Monday 12 April 2010

City of Ronda, Spain.

Dah lama saya tak update Baytulkifli [hehe, ayat yang sama digunakan bila lama tak update blog]. Sekarang dah pun masuk bulan April namun masih juga tak berubah, kan. Saya tengah addicted dengan satu buku ni. Sebab itulah rasa macam malas je nak tekan2 papan kekunci laptop ni. Kemaafan dipohoni daripada kaum kerabat saya di Malaysia dan tak dilupakan juga para pengikut Baytulkifli. Moga di masa hadapan tak akan berulang lagi, ye?

Entry kali ini saya nak sambung catatan kembara kami di Andalus, Spain beberapa bulan yang lalu. Punyalah lama tak update kan. Baiklah, hari keempat berada di Spain, kami telah mengambil keputusan untuk menjelajahi bandar Ronda yang mana ia merupakan di antara bandar tertua di Spain. Biasanya, mereka yang datang ke Andalus akan berkunjung ke Sierra Nevada iaitu tempat bersalji yang sejuk tu. Tapi, kami sebaliknya tidak ke situ dan menukar haluan ke Ronda. Terima kasih kepada tourist guide kami semasa di Gibraltar iaitu Mr. Stuart kerana mencadangkan tempat ini untuk dilawati. Menurut beliau, tak ramai pelancong yang tahu tentang kecantikan dan keunikan bandar Ronda.

Hmm...nampaknya memang betullah kata2 Stuart. Bandar Ronda sangat cantik, dengan bentuk mukabuminya yang unik sungguh menarik pemerhatian kami semua. Perjalanan menuju ke Ronda daripada hotel kami mengambil masa selama 45 minit saja. Tapi, disebabkan ketidakbiasaan kami dengan jalan2 bak ular kena palu [macam jalan nak ke Genting je], ditambah pula dengan jurang2 dan cerun yang amat menggerunkan, saya dan anak2 kepeningan..ala2 mabuk kereta pula, lalu, kami terpaksa berhenti rehat sebentar untuk kurangkan sikit pening2.

Setelah menyambung kembali perjalanan, maka tibalah kami ke destinasi yang dituju. Kami terus mencari tourist information centre untuk mendapatkan brochure berkaitan tempat2 menarik yang boleh dikunjungi. Hmm..di sini terdapat sebuah Arena lembu2 jantan beradu kekuatan dengan si penjinaknya iaitu Plaza Toros, Ronda. Sayang sekali, kami tak jejakkan kaki ke dalam arena ini kerana bayaran masuknya yang agak mahal. Buat apa nak masuk, lagipun tiada pertunjukan di buat semasa itu.

Kami hanya berjalan kaki sahaja di sekitar bandar Ronda. Kagum melihat bandar yang sikit punya mencabar perjalanan nak ke sana, tetapi, bila dah sampai, berbaloi jugaa. Belum pernah kami lihat pemandangan alam semulajadi yang sungguh cantik di Ronda. Di bawah adalah sebahagian daripada gambar2 yang sempat dirakamkan.

semasa berhenti rehat sebelum sampai di Ronda..pening..

















3 comments:

Anonymous said...

bangat2 la upload percutian di spain tu, pah ni nok upload perutian ke amsterdam pulok... ko guano? nira ghoyak ko sayo awok nok gi hujung bulan ni. Sayo nok gi esok, naik cruise

hnyhar said...

hahahahah...malaslah fa10..tgh syok baca buku lo nih..mungkin dah hbs baca baru rajin sikit kot..ngee..wah2...nok gi doh esok, tggl ko ambo sikit tulip tu deh..lamo key hiley seri tulip sbb kena flash kamera awak..heheh

iu rf said...

comel2...:)