Monday, 6 October 2008

Babai Teh..Teh Huda..

Hari ni hari terakhir Teh bersama2 dgn Ameen & Iffah. Hari ni juga Teh akan berangkat pulang ke Coventry..Sejurus selepas menghantar Ameen ke school, kami menaiki kereta menuju ke bandar, Durham Bus Station kerana mereka berdua dijadualkan menaiki bas National Express jam 9:45 am.

Kesian anakku, Iffah..nangis dia taknak bagi pakcik n makciknya balik..maklumlah dah seminggu diorg kat sini melayan budak2 tu. Iffah pula asyik berkepit dengan Teh Huda saja..tidur malam pun dgn Huda..kesian anakku..dia masih belum mengerti jika kami beritahu Teh akan pulang ke Malaysia nanti. Ntah2 2 tahun lg baru dapat jumpaa..

Sunday, 5 October 2008

Kek Lapis Horlicks n Milo

Semalam masak ni..for the second time..1st time hr tu buat kek lapis masam manis..tapi hasilnya kurang memuaskan sebab teksturnya yg agak kering. Kali ni try buat kek ni pulaa..nampaknya, alhamdulillah..menjadi pula kali ni..gembiraa sgt2 bila dapat hasilkan something yg baru..the layer cake is very moist..sukeee sgt..dapat juga bg kat kwn2 sikit..


Jika di Malaysia, sudah tentu aku buat kek lapis 'tunjuk' jer...korang ingat senang ke nak melapis2 tuh..huuu..bercintaa jugaklaa nak ngabiskan nya..abang pun sukaa makan kek ni..(my hubby bknnye penggemar kek..bila kek tu panas2 je dia makan..tp kalo kek yg ni dia prefer yg chilled..). Errmm..ada yg nak tempah ke..ahaks!!

Nyum-nyum di Petang Syawal..

Hari tu, kami buat aktiviti ni bagi menghidupkan suasana hari raya di rantau orang. Plan sebenar nak bakar masa malam raya..tapi, disebabkan anak bulan sudah kelihatan di UK..nampaknya lebaran 2008 disambut lebih awal sehari berbanding Malaysia. Lepas tu, tertangguh2 pula nak perap daging dan ayam tu..maklumlah ini merupakan kali pertama aku buat sate. Sebelum ni mana pernah buat bahan perap tu sendiri..tolong2 kat belakang jer. Bila dah jadi macam ni baru kelam kabut minta resipi bahan perap dr abe za. Heheh..tenkiu anyway! Menjadi jugak sate tu..walaupun aku kira tak selazat yg abeza @ Sahmuri buat..(terkenangkan sate Sahmuri di Kajang...sempat juga pekena sate kajang bersama kawan2 sebelum dtg UK).

Operasi mencucuk pula dilakukan dengan jayanya oleh 2 orang jejaka tanpa bantuan dari sesiapa, cuma Iffah sesekali menyusun batang lidi buluh supaya senang diambil oleh Teh..(katanyalaaah..menyibuk adalaa..). Tapi, yang paling bersemangat & xsabar2 nak bakar sate tu adalah tidak lain dan tidak bukan orang yg pakai paling smart masa membakar tuu..saksikanlah sendiri..

Kami berjaya membakar sate dalam masa 2 jam..sate tu xsampai 100 cucuk..adalaa..dalam 90 cucuk kot..Pakai disposable bbq set je. Senang nak idupkan apinya..Di bawah ni ada beberapa foto yg telah ditapis oleh Jabatan Tapisan Wylam untuk tatapan keluarga & sahabat handai di mana jua anda berada..

Tukang rakam gambar je yg takde dlm gambar..tak aci bukan..?? Sedangkan si tukang gambar tulah yang telah memerap ayam2 dan daging2 tu jugaa..heheh.


Ameen xberapa sihat time ni..badannya panas sedikit, dan dia pun xberapa aktif seperti selalu. Nasib baiklah banyak juga dia makan sate tu..sebab memang sejak 2 menjak ni dia xlalu makan.
Haa..yang ini pula xhabis2 memunggah sate..
Agaknya dah baca Bismillah ke belumlaa anakku ni..penuh bernafsu makan..
Siap pakai cincin lg kat jari kelingking tuu..sebenarnya bende oren tu bukannya cincin..tapi, bende bulan yg dok kat cekak rambut..dicabut2nya dan dijadikan cincin..sebagai alternatif. Hmm..boleh tahan juga anak dara En. Zul nih..Dah tu..siap muncung lg mulutnya..makan sate macam gaya makan aiskrim..dijilat2 dulu sate tu, baru dimakan..ish3.
Tokey bakar sate diimport khas dr daerah Coventry.
Hallamaaak..ni mamat mana ni..kemain lagi bergayanya ..bakar sate pun siap pakai jaket kulit lagik..siap posing mata kuyu pulak tu. Masak ke sate tu cik abang..smartnye attire..kat dlm tu pakai kemeja long sleeve yg tak tahan tuu..
Yang ini pula kes sedih tak dapat balik beraya kat kampung..kononnya dia ni nak balik kipas sate kat kg laa tapi hajat xkesampaian..tu pasal jadik cenggini..isk, xmalu weih..kipasla sate tu sampai habis dulu kalo ye pun. Raya haji nanti demo dah ada kat Malaysia daa..bawak2la bersabar..
Ermm..ada sesapa terliur taak..?? Saja je ni..buat mcm ni supaya terasa suasana raya tu..untuk kami jer..xbuat open house yer..saya xkuasaa nak masak byk2..nnti karang terkeluar awal lak baby saya nih. Biarlah dia kat dalam dulu...belum masanya untuk dia menjengah dunia UK lagi..kasi can ibu makan2 dulu yer..

SELAMAT HARI RAYA SEMUAAA!!

Thursday, 2 October 2008

PERUTUSAN EIDUL FITRI DARI DURHAM, UNITED KINGDOM

Eidul Fitri @ Durham, UK

Tahun ini kami menyambut hari raya Eidul Fitri di perantauan buat kali yg pertama. Terkenang sekali ibubapa & adik beradik serta sanak saudara di kampung halaman. Begitu juga dengan rakan2 taulan. Apa nak buaat..tanggungjawab mesti diteruskan demi mencapai apa yang dicitakan. Walaupun terpaksa berjauhan, namun di hati dilupa jangan..

Di United Kingdom, kami merayakan hari yg mulia ini awal 1 hari berbanding di Malaysia iaitu pada 30 September 2008 (Selasa). Kekalutan melanda kami sekeluarga terutamanya sayalaa..dek kepenatan menyediakan juadah untuk keesokan harinya. Baru sahaja menyiapkan juadah berbuka puasa..

Di dewan universiti, semasa menunaikan solat sunat Eidul Fitri berjamaah bersama2 dengan rakan Muslim yang berbilang kaum.
Anak dara saya tengah khusyuk mendengar khutbah raya yg disampaikan dalam 2 versi, English & Arabic. Terlalu kaget mungkin dengan pelbagai wajah2 baru yg ditemui di dewan membuatkan si kecil ini solat sunat raya secara berdiri dr awal solat sehinggalah salam..tiada ruku' dan sujud malah duduk tashahhud akhir..heheh. Macam solat jenazah pulak..
Iffah Madiehah dengan ibu selepas solat raya. Iffah tersangatlah bangga & gembira bila mengenakan telekung sembahyang pemberian nenek. Didapati hanya Iffah sahaja yang memakai telekung putih semasa solat tu..membuatkan dia menjadi perhatian orang2 Arab di situ. Apa lagi..terus ditarik muka masam..Iffah ni pemalu sikit orangnya..tu pasal posing ni mukanya serius je.
Masa ni, kami dah tiba di Bowburn Community Centre untuk majlis hari raya masyarakat Malaysia-Durham (Durham_my). Kelihatan abang & Hanif sedang sibuk menyusun meja2 dan kerusi2 untuk persediaan dewan.
Ini antara juadah2 yg lazat disediakan oleh kami semuaa. Yang paling tepi tu..sumbangan keluarga kamilaa..my 1st time trifle..tp kali ni mango and not strawberry. Adaa lagi juadah yg kami bawa iaitu nasi impit & kuah kacang 'special'..
Ini pula adik yg bakal pulang ke tanahair tidak lama lagi..201008..setelah selamat menamatkan pengajian di Coventry University dlm bidang kejuruteraan. Mereka berdua beraya di Durham bersama kami. Nasiblah ada diorg berdua ni..tidaklah kami sayu & sedih je. Sekurang2nya ada juga kerabat di sini. Iffah pula tidak lekang dr Teh Huda..hinggakan ada yg beranggapan Iffah ni anak Huda & Hanif..(mereka yg blm kenal Iffah betul2..)
Iffah asyik mengelek beg Barbie tu je..beg ni beg kain telekung dia..cara dipakai macam jemaah haji jer..sangkut kat leher..
Ameen & Iffah..Ameen sangat baik hari ni..tak nakal dan sgt mendengar cakap..cuma asyik mengajak pulang ke rumah jer. Boring agaknye..ni kan majlis org2 tuaa..budak2 setakat dpt duit raya je laa..Ameen & Iffah mengenakan baju raya hadiah atuk & nenek..padan elok je..tak perlu ubah apa2 pun.
Wajah setelah mendapat duit raya dr Durham_my. Walaupun sedikit cuma nilai GBPnya (convert RM jd byk juge), Ameen tetap gembiraa..sampai tercicir duit tu..nasib baik diganti semula..
Iffah pun dapat juge..
Kami sekeluarga..tapi dua2 anaknya enggan bergambar..maka hasilnya macam nilah..sorang menganga..sorang lg menutup..
Saya dah tersangatlah sarat..tapi gagahkan diri untuk bersama2 dgn yg lain meraikan hari kemenangan ini..tapi, kadangkala terpaksa berehat atas kerusi lama sikit dek quite strong contraction. Lately ni memang strong je contraction nye..maklumlah dah 38 wks. Harap2 dapat lagilah menjengah ke rumah kawan2 untuk open house..menjamu selera..heheh.
Hanif & Huda tersenyum girang mengenangkan diri akan pulang menemui keluarga di tanahair tidak lama lagi..
Majlis dah selesai..xbanyak foto yg dirakamkan memandangkan suasana dlm dewan ni yg agak suram & kurang cahaya.

Wajah2 rakyat Malaysia yg beraya di perantauan Durham, United Kingdom. Rakan2 yg menjadi pengubat rindu keluarga di kampung..namun masih tidak samaa kan...

Dalam dingin subuh
Hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya
Menitis air mata
Terbayang suasana permai desa
Rindu hati ini
Ingin ku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus
Mencari rezeki
Membela nasib kita bersama
Hanya kupanjatkan doa
Dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh ku pohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini
Tak dapat kita bersama
Meraikan Aidil Fitri yang muliaa
Restu ayah bonda ku harap selalu
Demi anakmu yang kini jauuuh...

Monday, 29 September 2008

Esok Rayaaa!!!

PENGUMUMAN...


MAKA DENGAN INI DIISYHTIHARKAN BAHAWA HARI RAYA AIDIL FITRI BAGI MASYARAKAT MUSLIM DI UNITED KINGDOM JATUH PADA

HARI SELASA
30 SEPTEMBER 2008


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Note:
Terkejut dengan berita terkini ini...sekarang kena masuk dapur balik untuk sediakan apa2 yg patut bagi Majlis Hari Raya Malaysia-Durham 2008.

Orang2 Malaysia!! Kami raya dulu yer..

Saturday, 27 September 2008

Mulianya Ramadhan

What type of journey on which breaking the fast is permissible?


The distance of the journey for which it is permissible to shorten the obligatory prayers and to break the fast is approximately 83 kilometres. Some scholars, however, do not specify a distance for the journey. They maintained that whatever is commonly understood as a journey amongst people constitutes a journey in Islam.

The Messenger of Allah (PBUH), used to shorten the prayers if he traveled 3 faraasikh (which is equal to 9 miles). If the journey is undertaken for impermissible purpose, then shortening the prayers and breaking the fast are not allowed because any journey that is undertaken for evil purposes does not deserve (such a) concession.

Some Muslim scholars, however, do not differentiate between a journey undertaken for an evil purpose and one undertaken for a permissible purpose because of the generality of the evidence surrounding the issue. Allah knows best.

Friday, 26 September 2008

Sembang2 jer

Puasa di Durham
Hmm..tinggal beberapa hari saja lagi ummat Islam akan mengakhiri ibadah puasa bulan Ramadhan. Bagi rakyat Malaysia yg tinggal di Durham, mereka kebanyakannya menghadiri majlis berbuka puasa di masjid bertempat di Old Velvet, Durham. Kami sekeluarga baru 3 kali berbuka di sana. Seronok juga bila dapat berbuka bersama2 dengan rakan2 seIslam yg lain. Menu: nasi beryani lauk kambing/ayam, pizza, buah2an segar, kurma & jus buah. Hari2 yang selebihnya, biasanya aku menyediakan sendiri juadah berbuka. walaupun kadang tu cuma menu ala kadar, tapi juadah tidak bersisa..biasanya masak lebih sikit untuk persediaan sahur.
Persediaan Aidil Fitri
Kat sini kaum ibu biasanya membuat kuih raya secara kerjasama. Bahan2 untuk penyediaan biskut dibeli dan dikongsi hasilnya bersama. Tapi, aku tak berpeluang nak join sama..dengan alasan..penat (yg xmenentu masanya). Terliur jugaa nak turut serta, maklumlah nak buat sendiri belum tentu bila masanya. Ditambah pula dengan kepakaran kakak2 senior dlm membuat kuih raya..teramatlah rugi jika tidak dpt bersama2. Tak mengapaa..boleh pi raya rumah diorang nanti..belasah kuih raya banyak2..
Baju Raya?? Alah..yg ni bukannya satu kemestian..cuma pada hari kemenangan ummat Islam apalah salahnya kita mengenakan pakaian yg kemas, tak semestinya baruu. Kat Malaysia lain..ni kat UK beb..minoriti Muslim.
Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri
Yang ni belum dapat disahihkan lagi keputusannya..it's still subject to change due to the problem of venue. Sebelum ni biasa dibuat di common room, Keenan House (university house). Dengar2 dah penuh ditempah..Aku rasa buat kat Bowburn Community Centre pun ok apaa..dekat je dengan rumah.
Kad Raya
Tahun ni xdapat pun sebarang kad raya yg real drpd sesiapa. Hmm..nampaknya tradisi kad raya ni dah makin dilupakan. Masing2 galak mengutus e-card sbg pengganti diri. Jimatkan kos gitu..