Friday, 12 September 2008

Hepi 11th Anniversary

Entry ini ditujukan kepada kakak tersayang
HAFIZAH HARUN
sempena 11th anniversary nya bersama
ROSDI RAMLI
yang jatuh pada
11 SEPTEMBER 2008
Semoga jodoh berpanjangan hingga ke syurga. Kami sekeluarga mendoakan agar Allah SWT menganugerahkan kebahagiaan & kesejahteraan buat kalian berdua. Murah rezeki dan panjang usia.

Wednesday, 10 September 2008

Subhanallah..

This is an image of our coming little baby. It was scanned at 22nd weeks of my pregnancy. At the moment, the baby develops healthily with no complications or problems traced.
Alhamdulillah..Praised be to Allah Who Creates and Gives us this wonderful gift.
Thank You Allah..
One more thing..the baby is a little girl..

Tuesday, 9 September 2008

Gerrrraaaam...

Kenapa kita pakai kaler merah? Huh..sebab hari ni kita geram sangat dengan UHND (University Hospital of North Durham). Alkisahnya, hari ni, kita ada antenatal check dgn doktor kul 3.20 pm. Seawal jam 3 pm kami dh sampai kat depan meja reception tu..datang awal sbb takut terkena macam dua minggu lepas..lamaaa menunggu turn masuk.

Tapi, kali ini lagi teruk dari dua minggu sebelumnya. Punyalah ramai orang yg dtg selepas kita daftar masuk..tetiba je kita orang paling last yg masuk jumpe doktor..Bayangkanlah..time tu kira2 10 minit sebelum kul 5 pm. Kita teramatlah bengangya..apalah salahku..datang awal sgt dah..apesal turn plg last..kalo camtu gayanya kenapa xletak je timing tu dkt2 kul 5? Kan ke xnyusahkan orang..

Kita gerrraaam sangat2 tau..abang & anak2 dah mula boring sbb lama benar menunggunya..dahla bulan pose. Bila dah tgk budak 2 org tu mula merengek2..abang pun turun ke bawah bawak diorg makan aiskrim & jalan2. Huu..kadang tu rasa mcm depa ni double standard lak..iyelah, kita sorang je yg pakai tudung kat situ..bencinyer..

Dah tu pulak dapat doktor keling..kat Malaysia dulu pun dh dpt doktor keling..dtg UK pun dapat jenis yg samaa..huu..alahan betul dgn depa nih. Tengok patient macamlah kita ni ada serious problem..ches..


Begitulah ceriteranya appointment hari ni..tadarrus dgn anak2 Bowburn pun terpaksa ditangguhkan hari ni..sebab kul 5 lebih masih kat sanaa..balik rumah penat yg amat sbb terlalu lama duduk atas kerusi..dan jalan kaki jauuh..
Cobaaaaann...

Best of Luck

09-09-08
Acik sekeluarga mengucapkan selamat menempuh Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada
NUR AMIRA MURSYIDAH HAMZANI
Semoga Along Ya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang & yakin.
Didoakan agar mendapat 5A kelak.

Jalan2 Cari Rezeki

FISH QUAY adalah tempat di mana kami selalu mencari makanan2 laut seperti ikan, udang & ketam. Tempat ini terletak di Sunderland kira2 setengah jam perjalanan dr Durham. Lokasinya bersebelahan dengan pengkalan tempat nelayan2 melabuhkan kapal setelah pulang dgn hasil tangkapan masing2. Makanan laut kat sini kiranya fresh2. tu seronok dtg sini..cuma kadang tu bergantung pd nasib, time ikan banyak variety, bolehla beli byk2 buat stok, tp time dah habis @ tak byk tangkapan, xde pilihanla jawabnye. Harga..berpatutan..tempat ni dibuka mid days dr 9 am - 3 pm, weekend pulak pukul 9 am - 12.00 pm.



Bangunan inilah yg dinamakan Fish Quay tu..kecik ajer.





Sunday, 7 September 2008

5th Anniversary

06-09 (6977)
Semalam adalah tarikh bersejarah dalam hidup kami berdua. Alhamdulillah, sudah 5 tahun kami hidup bersama. Telah banyak pengalaman yg kami lalui sepanjang tempoh ini..pahit, manis, kelat, tawar..pendek kata semua rasalah.
Alhamdulillah, Allah SWT telah mengurniakan kepada kami rezeki yg murah berkat kehadiran 3 orang cahayamata sbg penyeri kehidupan kami berdua. Tidak dapat dibayangkan bagaimana rasa sekiranya ketiadaan mereka.
Kami berdua tidak menyambut apa2 pun sempena tarikh keramat ni memandangkan berada dalam bulan Ramadhan..Kami hanya berdoa mudah2an Allah SWT melimpahkan lagi rezeki-Nya kepada kami sekeluarga dan memberkati hubungan kasih sayang antara kami berdua sehingga ke syurga..InsyaAllah.

Friday, 5 September 2008

Mulianya Ramadhan

Question : We live in a country where the sun does not set until 9:30 p.m. or 10:00 p.m. When should we break our fast?
Answer :
Break your fast when the sun has set. So long as you have a night and a day in 24 hours, it is obligatory that you fast even if the day is long.

Wednesday, 3 September 2008

Mulianya Ramadhan

Question: Is it permissible for a cook to taste the food whilst fasting?

Answer:
There is no harm in tasting food, if necessary. This can be done by placing it on the tip of the tongue too see how sweet or sour it is. However, none of it should be swallowed, rather, it should be spat out or taken out of the mouth. If the food is tasted in this manner, the fast stands valid. Allah knows best.

Nekbat

Hari ni bukak pose dapat makan kuih 'nekbat'...heheh. Jiran kami yg bagi kuih tu..sebab ada tetamu dr Malaysia yg attend conference di Durham dok kat rumah dia.
Huu..jadikler..dapat gak merasa kuih dr pantai timur..alhamdulillah..

Monday, 1 September 2008

1st Day Fasting @ UK

Hmm..hari ini bermulalah puasa kami sekeluarga di perantauan. Perasaan? Ermm..bab puasa ni rasanya biasa je..cuma bila bab nak raya nanti tu kot lain macam sikit. Maklumlah Aidilfitri di tempat orang ni manakan sama dengan tanahair sendiri.

Pagi ni kami berdua bangun sahur pukul 3 pagi. Juadah hanya nasi goreng, nuggets ayam dan milo panas. Simple je. Pagi nanti bolehlah anak2ku breakfast dgn nasi grg tu. Subuh kat Durham awal..pukul 3.44 am. Maghrib pulak dekat pukul 8 pm. Haa..cube kire lah agak2 brp jam kitorg pose kat sini..

Aktiviti? Biasa kat sini ada aktiviti sepanjang Ramadan, antaranya tadarrus al-Qur'an, Iftar Jama'i, solat tarawih berjamaah..Macam abang, tadarrus kul 6-7 pm..aku lak kul 2-3 pm. Kanak2 lak kul 5-6 pm. Tapi tak termasuk Ameen & Iffah laa. Malam tadi hanya abang yg pegi solat tarawih kat masjid. Aku x pegi pun..solat sendiri kat rmh jer. Keadaan fizikal aku pun xberapa mengizinkan untuk aku solat berdiri sekarang ni..(sebab susah nak bangun..macam nak tumbang).

Of course aku teringat sangat kat kampung halaman..terutamanya time menolong ma bakar kuih akok untuk dihantar ke kedai2 yg menempahnya. Penat tapi seronok jugaa..Masa bujang2 dulu, bila balik cuti, mesti tolong ma kat dapur bakar kuih tu..dan, yg bestnye bila dapat habuan masa raya..upah ler apa lagik. Tapi, aku sebenarnya xkisah pun kalo ma xbagi pape..sbb perasaan untuk nak kan habuan tu takde sebenarnyaa..aku memang seronok bakar kuih tu..cuma kadang2 tu kena komplen jer sbb ter'gemuk' laa..ter'leper' laa kuih tu aku buat..hik3..sori ma..(kesian ma kepenatan buat kuih tu..tp sbb dia dah minat business, dia kuatkan semangat..).

Juadah berbuka? Haa..tang ni memang aku rindu sangat dengan kuih2 tradisional bulan puasa kat Kelantan. Manis tuu memangla manis..tapi, sedaaap sangat terutamanya kuih jala mas, buah tanjung & tahi itik (sound's disgusted but so yummy). Waaa..sedapnyer. Kalo nak rasa kuih2 ni kena pegi Kelantan laa..kat situ jer ada jual. Mahal la sikit harga dia..lebih2 lagi time harga brg melambung nih. Beli time 1st day puasa ni ok sikit rasa dia tau..original, fresh taste & flavour..tp bila dah pat lima hari pose..rasa dia dah lain...maklumlah depa ni jual kuih yg xhabis sebelum tu..jd, berhati2lah. Alaa..kat KL lagi teruk..jual karipap inti basi..uweekk..

Oklah..apapun..yang penting...


SELAMAT BERPUASA SEMUAA!! ORANG KAT MALAYSIA NUN..KALO MAKAN JUADAH YG XDE KAT UK TU..INGAT2LAH ORANG JAUH KAT SINI EK..UWAAA..