{18 Mei 2011}
Sumber : Malaysia Kini
Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.
"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.
Ramai tak puas hati
Menurutnya,  pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka  merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada  kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik."Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.
Sementara itu, tinjauan rambang Bernama  mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya  tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan  hanya buat ketua-ketua sekolah.
Seorang guru yang  dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar  berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat  sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan  dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang."Saya  biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya  lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah,  malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk  membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh  pihak sekolah," katanya.
Seorang lagi guru yang  hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan  pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak  memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.
"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya.
No comments:
Post a Comment