Tuesday, 28 December 2010

Boxing Day 2010

Jika di Malaysia sedang berlangsung YES, di sini pun tak kurang juga. Boxing Day sangat dinanti2kan. Tidak pasti kenapa hari itu dinamakan Boxing Day, ada banyak pula khilafnya. Kebiasaannya Boxing Day jatuh pada 26 Disember iaitu sehari selepas Hari Krismas yang mana ia juga merupakan hari cuti keagamaan Kristian bagi memperingati St Stephen's Day.

Kini, istilah Boxing Day nampaknya tersasar sedikit. Bagi kita yang bukan beragama seperti mereka, Boxing Day merupakan hari untuk melawat pusat2 membeli belah dan designer outlet untuk mendapatkan harga runtuh yang hebat. Sebenarnya, Boxing Day di setiap tempat berbeza2 hari sambutannya dan tak kesemua negara EU menyambutnya. Ia hanya disambut di Australia, Canada, New Zealand, United Kingdom dan beberapa negara Komenwel sahaja.

Tahun ni Krismas jatuh pada hari Sabtu, bermakna Bank Holiday [cuti umum] adalah pada hari Isnin. Jadi, Boxing Day yang sepatutnya jatuh pada hari Ahad lalu sebenarnya berlaku hari ini, 28hb. Patutlah masa Ahad lepas banyak juga outlet yang tak paparkan jualan runtuh lagi. Malah di pasaraya besar pun ada designer outlet yang masih tutup. Oh!..Hari ini kami tak keluar ber'boxing'. Harap2nya masih ada stok untuk kami. Maklum saja, inilah Boxing Day terakhir buat kami di sini. Lepas ni kami jenguk YES di kampung halamanlah pula.

Selamat ber'boxing' lah untuk kawan2 di sini. Berbelanjalah dengan berhemah dan mengikut kemampuan. Ukurlah baju di badan sendiri...jangan di badan orang lain. Hehehe..

Thursday, 23 December 2010

Feezy Homestay

Homestay ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah homestay ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel , resort , chalet dan sebagainya.


Oleh itu, sesiapa yang berkeluarga memang sesuai sangat sewa homestay ni. Ingin menyewa homestay di Melaka..sila ziarah ke SINI.

InsyaAllah, penginapan yg selesa pasti menjanjikan percutian yg bermakna..



Salji Lagi

Semalam salji turun semula di Durham. Bangun pagi2 semalam kat luar dah memutih salji. Boleh tahan juga lebatnya, tapi lebat lagi yg hari tu. Kami harap yang turun dan bakal turun nanti takdela seteruk hari tu. Jika tidak susah juga nak ke mana2, terutama sekali bila tiba bab2 nak beli keperluan rumah.

Semalam juga kanak2 3 orang ni tak sihat balik. Tak silap saya, mereka baru je pulih dari demam tempohari [1st wave snow]. Tup2 demam pula kali ni. Dah tertulis nak berjangkit virus tu dan ditambah pula dengan keadaan cuaca yang sejuk melampau. Nasib baik dah cuti sekolah.

* * * * *

Hari ni salji turun juga cuma nipis dan tak lebat. Yang semalam pun masih ada dan belum cair lagi. Kami terpaksa keluar rumah juga hari ni. Bila dah menghampiri Krismas ni, minyak petrol wajib diisi penuh segera, jika tak ada kereta yang tak bergerak nanti sebab stesen minyak tutup musim2 raya ni.

Moga anak2 cepat sembuh. Tak seronok juga cuti sekolah jika mereka sakit2.

Monday, 20 December 2010

Interlaken

Hari terakhir di Swiss..

Awal2 pagi lagi kami dah bersiap sedia untuk check-out. Hari tu pula hujan turun renyai2..dah la malam sebelum tu lebat. Pemandangan di luar pun memang tak jelas mana dek kabus yang menebal. Gunung bertompokkan salji di luar hostel kami pun tak nampak apa dah..


di luar bangunan Mountain Hostel.


* * * * * *


Rasa terkilan juga tak dapat melihat pemandangan indah pergunungan buat kali terakhir. Apa nak buat, perjalanan masih jauh. Kami sempat singgah di bandar Interlaken sebentar semasa dalam perjalanan pulang ke Germany. Interlaken juga merupakan di antara lokasi pelancongan tertua di Swiss. Terletak di antara Lake Brienz di bahagian timur dan Lake Thun di baratnya. Sebenarnya bandar ini mengambil nama sempena kedudukan geografinya iaitu di antara 2 tasik tadi. Dalam bahasa Latin, nama Interlaken berasal daripada "inter lacus" yg bermaksud antara 2 tasik.

Dengan ketinggian 570 meter dari aras laut, Interlaken juga memiliki daya tarikannya yang tersendiri. Kami sempat meronda2 di kawasan bandarnya yg saya kira agak klasik dan penuh dengan deretan kedai2 jam berjenama buatan Swiss, kedai cenderamata dan sebagainya. Pendek kata, jika sesiapa ingin ke Jungfrau, wajib singgahlah ke bandar Interlaken ni walau sebentar.

Kami tidak membeli-belah sangat, sekadar mencuci mata sahaja di samping memilih beberapa fridge magnet untuk menambah koleksi. Fridge magnet pun dah bermacam2 bentuk dan rupa. Naik kelabu dan juling mata ni sekejap. Tengok juga cuckoo clock tapi harganya boleh tahan juga. Saya suka cuckoo clock tapi tak suka bila burung tu keluar dan berbunyi bising terutamanya di tengah2 malam. Naik seram juga bulu roma ni jika dengar cuckoo clock tu berbunyi tengah2 malam.

Untuk anak2, kami hanya belikan kemeja T Swiss sehelai seorang sebagai kenangan pernah berkunjung ke sini. Jam tangan buatan Swiss memang sangat berpatutan harganya. Jika ada $$$$$ yang mantap, bolehla berbelanja. Jika tidak, lihat sajalah ye.. :P

Cuaca hari itu walaupun hujan gerimis, namun tidaklah sejuk mana. Malah kami tidak mengenakan coat pun. Nyaman..


ni masa baru sampai di bandar Interlaken.

banyak sungguh kedai cenderamata, kalau punya masa lebih, boleh nak compare2 harga dengan kedai2 yg lain..

ayah & Izzah di hadapan kedai jam tangan..

lihatlah kami tak kenakan coat pun..

Selesai meronda, kami teruskan perjalanan pulang. Sehingga ketemu lagi Swiss. Banyak kenangan indah kami di sini..

Sunday, 19 December 2010

Luzern.

Luzern ialah destinasi terakhir yang kami kunjungi semasa dalam perjalanan pulang dari Swiss. Ia merupakan sebuah bandar di bahagian north-central Switzerland yang mana kebanyakan pendudukannya yang seramai 76 200 bertutur dalam bahasa German.

Kedudukan yang strategik iaitu di tepi Tasik Luzern [der
Vierwaldstättersee] dan Gunung Pilatus dan Rigi di Banjaran Alps membuatkan Luzern menjadi destinasi yang sering dikunjungi pelancong. Paling popular adalah Chapel Bridge [Kapellbrücke] yang menjadi mercu tanda Luzern, merupakan jambatan kayu yang didirikan dalam kurun ke-14.

Hari tu kami hanya bersiar2 dan mengambil gambar di sekitar Tasik Luzern dan Chapel Bridge saja. Lagipun masa tu hujan, pergerakan kami dengan si kanak2 pun agak terbatas. Maka terpaksalah kami membeli sekaki payung gergasi di kedai berhampiran untuk berteduh 5 beranak.

Jika berminat untuk menikmati keindahan tasik dan sekelilingnya, boleh juga beli tiket cruise berdekatan tapi kami tak naik sebab niat asal memang nak singgah sebentar sebelum menuju ke Homburg, Germany.

Izzah dan Iffah asyik melihat titisan rintik hujan di dalam bangunan shopping mall.
Masa ni tengah berteduh dari hujan sambil menunggu ayah beli payung.

Berlatarbelakang bandar Luzern.

Tepi tasik Luzern.

Jeti tempat menaiki cruise.

Chapel Bridge [ Kapellbrücke ]






Bandar Luzern.

Thursday, 16 December 2010

Once Upon A December

16 Disember.

Alhamdulillah, hari ini genaplah 3 tahun kami menghuni bumi Durham. Tak sangka pula terasa sekejap masa berlalu. Memori awal di bumi asing memang masih segar di ingatan. Kali pertama jejakkan kaki di sini, suhunya -2 C..terketar2 dibuatnya. Minggu2 pertama di sini pula..asyik membuatkan diri 'homesick' saja. Ditambah pula dengan siang yang pendek..aktiviti kami begitu terbatas..menjadikan kami seolah2 mahu berangkat ke tanahair semula.

Syukurlah...semua imbauan lampau sejujurnya sudah jadi kenangan paling manis dan bermakna dalam lipatan sejarah hidup kami. Banyak cerita sukaduka yang dilalui akhirnya menjadikan kami makin matang menghadapi liku hidup ini. Perjuangan kami masih belum sampai ke penghujungnya. Hidup perlu diteruskan. Doa kami, semoga segala percaturan ini berada dalam lingkungan perancangan Allah dan keberkatannya.

..Once Upon A December..

Wednesday, 15 December 2010

Kleine Scheidegg

Masa menuruni bukit dari Jungfraujoch, kami wajib transit di Kleine Scheidegg sekejap untuk tukar train ke Grindelwald. Yang kami ni pulak, plan berhenti lama sikit, boleh tengok2 pekan kecil Kleine Scheidegg tu. Macam2 ada rupanya kat sini..ada kedai souvenir, kedai gambar, restoren, hotel dan macam2 lg.

Waktu ni, cuaca semakin berkabus kerana hari tu hujan..weather forecast pun ada bgtau, hujan akan turun. Nasib baik kami pagi2 lagi dah ke atas, sebab petangnya memang hujan turun selebat2nya. Plan kami kononnya nak meronda2 sekitar bandar Grindelwald dibatalkan sbb hujan lebat dan kabus tebal. Kami berguling2 dlm bilik hostel je dr ptg sampailah ke malam. Hmm..masa ni xnampak langsung pemandangan bukit bukau berhampiran hostel kami. Semua dilitupi kabus putih tebal.

Kami duk atas awan..

Kleine Scheidegg yg setinggi 2061 m atau 6762 kaki dari aras laut.

Kambing2 sungguh jinak. Anak2 kami pula jakun kambing, teruja mereka lihat kambing pakai loceng kat leher. Yg sikambing ni pula tahu2 je, boleh berhenti sekejap depan budak2 ni dan diam je..kununnye nak posing la kot ye.. :P

Train yg kami naiki dr Jungfraujoch, sedang menunggu penumpang dan akan mendaki semula ke puncak beberapa minit lagi.

Nampak tak rumah2 di belakang saya? Di sini rumah sgt typical..semua berbentuk seperti cuckoo clock dengan tingkap yg banyak dan rapat sampai ke bumbung rumah. Cantik kan..

Ameen & Iffah tengah leka bermain, hilangkan pening dan penat sepagi di puncak.

Hahaa..loceng ni ada lubang tabung tau. Bolehla sesiapa nak beri sumbangan..Merci Bokup..

Izzah dah pulih sepenuhnya.

Bila dah puas menghirup udara segar di sini, kami pun beransur ke train station untuk menunggu train berikutnya ke Grund. Hari pun makin lama makin redup dan berkabus. Sampai2 je di Grund, gerimis mula turun..berlari2 kami semua balik ke hostel, nyarisla dekat je. Walaupun terasa sebentar saja kunjungan kami hari ni, namun kami rasa puas dan seronok dapat menikmati satu lagi destinasi indah dalam dunia ciptaan Allah yg Maha Agung..Subhanallah..

Saksikan video pendek train yg nak turun ke Grindelwald dan Lauterbrunnen..jumpa di next entry..

Monday, 13 December 2010

Atuk di Wad

Sudah 3 hari atuk tersayang berada di wad Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh. Gara2 tak tidur sampai pagi dek demam panas yg teruk, atuk dibawa ke hospital esoknya. Kasihan atuk. Sejak kebelakangan ni, kesihatan atuk tak berapa menentu. Atuk belum pulih sepenuhnya dari sakit hari tu. Esok pagi atuk ada temujanji dengan doktor di Hospital USM Kubang Kerian mengenai keputusan ujian darah yg dibuat 2 minggu lepas.

Kami berharap dan berdoa moga atuk sentiasa sihat dan berselera makan, kuat semangat dan sabar sentiasa. Mudah2an Allah SWT mempermudahkan segala2nya.. dan merancang sesuatu yg baik buat atuk. InsyaAllah..

Sunday, 12 December 2010

Jungfraujoch, Top of Europe

..Masih cerita tentang Swiss..

Hari pertama di sana kami hanya bersiar2 di kawasan sekitar tempat penginapan kami saja. Mountain Hostel [MH] ni walaupun sederhana, tapi kami cukup puas hati menginap di situ..bukan setakat kemudahan parking percuma, malah stesen keretapi untuk ke puncak Europe pun hanya walking distance je, jalan kaki 5 minit dah sampai.



Pemandangan indah di sekitar MH.


* * * * *

Esoknya selepas breakfast, kami keluar dari hostel. Keretapi dari Grindelwald ada setiap 30 minit bermula seawal jam 6:43 am hinggalah 7:08 pm. Kawan kami yg pernah ke sini bgtau, jika nak naik ke puncak Europe tanpa bersesak2 dalam train, maka seeloknya keluarlah pagi2. Lagipun, tiket train berbeza2 mengikut waktu. Jika waktu pagi tiket lebih murah berbanding waktu tengahari dan petang. Kami hari tu dapat tiket yg murah, itupun lebih kurang 100 Euro juga melayang [xingat dah brp harga sebenar tiket tu..anggarannya begitulah]. Alhamdulillah, belum ramai lagi yg menaiki train pada masa yg kami pilih tu.

Kami sedang menunggu ketibaan train untuk ke Top of Europe.


Anak2 dalam train.

Semasa berhenti di Eigerwand perhentian pertama dr Kleine Scheidegg, yg memiliki ketinggian 2865 m dr paras laut.


Train yg kami naiki tidak terus sampai ke Jungfraujoch kerana kami terpaksa menukar train di Kleine Scheidegg. Untuk sampai ke sini, kita dikehendaki mengambil train samada daripada Grindelwald [tmpt kami stay] atau drpd Lauterbrunnen. Bunyinya macam rumit je nak tukar2 train kan, tapi alhamdulillah, perjalanan kami hari itu lancar dan anak2 pun tak meragam. Kami ke sini pada awal Ogos tahun ni, jadi masa tu masih lg di musim panas. Walaupun masih summer, kena pakai coat juga..masih terasa bayu sejuk tu, maklumlah tempat tinggi.

Semasa train dr Kleine Scheidegg makin mendaki ke puncak Europe, telinga kami makin bingit dibuatnya. Rasa pening2 pun iye juga. Dalam hati berdoa semoga selamat tiba. Rasa gerun dan ngilu je bila ingat kembali bagaimana train tu mendaki gunung ganang dan bukit bukau yg sangat tinggi.

Train akan melalui terowong dlm gunung untuk sampai ke puncak dan akan berhenti sekejap di 2 buah perhentian iaitu di Eigerwand dan Eismeer. Di Eigerwand, hubby dan anak2 saja yg turun menikmati pemandangan dr tingkap sepanjang 8 meter dan setinggi 1 meter tu. Kata hubby, suhu dlm gua tu sgt sejuk..seperti berada dlm freezer. Sama juga bila train berhenti di Eismeer atau dikenali sbg 'Sea of Ice', sy dan sikecil tak turun pun.

Terowong sepanjang 7 kilometer ini sungguh menakjubkan sesiapa yg lalu di dalamnya. Bayangkan sudah hampir 100 tahun usianya. Mula dibina dlm thn 1898 dan siap pd thn 1912. Terima kasihlah kepada arwah encik Adolf Guyer-Zeller kerana memiliki idea bernas ni. Walaupun macam2 eksiden berlaku sepanjang proses pembinaan terowong ni namun akhirnya berjaya juga siap.

Akhirnya setelah sejam berada dlm train, kami pun sampaila di Jungfraujoch. [Jungfraujoch juga dikenali sebagai Top of Europe]. Perjalanan naik ke puncak memakan masa 50 minit berbanding menuruninya yg hanya selama 35 minit. Bila dah sampai di atas sana, memang terasa sedikit sesak nafas dan pening2 yg sy rasa seolah2 seperti mabuk kereta pulak.



Antara foto lama yg menunjukkan sejarah pembinaan terowong keretapi ke Jungfraujoch.

Masa keluar dr train, dah sampai Top of Europe.

Anak2 pada mulanya memang teruja lihat pemandangan sekeliling yg dipenuhi snow. Lama kelamaan mereka mula bising2..sejuk. Ameen dah siap menangis2. Iffah pulak ok saja..[mereka berdua ni bergilir2 jd baik dan sebaliknya :) ] Yg paling teruk si Izzah, pening2 sampai muntah dan naik biru mukanya kerana tak tahan tekanan tinggi. Kami pun buat keputusan untuk singkatkan masa kunjungan untuk tidak ke tempat ice skating dan Snow Fun sebaliknya hanya ke Ice Palace saja.

Ameen di dalam Ice Palace, tgh xde mood..dijuihkan mulutnya pula :]

Berjalan di dalam istana ais ni memang kena berhati2 krn jlnnya diperbuat drpd ais..agak licin, kena jln pelan2 je. Sekejap2 bolehla kat dlm ni, jika lama sikit boleh penat sbb rasa mcm terkurung dlm peti ais je, lemas. Sejuk juga dlm ni tapi xketara.

Pelbagai ukiran drpd ais dibuat membentuk penguin..beruang polar..dan mcm2 lagi..semuanya menarik dan kreatif.



Jika naik ke puncak memang wajib datang tempat ni. Pemandangan memang sangat cantik, seolah2 seperti berada di dunia lain. Subhanallah...yg mencipta keindahan alam. Hebat! Puncak ini dipanggil Sphinx setinggi 3571 meter @ 11 782 kaki, yg mana untuk sampai ke sini kita perlu menaiki lif [elevator]. Bahagian atas bukit dilubangkan untuk membina elevator yg menghubungkan antara balai cerap dgn train station dan Ice Palace. Di sinilah letaknya viewing platform yg juga balai cerap dikenali sbg Sphinx Observatory.

Berada di atas Sphinx Observatory.

Masa ni Izzah masih ok..lepas tu, asyik menguap je.

Nampak x ada manusia sdg berjalan kat bawah sana..

Tasik yg membeku di celah pergunungan.

Tak lama lepas meninjau2 pemandangan dan merakam detik indah, kami ke dewan theatre untuk menonton dokumentari mengenai keindahan Jungfraujoch dan Switzerland. Sambil menonton, sambil makan2 bekalan yg kami bawa. Kami tak beli apa2 pun masa kat atas tu. Lagipun mahaaaaal weh. Jangan lupa bawa bekal siap2 jika mahu jimatkan kos. Belanja di sini memang sgt mahal.

Kami ambil keputusan untuk turun dr puncak memandangkan keadaan Izzah masih lemah longlai. Kami amik train dan terus menuruni bukit menuju ke Kleine Scheidegg sekali lagi untuk tukar train di sana.


Initiator of the Jungfrau Railway, Adolf Guyer Zeller.

Wajah Izzah yg keletihan dek muntah berkali2. Kesian manja ibu.

Seronok juga transit di Kleine Scheidegg. Kami stay lama sikit dan biarkan anak2 bermain di playground berdekatan restoren di situ. Masa ni Izzah dah sihat. Nanti sy letak entry baru di Kleine Scheidegg.

Taraa..

Monday, 6 December 2010

Awal Muharram 1432 H

Salam Ma'al Hijrah 1432 H

buat semua muslimin dan muslimat di mana jua anda berada.


Semoga barakah Allah SWT sentiasa memayungi kehidupan kita semua.


Hijrah dalam diri..suatu jihad yang perlukan keikhlasan dalam amalan di samping mengharapkan keredhaan Allah.

Sunday, 5 December 2010

Teachers2Parents

Bowburn Infants is closed today due to poor weather conditions. We will update you at the same time tomorrow.

29-11-2010 [Monday] , 07:02 am




School is closed tomorrow, Tuesday 30th November. An update will be sent on Wednesday morning at the latest.


29-11-2010 [Monday] , 07:59 pm



Unfortunately school is closed again today, we will update you again tomorrow morning.

01-12-2010 [Wednesday] , 06:53 am



Due to the continuing severe weather, school is closed again tomorrow.

01-12-2010 [Wednesday] , 06:25 pm



Unfortunately school is closed again tomorrow. Weather permitting, it will re-open on Monday.

02-12-2010 [Thursday] , 07:51 pm



School will re-open on Monday 6th December.

05-12-2010 [Sunday] , 11:17 am


Begitulah pesanan2 ringkas yang diterima oleh ibubapa kanak2 Bowburn Infants and Nursery School melalui SMS teachers2parents sejak turunnya snow seminggu yang lalu. Bagus juga ada sistem SMS macam ni. Walaupun komunikasi sehala, namun sangat berkesan kepada ibubapa terutama sekali bila SMS tu berupa reminder tentang aktiviti sekolah. Takdela kami lupa nak pakaikan Ameen Iffah dengan pakaian bukan seragam jika ada peristiwa penting di sekolah [di sini, ada hari2 tertentu kanak2 akan berpakaian mengikut tema spt, pyjamas, seluar jeans, baju warna kuning, dressing up dan macam2 lagi].

Seminggu jugalah sekolah tutup gara2 salji yang tebal. Akhirnya, Bowburn Infants akan beroperasi semula esok hari. Lama sungguh bercuti, gaya macam cuti Easter dah ni..heheh. Nasib baik juga, bolehla Ameen berehat sepenuhnya sebab dia pun demam.

Alhamdulillah, snow pun dah tak turun sejak semalam. Snow yang masih berbaki pula agak tebal dan perlukan masa untuk cair semula. Jalan di kaki lima boleh tahan licinnya terutama sekali tepi dinding rumah. Kena jalan pelan2 dan berhati2 supaya takde yang jadi 'nangka busuk' nanti.





Wednesday, 1 December 2010

Raya Haji di Durham @ Al-Hidayah tv3

Baru2 ini komuniti kami dikunjungi oleh beberapa krew al-Hidayah tv3. Mereka datang untuk membuat rakaman slot sempena Eiduladha. Salah satu daripada slot tersebut merupakan rakaman sambutan hari raya haji di kalangan DurhamMy. Terima kasih buat tuan rumah, timbalan penghulu kerana berbesar hati menjadikan istana beliau sebagai tempat rakaman.

Kami menyediakan makanan secara potluck. Saya bawa mee bandung dan apple muffins. Macam2 ada juadah raya kami. Nampaknya dua kalilah kami beraya haji tahun ni.

Antara kaum bapa yg hadir.

Anak2 DurhamMy.

Sebelum bermula majlis.

Kaum ibu/wanita dan anak2 pula.

Suasana 'mock' hari raya haji di Durham.