Showing posts with label My Career. Show all posts
Showing posts with label My Career. Show all posts

Thursday, 26 May 2011

Bravo SMAP Labu!!

9 lagi sekolah diiktiraf SBT: Muhyiddin


2011/05/25

Sumber : Berita Harian 27 Mei 2011, Jumaat.

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan sembilan lagi sekolah lagi diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort Dua bagi Kumpulan Kedua, menjadikan jumlah SBT pada tahun ini sebanyak 32.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi diberikan status SBT tahun ini ialah 50 sekolah.

"Ia dicapai melalui program handholding atau bimbingan kepada sekolah-sekolah yang berpotensi, yang dapat mengenal pasti kekuatan dan kekurangan masing-masing untuk mencapai status SBT," katanya pada majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2, di sini, hari ini.

Teks ucapan Muhyiddin dibacakan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong. Sebanyak 20 sekolah telah diumum sebagai SBT Kohort Pertama pada tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sekolah SPT setakat ini 52 di seluruh negara. Muhyiddin berkata sembilan sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban; Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu; Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong, Kuala Terengganu dan Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak.

Selain itu, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan; Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Kuala Selangor dan Sekolah Menengah Agama Naim LilBanat, Kota Bharu.


Bagi kategori sekolah rendah, pengiktirafan SBT diberikan kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tung Hua, Sibu.


Muhyiddin berkata terdapat SBT yang dilawati oleh negara luar seperti Singapura, Thailand, China, Jepun dan Finland bagi tujuan penandaarasan.


Katanya ini membuktikan bahawa sekolah ini telah berjaya menarik minat negara lain untuk mengadakan kerjasama bagi tujuan peningkatan pencapaian secara keseluruhan.


Beliau berkata pengiktirafan SBT tertakluk kepada satu set KPI merangkumi bidang akademik (50 peratus), kokurikulum (30 peratus), Jaringan dan Jalinan (10 peratus) dan Etos & Watak Sekolah (10 peratus). - BERNAMA

Thursday, 19 May 2011

Rintihan Seorang Guru Biasa

Lebih 400, 000 Guru Biasa Kecewa dipinggirkan.
{18 Mei 2011}


Sumber : Malaysia Kini

Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.


lok yim pheng nutp sec gen 060905Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

education school science class 040405Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.

Ramai tak puas hati

Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

sekolah menengah high school girls uniform"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

the antidote article sarawak native logging school children 280409 01"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.

Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya.

Monday, 16 May 2011

Hadiah Hari Guru?

Berita baik untuk guru: Kaedah baru kenaikan pangkat

16/05/2011 3:46pm

KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.

"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.

Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan



Friday, 6 May 2011

Sekolah Kluster

LATARBELAKANG
Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

DEFINISI
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.


TUJUAN
Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.


PELAKSANAAN
Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah;
  • Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  • Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
  • Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.


KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  • Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

  • Prasyarat Pertama
    • Pengukuran Standard Sekolah:
  • Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

  • Prasyarat Kedua
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
  • Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
      • SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
      • SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
      • SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
      • SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
    • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
    • Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
    • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
    • GPS UPSR : 2 dan ke bawah

c. Syarat Pemilihan

  • Kecemerlangan murid dalam aspek:
    • Akademik
    • Kokurikulum
    • Sahsiah
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
  • Keberkesanan pelaksanaan program KPM
  • Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Penerimaan pencalonan
  • Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex.
  • Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
  • Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
  • Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
  • Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER

Pemimpin sekolah kluster ialah:

  • Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
  • Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
  • Jawatan: school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula:

  • Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
  • Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
  • Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
  • Nisbah kelas: guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:

  • Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
  • Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
  • Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah:

  • Berpandukan:
    • Key Performance Indicator (KPI)
      • pengurusan sumber manusia dan fizikal
      • sumber kewangan
      • pembangunan profesionalisme staf
      • program kurikulum dan kokurikulum berkesan
      • lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
    • TOR Sekolah Kluster

Autonomi Sekolah:
Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:

    • Umum (untuk semua sekolah)
    • Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:

  • Pematuhan piawai yang berikut:
    • Akta Pendidikan 1996
    • Sistem Pendidikan Kebangsaan
    • Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
    • SKPM

Senarai Bidang Autonomi:

    • Pengurusan Sekolah
    • Pengurusan Sumber Manusia
    • Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
    • Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
    • Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti:

Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.

Peranan Agensi Lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:

    • Biasiswa
    • Kewangan/Dana
    • Program Kecemerlangan Akademik
    • Program Kecemerlangan Kokurikulum
    • Program Kerjaya

IMPAK SEKOLAH KLUSTER

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:

Program Kecemerlangan Kokurikulum

  • Program Kerjaya
  • Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
  • Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
  • Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
  • Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
  • Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
  • Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
  • Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang
    (6.9% daripada 350,000 guru)
  • Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia
Sumber : http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/kluster/

Tuesday, 3 May 2011

Tahniah SMAP Labu!

TAHNIAH

diucapkan buat seluruh warga SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan kerana berkat komitmen semua akhirnya SMAPL telah berjaya diiktiraf sebagai

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

oleh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA





Semoga dengan pengiktirafan yang dianugerahkan menyuntik semangat yang berterusan buat semua warga SMAPL untuk terus mencipta kecemerlangan, khususnya buat rakan seperjawatanku dan anak2 didik sekalian. Moga SMAPL juga turut diiktiraf dunia.

Thursday, 24 March 2011

SASER, Sekolah Terbaik SPM 2010

SM Sains Tuanku Munawir Muncul Sekolah Terbaik SPM 2010

SEREMBAN, 23 Mac (Bernama) -- Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER), muncul sekolah terbaik peringkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Ia merupakan kejayaan bagi tahun kedua berturut-turut.

Pengetuanya Sabuddin Sani berkata pada tahun 2010, sekolahnya mencatatkan peningkatan terbaik bagi Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu sebanyak 0.89 berbanding tahun sebelumnya iaitu 0.97.

"Daripada 266 calon yang menduduki SPM, seramai 143 orang memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, manakala seramai 16 orang daripada mereka mencatatkan sebagai pelajar terbaik, dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Katanya jika tahun 2009 hanya dua calon sahaja mendapat semua A+, tetapi pada tahun 2010, ia telah mencatat sejarah apabila 16 pelajarnya mendapat keputusan cemerlang.

"Saya bersyukur dengan kejayaan yang diperolehi, dan berterima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam mendidik serta memberi tunjuk ajar yang berkesan kepada semua calon SPM sekolah ini. Saya yakin, melalui program pemantapan yang dilakukan, ianya banyak membantu pelajar-pelajar ini meningkatkan mutu pelajaran mereka. Tahniah dan syabas kepada semua," katanya.

Sementara itu, pelajar cemerlang, Muhamad Zakhuan Abd Rashid ketika ditemui melahirkan rasa bersyukur dengan setiap pencapaian yang diperolehi.

Beliau yang memperoleh 9A, dalam semua mata pelajaran itu mengucapkan terima kasih kepada semua tenaga pengajar, yang telah bersusah-payah mendidiknya sehingga memperoleh keputusan cemerlang.

Muhamad Zakhuan berkata kejayaannya itu juga ditujukan khas buat ibu tersayang, yang kini bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan.

"Pengorbanan ibu yang terlalu banyak kepada saya tidak dapat dibalas, melainkan memberikan keputusan cemerlang buatnya sebagai hadiah," katanya.

***************************************

TAHNIAH buat

SITI NURUL ATIKAH MOHD FADZIL

kerana berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan semalam.

8As 2Bs



Thursday, 11 March 2010

SPM Hari Ini

Hari ini keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan. Teringat pula kat anak2 didik saya di SMAP Labu, yang dulunya masih di Tingkatan 3 sewaktu saya berkhidmat di sana, nampaknya tengah bergembira dengan result masing2. Doa saya moga mereka semua mendapat kejayaan yang diimpikan dan kembali meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Sunday, 22 March 2009

A Message to Me

Hr ni sy berasa amat sayu..bila sy buka baytulkifli, sy lihat ada 1 pesanan buat sy yg dtgnya drpd seorang anak didik sy di SMAP Labu. Sebetulnya dah lama sy tak menerima berita ttg Afiq [namely MOHD AFIQ HIDAYAT ZAILANI].

Tugas seorg yg bergelar guru secara zahirnya mmglah menyampai & memindahkn ilmu. Tetapi,pd hakikatnya beliau bertanggungjawab utk mendidik pljr itu dr segenap aspek..bkn setakat memperkenalkn subjek itu saja..saya harap usaha sy selama ini diberkati Allah SWT. Sy kira itu adalah ibadat sy [walaupun setiap bulan dpt gaji]. Hanya Allah shj yg tahu ttg hati ini. Lagipun, kamu semua adalah amanah Allah buat saya. Kelak di hari perhitungan saya akan ditanya...

Buat Afiq,
TAHNIAH atas kejayaan dlm SPM 08.

Teruskan perjuangan untuk mencapai cita2 murni itu..
Tabib..
Hafiz ..
Mujahid..
Syahid..
Saya doakan Afiq berjaya kelak. Amiin.


{Pesanan drpd seorang anak didikku}

assalamualaikum w.r.t
ana ucapkan pada seorg insan yg
pada ana..sgt bmakna insan ini
ilmu yg dicurahkan sgt ana hargai..
itulah..
ustazah hanani..
mualimah li maadah lughatul arabiah al aaliyah
padanye ana diperkenalkan bahasa arab tinggi...
syukran ya muallimah

ustzh,
di kala ana mcoret tinta2 ini utk enti..
ana sgt trase ukhuwah itu manisnye melebihi apa yg dpt dirasai oleh pancaindera manusia..

ana skrg mghfal quran..
ayat2 cinta Allah,RAbbi ilahan waahidan
di DARUL QURAN,JAKIM
sbuah maahad tahfiz..
dan insya-Allah
akan habis juz 8 miggu nie

ana mrancang utk medic di eropah
bsame hidayah brhanuddin
mncari ilmu Allah..
yg luas nye..
hanye Allah yg tahu..
alhmdllh,berbekal 11a1 n gce-o a1
ana yakin...
akan sebar Islam di sana

tyme amik result spm ari tuh
ana bgi hadiah utk cikgu2 yg ajar ana
dr f1 smpi f5
tpi utk enti..
A1 shjlah hadiah yg dpt ana beri..

ustzh,
doakan ana dpt jadi ibn sina..
doakan ana dpt mati syahid
doakan ana dpt sebarkan Islam spnjg hidup ana

ana dlm ktakutan sbnrnye..
ana tau...spm,one dot for an opening to my new life..
to choose mardhatillah as my aim..
n to bhold Islam as Ad-din..



Mohd Afiq Hidayat Zailani

Friday, 13 March 2009

Syukur



Semalam, keputusan peperiksaan SPM 2008 diumumkan. Alhamdulillah, seramai 30 org pljr berjaya mendapat straight A yg mana 15 daripadanya memperolehi straight A1. Seronok melihat mereka berjaya..

1. Ahmad Faiz bin Zaib

2. Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi
3. Akhtar Muzaffar bin Muhammed
4. Amirun Safwan bin Ahmad Shukri
5. Fatin Iezzaty bt Abdul Malik
6. Lokman Hakim bin Mohamad Nasir
7. Mohamed Afiq Hidayat bin Zailani
8. Muhammad Asyraf bin Mohd Halid
9. Muhammad bin Hasan Azhari
10. Muhammad Shafiq bin Sulaiman
11. Nur Amalina Fairuz bt Anuar
12. Nur Hidayah bt Borhanudin
13. Nurul Ain Izzati bt Amran
14. Nurul Atiqah bt Abdul Hakim
15. Sarah Nursyaza bt Abdul Nasser

Saya bangga dengan mereka. Saya doakan semoga kejayaan mereka ini diberkati Allah SWT dan menjadi contoh kepada generasi seterusnya.

TAHNIAH!!..MABRUK!!..CONGRATULATIONS!!..
FELICITATIONS!!..GRATULIERE!!..


nama2 yg saya kaler pink tu adalah anak2 bawah jagaan saya masa berkhidmat di SMAPL lalu..[beam]

Friday, 6 March 2009

SPM Result


Khamis minggu depan ni, result SPM 2008 akan diumumkan. Hmm..seram sejuk dibuatnya kan. Macamanalah anak2 didik sy di SMAPL tu? Terutamanya pljr2 Ibn Haitham..sy sentiasa doakan kejayaan mereka semua. Alangkah seronoknya jika sy dapat bersama2 mereka menyaksikan detik2 bermakna itu.

Semoga kejayaan cemerlang mengiringi mereka semua.

Saturday, 3 January 2009

Capturing Memories @ SMAP Labu

3 Januari

Tarikh ini cukup mengingatkan aku tentang hari pertama aku lapor diri utk bertugas sbg seorang guru di salah sebuah boarding schools di Malaysia. Tempat itu ialah Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu. Pagi2 lagi aku dah sampai di sana..abg yg hantarkan. Jarak dr rumah tak jauh mana, hanya 21 km shj..campur tolak dlm stgh jam perjalanan (jalan lama..byk lori). Hmm..dalam hatiku berkata.."last2 dapat jugak jejakkan kaki ke sekolah ni..dulu selepas PMR dpt offer sambung belajar kat sini [science stream] tapi, my mum tak kasik register sbb dia srh amik exam SMU di Kelantan..". Aku anak yg solehah..aku ikut cakap my mum walau jauuuh di sudut hati..agak kuciwa sbb harapan nak sambung dlm science stream berkecai..ada hikmah di sebalik semua ini..kan?

Seperti biasa setiap hari pertama persekolahan, adalah WAJIB diadakan Perhimpunan Pagi walaupun ia jatuh bukan pada hari Isnin. Aku ingat lagi..(grinning), masa sampai2 je..aku terus ke opis. Selepas memperkenalkan diri, Pengetua (masa tu, Pn. Khuzaimah..dah jadi mantan skrg ni) terus mengajakku ke dewan Bestari SMAPL untuk assembly. Aku pun ikutlaa dgn perasaan yg gedebak gedebuk..bersama2 aku masa tu Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid, GPK Akademik & GPK Ko-kurikulum (KO-KU). Masa diorang dibawa masuk oleh Ketua Pelajar (KP) ke dlm dewan aku pun masuklaaa jgk..dlm hati aku tertanya2..kat mana aku nak duduk ni..psl aku nmpk ramai guru lain yg ada atas stage..berdiri..ditambah pula dgn students applause. Kaget jgk aku..eh2..aku ni tersilap langkah ni..

Tahu tak sepatutnya aku tak patutla berjalan sama2 dgn geng2 besar sekolah tu..sapalah aku ni kan..molokut di topi gantang iyolah. Aku pasti sgt kali ni mmg aku silap..aku sepatutnya awal2 lagi dah naik atas stage tu sebelum pentadbir2. Ini tidak..aku bersama2 dgn mereka..kih3. Aku yakin muka aku masa tu mmg merah padam sbb maluuu. Aku nmpk semua guru memandang aku dgn muka kompius campur peliks. Aku cpt2 cover perasaan & air muka..malu gue beb! (dalam hati, aku marah2kan diri aku sbb awal2 dah perasan..nak masuk dewan ala2 pengetua..).

Then, pengetua berucap sambil introduce aku di depan audience. Maka dgn senyum simpul campur malu aku berdiri dan tunduk sket..har3..mesti diorg semua tgh ketawakan aku kan..iyelah, "oo..cekgu baru..patutlaa". Itu expression yg aku terdengar semasa berada di kalangan mereka. Sori..aku tak tahu plak style sekolah tu mcm tu. Tak pernah2 pula aku experienced bende yg sama sblm ni.

Dah habis assembly, ada date dgn pengetua. Banyak bende yg nak kene settle hari ni. 1st day le katakan. Takkan aku srg je guru baru..atau diorg tak report duty hari ini. Seingat aku, wajib datang hari pertama sekolah..seawal pagi. Hmm..rupe2nye ada lagi 2 org..depa ni lambat sampai..patutla xde kat assembly. Lelaki belaka.

Aku diberi tugas2 oleh Pengetua..dari guru tingkatan sampailah berbondong2..AJK itu ini. Paling koman jd AJK laa..yg len tu Setiausaha..Bendahari. Nasib baik tak jadi Pemangku Pengetua jer..haaa3. Itulah nasib cekgu baru. Nak test power. Alhamdulillah..berkat usaha, doa & tawakkal..serta bantuan rakan2 sejawat..aku berjaya lalui dgn jayanya.

Aku mesti ingat tarikh ni..tarikh yg amat penting dlm sejarah hidup aku sbg seorang

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH
PPPS DG 41

atau dengan nama glamer lain..CEKGU..

Ikuti beberapa siri memori suka duka pengalamanku mengajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yg penuh cabaran..(aku pasti..) yg aku abadikan dlm slide kat bwh ni.







Thursday, 13 November 2008

Keputusan UPSR Lebih Baik

PUTRAJAYA 13 Nov. – Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus calon yang mencapai keputusan sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya.

‘‘Sebanyak 317,404 calon (62.7 peratus) mendapat minimum gred C dalam semua mata pelajaran berbanding purata 60.5 peratus untuk tempoh 2003-2007. ‘‘Seramai 488,567 pelajar atau 96.3 peratus daripada jumlah calon pula mencapai tahap literasi yang dikehendaki berbanding purata 95.7 peratus untuk lima tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Alimuddin berkata, hanya terdapat empat mata pelajaran yang mencatatkan penurunan dari segi jumlah pelajar yang mendapat A iaitu Matematik, Bahasa Inggeris SJK, Bahasa Cina (pemahaman) dan Bahasa Tamil (pemahaman).

Menurutnya, lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (penulisan) Sekolah Kebangsaan (SK), Bahasa Inggeris SK, Bahasa Melayu (pemahaman) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Bahasa Cina (penulisan) dan Bahasa Tamil (penulisan) pula mencatatkan peningkatan yang signifikan dari segi jumlah pelajar yang mendapat gred A.

‘‘Dari segi pelajar yang memperoleh minimum gred C pula, mata pelajaran yang mencatatkan peningkatan signifikan ialah Bahasa Melayu (penulisan) SJK dan Bahasa Inggeris SK.

‘‘Tiada satu pun mata pelajaran yang mencatatkan penurunan yang signifikan dari segi jumlah pelajar yang mencapai gred A hingga C,” katanya.

Dalam pada itu, lebih separuh daripada jumlah calon pelajar berkenaan menggunakan bahasa Inggeris bagi menjawab peperiksaan Sains dan Matematik.

Daripada 511,875 sampel yang diambil, 159,234 (31.1 peratus) calon menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam menjawab soalan Sains.

Alimuddin berkata, keputusan di kalangan calon orang kurang upaya (OKU) turut mencatatkan peningkatan memberangsangkan tahun ini.

‘‘Sebanyak 1.27 peratus daripada jumlah calon terencat akal memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding hanya 1.19 peratus pada tahun lalu.

‘‘Jumlah calon buta yang mendapat semua A pula meningkat daripada kosong kepada 3.33 peratus. Calon cacat lain daripada kosong kepada 0.33 peratus, calon rabun daripada kosong kepada 1.33 peratus dan calon spastik daripada 1.23 peratus kepada 4.26 peratus.

‘‘Calon bisu yang mendapat A dalam semua mata pelajaran, bagaimanapun, menurun daripada 66.67 peratus kepada 50 peratus manakala masih tiada calon pekak yang mendapat semua A pada tahun ini,” katanya.

Ditanya mengapa analisis keputusan keseluruhan UPSR tahun ini dibandingkan dengan keputusan purata lima tahun lalu dan bukan dengan keputusan tahun lepas, Alimuddin berkata, perbandingan dengan lima tahun lepas dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh dan tepat.

‘‘Selain itu, tahun 2003 juga merupakan tahun di mana kita memulakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Tuesday, 11 November 2008

Best Wishes

BEST OF LUCK

to

my students at SMA Persekutuan, Labu (SMAPL)
  • 5 Ibn Haitham
  • 5 Battani
  • 5 Zarqali
  • 5 Razi
  • 5 Ibn Muqaffa'
in

SPM 2008



Semoga beroleh kejayaan cemerlang di dunia & akhirat. Hormatilah guru2 dan dekatilah mereka kerana keberkatan ilmu akan diperolehi jika kalian membahagiakan hati & perasaan mereka. Bagi seorang guru, tiada apa yang dapat menggembirakan & memuaskan hati melainkan melihat kejayaan anak didiknya.

Friday, 7 November 2008

PIPP tidak akan terjejas..

PELAKSANAAN PIPP DITERUSKAN WALAU EKONOMI GAWAT


Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) tidak akan terjejas walaupun negara kini berhadapan dengan kesan kemelesetan ekonomi yang melanda dunia.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia termasuk mengisi kekosongan 26,000 jawatan perguruan pada tahun depan.

Katanya, kementerian juga akan memastikan 14 buah sekolah yang sedang dalam pembinaan akan beroperasi sepenuhnya menjelang tahun depan.

“Kementerian akan memastikan semua prasarana pendidikan mencukupi selain ia siap mengikut jadual walaupun negara dalam keadaan ekonomi yang mencabar,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kualiti 2008 Kementerian Pelajaran di Dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) di sini hari ini.

Setakat ini, kementerian berjaya melaksanakan 4,280 projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) membabitkan kos RM3.87 bilion manakala 5,026 projek berjumlah RM18.343 bilion masih dalam pembinaan.

Hishammuddin yakin kerajaan akan menyalurkan peruntukan kepada apa juga bentuk projek dan prasarana untuk meningkatkan pendidikan demi kepentingan rakyat.

“Pendidikan amat penting untuk semua dan kerana itu saya yakin kegawatan ekonomi tidak akan menjejaskan semua projek yang dirancang oleh kementerian,’’ katanya.