Friday, 14 November 2008

What's Up Doc..

Berwajah baru..tukar langsir sket..sebab dah lama pakai yang tu..naik jemu juga dibuatnyaa..lagipun nak amik mood hapdet blog ni haa..sejak berkabung dalam bilik kedap ni, melayan si kecilku yg selalu minta dipegang..agak terbatas pergerakan jari jemari untuk menekan2 keyboard..sementelah dengan kepala yg ketandusan idea..blog pun lambat je hapdet..my blog mates pun selalu komplen kata apsal lambat bonar hapdet blog..haa..korang semua inilah jawapannya...

Apapun aku gembira sebab hari ni dah 4 minggu hibernate..dah dekat nak abis dah pun..dan aku rasaa..dah xsabar nak kembali beraksi di dapur..gerrram sangat tengok telur2 banyak dalam bakul..apa taknya kalo masa aku sihat tu..alamatnya sekejap je telur tu bertenggek dlm bakul tu..kesudahannya dah kene proses jadikan makanan lain..heheh..

Sabaaar..bila lagi nak merasa masakan abang kan..yg makin hari makin sedaap pula aku rasaa. Hari tu abg mengadu yg dia dah ketandusan idea nak masak apaa..haa..baru abg tahuu apa yg Nani rasa sekian lama dulu. Last2 abg tanya hari ni nak makan apaa..sbb abg xde idea..hik3. Kesian pulak ye..xpe abang..kejap je lagi..tp, lepas ni bukan bermakna xpayah masak lagi...ada ketikanya..isteri abg pun nak bertukar selera jugaa tau..ingat tuu..nyum2.

Haa..kan dah cakap..dah berbunyi pun si kecil tu..minta ditukarkan nappy nya kot..oklah...waa chow dulu..ada byk bende nak story tp tungguuuu..

Thursday, 13 November 2008

Keputusan UPSR Lebih Baik

PUTRAJAYA 13 Nov. – Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus calon yang mencapai keputusan sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya.

‘‘Sebanyak 317,404 calon (62.7 peratus) mendapat minimum gred C dalam semua mata pelajaran berbanding purata 60.5 peratus untuk tempoh 2003-2007. ‘‘Seramai 488,567 pelajar atau 96.3 peratus daripada jumlah calon pula mencapai tahap literasi yang dikehendaki berbanding purata 95.7 peratus untuk lima tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Alimuddin berkata, hanya terdapat empat mata pelajaran yang mencatatkan penurunan dari segi jumlah pelajar yang mendapat A iaitu Matematik, Bahasa Inggeris SJK, Bahasa Cina (pemahaman) dan Bahasa Tamil (pemahaman).

Menurutnya, lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (penulisan) Sekolah Kebangsaan (SK), Bahasa Inggeris SK, Bahasa Melayu (pemahaman) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Bahasa Cina (penulisan) dan Bahasa Tamil (penulisan) pula mencatatkan peningkatan yang signifikan dari segi jumlah pelajar yang mendapat gred A.

‘‘Dari segi pelajar yang memperoleh minimum gred C pula, mata pelajaran yang mencatatkan peningkatan signifikan ialah Bahasa Melayu (penulisan) SJK dan Bahasa Inggeris SK.

‘‘Tiada satu pun mata pelajaran yang mencatatkan penurunan yang signifikan dari segi jumlah pelajar yang mencapai gred A hingga C,” katanya.

Dalam pada itu, lebih separuh daripada jumlah calon pelajar berkenaan menggunakan bahasa Inggeris bagi menjawab peperiksaan Sains dan Matematik.

Daripada 511,875 sampel yang diambil, 159,234 (31.1 peratus) calon menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam menjawab soalan Sains.

Alimuddin berkata, keputusan di kalangan calon orang kurang upaya (OKU) turut mencatatkan peningkatan memberangsangkan tahun ini.

‘‘Sebanyak 1.27 peratus daripada jumlah calon terencat akal memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding hanya 1.19 peratus pada tahun lalu.

‘‘Jumlah calon buta yang mendapat semua A pula meningkat daripada kosong kepada 3.33 peratus. Calon cacat lain daripada kosong kepada 0.33 peratus, calon rabun daripada kosong kepada 1.33 peratus dan calon spastik daripada 1.23 peratus kepada 4.26 peratus.

‘‘Calon bisu yang mendapat A dalam semua mata pelajaran, bagaimanapun, menurun daripada 66.67 peratus kepada 50 peratus manakala masih tiada calon pekak yang mendapat semua A pada tahun ini,” katanya.

Ditanya mengapa analisis keputusan keseluruhan UPSR tahun ini dibandingkan dengan keputusan purata lima tahun lalu dan bukan dengan keputusan tahun lepas, Alimuddin berkata, perbandingan dengan lima tahun lepas dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh dan tepat.

‘‘Selain itu, tahun 2003 juga merupakan tahun di mana kita memulakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Wednesday, 12 November 2008

Tahniaaah!!

CONGRATS!!

to

Teh & Teh Huda

for the good news!

Finally, you're going to be

PA & MA

Tuesday, 11 November 2008

Best Wishes

BEST OF LUCK

to

my students at SMA Persekutuan, Labu (SMAPL)
  • 5 Ibn Haitham
  • 5 Battani
  • 5 Zarqali
  • 5 Razi
  • 5 Ibn Muqaffa'
in

SPM 2008



Semoga beroleh kejayaan cemerlang di dunia & akhirat. Hormatilah guru2 dan dekatilah mereka kerana keberkatan ilmu akan diperolehi jika kalian membahagiakan hati & perasaan mereka. Bagi seorang guru, tiada apa yang dapat menggembirakan & memuaskan hati melainkan melihat kejayaan anak didiknya.

My Princesses

Waktu berusia 20 hari. Masa ni Izzah tengah syok lena dalam car seat (carrying cot) dia. Kami nak makan nasi jadi, terpaksa letak dia dlm ni. Sebenarnya baby memang dok dalam baby cot tapi, macam tau2 je bila tiba time ibu nak makan, pasti dia akan bangun..paling tidak pun merengek2 minta diangkat. Kesudahannya kami letak dia dalam ni la time nak makan. Kali ni nampaknya lena sakan.
Haa2..senyum pulak diaa. Maklumlah dok beribaa..cuba duduk dalam cot tu sorang2, mahunya ek3..minta angkat..bila kita angkat je, terus dia senyum..
Bergambar dengan kakak Iffah.
Kelakar pula posing Izzah..apa yang buat mulutnye terlopong tu..gelagat baby memang kelakar..dahla pergerakan kaki dan tangannya tanpa tujuan..

Takleh nak ngadap lame laa..diaa dah bising sebab baru lepas buat kuih...nak kena cucila tuuu..

Friday, 7 November 2008

PIPP tidak akan terjejas..

PELAKSANAAN PIPP DITERUSKAN WALAU EKONOMI GAWAT


Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) tidak akan terjejas walaupun negara kini berhadapan dengan kesan kemelesetan ekonomi yang melanda dunia.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia termasuk mengisi kekosongan 26,000 jawatan perguruan pada tahun depan.

Katanya, kementerian juga akan memastikan 14 buah sekolah yang sedang dalam pembinaan akan beroperasi sepenuhnya menjelang tahun depan.

“Kementerian akan memastikan semua prasarana pendidikan mencukupi selain ia siap mengikut jadual walaupun negara dalam keadaan ekonomi yang mencabar,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kualiti 2008 Kementerian Pelajaran di Dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) di sini hari ini.

Setakat ini, kementerian berjaya melaksanakan 4,280 projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) membabitkan kos RM3.87 bilion manakala 5,026 projek berjumlah RM18.343 bilion masih dalam pembinaan.

Hishammuddin yakin kerajaan akan menyalurkan peruntukan kepada apa juga bentuk projek dan prasarana untuk meningkatkan pendidikan demi kepentingan rakyat.

“Pendidikan amat penting untuk semua dan kerana itu saya yakin kegawatan ekonomi tidak akan menjejaskan semua projek yang dirancang oleh kementerian,’’ katanya.

Honey Pie Ayah & Ibu

Selasa lepas birthday Iffah yg ke-3 tahun. Ayah belikan sebiji kek Chocolate Gateau untuk Iffah dan kami semua. Bukan itu saja, ada coklat, donut aiskrim & muffin. Ermm..sedaapnyer..terliur ibu tengok..
Kesian Iffah drpd pagi dia tunggu ayah pulang dr Uni D..kononnya dia nak ikut ayah gi beli kek la tu.

Ibu pun xboley nak masak something utk Iffah. Nanti bila ibu dah habis pantang..ibu masak apa2 ye. Tapi, byk2 kek yg kami prnh beli, kek yg ni paling sedap dan cepat dihabiskan oleh budak 2 org ni.


Hmm..birthday gurl xglemer pun hr ni..haa3..xpelah sayang..xpenting semua tu..yg penting Iffah tahu today is her day! 3tahun lalu, pd tarikh 04-11, ibu kat wad..lahirkan Iffah waktu semua org sibuk berhari raya Aidil Fitri..kesian ayah,ibu & Abg Ameen..kami ber-3 terpaksa beraya kat rumah di Nilai jauuuh dr keluarga mengenangkan due date ibu time 2nd day raya.

Hmm..sekarang anak ibu dah besar..dah jd kakak pun. Masih lagi segar diingatan tatkala aku terpaksa meninggalkan Iffah di awal usia 2 bulan kpd ma di Kelantan krn terpaksa mengikuti full-time course. Nak tinggalkan di nursery, masih kecil lagi dan tambahan plk rmhku jauh dr tmpt kursus tuu..xlarat nak ulang alik. Sedih hati tak terkata..Iffah yg xtahu apa2 hanya melihat sahaja ibu mencurah2 airmata tanpa sebarang reaksi.. Hampir setahun lamanya Iffah dijaga oleh abah & ma. Iffah menumpang kasih & sayang atuk,nenek, abah, mama, cikcu & kakak ninie. Tapi, syukurlah keluargaku sgt byk membantu..tak terbalas rasanya..

Birthday present Iffah?? Hr tu dah dapat Barbie princess 1 set dgn baju2..cermin solek, Fairy Princess Castle (dah gantung kat downstairs), DVD citer Fairy Princess dan video Barbie Princess. Tapi, semuanya dapat in advanced..sebelum the birth date. Semua nak princess..hinggakan diri sndiri pun xmahu dipanggil kakak lagi tetapi minta digelar 'princess'..all the time.

Tuesday, 4 November 2008

Iffah is 3 yrs old today!!


HAPPY 3RD BIRTHDAY

to

our beloved sweet daughter

IFFAH MADIEHAH ZULKIFLI

Sunday, 2 November 2008

al-Fatihah

AL-FATIHAH

untuk Cik Mah ( Nik Hasmah ) sedara aku kat kampung kerana meninggal dunia ( jam 8 pm tadi, waktu Malaysia - UK pukul 12 pm). Arwah sudah lama menderita sakit..sejak Ramadhan lalu.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama2 dengan muslimin mu'minin yang lain.

TAKZIAH

untuk
Pok Nik Amat ( Nik Ahmad )
Kak Mimi ( Nik Ainun Bismi )
Hafiz
Azmi

Saturday, 1 November 2008

Well Done!

Hari ni big boss happy..sebab pagi2 lagi dpt sepucuk surat dr USIM..surat ucapan TAHNIAH dr Vice Chancellor..Prof Dato' Abd. Shukor..berkenaan dengan prestasi pengajian (PhD).

WELL DONE

Where there's a will..there's always a way..