Saturday, 6 August 2011

Resume Blogging

kali pertama menulis blog menggunakan telefon..kekok juga dibuatnya..apaa nak buat kami belum mendaftar internet connection lagi. Sedar tak sedar dah sebulan 6 hari kami berada di tanahair. Memang terlintas untuk meng'update' cerita dan kenangan penting dalam Baytulkifli ni, namun masa sangat tidak mengizinkan.

Sememangnya terlalu banyak yang ingin diluahkan, dicatatkan dan dimemorikan di sini. Malah masih ada cerita lama yang berbaki belum selesai diabadikan dalam Baytulkifli. Saya sangat bercita2 untuk menfaatkan semula masa2 emas saya berbicara di sini dengan harapan perasaan malas tidak kemari.

Antara sebab utama saya lewat resume blogging ialah kata laluan masuk ke Baytulkifli disekat oleh pihak admin atas alasan khuatir jika ada unsur2 hijack pada Baytulkifli memandangkan saya berpindah negara. Pihak admin meminta recovery email daripada saya..masalahnya saya memang lupa apa password untuk recovery email tersebut. Nama pun recovery, memang sah2 jarang apply passwordnya.

Wednesday, 3 August 2011

Durham University Summer Congregation 2011

Salam,

Maaf kepada pengunjung Baytulkifli kerana sudah lama tidak meng'update' blog ini. Kesibukan dan banyak faktor lain yang tidak dapat dielakkan menyebabkan Baytulkifli tergendala sebentar. Dikesempatan ini Baytulkifli ingin berkongsi memori terakhir kami di bumi Durham, UK sebelum kami berangkat pulang 'for good' ke Malaysia pada 30 jun 2011.

Pada 29 Jun yang lalu, kami sekeluarga berpeluang untuk menghadiri konvokesyen Durham University berlangsung di Durham Cathedral. Bangunan Cathedral ini berusia lebih 1000 tahun. Alhamdulillah, kami berempat dapat masuk ke dewan konvokesyen dan menyaksikan sendiri tradisi konvo yang kini telah ratusan tahun umurnya sambil menyaksikan ayah menerima Ijazah Doktor Falsafah daripada Chancellor University of Durham, Professor Bill Bryson seorang penulis yang amat terkenal di peringkat antarabangsa. Upacara yang berlangsung tepat seperti yg tertera di buku cenderamata iaitu satu jam. Paling menarik, saya menerima tundukan hormat sebanyak tiga kali daripada salah seorang tetamu apabila mengetahui saya menjaga tiga orang cahayamata sementara suami sibuk menelaah menyiapkan phdnya.

Buat pengunjung Baytulkifli, selepas ini saya akan ber'blogging' dari Malaysia tanahairku.

Professor Bill Bryson, Chancellor University of Durham


Bersama Dr. Mehmet Asutay

Ayah dan Izzah

Dr. Zulkifli Hasan dan Isteri

Rakan2 dan keluarga

Ayah dan Ameen & Iffah

Kami sekeluarga


Gambar keluarga

Bersama Profesor Emeritus Rodney Wilson

Baytulkifli fi Maliziya