Tuesday 28 December 2010

Boxing Day 2010

Jika di Malaysia sedang berlangsung YES, di sini pun tak kurang juga. Boxing Day sangat dinanti2kan. Tidak pasti kenapa hari itu dinamakan Boxing Day, ada banyak pula khilafnya. Kebiasaannya Boxing Day jatuh pada 26 Disember iaitu sehari selepas Hari Krismas yang mana ia juga merupakan hari cuti keagamaan Kristian bagi memperingati St Stephen's Day.

Kini, istilah Boxing Day nampaknya tersasar sedikit. Bagi kita yang bukan beragama seperti mereka, Boxing Day merupakan hari untuk melawat pusat2 membeli belah dan designer outlet untuk mendapatkan harga runtuh yang hebat. Sebenarnya, Boxing Day di setiap tempat berbeza2 hari sambutannya dan tak kesemua negara EU menyambutnya. Ia hanya disambut di Australia, Canada, New Zealand, United Kingdom dan beberapa negara Komenwel sahaja.

Tahun ni Krismas jatuh pada hari Sabtu, bermakna Bank Holiday [cuti umum] adalah pada hari Isnin. Jadi, Boxing Day yang sepatutnya jatuh pada hari Ahad lalu sebenarnya berlaku hari ini, 28hb. Patutlah masa Ahad lepas banyak juga outlet yang tak paparkan jualan runtuh lagi. Malah di pasaraya besar pun ada designer outlet yang masih tutup. Oh!..Hari ini kami tak keluar ber'boxing'. Harap2nya masih ada stok untuk kami. Maklum saja, inilah Boxing Day terakhir buat kami di sini. Lepas ni kami jenguk YES di kampung halamanlah pula.

Selamat ber'boxing' lah untuk kawan2 di sini. Berbelanjalah dengan berhemah dan mengikut kemampuan. Ukurlah baju di badan sendiri...jangan di badan orang lain. Hehehe..

8 comments:

lady lavender said...

Seronok dengar org pi berboxing :-)Setuju sgt2 ukur baju dibadan sendiri, jgn pi ukur kat badan org lain heehee..

hnyhar said...

lady lavender,
seronok jika ada byk $$$$$. oleh kerana kami ni level student je, maka xdela enjoy shopping sgt. ikut keperluan je. tu pun beli keperluan budak 3 org ni je. diri sendiri pun xde..uhuk2.

Zaitun said...

Shopping...kak Zai suka tapi tak lah berlebihan.

hnyhar said...

kak zai,
hehe..sy pun suka shopping tp lbh kepada makanan ..kalau xdpt shopping, window shopping pun jadila..

ummi_ziz said...

KNani, betul tu! kami pon beli keperluan ank2 je, utk kami ciput je. hehe.

hnyhar said...

izu,
kalau keja kat sini, bolehla nak shopping extra..ini kami dua2 xkeje..jadi tahap shopping pun low level la..geram tgk brg2 murah esp kasut clarks utk kids..separuh harga..

iu rf said...

beshnyee...!!

jaga diri baik2 kak nani..!! :)

hnyhar said...

iu,
masyih...cik piyah demam lg ke...