Saturday 7 May 2011

Kem Solat Cemerlang

Pada 22 - 24 April yang lalu, MISG UK-EIRE telah menganjurkan satu program di Durham iaitu Program Rekreasi Ilmu (PRI) bertempat di Moor House Adventure Centre, Durham. Manakala Kem Solat Cemerlang pula merupakan program selari khusus untuk kanak2 di peringkat usia 5 hingga 12 tahun. Objektif KSC secara kasarnya adalah untuk menunjukkan kepada kanak2 ini bagaimana cara berwudhu' dengan betul, amali solat dan juga bacaan2 dalam solat. Bagi yang telah tahu cara berwudhu' dan solat, KSC memberi fokus kepada kelancaran bacaan dalam solat.

Alhamdulillah, penyertaan KSC sungguh menggalakkan. Seramai 23 orang kanak2 seawal usia 4 tahun terlibat dalam program ini. Mereka diberikan folder setiap seorang yang mana di dalamnya dimuatkan nota2 13 rukun solat beserta bacaannya. Program bermula pada malam pertama dengan menonton video cara berwudhu' dengan betul.

Keesokannya KSC berlangsung sehari suntuk. Daripada amali wudhu' sehinggalah amali solat. Kanak2 juga dipecahkan kepada kumpulan tertentu mengikut usia masing2 supaya lebih senang untuk fasilitator kendalikan slot2 KSC. Jadi, mereka membuat simulasi solat di dalam kumpulan. Bukan senang ye nak uruskan kanak2 bawah umur ni supaya tenteram, sementelah pula dengan kewujudan playground di Moor House yang selalu mengacau konsentrasi mereka.

Dalam slot terakhir, para peserta KSC melalui proses penilaian oleh fasilitator2. Mereka dinilai dari aspek bacaan dalam solat dan juga praktikal solat. Likert-scale digunakan untuk mengukur amali solat masing2. Secara keseluruhannya, bagi kanak2 kecil, kebanyakannya masih belum dapat mengingati bacaan dalam solat dengan baik terutama sekali bacaan panjang seperti duduk antara dua sujud, tasyahhud awal dan akhir, lafaz niat solat 5 waktu dan bacaan sunat doa iftitah. Mereka hanya dapat menguasai bacaan2 yang mudah seperti surah al-Fatihah, surah pendek, bacaan ruku', sujud, i'tidal dan salam. Mereka sememangnya perlukan bimbingan dan tunjukcara yang betul kerana mereka masih dalam proses belajar.

Manakala bagi peserta di usia 8 hingga 12 tahun, mereka kebanyakannya sudah mencapai tahap yang baik dalam amali dan juga bacaan. Ada beberapa aspek saja yang masih memerlukan perhatian seperti bacaan doa qunut, beza tasyahhud awal dan akhir, dan pergerakan solat seperti ruku', sujud dan duduk antara dua sujud. Apapun, kami sangat bersyukur kerana program berjalan sepertimana yang telah dirancang. Alhamdulillah.

Program selesai pada lewat petang. Malam tu, saya bercadang untuk melatih mereka untuk buat persembahan pada majlis penutup keesokan hari. Tapi, hasrat tu terpaksa dibatalkan atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Pada majlis penutup, peserta2 KSC dianugerahi sijil penyertaan. Moga2 apa yang diperolehi dalam KSC dapat memberi manfaat kepada anak2 yang terlibat.

Slot 1 - Tayangan video.

Slot 2 - Persediaan untuk amali wudhu'

Slot 3 - Amali solat di dalam kumpulan.


Bergambar kenangan bersama sebahagian peserta KSC 2011.




TAHNIAH!!

kepada

SEKRETARIAT KSC-PRI 2011 !!!



Kita telah berjaya melaksanakan KSC buat julung2 kalinya!!

2 comments:

Zaitun said...

Alhamdulillah...melentur buluh biar dari rebungnya.

Selamat hari ibu buat hnyhar.

hnyhar said...

kak zai,
terima kasih atas sokongan!

SELAMAT HARI IBU BUAT KAK ZAI JUGA!! JAGA DIRI..