Monday 20 December 2010

Interlaken

Hari terakhir di Swiss..

Awal2 pagi lagi kami dah bersiap sedia untuk check-out. Hari tu pula hujan turun renyai2..dah la malam sebelum tu lebat. Pemandangan di luar pun memang tak jelas mana dek kabus yang menebal. Gunung bertompokkan salji di luar hostel kami pun tak nampak apa dah..


di luar bangunan Mountain Hostel.


* * * * * *


Rasa terkilan juga tak dapat melihat pemandangan indah pergunungan buat kali terakhir. Apa nak buat, perjalanan masih jauh. Kami sempat singgah di bandar Interlaken sebentar semasa dalam perjalanan pulang ke Germany. Interlaken juga merupakan di antara lokasi pelancongan tertua di Swiss. Terletak di antara Lake Brienz di bahagian timur dan Lake Thun di baratnya. Sebenarnya bandar ini mengambil nama sempena kedudukan geografinya iaitu di antara 2 tasik tadi. Dalam bahasa Latin, nama Interlaken berasal daripada "inter lacus" yg bermaksud antara 2 tasik.

Dengan ketinggian 570 meter dari aras laut, Interlaken juga memiliki daya tarikannya yang tersendiri. Kami sempat meronda2 di kawasan bandarnya yg saya kira agak klasik dan penuh dengan deretan kedai2 jam berjenama buatan Swiss, kedai cenderamata dan sebagainya. Pendek kata, jika sesiapa ingin ke Jungfrau, wajib singgahlah ke bandar Interlaken ni walau sebentar.

Kami tidak membeli-belah sangat, sekadar mencuci mata sahaja di samping memilih beberapa fridge magnet untuk menambah koleksi. Fridge magnet pun dah bermacam2 bentuk dan rupa. Naik kelabu dan juling mata ni sekejap. Tengok juga cuckoo clock tapi harganya boleh tahan juga. Saya suka cuckoo clock tapi tak suka bila burung tu keluar dan berbunyi bising terutamanya di tengah2 malam. Naik seram juga bulu roma ni jika dengar cuckoo clock tu berbunyi tengah2 malam.

Untuk anak2, kami hanya belikan kemeja T Swiss sehelai seorang sebagai kenangan pernah berkunjung ke sini. Jam tangan buatan Swiss memang sangat berpatutan harganya. Jika ada $$$$$ yang mantap, bolehla berbelanja. Jika tidak, lihat sajalah ye.. :P

Cuaca hari itu walaupun hujan gerimis, namun tidaklah sejuk mana. Malah kami tidak mengenakan coat pun. Nyaman..


ni masa baru sampai di bandar Interlaken.

banyak sungguh kedai cenderamata, kalau punya masa lebih, boleh nak compare2 harga dengan kedai2 yg lain..

ayah & Izzah di hadapan kedai jam tangan..

lihatlah kami tak kenakan coat pun..

Selesai meronda, kami teruskan perjalanan pulang. Sehingga ketemu lagi Swiss. Banyak kenangan indah kami di sini..

10 comments:

Mrs. Ishamizu said...

Bestnya...:)

klu ktrg pon tk kisah sgt bab shopping2 ni, jnj dh pnh smpi sana dpt tgk ciptaan Allah yg sguh indah tu. Bersyukur sgt kn..:)

MY HEART said...

Salam,

Bestnya dapat jalan2 swiss.. kalo duit banyak memang akan melancung ke sana tapi... *sodeh!*

^_^

kak, nak fridge magnet se...

hnyhar said...

izu,
ye betul tu..janji dpt sampai ke sana pun dah cukup bagus. kalau taraf VVIP bolehla nak sakan shoppingnya.

my heart,
salam..
best juga..dpt tgk ciptaan Allah yg xde kat tempat sendiri..sgt hebat ciptaan-Nya. nak fridge magnet..? oh..kena dtg durham dululaa..buleh? :)

aimicomoot said...

as salam...
ustazah...saya aimi....1 al-farazdaq 2007...hehe...sy nk ckp trime kasih sbb ajr sy bhse arab dlu....
hehe...dlu kcik2 sye dpt E bhse arb...tp alhamdulillah sye dapat jgk A mse PMR....trime kasih ustazah!!!!

Zaitun said...

Salam kenal

Nice blog.

hnyhar said...

aimi,
salam..apa kbr? ingat lg awak kat saya ye..terima kasih. thn dpn dah form 5 kan? cptnye masa berlalu.

zaitun,
salam kenal juga. terima kasih berkunjung ke baytulkifli. sy dah link blog awak ke blog sy..senang nnti nak bloghopping..ok kan?

Unknown said...

alahai..syok nya dapat pergi berjalan2 ya :)

hnyhar said...

alinac lover,
terima kasih dtg baytulkifli..hmm..best juga jln2 kenal tmpt org..tp masih merindui tanahair tercinta..

aimicomoot said...

haah,,,taon dpn da f5 da..msti la sy igt kt ustzah....dlu sy wt ustazh sdyh sbb sy dpt E bhsa arb..minta maaf ye ustazh!

hnyhar said...

aimi,
tp skrg dah terer BA..alhamdulillah..berkat usaha aimi dan ust/zahyg SMAPL yg ajar aimi tu. semoga terus berjaya di masa2 hadapan..