Saturday, 21 June 2008

Wonderful Attractions in Durham

If you come to Durham there's a host of things to see and places to visit which would leave a strong memory.

DURHAM CATHEDRAL
Durham Cathedral is the greatest Norman building in England, perhaps even in Europe. It is cherished not only for its architecture but also for its incomparable setting. For this reason it was inscribed together with the Castle as one of Britain's first World Heritage Sites. In a nationwide BBC poll held in 2001 it was voted the nation's best-loved building. Like Hadrian's Wall and the Angel of the North, it is an icon of north-east England, its image is instantly recognisable to people who love this part of Britain.



BOTANIC GARDEN
A spectacular 18 acre garden lying on the outskirts of the City with plant collections from around the world. We went there during spring time. It was so amazing seeing variety of plants from various countries. The entrance fee for adult is GBP 3, students free of charge as well as children under age 4.



CROOK HALL
We never being there yet. But it is said that it's a great place for families with children's events throughout the year. Last month, the Durham City had organized a program in which we can meet our favourite fairytale characters there. What a miss!

WHARTON PARK
We still do not visit this park. Perhaps, someday we'll organize a summer picnic..This green haven in the heart of the City is perfect for a family day out. We can also enjoy spectacular views of the Cathedral. I think my children will love the play area in the park.

DLI MUSEUM
Here, over 200 years of military history connects Durham and the Army and this fantastic museum is a must for enthusiasts. Hmmm..I think I do not have any keen to make a trip over there..heheh.

DURHAM CASTLE
We went there but still do not have good time to explore inside the Castle. It is well preserved and steeped in history. Furthermore, it is located nearby the Durham Cathedral. So, if you come to visit the Cathedral, please do not forget to drop by the Castle..entrance fee is GBP 5 for adult.



RIVER CRUISE
This is a great way to see the City from a unique angle. You just need to pay GBP6 for adult and GBP3 for children.

Ok..welcome to Durham..see ya!

Friday, 20 June 2008

Hmm..iye ke..

Diam tak diam rupanya dah setengah tahun kami bertapak di sini. Rasa sekejap juga. Abang pun dah hampir 90% siap chapter 3. Nani doakan abang dpt menyiapkan tugasan dlm masa yg kita dah rancang..Abang busy sgt lately..dgn "kerjaya"nya, dgn research nya, dgn conference nya, dgn presentation nya, dgn writing nye..Nani harap abang kuat semangat & berjaya menangani semua itu dgn jayanya. Obviously, I am your true supporter! Love u..

Pokok Bunga Minyak

Di bawah ini adalah gambar pokok rapeseed yg mana di sini bijinya dirumus khas untuk dijadikan minyak masak. Menakjubkan bukan..sebab kat Malaysia kita pakai minyak masak kelapa sawit. Hmm..rupanya macam pokok bunga, berbunga kuning tetapi mengeluarkan bau yg menyegat hidung. Ditanam dalam petak sawah gitu..(kat sini mana panggil sawah ;) ) Tapi, jika dilihat dr jauh @ pandangan atas (kena naik kpl trbg), ia seakan2 emas..kuning sekuning2nya..



Rupa bentuk bunga dr jarak dekat belum amik lagi..sebab masa snap gmbr ni pun, tgh rushing..jd terlupa nak buat zoom shot. Nantilah ye..

Dah Makan Pun!

Lambat sikit report, hari tu, kami makan donut untuk minum petang. Ni baru nak display foto donut tu. Nyum..nyum..delicious! Thanx to Huda for sharing the general recipe. Ni main tibai & agak2 je sukatan dia..Ok je. Nanti nak buat yg ada filling pulak..macam Dunkin Donut tu. Tapi, donut ni xsalut dgn icing sugar, sbb xde. Pakai castor sugar rasa mcm manis sgt. Masa nak makan tu, aku ketuk2 dulu donut tu..hi3 supaya gulanya jatuh..Cuba korang tgk..kan ke banyak gula tersalut tu..Huu..



Thursday, 19 June 2008

Dia Dah Mai

Syukur alhamdulillah...kerana setelah hampir 3 minggu menanti, akhirnya hari ini internet berjaya bertapak di rumah baru kami. Jadi, kami tidak perlu lagi menumpang internet rumah kengkawan lagi..hooray!!

Down Memory Lane

COVENTRY TRANSPORT MUSEUM

12 Jun lalu, kami telah berkunjung ke Coventry Transport Museum yang terletak di tengah2 bandar Coventry iaitu di Millenium Place, Hales Street, Coventry. Tempat ini banyak menyimpan koleksi kenderaan bermula dari basikal, motosikal, kereta, bas dan lori. Coventry dipilih sebagai lokasi yang paling sesuai kerana di sinilah tempat kelahiran semua kenderaan British.

Muzium yang serba lengkap dengan pelbagai jenis kenderaan ini dibuka setiap hari termasuklah Bank Holiday iaitu pada jam 10 pagi sehingga 5 petang. Ia hanya ditutup pada 24, 25 dan 26 Disember. Menarik bukan? Boleh pegi bila2 masa2 asalkan ikut time dia bukaklaa. Yang menariknya, tiada sebarang caj masuk dikenakan dan pengunjung bebas ’snap’ gambar bersama kenderaan yang dipamerkan.

Kami ternyata enjoy sakan dapat masuk muzium transport ni..banyak betul kenderaan..ada yang seawal 150 tahun dahulu..tak lupa juga yg terkini..pun ada jugaa..Nanti tengok gambar di slideshow. Nampaknya mereka betul2 menjaga kenderaan2 ini agar generasi baru turut merasai kehebatan penciptaan & rekaan awalnya. Kagum sangat..

Bukan setakat kereta nostalgia malah kereta masa depan pun ada, iaitu kereta terpantas di dunia Thrust 2, World Land Speed Record Holder, 633-468 batu sejam iaitu 1019-470 km sejam. Abang & Teh tidak melepaskan peluang untuk mengecapi supersonic journey di dalam bilik khas simulasi ’Spirit of Speed’ kereta Thrust ni. Abg kata best sgt2 masuk dlm bilik simulasi tu, terasa betul2 seperti berada di dalam kereta Thrust 2. Aku dan yg lain2 tidak masuk sebab pregnant & kanak2 bawah umur. Teh Huda boleh, tapi dia pun xmasuk. Bayaran? Oh..jangan risau..semuanya free of charge..

Setelah kepenatan berlegar2 dalam muzium & perut sudah mula kelaparan, kami pun masuk ke kedai burger …….. Menariknya, kedai ni menawarkan sebiji beger ayam yg cuma berharga 99p. Rasanya sedaap..Sesiapa yg berkunjung ke Coventry tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan halal kerana di sini terdapat banyak kedai makanan halal.

Sunday, 15 June 2008

Kenangan di Madrid, Spain

YuuHuu..

Kali ini sempat juga diupdate blog..walaupun internet masih belum adaa..Gambar2 yg disiarkan dlm slide show nanti hanya sebahagian sahaja. Selebihnye akan menjadi koleksi peribadi.

Friday, 13 June 2008

Hmm..alahai

Internet tak aktif lagi..so susah la nak story about our trip to Madrid. Nak upload gmbr pun lama..tunggu sahaja. Mungkin seminggu lagi baru activated. Kureng sugguhla BT nih..nyusahkan orang jek.

Thursday, 12 June 2008

Madrid in Memories

9 JUN 2008 (ISNIN)
Jam 1 pagi kami bertolak dr rumah Teh ke stesen bas Coventry untuk menaiki National Express ke airport terminal East Midland. Naik bas pukul 1.35 am, ni kiranya bas terakhir dah ni..sejam lepas tu sampailah kami di airport. Oleh kerana flight kami pukul 8.50 am, terpaksalah kami lepak2 & tidur di atas kerusi di kawasan arrival tu sbb kat situ je kerusinya panjang (kira sesuai utk berbaring..kih3).

Banyak juga bekal makanan yang kami bawa memandangkan jangka masa yg lama lepak2 di situ. Ada sandwich tuna, nasi goreng, nuggets goreng & snacks.

Check in kat sini boleh tahan ketat juga..tp kadang tu depends on officers. Macam aku & family, kena dgn pegawai yg strict..abang siap kena minum lagi air dlm botol susu Iffah. Hik3..sian ayah. Siap kena tanggalkan belt lagi..nasib baik belt je..bukan seluar. Macam susu tepung anak2 ni aku dah awal2 lagi letak dlm plastik transparent & bertulis 'milk powder'. Tapi, abg kata kira ok lg drpd US. US punye lagi teruk maa..

Kami tiba di lapangan terbang Barajas, Madrid jam 1 pm (12 pm waktu UK). Tak suka betul pramugari2 dlm flight Ryan Air tu..xfriendly langsung..tgk kita pun semacam jer..maklumlah aku kira ada 2 org sahaja pompuan yg pakai tudung dlm flight tu. Sesampai je di Madrid, kami mengambil 2 cab utk membawa kami ke tempat penginapan yg tlh ditempah.

Caj byk juga kena..dekat 30 Euro lebih..kira2 setengah jam lps tu sampailah kami di Hostal Madrid Centro. Hmm..masa dlm perjalanan tu..kompius juga kami dibuatnya..sbb depa semua xreti cakap English la. Nasib baik abang ada belajar sket2 (bljr sndiri) bahasa Spain. Tp xdela fasih bercakap. Kami sgt kaget bila teksi tersebut melalui jalan yg keadaannya mengingatkan aku kpd lorong Hj. Taib..iye..ada p.....r kat tepi2 deretan kedai tu. Huu..menakutkan je. Hostal ni kira cikai jugalah..tp ok je, cikai2 pun dekat 70 Euro lebih juga dia cekup duit kami..(untuk 1 bilik,penginapan 3 hr 2 mlm). Paling penting kedudukan hotel ni sgt hampir dgn city center..jalan kaki pun xsampai 5 minit.

ESTADIO SANTIAGO BERNABEU
Ini adalah tempat pertama yg kami kunjungi iaitu stadium bolasepak Kelab Bolasepak gergasi Real Madrid. Kami menaiki train Metro dari Callao menuju ke Concha Espina. Tambang murah je, kami ambil tiket pegi-balik for one family trip berjumlah 6.70 Euro. Penat juga bila terpaksa daki tangga time escalator rosak. Tapi, xpe, kukuatkan semangat..

Waah..bestnye..rasa mcm mimpi je bila dapat masuk stadium ni. Bayaran masuk ialah 15 Euro seorang. Tidak rugi rasanya bila berpeluang menjejaki tempat bermain bintang bolasepak yg paling kuminati, Zinadene Zidane. Abang juga kulihat tersenyum je sampai ke telinga krn berjaya posing berlatarkan REAL MADRID CF. Kami melawat seluruh stadium dan isi dalamnya..hinggakan tempat pemain mandi & toilet diorg pun kami tengok tau..kih3. Masuk tempat kedai jual jersey & peralatan bolasepak..hmm..mahal jer..masing2 xsanggup keluarkan ongkos untuk membelinya.

Apaa..? Nak tgk gambar? Yg tu kena rujuk slideshow photos laa..sbb byk gmbr yg nak dikongsi kan.

Dah penaat..baliklaa hostal. Untuk pengetahuan, kat Madrid ni susah juga nak cari makanan halal. Apatah lagi bila penduduknya tidak tahu berbahasa Inggeris. Susah jugalah nak berkomunikasi.Por favor.. Malam tu kami hanya makan makanan yg kami bawa bekal & yg dibeli di shop mart milik org China (lupa nama kedai tu). Beli megi cawan..kot2 mlm tu lapar. Kat sini kami hanya makan fries, donut & wedges sahaja memandangkan itu saja yg halal dimakan.

Malam tu kami xkeluar ke mana2 sbb nak simpan tenaga untuk esok..lagipun kami dah kepenatan seharian sbb xcukup tidur..zzz

10 JUN 2008 (SELASA)
Kami memulakan perjalanan dengan menaiki train Metro menuju ke Plaza de Oriente. Kami breakfast kat luar je hari ni sbb hostal tu xsediakan breakfast. Abang belikan kopi, aiskrim, mafin coklat & roti danish sbg sarapan pagi. Kami lepak sambil makan di tempat duduk berdekatan dengan panggung opera Teatro de la Opera.

PALACIO REAL
Di sinilah terletaknya istana raja diorang. Kami xmasuk pun istana tu, hanya bergambar sahaja dari luar.

CATEDRAL DE LA ALMUDENA
Ini adalah gereja yg duduk bersebelahan dengan palace tadi. Unik senibinanya..

CITY SIGHTSEEING TOUR
Penat berjalan kaki, kami mengambil keputusan untuk menaiki bas double decker oren Madrid Vision untuk Madrid Tour. Tambang dia 16 Euro untuk adultos, ni 1 day ticket atau dlm bahasa Spain bilette 1 dia. Untuk kanak2 bawah 7 thn, gratis con un adulto iaitu tiada caj dikenakan asalkan mereka diiringi oleh org dewasa.

Fuuh..lega rasanya bila dapat duduk. kami mengambil tempat duduk di tingkat atas bas tersebut..open air..boleh tgk pemandangan & hirup udara segar. Cuaca di Madrid tika itu baik2 saja..cuma kadang2 gerimis mengundang.

Untuk makluman, Visitas Turisticas @ City Tour ni menggunakan 2 routes iaitu Route 1 & 2. Route 1 @ Ruta 1 (line merah) akan membawa melawat kawasan2 bersejarah di Madrid (Madrid Historico). Kami naik Route 1 ni dulu..banyak tempat bersejarah yg kami lihat..iaitu, Teatro Real, Palacio Real, Puerta de Toledo, San Francisco el Grande, Catedral Almudena, Plaza Mayor, Puerta del Sol, Circulo Bellas Artes, Museo Thyssen, Museo Reina Sofia, Jardin Botanico, Museo del Prado, Puerta de Alcala, Barrio de Salamanca, Plaza de Colon, Plaza de Cibeles & Plaza de Espana.

Suba y baje todo el dia maksudnya, all day hop-on hop-off..itulah kerja kami kat Madrid nih..Dah puas sengih2 kat dlm bas maka kami stop sebentar dan singgah jamu2 mata di gerai2 cenderamata untuk melihat apa yg boleh dibawa pulang..abang tidak melepaskan peluang untuk membeli banner kecik Real Madrid & Barcelona manakala aku pula membeli kain selendang, key chains & fridge magnet.

Manakala Route 2 pula (line biru) membawa kami melawat tempat2 moden Madrid antaranya, Paseo del Prado, Museo Esculturas, Museo de Ciencias Naturales, Nuveos Ministerios, Santiago Bernabeu, C.S.I. Cientificas, Museo Lazaro Galdiano, El Corte Ingles, Museo Arqueologico & Las Cortes.

Hmm..mmg seronok naik bus tour ni. Jimat tenaga den. Oh..ye.. waktu perjalanan bas ni bermula seawal jam 10 am dan berakhir pukul 9 mlm. Kononnya malam tu nak keluar lagilaa naik bas..tp silap xtengok awal2 kul berapa dia tamat tour..so melepaslaa..xpelah, lagipun kul 9 tu belum pun malam..nak ronda malam2 naik bas xmenjadilaa.

Sempat juga shopping hand bag..David Jones..with reasonable price. Jangan mare...

Hmmm..sarap malam pula kami makan vegetable beryani plus fish curry di sebuah kedai India..kenyang padat poyot kami malam tu..heheh..jangan risau..Indian people mmg xmakan barbie, cuma kambing & ayam saja yg xdisembelih.. Yg lain, macam ikan tu, bolehlah dimakan..sbb kat sini mmg xde kedai halal laa..dah tanya org Arab yg duduk kat sini, dia kata dia makan kat Mc D jer..hmm?? makan pe ya sheikh..isk3.

11 JUN 2008 (RABU)
Sesudah subuh kami bersiap sedia untuk ke airport sbb flight balik jam 6.50 am. Dua buah teksi telah di tempah awal2 lagi oleh abang. Dengan mata yg masih mengantuk, kami semua check out dan menaiki teksi menuju ke airport Barajas. Sekejap saja sudah sampai..memang betullah..hostal kokak tu walaupun cikai, lokasinya amat strategik. Jadi xrugi anda menginap di sanaaa.