Sunday, 21 February 2010

Gibraltar Crystal..Gibraltar Museum

Gibraltar Crystal

Usai makan tengahari di Roy's Fish and Chips kami singgah masuk ke dalam Free Exhibition and Glass Making ni. Asyik sungguh melihat 2 orang pekerjanya yang sedang tekun membuat demonstrasi kristal. Oh..macam tu rupanya cara pembuatan kristal ye.



Di sini dinyatakan bahan2 ramuan untuk membuat kristal. Jadi, sesiapa yang ingin membuatnya sendiri [handmade], bolehlah mencuba resipi ini di rumah.

Berasaskan sumber batu yang diperolehi daripada Rock of Gibraltar, kristal buatan tangan yang unik dihasilkan di sini sejak bertahun2 lamanya.

2 buah ketuhar khas yang digunakan untuk memasak kristal. Pheww..

Lembik bila panas..keras bila dah sejuk. Betapa mahirnya pekerja2 di sini membuat kristal..hinggakan tiada langsung mengenakan sarung tangan semasa mengendalikan proses2 penghasilan kristal2. Paling menakjubkan mata saya bila melihat salah seorang dari mereka meniup kaca yang tengah panas merah itu dengan batang panjang seperti tiub. Kesannya kaca tersebut melentur mengembang mengikut tiupan yang dibuat. Maka jadilah bentuk bulat. Sungguh kagum. Patutlah ia juga dipanggil Glass Blowing Exhibition.


Inilah rupa kristal Gibraltar. Sungguh cantik dan menggoda mata yang memandang. Tapi, setelah melihat tanda harganya, terus tak jadi nak sambar. Mahal.

Usai saja mencuci mata, kami ke kedai cenderahati pula. Dah siap bayar apa2 yang patut, kami meneruskan langkah kaki untuk mencari tempat solat. Alhamdulillah, jumpa masjid ini setelah bertanya2kan kepada beberapa orang Islam yang kami jumpa di bandar. Inilah satu2nya masjid di tengah2 bandar Gibraltar [selain masjid King Fahad di Jews Gate yang masih dalam pengubahsuaian] iaitu, Masjid Tariq ibn Ziyad. Namun, jauh sekali berjalan kaki untuk sampai ke situ. Dalam hati, timbul rasa sayu bila melihat masjid i.e. rumah ibadat muslim ini yang sangat kecil dan dhaif keadaannya. Padahal suatu masa dahulu, di sinilah tempat bertapaknya Islam di Eropah. Saya jangkakan tiada sebarang masalah untuk mencari masjid sepanjang berada di Andalus. Rupa2nya sangkaan saya meleset.

Di hadapan masjid Tariq ibn Ziyad.

*****************

Gibraltar Museum

Selesai menunaikan solat, kami ke Muzium Gibraltar. Untuk masuk ke dalam, bayaran dikenakan untuk dewasa gbp 2 sekepala manakala kanak2 pula percuma. Terdapat banyak koleksi gambar Gibraltar suatu masa dahulu tersimpan dalam muzium ini. Kecil saja muziumnya, sekejap saja pusing2 dah habis. Di tingkat bawah muzium pula terdapat binaan tempat mandi Sultan [Sultan Bath]. Sayang sekali tiada sebarang foto yang dirakam kerana kami dilarang berbuat demikian. Sepatutnya, kami dapat menonton filem pendek selama 15 minit mengenai ' The Gibraltar Story' tetapi panggung wayang muzium pula dalam pengubahsuaian [sigh].


Sepatutnya pengunjung dilarang menggunakan kamera sewaktu berada di dalam muzium. Tapi, gambar kat atas ni dah tersasul ambil. Jadi, kira halal lah ye ;P .

Tertarik dengan keadaan phone box merah di luar muzium yang dipenuhi tumbuhan menjalar. Apakah motif adanya pondok telefon ni? Kikiki.

Di Andalus, rata2 terdapat deretan pokok2 limau yang memang sengaja ditanam tak kiralah di dalam bandar mahupun di tepi2 jalanraya atau di luar bangunan. Dengan buahnya yang menguning jingga, dari luar kelihatan sungguh bersari...geram betul melihatnya. Ingin sekali tangan ini mencapai sebiji dua, tapi tak beraniii. Takut karang tiba2 disaman polis pulak. Tapi, last2 rakan kami dapat merasa limau ni, itupun semasa kami ke Granada. Limau ni zahirnya nampak menarik, tetapi rasanya sungguuuuuh pahit dan masam kelat. Susah pula tu nak mengopek kulitnya. Patutlah tiada seorang pun yang saya lihat mengait2 buah atau menggoyang2kan pokok limau tu. Tak sedap rupanya spesies ni. Memang saja tanam jenis ni kot untuk hiasan. Maklumlah, iklim mediterranean sangat sesuai untuk tumbuhan sitrus seperti limau ni. Kalau di Malaysia gamaknya dah lama kena kait buah tu, takleh makan, paling koman boleh buat jeruk. Huehuehue..

Tamatlah perjalanan kami dua keluarga pada hari pertama di Andalus. Penat sungguh kaki banyak berjalan. Anak2 pun kepenatan, semuanya senyap tertidur sejurus kami menaiki kenderaan untuk pulang ke hotel.


Sebelum sampai hotel, kami singgah di kedai Eroski untuk membeli beberapa keperluan makanan. Di sini amat mudah untuk mencari kedai2 atau supermarket [di sini dipanggil supermercade]. Di mana2 saja ada Mercadona..jadi tidak timbul masalah susah nak cari makan kat sini. Cuma kena sediakan fulus saja. Harganya pun takdelah mahal malah ada sesetengah barang yang harganya jauh lebih murah jika dibandingkan di UK.

Malah kami juga singgah di kedai tepi jalan yang menjual buah2an & sayur2an. Limau sungguh murah di sini. Bayangkan 2 guni limau kami beli..hanya dengan harga 3.50 euro seguni. Muraaaah. Manis pula tuu.. [lupa ambil gambar limau dalam guni tu..aiseh, xleh nak buat bukti]. Kenduri limau kami semua malam tu.

Inilah rupa electric stove yang disediakan dalam hotel kami. Canggih..siap ada hob lagi. Nyarislah ada 2 biji periuk putih ni. Jika tidak, macamanalah kami nak masak nasi. Sepanjang berada di Andalus, kami memang memasak. Pendek kata, perut Melayu tak kempunan nasi. Sampai hangus hitam periuk tu...ehehehe.

Malam tu saya dan kak Ayu gotong-royong masak tomyam udang dan sotong, ikan goreng dan sambal sotong. Sedaaap. Di sini makanan laut senang di dapati dengan harga yang sangat murah berbanding UK.

Akhirnya selamatlah kami menjamu selera. Alhamdulillah..dapat juga makan nasi walaupun bertamu di negara orang. Makan2..jangan malu2.

Thursday, 18 February 2010

Happy Anniversary


yang ke- 41

kami ucapkan kepada;

ABAH & MA


[yang jatuh pada 16 Februari lalu..]

Kami doakan semoga jalinan kasih sayang di antara abah dan ma ini berkekalan sehingga ke syurga. Semoga Allah SWT memberkati hubungan ini dengan melimpahkan rahmat dan inayah-Nya kepada abah & ma.

Semoga sihat2 sentiasa...


Daripada kami;

Nani, Zul, Ameen, Iffah & Izzah.


Great Siege Tunnel & Moorish Castle, Gibraltar

Setelah tak sampai 15 minit kami berada di puncak Rock of Gibraltar, akhirnya kami semua bergerak menuruni lereng bukit. Ini semua gara2 si monyet yang makin lama makin agresif dengan kedatangan kami. Terkejut kami bila salah seekor daripada monyet2 itu melompat terkam ke atas belakang rakan kami. Pheww..menangis2 anak2 nya ketakutan lihat monyet terkam baba.

Perjalanan di teruskan lagi dengan menuju ke sebuah terowong hebat "Great Siege Tunnel" pula. Di dalam terowong ini juga terdapat galeri yang mempamerkan beberapa tinggalan sejarah berkaitan dengan ketenteraan, iaitu "Windsor Galleries".
















Ini pula Moorish Castle. Kami singgah sebentar je di tepi jalan. Hanya abang & abg Fendi saja yang turun bergambar. Menurut Stuart, tourist guide kami, castle ini sudah berusia lebih 600 tahun. Sebelum ni terdapat pameran dan pelancong dibenarkan masuk ke dalam, tetapi sekarang keadaannya yang uzur [belum dibaikpulih lagi] tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke dalam.

Tourist guide kami sepanjang menjelajah ke Selat Gibraltar, Mr. Stuart.

Selesai sudah tour kami ke Jabal Tariq. Perjalanan ke destinasi seterusnya diberhentikan seketika untuk kami menikmati hidangan makan tengahari di kedai Roy. Bukan makan nasi eh..makan 'fish and chips' je. Sedap..alhamdulillah.

...sehingga bersambung nanti..
[tunggu 'mood' rajin saya kembali :) ]






Sunday, 14 February 2010

Selamat Hari Lahir Ma


Kami ingin mengucapkan

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN

buat ma @ nenek tersayang,

HAJJAH NIK MARATHIAH BT HJ. NIK MAN

Doa dipanjatkan ke hadrat Allah SWT agar ma / nenek disihatkan tubuh badan, sentiasa gembira, dan bahagia di samping abah / atuk.


Daripada kami yang jauh di mata,

Nani, Zul, Ameen, Iffah & Izzah.

Wednesday, 10 February 2010

St. Michael's Cave.. Ape's Den, Gibraltar

St. Michael's Cave

Perjalanan kami diteruskan lagi dengan menuju ke gua St Michael "La Cueva de San Miguel". Oh! Ye..sebelum saya meneruskan catatan, ingin saya ingatkan bahawa semua tempat yang kami kunjungi di Gibraltar ni dikenakan bayaran masuk iaitu 13 euro sekepala, tetapi untuk orang dewasa saja, kanak2 bawah usia 12 tahun percuma. Kira lum sum la bayaran tu, ok juga kan. Saya ingatkan free je belaka..ehehe.


Gua ini merupakan antara tempat menarik yang mesti dilawati oleh para pelancong. Lokasinya betul2 di Upper Rock of Gibraltar..mempunyai ketinggian melebihi 300 meter di atas paras laut. Semasa mula2 jejakkan kaki ke dalam gua ini, saya berselawat dan memberi salam. Bukan takut, cuma saya risaukan anak2 kecil saya ni. Alhamdulillah..Izzah ok saja, mungkin sebab saya yg mendukungnya. Lain pula halnya dengan Iffah yang asyik menangis ketakutan. Bentuk stalaktit dan stalagmit serta cahaya yang malap2 buatkan dia bertambah seram gamaknya. Sepanjang perjalanan dalam gua si Iffah merengek minta carikan pintu keluar.


Haa..macam nilah Izzah sepanjang berada dalam gua. Seronok saja..posing pun sambil kenyit mata [siapa yang ajar entah..].

Gua ini terbina melalui proses semulajadi daripada air hujan yang mengalir perlahan2 menerusi batu putih, yang kemudian bertukar kpd carbonic acid dan seterusnya perlahan2 melarutkan batu Rock of Gibraltar. Stalaktit dan stalagmit yg terhasil dari titisan air ini membentuk binaan yg sangat unik. Memang sungguh menakjubkan.



Sekarang bahagian dalam gua ini juga dijadikan tempat konsert dan persembahan 'live'. Patutlah masa kami masuk tu, ada banyak kerusi di tepi2 dinding gua. Hairan juga..apalah guna kerusi yang banyak tu.


Suatu masa dulu gua ini dijadikan tempat kawalan ketenteraan. Dipercayai telah digunakan sejak zaman Tariq bin Ziyad lagi iaitu semasa beliau menawan Spain. Ini berikutan wujudnya kubu pertahanan Moorish yang melindungi pintu masuk ke gua ini.

Semasa Perang Dunia Ke-2, keseluruhan gua ini dipersiapkan untuk dijadikan hospital kecemasan ketenteraan.

Kami tak lama dalam gua ini, sekadar bergambar2 saja, itupun outcome tak jelas mana. Saya pun tak tahu mcamana nak set up kamera compact cinonet saya tu untuk scene gelap malap dalam gua. Apapun, rasa seronok sebab dapat lihat secara 'live' bentuk mukabumi ciptaan Allah sedalam 62 meter ini.

Saya tak masuk pun dalam kedai cenderahati ni. Menurut Stuart, kat sini mahal2 harganya jika dibandingkan dgn kedai2 di bandar. Ok, bergambar saja.



Ini pun pemandangan di luar gua tadi. Cantik bukan? Tapi, terus je si Stuart tu panggil suruh masuk dlm van sebab monyet2 dah makin ramai mengerumuni kami.

**********************

Ape's Den

Seterusnya kami di bawa naik lagi ke puncak Rock of Gibraltar. Di sini kami lihat ada banyak spesies monyet yg berkeliaran sana sini menanti makanan untuk diberi kepada mereka. Stuart seolah2 sudah biasa dengan senario itu meraba2 sesuatu dlm poket jaketnya lalu mengeluarkan sekampit kecil kacang. Apa lagi..kemain excited monyet2 tu mengutip2 kacang yg dilempar oleh Stuart.

Kami pun tak bertahan lama di atas puncak ni sbb kanak2 semua dah menjerit2 ketakutan, yang menangis pun adaa..Iffah memang tak mahu keluar kereta langsung. Usai saja bergambar kami teruskan lagi perjalanan menuruni bukit pula. Sebelum itu, layan je gambar2 di bawah ni.

Puncak bukit.

Pemandangan bandar Gibraltar dari atas bukit.




Perjalanan kami belum tamat di sini..sehingga diceritakan kemudian..