Saturday 28 February 2009

: : Simple Brownies : :

Semalam masak ni..1st time buat. Dah lama nak cuba buat, asyik bertangguh jer. Sy takde bekas 4 segi yg kecik la. Ada yg besar je. Jadi, brownies sy ni jadi nipis secoet je. Kamera close up je nmpk cam besar tu. Jgn terpedaya pulak. Mesti Kak Fiezah nak resipi kan..okeh, sy tepek ni sekarang juga. Senang sgt. Ameen & Iffah suka sgt mkn ni. Dah habis dah pun. Tak sempat nak bg jiran..

SIMPLE BROWNIES
{dipetik drpd MyResipi.com}

Bahan2:
115 g butter, cairkan & sejukkan
1 cwn gula halus
1/3 cwn serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
1/2 cwn tepung gandum serbaguna
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam (optional)

Cara2:
1. Campurkan butter, gula, esen vanila & telur. Kacau rata.

2. Masukkan tepung, b.powder, garam & serbuk koko yg telah diayak bersama2. Kacau sebati.

3. Tuang adunan dlm loyang 4 segi yg digris & dialas baking sheet. Sy campak choc. chips bbrp ketul utk double kan rasa choccy.

4. Bakar pd suhu 160 C selama 20-25 minit. Dah masak tu, nak deco pape pun sukati la..sy tak buat apa2 pun. Takde bahan..plus malaaaas..hehehh.



Hmm..nampak cam besar je kan..yg sebenonye kecik yg amat. Tapi, rasanya sedap.

: : Malay Chicken Beryani : :

Kami ber 3 makan ni tadi untuk tengahari. Mungkin dibawak sampai ke malam. Masak cukup2 untuk 3 mulut ni je. Nak masak untuk jamu orang tu, next time la k..saya pun tak menang tangan dibuatnya tadi..hinggakan memasak pun sambil berdukung {pakai baby sling}. Saya gagah buat juga sebab Ameen & Iffah yg nak makan. Dia buka gerobok dapo dan ternampak rempah nasi beryani beserta gambarnya sekali..apa lagi, Ameen beriya2 suruh saya buat ni.

Ini kali kedua dah masak nasi ni. First time masa ayah ada di rumah. Ingatkan senang je buat nasi ni, rupenya kemain lagi..cenggitu cenggini kene buat, kene taruk..hmm..tibee2 teringat nasi beryani kat pasar malam hari Jumaat kat Nilai tu. Huuh..nasi beryani pakcik tu sedaaap betul. Tak tertanding rasanya. Patutlah sebungkus pakcik jual sampai dekat RM 6. Ghupenye susah benar nak membuatnyaa..[bukan ssh, leceh jer].

Resipinya saya cedok kat belakang kotak rempah nasi beryani tu laa..

NASI BERYANI AYAM
{Malay Chicken Beryani-Malaysian Style Chicken Spicy Pilaf}

Bahan2:
750 g ayam [large portion]
500-600 g beras basmathi [dibasuh & direndam selama 30 min]
50 g asam jawa [direndam dlm 1 cwn air selama 30 min. Pastu perah & ambil jusnya]
1 biji bawang besar sederhana - dlm 200 g [dihiris]
2 sudu besar halia yg ditumbuk
2 sudu besar bawang putih yg ditumbuk
50 helai daun kari
10-15 biji cili hijau..[cili padi ni..sy xletak pon]
1 cwn mentimun [dipotong tebal2, pjg2 cam wedges, jgn buang kulit]
1 1/2 cwn minyak sapi
60 g rempah nasi beryani [agak2 je, kurangkan sikit utk kurang pedas]

Cara2:
1. Gaul ayam dgn halia, bwg putih & 2 sudu besar rempah [amik dr 60 g td tu]. Perap 1 jam.
Kemudian, masukkn air 1/2 cwn. Tutup & rebus pakai api slow smpai empuk. Pas2 kuatkn api utk keringkan airnya.

2. Dlm kuali, letak minyak sapi. Grg ayam td pakai api kuat smpai jd perang2. Kacau rata. Angkat.

3. Dlm minyak yg sama, masukkn bwg bsr, grg smpai kuning. Masukkan cili, daun kari, rempah nasi beryani, jus asam jawa & 1 cwn air. Masak bbrp minit, kacau.

4. Masukkn aym yg digoreng td, mentimun & 1 cwn air lg. Biar atas dapo jap pastu angkat.

Utk persediaan nasi.
1. Beras yg direndam stgh jam td dah boleh masak semasa kite tgh dok masak2 ayam tu..Masukkan 10 gelas air dicampur 2 sudu besar garam dlm beras yg direndam tu. Beras ni sy sukat pakai cawan dlm rice cooker tu je. Sukat air dia pun pakai cwn tu jgk. Sshla..gelas besar mana ntah yg dia pakai, kan? Masakla nasi tu smpai 3 suku masak. Pastu, toskan airnya.

2. Lapiskan nasi & ayam ala2 kari td secara berselang seli, (in layers)..mcm kek lapis {kih3}. Tutup dan masak pakai api perlahan hgga nasi betul2 masak & lembut. Kacau sikit nasi & ayam td sebelum dihidang.

Best kan boleh masak sendiri dah nasi nih. Jgn harap sy nak masak nasi ni bila dok di Msia nnti..hahahaaa..

Oh! Ye..lupe plak nak bgtau..sy masak ikut sukati sy je sukatannya tu..agak2 je. Dlm ni sy tepek resipi asal, kang marah tuan punye resipi ni kang..ok, cubalah, sape nak cube tu..hubby kata, sedaaap, mcm kat kedai..dia mkn bertambah2..



Friday 27 February 2009

Souvenir vs Homework

Semalam kan saya cerita tentang lawatan Ameen ke 7stories..hari ni Ameen bawa pulang sedikit souvenir yg didapatinya. 1 kupon buku bernilai 1 pound sempena hari Buku Sedunia pd 5 Mac nanti dan Horrid Henry's door hook.


Malam tu, temankan Ameen siapkan homework Numeracy nya. Suruh dia buat awal2..bimbang saya terlupa nanti. Bila waktu malam je, kami 4 beranak akan lepak2 dalam bilik study ayah. Biasanya lepas Maghrib saya akan ajar diorg berdua mengaji Iqra'. Lepas tu, ajar tulis ABC [small letters] ataupun ulangkaji apa2 yg tlh dipelajari di sekolah siang tadi.
Dah habis semua tu baru saya bagi diorang main game di komputer, tak pun tengok katun. Pkl 9 mlm je kami semua akan masuk bilik, pastu bacakan bedtime stories sambil ajarkan perkataan2 baru. Kemudian, baca doa tidur dan baca Fatihah sama2 [dah boleh dah baca sikit2, alhamdulillah]. Acara terakhir kami..apa lagi tidurlaa..biasanya sebelum mata lelap tu, sempat lagila diorang berdua tu main game terakhir iaitu berebut duvet -tarik menarik ala2 Tug of War-.

Iffah tgh tengok apa yg Ameen buat. Pensel tu, ada org sedekah..sebenarnya dah byk pensel bg kat depa ni..tp biasalah..hillang ntah ke mana. Dicari pun xjumpa2.


Ini award yg Ameen dapat tadi.


Down and across, down the middle..that's how he was taught to write number 4. Kita pun kena ajar dia macam tu juga. Jika tidak, dia akan kompius...
Home / School Diary milik Ameen yg wajib ada dalam fail birunya. Setiap huruf konsonan & vokal yg dipelajari akan dicatat dalam diari ni beserta dgn tarikhnya sekali.

Hari ni baru dapat buku ni..WOW Word Book..apa kandungannya?..

Dalamnya terttampal bende ni..perkataan yg biasa jumpa sehari2 kot..ntahla..untuk minggu 1, ini baru yg dipelajari..
Mum
&
Dad

Sounds Book
Dalam ni pula direkodkan huruf2 yg dipelajari..Semua buku ni di letak dalam 1 fail;
JOLLY PHONICS
Kami pernah bertanya pd cekgunya, apa yg perlu kami bantu as his parents kat rumah..
Cekgu dia jawab..tak payah ajar dulu bunyi2an setiap huruf tu kat rumah melainkan huruf tersebut dah diajar di sekolah. Takut keliru..dan tersalah ajar..[maklumlah..cara sebutan Malaysia berbeza].
Numeracy Homework
Ini yg Ameen tgh buat tadi. Kerjarumah tentang cara nak tulis nombor dengan betul. Buku ni biasanya dapat hari Jumaat, pastu weekend kena siapkan..pastu kena hantar sebelum hari Jumaat lepas tu..biasanya Ameen hantar hari Isnin.. [kena antar awal psl tkt saya terlupaaa].

Ameen dah siap buat homework..dah dibenarkan main games..


Thursday 26 February 2009

7Stories


Hari ni school Ameen buat lawatan ke Sevenstories di Newcastle. Tempat ni macam gedung buku kanak2. Best juga tempat ni kalo dapat pegi. Sebelum ni tak tahu pun ada tempat ni dekat2 sini. Jika nak tahu lebih lanjut mengenai sejarah tempat ni, sila tengok di sini.

Jika nak bawa family ke sana, boleh lihat address di bawah.
30, Lime Street,
Newcastle Upon Tyne,
NE1 2 PQ


Oh ye..tiket masuk, dengar2 nye..mcm ni:
GBP 5 - dewasa
GBP 4 - kanak2
GBP 15 - tiket keluarga [ 2 dewasa + 2 kanak2 ]

Tapi, budak2 yg pegi trip tadi, xdapat papepun cenderahati..

Sesungguhnya...

SESUNGGUHNYA...Sudah lama saya tidak mendengar alunan lagu ini [dlm playlist]. Masih sy ingat suatu ketika dulu, pujaan hati sy nyanyikannya. Tak sangka juga, rupenya boleh jadi solo nasyid. Tapi, tgh syok2 dgr, tiba2...jeng..jeng..jeng..[bygkan irama jeng3 ni mcm dlm filem PRamlee], org tu terlupa liriklaa pulak. Kih3..apa lagi, tersenyum simpulla diaa. Kenapa tiba2 je lupa lirik ye.......

We MISS you wholeheartedly..

Ladybug


Ini yg Iffah buat untuk ayah..

Tuesday 24 February 2009

To Think About

Sekarang ni saya kena fikirkan tentang sesuatu..sebelum mengambil sebarang keputusan. Ibarat seperti ditelan mati emak..diluah mati bapak..aduss, apa betulkah kata2 saya sebentar tadi. Dah lama gitu tak guna madah2 melayu ni. Apapun, saya berharap keputusan yg dibuat nanti adalah yg terbaik untuk semua.

Ya ALLAH..kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk menjalani hari2 yg dilalui..amiin.

Off to School

Sebenarnya, semalam sesi persekolahan sudah bermula. Ameen akan enjoy Jolly Phonics nya nanti. Saya rasa dia betul2 bersemangat sekarang ni. Saya berdoa semoga anak2 saya akan mendapat sesuatu yg berharga di sini, sebelum kami melangkah pulang [for good] ke tanahair kelak. Sesungguhnya pengalaman ini tidak terbayar rasanya.

Saya pernah disuarakan oleh rakan Malaysia di sini mengenai urusan hantar Ameen ke sekolah memandangkan saya terpaksa menyiapkan 3 org anak sekaligus setiap pagi. Tapi, bila diberitahu kpd Ameen sendiri bahawa nanti dia akan dihantar oleh seseorang ke school, terus dia pandang saya dan berkata, "Ameen taknak pegi dgn org lain, Ameen nak ibu je dgn Iffah, dgn baby..boleh tak ibu?". Hmm..saya dah agak dari awal lagi. Mungkin dia tak biasa dihantar oleh I-Know-Who.

Maka, saya pun ambil keputusan utk menghantar sendiri Ameen & Iffah ke sekolah. Nampaknya urusan menyiapkan mereka ini takdelah seteruk yg saya sangkakan. Mungkin Allah SWT mempermudahkan segalanya. Alhamdulillah. Walaupun saya kelihatan tidak ubah seperti ibu ayam membawa anak2nya, namun percayalah, saya boleh lakukannya. Lagipun, saya percaya, bila IBUBAPA sendiri yg menghantar anak mereka ke sekolah, mereka akan rasa diri diSAYANGI, diAMBILBERAT dan BERMOTIVASI untuk libatkan diri dlm aktiviti sekolah.

Jalan2

Hari Sabtu minggu lepas, saya bawa anak2 ke Pejabat Pos (PP) yg letaknya berhampiran sahaja dengan kawasan perumahan Bowburn. Kenapa pulak kat sini destinasinya? Ini semua gara2 saya yang ingin berurusan Seri Paduka Baginda. Jika sebelum ni asyik bergantung pada abang saja, nah ambik..sekarang ni semuanya saya kena urus sendiri. Tapi, takpe selagi saya berdaya buat semua tu, saya akan usahakan sendiri.

Alhamdulillah, nampaknya urusan SPB dah selesai. Si Ameen & Iffah pula merengek2 minta dibelikan gula2 yg ada dijual di situ. Tiba2 teringat pula saya pd PP di Malaysia. Rasa2nya PP kita xde pun jual bende2 makanan dan serba mak nenek tu. Bende yg takleh makan adaalaa, cam setem dsb.

Kesian pula lihat muka2 mereka berdua ni. Budak2 kene tinggal ngan bapak. Oleh krn mereka tak dapat ke mana2 pun cuti ni, maka saya pun belilaaa 2 jenis gula2. Apa lagi, bukan main seronok lagi diorang ni. Hmm..siannya anak2ku ni.. [muttered]. Maka, lps settle semua bende, kami pun berjalan2lah di kawasan sekitar.



Iffah tak tinggalkan Fimbo nya..dibawa juga ke sanaa..

Ameen & Iffah tersenyum lebar sebab dah dapat habuan.

Jika sesiapa nampak kami mcm ni berderet2 berjalan kaki sambil berpimpin tangan mesti mereka ingat saya perlukan bantuan. Hahaa33..terima kasihlah kpd mereka yg merasakan mcm tu ye. Saya ok saja. No BIG deal!

Diorang nak tunjuk gambar ni pd ayah. Jangan risau ayah, murah je gula2 ni. Ibu sentiasa pantau diorang makan gula2. Berita baik untuk ayah, mereka berdua dah well disciplined tentang 'gosok gigi'. Dua kali sehari, setiap pagi dan sebelum tidur.

Sunday 22 February 2009

: : Kek Lapis Horlicks dan Milo : :

Atas permintaan Cikcu, saya attach resipi Kek Lapis ni. Dah buat sebelum ni masa Aidilfitri yg lalu..sedap dan menjadi..cubalah..gambar ada dalam entry yg sudah2..

KEK LAPIS HORLICKS DAN MILO



Bahan2:
10 biji telur
16 oz mentega
220 gm gula kaster (saya gunakan 200 gm)
240 gm tepung gandum
(guna tepung Hong Kong - jika xde, ayaklah tepung gandum biasa tu sampai 3 kali)
100gm horlicks
100gm Milo
1 tin susu pekat (397gm)

Cara:
- Pukul mentega dan gula hingga kembang.
- Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata.
- Masukkan susu pekat, kacau rata.
- Kemudian masukkan tepung, dikacau/gaul rata dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
- Satu dicampur Horlicks manakala yg satu lagi di bubuh Milo.
- Bakar selapis-selapis hingga selesai [pakai api atas saja]. Letak dlm 4 sudu besar adunan untuk 1 lapis. Bakar dlm 3 minit je.
- Bila dah habis bakar, tutup loyang pakai aluminium foil dan masukkan air sebekas dlm oven, letak kat bhgn bawah.. [pastikan bekas tu ovenproof laa]. Ini pntg untuk 'moist' kan kek ni. Bakar lagi selama 5 minit pakai api atas bawah.
Siaaapp!!

Saturday 21 February 2009

Meniarap

Entry ini untuk ayah. Izzah dah terer bergolek sampai meniarap, cuma tak berapa terer lagi nak angkat kepalanya.




Tengok tuu..Izzah tak pandai lagi nak angkat lehernya. Haa3..



Haa..nampak tu, macam dah okey sikit kan ayah? Terus diam mulut dia bila dah dapat duduk macam ni. Agaknya baru rasa lega kot..dah dapat buat. Bravo my dearest!

Friday 20 February 2009

: : Best Chocolate Moist Cake : :

Tadi..buat ni..ha3..nak lepas perasaan sebenarnya ni.. perasaan terbuku jer..ingatkan orang jauh di mata..drpd asyik dok teringat je, baik saya buat sesuatu yg saya suka..ini diaa..abg, kek coklat moist. Kawan pun ada bg rasa kek coklat moist yg dia buat hari tu..sedaaap sgt. Next time, nak buat yg style dia plk..

Bagi jiran sket..kami nak mkn ber4 [tolak baby] tentunya xhabis kan..abg pun, kalo dia adaa..dia xberapa gemar mkn kek..kecuali masa tgh panas, baru2 masak..haa, yg tu je dia makan.

Untuk rujukan, boleh lihat sendiri di fotopages Rinnchan. Tapi, saya letak je resipi kat sini, untuk rekod saya juga.

BEST CHOC. MOIST CAKE

Bahan2:
2 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn butter
6 sudu besar serbuk koko
3 biji telur
1 sudu teh garam
1 1/2 cwn susu segar
1 1/2 cwn gula kastor
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh esen vanila


Cara2 Membuatnya:
- Panaskan oven pada suhu 175 C.
- Griskan loyang kek dgn butter.
- Ayak tepung, soda, serbuk koko & garam.
- Pukul butter & gula sampai kembang & ringan.
- Masukkan telur satu persatu..kemudian, masukkan esen vanila.
- Akhir sekali, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar sampai habis.
- Bakar selama 40-45 minit..tp tgk oven masing2 laa jgk.

Topping tu saya merekacipta sendiri je..saya suka topping yg basah & moist. Baru sedaap makan..tapi, tulaa..yg ada dlm stok cuma yg cepat beku tu..jd akhirnya dia membeku jugaa..degil tul..


Sebelum dimasukkan ke dalam oven.


Hmm..dah potong sikit..sbb nak kasi bebudak sebelah rmh ni..


Sedia untuk di ngap2..


Org Dubai nak rasa taaaaak..
He3..

Di Suatu Petang...

Tadi, ibu suruh Ameen & Iffah main2 kat luar rumah memandangkan cuaca ok saja dan tak sesejuk mana..dlm 6 Celsius. Tapi, pakaikan jugala jaket kat diorang berdua. Last2 ditanggalkannya juga jaket tu. Agaknya badan dah berpeluh2 masa main.

Tiba2 ada 2 org kanak2 mengintai diorang berdua ni main2 basikal. Jiran sebelah kami jer..rumah no. 11. Yg lelaki, Dylan & kakaknya Courtney..Dylan tu classmate Ameen sekarang. Depa dua tu dok ngintai jelaa sambil bersembang2 dengan Ameen & Iffah..kadang2 mcm ayam sembang dgn itik pun adaa..kadang tu ok jer depa speaking..haa3, tak sangka pula ibuu..



Tu diaa..dua beradik tu tengah memanjat tepi dinding yg memisahkan rumah kami.


Courtney & Dylan.


Yang kelakarnya..macam2 si Dylan & Courtney tu bagi kat Ameen & Iffah..lepas satu..satu barang yg dipunggah dr dalam rumah mereka..tapi, ibu suruh pulangkan balik..alaa..budak2, kadang tu dia tak berniat pun nak kasi sungguh2..belon Valentine merah pun dikasinya..ntah2 tu present mak bapak deme..har3.

Ntah apalaah..yg diperkatakan antara mereka..tadi, dibaginya si Dylan sebungkus keropok ikan yg ibu dah goreng. Kih3..suka pulak Dylan mkn kopok ikan tuu..kelakar2..


Izzah dok perhatikan diorang main dr dalam rumah..masa ni ibu tgh sibuk masak makanan tghari..

3 Weeks to Go


Hari ni genaplah seminggu ayah meninggalkan kami. Lagi 3 minggu ayah..waduh2..lama betul rasanyaa. So, apa perkembangan kerja ayah setakat ni..ibu harap & berdoa kepulangan ayah nnti membawa hasil..[termasuklah hasil yg kita promise hari tu, haa3].

Tahun lepas, 3 Feb, ayah ke Dubai juga hampir seminggu [+- 5 hari] menghadiri conference di sana. Tahun ni ke sana juga, cuma selang 10 hari je, dlm bln yg sama lak tu..hoh.

Ooo..mkn ayam *** eh..eiii..tak aci..

Thursday 19 February 2009

Baby Giraffe

Ada beberapa foto baby untuk tatapan ayah..
Gambar2 ni diamik sebelum & selepas Izzah kena injection untuk 4 bulan pada 10 hb feb lalu.
Sian dia..kena 3 jarum..peha kanan 2 jarum, kiri 1 jarum..huu..ngeri saya tengok.







Ibu harap ayah suka..semoga terubat rinduu ayah pd baby..
Next time ibu publish gmbr Ameen & Iffah pulaa.

Wednesday 18 February 2009

: : Sweet Bun : :

Semalam, saya try buat sweet bun ni. Dapat resipi kat dlm bread machine recipe booklet. This is my first bread ever.
Bila mencuba sesuatu yg baru, hati saya mesti berdebar2 masa nak tunggu hasilnya [masak]. Tapi, rasa nak cuba juga buat bende ni. Saya pun minta pertolongan Mr. Breville untuk urusan uli menguli ni pasal saya taklah begitu hebat menguli jika nak dibandingkan dengan hubby saya. [miss him so much..]

So, I attach herewith the brilliant recipe:

500 gm tepung roti kuat..ha3 [strong bread flour]
2 paket yis kering [6 gm = 1 paket]
6 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil garam
1 biji telur
260 ml air
3 sudu besar marjerin / mentega
2 sudu besar susu tepung [sy xde bende ni, sy guna creamer]

Cara2 membuatnya:

- Campurkan semua bahan di atas. Ulilaa..kalau ada mesin roti, campak je bahan2 tu dlm bekas adunan. Pastu tekanla butang 'dough'. Senang bukan..
- Dah siap, biarkan ia naik sekali ganda selama 1 jam. Keluarkan doh..tumbuk sikit kasi angin keluar.
- Canailaa..masa ni kita dah boleh bentukkan macam bun..atau sukatila nak buat bentuk pape kan. Letak atas dulang yg ditabur tepung.
- Biarkan naik lagi pada suhu bilik selama 20 minit..atau kalo di negara cuaca sejuk disarankan letak di tempat yg bersuhu panas sket..[ada yg letak kat tepi heater..sy tutup dgn bekas plastik dan letak je kat dapur tuu..].
- Pastu, hiasla..dengan bende2 alah yg kite suka. Sy buat mcm gmbr kat bwh ni. Nak plain bun pun ok jgk.
- Bakar pada suhu 165 Celsius - 20 minit.


Bahan2 yg dicampur dlm bekas adunan sblm dimasukkan dlm bread machine.

Doh yg dah siap diuli.

Dah bentukkan mcm ni..

Sapu sos sket..letak sosej.

Pastu letak keju mozarella..tabur sedikit oregano kering dan juga capsicum.

Dah masak..

Nyum..nyum..yummy!
Bestnye kalo ayah adaa..boleh ayah rasa samaa..budak2 ni hanya kutip sosej atas bun tu je..huu..
Apapun, sy dah berjaya..
Alhamdulillah..