SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGERBaru discover tentang kewujudan Kelab Blogger ini. Jika nak tahu lebih lanjut tentang apa itu Kelab Blogger, silalah layari ke laman blog berkenaan dengan menekan link di atas.
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER
Izzah kadang2 tu suka sangat melawaa..[kadang2 serabai je]..tapi gayanya tak berapa nak kenalah. Kecil lagi, jadi..melawa ala2 si kecil laa. Suka sangat ambil barang2 kakak Iffah seperti cekak rambut, klip rambut, skarf dan macam2..hingga membuatkan si kakak menjerit2. Hihihi..
Gambar Izzah tak pakai baju...ngeee...takpe, bahagian atas je dapat dilihat. Maklumlah sekarang cuaca dah makin panas..[hari ni temperature drop ke 10 C berbanding semalam 26 C @ malam tadi 20 C]. Izzah dah mula pakai baju berlengan pendek dan baju gaun.
Izzah dah banyak kecam anggota badan. Dah tahu baca doa makan dan surah alfaatihah versi baby..nanti saya rakam bila ada kelapangan. Sekarang dah tahu nyanyi nursery rhymes, Twinkle Twinkle Little Star..versi baby juga tapi iramanya sudah ada.
Izzah dah banyak faham pertuturan ayah dan ibu. Malah, jika kami memberi arahan dalam dwibahasa pun Izzah dah faham. Tiap kali nampak saya bersiap [gaya macam nak keluar rumah], Izzah akan cepat2 ambilkan sepasang stokin untuk saya pakai. Pernah suatu hari tu, bila dia terambil stokin warna hijau..tiba2 saya cakap.."oo..ooh..hijaula pulak..tak matching ni..". Dia pun ambil balik stokin hijau tu, simpan semula dan ambil stokin kaler lain. Padahal, saya tak suruh tukar pun..hihi. Seronoknya ada little helper ni.
Walaupun suka tolong ibu..dah namanya kanak2..memang tak larilah dari aksi 'suka sepah2'. Bila di dapur, sepah barang2 dapur..pinggan mangkuk. Bila di dalam bilik, suka main pakaian. Sekarang dah terer naik katil sendiri tanpa bantuan kami. Bila nak turun katil, dia masih ingat cara yang kami ajar, iaitu turun pakai kaki dulu dengan cara mengundur.
Gambar ni diambil masa kami bawa Izzah dan abang serta kakak bermain2 di taman permainan kanak2 di Riverside Park, Chester-le-Street. Masa ni cuaca sangat elok..sesuai nak bawa anak2 keluar bermain dan relaks..