebel tu. Cam JOYAH je bini dia tu. Sian ayah kena dengar minah subsidi tu berleter..mcm bagus je. Kesian budak2 ni kena control dgn ibu. Takpelah, demi kesenangan hati Joyah Subsidi.



Inilah budak kecik yg suka jerit ni..hahah..mana lagi kuat jerit..Izzah ke laki Joyah Subsidi..?? Bila dpt peluang yg baik sy nak record suara dia melaung tu..tunggguuu..


*Ingatkan oklaa dpt neighbour yg sama2 ada anak 3, kecil2..rupanya, hampeh..ngade2..saba je laah.

Wednesday, 9 September 2009

: : Cheese Cake : :

Ahad 060909 lalu sy buat kek ini utk kali pertama. Ambil resipi drpd MyResipi. Terima kasihla tuan punye resipi ni..tak ingat dah sapa sbb dah lama salin. Nampak macam senang je nak buat, xyah waterbath. Rasa dia sedapla juga, xmanis sgt..mungkin sbb gula kat UK ni kot yg kurang manis disebabkan teksturnya xkasar..granulated.




CHEESE CAKE


· 250g cream cheese
· 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
· 2 sudu besar jus lemon
· 3 sudu besar tepung gandum
· 2 biji telur
· 90g gula

Cara-cara:

1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper).

2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream.

3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit.

4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.

5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

* Sebenarnya, kek ni xde langsung base dia..tp sy buat sendiri guna resipi sukahati..dgn menggunakan biskut richtea yg ala-ala beskut meri yg dikisar halus dan campurkan dgn butter cair. Sy main agak2 je..kalu baru nak bljr buat base dia ni, sila2 lah tgk resipi cheese cake lain ye..kalo xnak buat base pun OK sbb resipi asal cheese cake ni pun xde base nye!

Happy Baking!!

Happy Schooling Son!



Pada 7 Sept lalu, bermulalah sesi pengajian baru buat Ameen di Year 1. Di usia 5 thn begini tentunya masih awal untuk dia masuk Year 1. Tapi, sistem pendidikan di sini telah menetapkan umur 3 thn dah wajib masuk sekolah, dgn tahap awal nursery. Kat sini juga mengambilkira usia kanak2 ikut bulan dan bukannya mcm di Malaysia, ikut tahun kelahiran. Siapa yg lahir Januari - Ogos boleh masuk awal sikit sekolah berbanding mereka yg lahir Sept - Disember..walaupun dlm sama tahun kelahiran.
Kalu di Malaysia ni, Ameen yg 5 thn ni baru nak masuk tadika..


Seperti tahun2 sudah..kami sekeluarga akan turut sama menghantar Ameen pd hari pertamanya ke sekolah..supaya dia lebih bersemangat & rasa positif dgn diri. Alhamdulillah, cuaca hari tu sangat baik..xsejuk spt hari2 sblmnya. Satu permulaan yg baik utk semester baru. Kami berdua berdoa agar Ameen dpt belajar dgn baik & seronok berada di sekolah. Dlm masa yg sama..terasa legaaa...hahah.

Iffah pun nampak macam excited nak ke kembali ke nursery semula. Sepatutnya Iffah dah boleh masuk Reception tp sbb dia lahir dlm bln November, lewatla dia masuk kelas tu..tahun depanla tu. Hmm..Iffah punye next visit Jumaat ni, jam 1:45 tghri. Nampaknya ibu & bb je lah yg hantar kakak ye. Ayah gi solat Jumaat.


Nampak tak Ameen tu..ingatkan dapatla masuk sama kat dlm sekolah tu sbb hr tu kan ke 1st day anak masuk different Year of study. Rupanya tak. Kalo kat tempat lain, parents dibenarkan masuk bersama2 dgn anak masa 1st day & dibenarkan juga merakam detik2 bermakna itu. Hmm..hampeh! Ibu punyela bawa kamera. Rupe2nya dpt tangkap dr jauh je. Sampai2 je, terus Mrs Scott pegang dia masuk dlm queue, bersedia utk masuk ke kelas. Sian Ameen..ibu ingatkan dptla hntr smpai dlm kelas..nasib baik dia 'cool' je. Gamaknya kalu Iffah kat tempat dia tu, confirm..uwaaaaa..

Untuk pelajar Year 1 mcm Ameen, kena sampai awal ke sekolah sekurang2 nya 10 minit sebelum loceng berbunyi tepat jam 8:55 pg. Sampai2 je kat dataran tu, anak2 akan line up ikut kelas masing2, then guru kelas akan bawa semua pelajar masuk dlm kelas. Siapa yg dtg lambat, dikehendaki tulis nama dlm buku rekod yg disediakan, pastu nanti akan ada cikgu @ Mr. Oliver [caretaker] yg dtg ambil pelajar lewat tu masuk ke kelas. OMG!! My son mustn't be late!!

Hmm..nampaknya, sudah 3 harila Ameen uruskan sendiri coat, school bag & lunch bag nye..macamanalah tu agaknya. 1st day punye excited..Ameen terlupa bawa pulang school bagnye..mungkin belum biasa buat sendiri. Jika sblm ni bila dia lupa je amik beg, pasti ibu akan remind la tu jgk. Kelmarin, sy terus ingatkan Ameen..sblm balik, Ameen kena bawa balik 3 THINGS:

1. Coat
2. School Bag
3. Lunch Bag

Selagi belum cukup, selagi itu, Ameen takleh balik dulu..hahah, kemain lagi ibu pesan macam2. Tp, alhamdulillah..hari kedua, Ameen tak lupa dah. *wink*
Hr ni hr ketiga ke sekolah, ibu harap Ameen dah mix dgn kawan2 yg lain, bukan dgn Alya je. [Alya - our headman's doter]. Ibu pula akan pastikan rekod ibu sentiasa updated dgn progress Ameen & Iffah. Wish me luck!





Monday, 7 September 2009

6th September in UK

Hmm..happy 6th anniversary for both of us.
Hari ini kalau di 'rolled back' 6 tahun lalu..kami tgh berkenduri kendara sempena pernikahan kami. 7 Sept di rumah sy..13 Sept di rumah abang. Ada banyak nostalgia & kisah2 menarik di sebalik itu semua. Kuang3..ye x abang?


Semalam, ayah cadangkan ibu masak nasi minyak sebagai juadah special sempena ulangtahun perkahwinan kami. Alhamdulillah, berjaya menyiapkannya walaupun badan keletihan yg amat sbb bersahur roti sekeping dan air masak secawan..kui3..terlewat bangun daa..

Kami 5 beranak makan dengan berselera sekali malam semalam. Hmm..biasanya ayah & ibu je yg makan banyak tapi kali ini anak2 yg 3 org tu pun boleh tahan juga.

Nasi minyak

Kari daging.

Rendang pedas daging.

Ayam goreng.

Jelatah.

Sambal ketuk jawa.

Keledek goreng.
Yg ini ayah punye turn masak sbb ibu dah tak larat lagi nak berdiri goreng bende ni. Terima kasih abang. Lain kali nak letih2 & penat2 lagilaa..heheh.

Ini pun adaa..cucur badak..ni 2nd time buat. Tapi, dohnya bos yg buatkan sbb nanti kalo ibu yg buat tak pasal2 ada doh yg kene masuk tong sampah..disebabkan tahap sabar & tekun yg tinggi maka menjadi si cucur badak ni.

Cheese cake.
Ini 1st try ibu buat cheese cake. Ini kek plg ibu suka. Jadi, ibu mesti terer buat nye. Skrg masih dalam proses pembelajaran..masih belum berpuashati. Takpe, lain kali boleh cuba resipi org lain punye pula. Ye..mesti buat lagi..

Sy tak deco apa2 pun cake ni..hanya tulis 6th anniversary je, pakai coklat. Kira oklah tu..

Semalam, semasa dlm perjalanan pulang ke rumah dr carboot, ayah singgah di coop jap sbb nak beli bbrp keperluan nak masak ptg nya. Tak sangka pula..ayah belikan sejambak ros merah kegemaran ibu..waaah..seronok tak terkata. Hilang rasa mengantuk2 tu. Terima kasih abg masih ingat bunga feberet Nani..warna kuning pun suka juga tp plg suka yg inilah..


Kalo tgh merajuk pun boleh baik semulaa serta merta jika ayah bagi bunga ni..kih3..mengada2 juga ibu eh.


6th Anniversary

6 September 2003

Tarikh bersejarah di antara kami berdua sejak 6 tahun lalu. Begitu cepat masa berlalu hinggakan dah 3 org anak pun rasa macam baru saja mendirikan rumahtangga. Kami sgt2 bersyukur perkongsian hidup kami berdua ini sampai hingga hari ini dan kami berdoa ke hadrat Allah SWT agar hubungan yg dibina dgn satu lafaz aqad ini berkekalan hingga ke syurga, insyaAllah.

Beberapa kali juga anniversary kami ni jatuh dlm bulan Ramadhan. Alhamdulillah, banyakkan du'a..moga dimakbulkan oleh Allah. Amiiin. Kali ni sehari sebelum Nuzul Qur'an. Berkat di bulan muliaa.

Kami hanya celebrate dgn berbuka puasa je..he3. Nanti sy akan upload photo dlm next entry sbb belum transfer dlm laptop lagi.

* terima kasih abang ..
red roses tu sangat cantik..


Saturday, 5 September 2009

: : Apam Balik : :

Masuk kali ni dah 3 kali sy buat apam balik ni. 1st try masa tahun lepas..time tgh pregnant kat Izzah. Terbaru semalam masa berbuka dgn kawan2 Malaysia. Tapi, yg dlm gmbr kat bawah ni yg 2nd time buat..beberapa hari lalu. Kat sini je buat sendiri ye..kalo dah blk Malaysia nnti xmainlaa..musti beli kat kedai nye. Tp yg homemade ni xdela rasa pahit2 cam kedai punye tau..sedaap..cubelah buat. Kat bawah ni resipinye. Rasanye amik kat MyResipi cuma lupa sapa punye..

APAM BALIK PERANTAU [nama yg sy ubahsuai..kih3]

Bahan2:

2 cwn tepung naik sendiri
1/4 cwn gula pasir
1 biji telur
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 cwn susu segar
sedikit pewarna kuning

Bahan tabur:

- jagung krim
- kacang tanah yg ditumbuk
- sedikit gula
- sedikit mentega

Perhatian:

Rasanya kat UK ni sy xjumpe lg sweetcorn dlm tin mcm kat Malaysia. Yg dijual kat sini sweetcorn tu xcreamy & gravy pun..kering je. Mmg xsesuai nak buat apam balik. Jadi, kena buat sendiri la.

Bahan2 & cara2 nak buat creamy sweetcorn:
1 tin sweetcorn [sy main agak2 je letak jagung tu]
1/2 cwn susu segar
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar tepung kastard
[sy xde tepung kastard dlm lemari, so sy guna tepung gandum biasa campur 1 sudu teh esen vanila]

* Masukkan semua bahan dlm saucepan.
* Panaskan guna api sederhana. Kacau sampai pekat..ala2 cam jagung dlm tin kat Msia tu.

Cara nak buat apam balik:

* Pukul gula & telur sampai kembang [pakai hand whisk je].

* Masukkan susu segar, baking powder, soda bikarbonat & pewarna kuning. Pukul lagi.

* Masukkan tepung. Kacau sampai tepung sebati dgn adunan cecair tu.

* Perap selama 1 jam..

* Dah perap, bolehlah masukkan sesenduk dlm frying pan leper. Rata2kan. Tutup.

* Bila dah separuh masak, masukkan bahan2 tabur tadi..jagung..kacang..gula sikit..dan secubit mentega.

* Biarkan sebentar, pastu lipat dua & angkat. Siap!! Mudah kan?


Friday, 4 September 2009

Peha Besar..??

Tadi terbaca artikel ni dlm Yahoo updates. Hmm..sapa yg peha besar..berita baik buat andaaa... *wink*

Bigger thighs are better for health

People whose thighs measure at least 23.6in (60cm) in circumference were less likely to develop heart disease or die early, a 12-year study of almost 3,000 men and women in Denmark found.

Professor Berit Heitmann said thigh size could be used by GPs as "an early marker to identify patients at later risk of cardiovascular disease and early mortality".

"A small thigh circumference was associated with an increased risk of cardiovascular and coronary heart diseases and total mortality in both men and women," he said.

"A threshold effect for thigh circumference was evident, with greatly increased risk of premature death below around 60cm."

He added: "The fact that more than half of the men and women aged 35-65 have thigh circumference below the threshold is worrying."

The Monica (monitoring trends in and determinants of cardiovascular disease) project, published online on bmj.com, found there was no added protective effect for people with thighs in excess of 60cm.

Body fat and other high risk factors such as smoking and high cholesterol were taken into account by the study.

Prof Heitmann, director of the research unit for dietary studies at Copenhagen University Hospital, said: "The adverse effects of small thighs might be related to too little muscle mass in the region."

Thursday, 3 September 2009

Teringat

Sedar x sedar dah hampir 2 minggu berpuasa di rantau org ni..puasa Ramadhan thn ni merupakan puasa kedua kami di UK. Huh, sekejapnye masa berlalu. Pantas banget. Blog pun dah lamaaa sgt xupdate..kakak sy pun dah sibuk bertanya kenapa lama takde cerita2 & foto2 anak2 buahnya tu. Hmm..malas barangkali..ni sdg cuba merajinkan diri semulala ni. Nanti akan menyusul foto2 & rakaman video pendek ceritera budak2 3 org tu. Mereka sihat semuanya, alhamdulillah..

Bulan2 pose ni sy & abang seringkali berbual ttg makanan Malaysia [of course!] masa mengadap hidangan berbuka. Hahah..kesiaan. Kat sini xde bazaar Ramadhan cam kat Nilai. Teringat pula kuih muih yg dijual di bazaar tu. Bukannye sedap pun. Karipap inti basi, masam. Bagus pula kalau buat sendiri. Walaupun penat menguli & mengelim karipap..namun makannye puas hati.

Murtabak diRaja

Sebelum kembali ke UK hr tu sempat jugala sy pekena murtabak tebal ni. Thanx to Cikcu yg belanja. Ini yg frozen punye..tinggal letak dlm oven je panaskan balik. Tp, rasanya memang superb! Kami mmg sukaa sgt mkn ni. Kalau boleh nak je bawak hr tu tp kami departed dr Nilai..susah juga nak simpan murtabak ni dlm peti freezer psl yg kami ada hanya mini bar biasa je..

Kuih jala mas & buah tanjung.

Waaah..sy sukaaa sgt makan kuih ni tiap kali berpeluang berbuka puasa bersama keluarga di Kelantan. Abah pun dah tahuu sy suka kuih ni. Kalo sy ada kat kampung sudah tentu abah dah beli siap2..kan abah? Kuih ni..memang tersangatlah manis. Org yg ada diabetes jgnlah ngade2 nak makan ye..nanti xpasal2 masuk spital..Sapa yg tak biasa makan manis2 xlalu nak makan ni banyak2. Sy pun sama..takpelah, mkn sikit2 je, pastu simpanla. Lg pun kuih ni mahal siot kat kedai..sekarang ni tak tahulah berapa harganya..dulu pun dah mahal..apa lagi sekarang..bila minyak dah naiiiik..

Bg tidak menghampakan diri sy..masa balik Malaysia hr tu sy minta adik tempahkan kuih ni drpd makcik kawannya. Sebekas tupperware mcm kat atas ni harganya RM30. Huh, puas jugalah sy makannye. Dan, sekarang, bila dok jauuuh gini..macam2 la makanan yg diidam2kan.

* Nasi kerabu pun sy teringin..tp xpernah2 plk sy buatnye kat UK ni. Maklumlah sy srg je yg suke mkn..cik abe kurang suka..jadi, mcm xberbaloi kalo sy nak buat tu..