Tuesday, 17 May 2011

Hak Guru

Sumber : Pendidikan Anak-Anak Menurut Pandangan Islam
Karya : Abdullah Nasih 'Ulwan


Antara beberapa hak penting yang seharusnya diambil berat oleh para pendidik dan yang seharusnya sentiasa diperingatkan ialah hak guru, iaitu mendidik anak-anak menghormati guru dan melaksanakan tanggungjawabnya terhadap guru. Ini bertujuan supaya anak-anak akan membesar atas adab sopan yang tinggi terhadap orang yang memberikan tunjuk ajar dan panduan yang baik kepadanya, terutamanya bagi guru-guru yang bersifat mulia, bertaqwa dan berakhlak mulia.

Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan beberapa pesanan yang bernilai dan panduan-panduan yang berguna dalam menghormati dan memuliakan orang yang berilmu serta memuliakan para guru. Semua ini ialah supaya orang ramai mengetahui kemuliaan dan kelebihan mereka dan supaya orang yang pernah belajar dengan mereka akan berasa megah berguru dengannya dan seterusnya bersopan dengan mereka.

Daripada Ubadah ibn al-Samit bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak termasuk dalam golonganku sesiapa yang tidak memuliakan orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengetahui hak orang yang alim". {Hadith riwayat Ahmad dan al-Tabrani serta al-Hakim}

*************************

Daripada Abu Hurayrah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

" Pelajarilah ilmu dan pelajarilah ketenangan dan ketetapan ilmu itu, dan merendah dirilah kepada orang yang kamu menuntut daripadanya". {Hadith riwayat al-Tabrani dalam al-Awsat}

************************

Daripada Abu Umamah daripada Rasulullah SAW sabdanya:

" Tiga perkara yang tidak dipandang ringan kepadanya, kecuali oleh orang munafik iaitu: orang muda dalam Islam, orang berilmu dan ketua yang adil ". {Hadith riwayat al-Tabrani}

************************

Rasulullah SAW bersabda:

"Wahai Tuhanku, janganlah aku alami satu zaman di mana orang pandai tidak lagi diikuti dan orang berakhlak tidak lagi disegani, hati mereka hati 'ajam [bukan Arab] dan lidah mereka lidah Arab ". {Hadith riwayat al-Imran Ahmad ibn Sahl ibn Sa'ad al-Sa'idi}

***********************

Daripada Jabir RA bahawa Rasulullah SAW mengebumikan dua mayat di dalam satu kubur, kemudian bersabda :

" Siapakah antara keduanya yang banyak sekali menghafaz al-Quran?" Apabila diisyaratkan kepada salah seorang daripadanya, maka Rasulullah SAW mendahulukannya ke dalam liang lahad ". {Hadith riwayat al-Bukhari}


Kesimpulannya,

  • Pelajar hendaklah merendah diri kepada gurunya. Janganlah cuba menyeleweng daripada pendapat dan tunjuk ajarnya, malah hendaklah bergaul dengan gurunya seperti seorang pesakit dengan doktor pakarnya.
  • Pelajar hendaklah sentiasa berunding dengan guru dalam segala sesuatu yang ditujunya dan haruslah mendapat izinnya dalam apa saja yang hendak dilakukannya.
  • Pelajar hendaklah memandang mulia kepada gurunya dan berasa bahawa gurunya adalah seorang yang sempurna. Ini disebabkan hanya dengan perasaan seumpama ini ia akan mendapat faedah daripada gurunya.
  • Pelajar hendaklah menggunakan panggilan-panggilan seperti "tuan", "guru" ataupun "tuan guru" yang memberikan rasa mulia kepada orang yang mendengarnya.
  • Pelajar hendaklah berdoa untuk gurunya sepanjang hayat dan memelihara keturunan, kaum keluarga dan sahabat handainya selepas kematian guru itu.


Monday, 16 May 2011

Hadiah Hari Guru?

Berita baik untuk guru: Kaedah baru kenaikan pangkat

16/05/2011 3:46pm

KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.

"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.

Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan



Sunday, 15 May 2011

Selamat Hari Guru



SELAMAT HARI GURU

buat semua guru yang pernah mendidik saya sedari kecil hingga dewasa;

SEMUA GURU;

Sekolah Kebangsaan Kampung Raja,
Pasir Puteh, Kelantan.

SEMUA GURU;

Maahad Saniah,
Pasir Puteh, Kelantan.

SEMUA PENSYARAH;

Pusat Matrikulasi,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Fiqh and Usul Fiqh Department,
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences,
IIUM.

Psychology Department ,
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences,
IIUM.

Centre for Education (CENTED),
formerly known as
(Kulliyyah of Education)
IIUM.

Institut Perguruan Islam (IPIS),
formerly known as
(Maktab Perguruan Islam - MPI)
Bangi, Selangor.

SEMUA RAKAN SEPERJAWATAN;

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP LABU),
Labu, Negeri Sembilan.

dan tidak dilupakan buat SUAMI TERSAYANG;

DR. ZULKIFLI HASAN,
Pensyarah Kanan,
Fakulti Syariah dan Undang-Undang,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

SELAMAT HARI GURU!!!

*******************************************************************

Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia".

(Riwayat al-Tirmizi)

Wednesday, 11 May 2011

Program Rekreasi Ilmu

Setiap kali musim bunga menjelma, inilah program tahunan yang biasa dianjurkan oleh MISG UK-EIRE. Jika tahun lalu, Program Rekreasi Ilmu {PRI} telah berlangsung di Manchester. Tapi, kali ni sangat istimewa kerana PRI dilaksanakan di Durham, tempat tinggal kami.

PRI 2011 beroperasi di Moor House Adventure Centre, Durham, kira2 10 minit saja dari rumah kami. Penyertaan kali ini sangat menggalakkan, namun ia juga terhad berikutan tempat penginapan yang disediakan hanya memuatkan 38 orang sahaja. Moor House ini merupakan Scout Camp, tempat pengakap sekolah berkhemah dan membuat aktiviti. Tidak terbatas kepada pengakap, orang awam pun boleh menyewa tempat ini atas urusan program. Kalau nak sewa sekadar2 suka2 nak menginap, rasanya tak berapa sesuailah sebab bilik2 penginapan tak ubah seperti asrama, malah kemudahan bilik air dan tandas juga adalah seperti dorm di asrama. :)

Yuran penyertaan PRI dikenakan sebanyak GBP20 untuk keluarga dan GBP10 bagi yang datang secara solo bagi menampung kos penginapan dan makanan. Tidak ada yang percuma sekarang ini. Kos sara hidup makin meningkat :) .

PRI juga dihadiri oleh beberapa jemputan khas dari Malaysia iaitu, Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, saudara Mohd. Raimi dan Jufitri Joha. Semuanya orang hebat2 belaka. Datang untuk berkongsi ilmu dan melengkapkan program kembara ilmu mereka. Mudah2an apa yang mereka kongsikan mendapat kiraan dari Allah SWT.

Saya hanya dapat jenguk2 dan duduk2 sebentar cuma dlm majlis ilmu kali ini memandangkan tugas saya banyak menuntut sy berada bersama2 dengan generasi muda cilik. Ini pun penting juga untuk mengelakkan mereka dari membuat bising semasa program ilmu sedang berlangsung. Bermacam2 yang kami lakukan selain dari program selari Kem Solat Cemerlang.

Makan2 pula, kami tempah saja dengan rakan Durham My yang dah biasa memasak dlm jumlah yg byk.. 2 kali juga tempahnya. Yang selebihnya, kami sendiri yang sediakan di dapur. Kami sungguh berbesar hati, program kali ini, turut dihadiri oleh ibu dan adik kepada pn. Asma Hakimah, iaitu, Mama Rahimah Salleh dan Affaf. Kiranya ada JK tambahan pula kami..hihi. Tak dilupakan kak Zurul dan abg Fuad yang turut serta berkongsi idea dan rasa semasa menyediakan makan2 tu.

Lewat petang Sabtu, kami dikhabarkan dengan berita gembira iaitu, tuan punya agensi pelancongan, Perantau Holidays, en. Mohd Fuad Abdul Rahman telah berjanji nak belanja makan lamb BBQ special. Memang istimewa..kerana beliau sendiri yang memerap [marinate] seekor kambing tu dengan rahsia rempah perapan yang sungguh lazat. Hebat. Tak cukup2 BBQ dibuatnya.

Malamnya, ada forum khas dipaneli oleh beberapa orang rakan seagama dr negara berbeza. Malang sekali saya tidak dapat berkongsi apa yg berlaku dalam forum itu kerana sy sendiri sibuk mengendalikan kanak2 di ruang dining hall.

Keesokannya adalah program muktamar sanawi MISG UK-EIRE. Untuk majlis penutup, kanak2 dianugerahi sijil Kem Solat masing2 dan kami semua bergambar beramai2 sebelum bersurai. DVD khas [rakaman] akan dikeluarkan kelak bersempena PRI 2011 ini, saya akan nikmatinya kemudian apa2 yang sy terlepas ketika itu. Mudah2an semua peserta PRI mendapat manfaat drpd program yang dianjurkan. Dan, semoga ukhuwwah makin erat.



Tn . Hj. Ahmad Azam sedang menyampaikan ceramah yg sungguh menarik.

Antara orang2 kuat MISG, dari kiri, Mohd. Raimi, Jufitri Joha, Khairul Ariffin dan Suharman Edward. Semua graduan UIAM.

Sesi menjamu selera di dewan makan.

Peserta khusyuk mendengar ceramah.

Barbeque seekor kambing sumbangan drpd big bos Perantau Holidays. TQ abg Fuad & kak Zurul. :)

Bergambar kenangan beramai2 sebelum bersurai.

Bergambar kenangan di luar bangunan pula.

Tuesday, 10 May 2011

Doa Ketika Sakit


وعن أَبي عبدِ الله عثمان بنِ أَبي العاصِ : أنّه شَكَا إِلَى رسول الله وَجَعاً ، يَجِدُهُ في جَسَدِهِ ،
فَقَالَ لَهُ رسول الله : « ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَألَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ : بسم اللهِ ثَلاثاً ، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ : أعُوذُ بِعِزَّةِ الله وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أجِدُ وَأُحَاذِرُ » . رواه مسلم . .


Abu 'Abdullah bin Abul-'as (May Allah be pleased with him) reported: I complained to the Messenger of Allah (PBUH) about a pain I had in my body. The Messenger of Allah (PBUH) said, "Place your hand where you feel pain and say: 'Bismillah (With the Name of Allah)' three times; and then repeat seven times: 'A'udhu bi'izzatillahi wa qudratihi min sharri ma ajidu wa 'uhadhiru (I seek refuge with Allah and with His Power from the evil that afflicts me and that which I apprehend)."'

[Muslim].

Commentary:

This Hadith tells us it is not necessary that a patient should exclusively get Ruqyah from others; rather he can also do Ruqyah himself by reciting the Prophet's supplications.


**Ruqyah : Recite supplication or Quranic Ayat and blow.


Teringat semasa 7 tahun lampau tatkala saya menanggung sakit contraction seawal 31 minggu ketika mengandungkan Ameen. Ibu saya memaklumkan tentang doa ini. Alhamdulillah, sakit kontraksi akan berkurangan tiapkali sy membacanya. Namun, sudah ditakdirkan sy melahirkan Ameen pada minggu ke-34 [pramatang] dengan berat 2:07 kg. Syukur alhamdulillah, Ameen berada hanya 6 hari saja di dalam inkubator dan dibenarkan balik keesokan harinya.

Monday, 9 May 2011

Ameen 2004-2011




Ameen 2004-2011
Moga membesar menjadi anak soleh dan bertaqwa serta berjasa kepada umat

Sunday, 8 May 2011

Happy Birthday Ameen

Hari ni 8 Mei, hari jadi Ameen yang ke-7.

SELAMAT HARI LAHIR AMEEN!!

Malam tadi sy buatkan cheese cake untuk Ameen. Kali ni buat resipi berbeza. Sedap juga, hinggakan ayah pun join makan sama. Kami tak buat parti pun, hanya makan2 sedap seisi keluarga saja. Tup2 ada kawan Ameen pula yg tiba2 muncul, maka langkah kananla depa berdua.

Simply Sinful Cheesecake
[dahsyat sungguh nama kek ni]

bersama Ali & Muhammad yg kebetulan mengetuk pintu rumah kami dgn kuatnya...huhuh.

Bersama birthday cake.

Ameen dengan birthday presentnya..[dah lama nak kereta yg ada remote controlled].


Saturday, 7 May 2011

Kem Solat Cemerlang

Pada 22 - 24 April yang lalu, MISG UK-EIRE telah menganjurkan satu program di Durham iaitu Program Rekreasi Ilmu (PRI) bertempat di Moor House Adventure Centre, Durham. Manakala Kem Solat Cemerlang pula merupakan program selari khusus untuk kanak2 di peringkat usia 5 hingga 12 tahun. Objektif KSC secara kasarnya adalah untuk menunjukkan kepada kanak2 ini bagaimana cara berwudhu' dengan betul, amali solat dan juga bacaan2 dalam solat. Bagi yang telah tahu cara berwudhu' dan solat, KSC memberi fokus kepada kelancaran bacaan dalam solat.

Alhamdulillah, penyertaan KSC sungguh menggalakkan. Seramai 23 orang kanak2 seawal usia 4 tahun terlibat dalam program ini. Mereka diberikan folder setiap seorang yang mana di dalamnya dimuatkan nota2 13 rukun solat beserta bacaannya. Program bermula pada malam pertama dengan menonton video cara berwudhu' dengan betul.

Keesokannya KSC berlangsung sehari suntuk. Daripada amali wudhu' sehinggalah amali solat. Kanak2 juga dipecahkan kepada kumpulan tertentu mengikut usia masing2 supaya lebih senang untuk fasilitator kendalikan slot2 KSC. Jadi, mereka membuat simulasi solat di dalam kumpulan. Bukan senang ye nak uruskan kanak2 bawah umur ni supaya tenteram, sementelah pula dengan kewujudan playground di Moor House yang selalu mengacau konsentrasi mereka.

Dalam slot terakhir, para peserta KSC melalui proses penilaian oleh fasilitator2. Mereka dinilai dari aspek bacaan dalam solat dan juga praktikal solat. Likert-scale digunakan untuk mengukur amali solat masing2. Secara keseluruhannya, bagi kanak2 kecil, kebanyakannya masih belum dapat mengingati bacaan dalam solat dengan baik terutama sekali bacaan panjang seperti duduk antara dua sujud, tasyahhud awal dan akhir, lafaz niat solat 5 waktu dan bacaan sunat doa iftitah. Mereka hanya dapat menguasai bacaan2 yang mudah seperti surah al-Fatihah, surah pendek, bacaan ruku', sujud, i'tidal dan salam. Mereka sememangnya perlukan bimbingan dan tunjukcara yang betul kerana mereka masih dalam proses belajar.

Manakala bagi peserta di usia 8 hingga 12 tahun, mereka kebanyakannya sudah mencapai tahap yang baik dalam amali dan juga bacaan. Ada beberapa aspek saja yang masih memerlukan perhatian seperti bacaan doa qunut, beza tasyahhud awal dan akhir, dan pergerakan solat seperti ruku', sujud dan duduk antara dua sujud. Apapun, kami sangat bersyukur kerana program berjalan sepertimana yang telah dirancang. Alhamdulillah.

Program selesai pada lewat petang. Malam tu, saya bercadang untuk melatih mereka untuk buat persembahan pada majlis penutup keesokan hari. Tapi, hasrat tu terpaksa dibatalkan atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Pada majlis penutup, peserta2 KSC dianugerahi sijil penyertaan. Moga2 apa yang diperolehi dalam KSC dapat memberi manfaat kepada anak2 yang terlibat.

Slot 1 - Tayangan video.

Slot 2 - Persediaan untuk amali wudhu'

Slot 3 - Amali solat di dalam kumpulan.


Bergambar kenangan bersama sebahagian peserta KSC 2011.




TAHNIAH!!

kepada

SEKRETARIAT KSC-PRI 2011 !!!



Kita telah berjaya melaksanakan KSC buat julung2 kalinya!!

Friday, 6 May 2011

Sekolah Kluster

LATARBELAKANG
Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

DEFINISI
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.


TUJUAN
Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.


PELAKSANAAN
Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah;
  • Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  • Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
  • Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.


KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  • Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

  • Prasyarat Pertama
    • Pengukuran Standard Sekolah:
  • Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

  • Prasyarat Kedua
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
  • Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
      • SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
      • SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
      • SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
      • SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
    • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
    • Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
    • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
    • GPS UPSR : 2 dan ke bawah

c. Syarat Pemilihan

  • Kecemerlangan murid dalam aspek:
    • Akademik
    • Kokurikulum
    • Sahsiah
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
  • Keberkesanan pelaksanaan program KPM
  • Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Penerimaan pencalonan
  • Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex.
  • Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
  • Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
  • Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
  • Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER

Pemimpin sekolah kluster ialah:

  • Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
  • Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
  • Jawatan: school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula:

  • Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
  • Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
  • Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
  • Nisbah kelas: guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:

  • Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
  • Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
  • Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah:

  • Berpandukan:
    • Key Performance Indicator (KPI)
      • pengurusan sumber manusia dan fizikal
      • sumber kewangan
      • pembangunan profesionalisme staf
      • program kurikulum dan kokurikulum berkesan
      • lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
    • TOR Sekolah Kluster

Autonomi Sekolah:
Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:

    • Umum (untuk semua sekolah)
    • Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:

  • Pematuhan piawai yang berikut:
    • Akta Pendidikan 1996
    • Sistem Pendidikan Kebangsaan
    • Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
    • SKPM

Senarai Bidang Autonomi:

    • Pengurusan Sekolah
    • Pengurusan Sumber Manusia
    • Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
    • Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
    • Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti:

Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.

Peranan Agensi Lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:

    • Biasiswa
    • Kewangan/Dana
    • Program Kecemerlangan Akademik
    • Program Kecemerlangan Kokurikulum
    • Program Kerjaya

IMPAK SEKOLAH KLUSTER

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:

Program Kecemerlangan Kokurikulum

  • Program Kerjaya
  • Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
  • Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
  • Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
  • Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
  • Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
  • Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
  • Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang
    (6.9% daripada 350,000 guru)
  • Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia
Sumber : http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/kluster/

Thursday, 5 May 2011

Tahniah Ayah

TAHNIAH

buat

insan teristimewa kesayangan kami

kerana telah berjaya melalui viva beliau hari ini 5-5-11.