Thursday 16 December 2010

Once Upon A December

16 Disember.

Alhamdulillah, hari ini genaplah 3 tahun kami menghuni bumi Durham. Tak sangka pula terasa sekejap masa berlalu. Memori awal di bumi asing memang masih segar di ingatan. Kali pertama jejakkan kaki di sini, suhunya -2 C..terketar2 dibuatnya. Minggu2 pertama di sini pula..asyik membuatkan diri 'homesick' saja. Ditambah pula dengan siang yang pendek..aktiviti kami begitu terbatas..menjadikan kami seolah2 mahu berangkat ke tanahair semula.

Syukurlah...semua imbauan lampau sejujurnya sudah jadi kenangan paling manis dan bermakna dalam lipatan sejarah hidup kami. Banyak cerita sukaduka yang dilalui akhirnya menjadikan kami makin matang menghadapi liku hidup ini. Perjuangan kami masih belum sampai ke penghujungnya. Hidup perlu diteruskan. Doa kami, semoga segala percaturan ini berada dalam lingkungan perancangan Allah dan keberkatannya.

..Once Upon A December..

6 comments:

lady lavender said...

3 thn bukan satu masa yg pendek tp sedar tak sedar dah melepasi jangka masa selama tu kaann..all the best utk hnyhar sekeluarga.

hnyhar said...

lady lavender,
hmm..mmg btl. masa sblm dtg sini dulu, punyala rasa mcm laamaaanya 3 thn tu..tp bila dah melalui sendiri, bagai xterasa pula. apapun, terima kasih atas doamu...

Mrs. Ishamizu said...

Betul kak, skrg ni sy pon rasa sama sebiji apa yg akk dh rasakn masa mula2 smpi sini 3thn yg lalu..:)

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sume pengorbanan, akk sekeluarga dh bjaya melaluinya. All the best!

Doakan utk kami jg ye..:)

hnyhar said...

izu,
tak mengapa izu...sekejap je perasaan tu..nanti lama2 akan jadi biasa. cuma, nak jadi 'biasa' tu makan masa jugak..sabar k..itupun nasib baik sebelum ni izu dah ada experience stay kat sini kan..

akak doakan moga izu sekeluarga kuat semangat dan berjaya dalam hidup..

Anonymous said...

napok lambaian pokok nyor doh ko?

hnyhar said...

fa10,
koho2 napok doh ni...hahaha