Sunday 13 September 2009

: : Nasi Minyak : :

Maaf mama lama sikit nak publish resipi ni kat blog..dah terlepas pun nak buat masa hari ulangtahun perkahwinan. Takpe boleh pekena kat kedai..he3..


NASI MINYAK
Bahan2 :

1/4 cwn minyak sapi
2 ulas bwg putih [cincang]
2 labu bwg besar [cincang]
4 kuntum bunga cengkih
2-5 cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 cwn beras
2 cwn air
1 cwn susu cair
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cwn kismis [xletak pun, xsuka boh dlm nasi]
* cashew nuts sikit [xletak pun]

Cara2:

1. Goreng bwg besar & putih dgn minyak sapi hingga kuning.

2. Campurkan rempah2 tadi kecuali serbuk kunyit. Biarkan 5 minit sambil2 tu kacaula.

3. Masukkan beras, air, susu cair & serbuk kunyit.

4. Kacau, kemudian tutup. Biar hingga kering.

* Sy masak semua td tu kemudian pindah masuk nasi ke dalam rice cooker..he3..xdela takut2 nak biarkan atas stove psl kat sini pakai electric stove..xnampak pun apinya..kang buatnye lupe..tak ke naya.

* Resipi buat nasi minyak ada macam2 jenis..terpulanglah kpd tukang masaknya nak ikut yg mana satu berkenan. Sy biasa ikut pakai yg ni..tp bila masak kat dapur, belasah je sukatannya..janji semua ramuan penting adaa. Setakat ni, ayah & anak2 sgt sukaa..begitu juga jiran kami yg selang beberapa butir rumah tu..he3.

No comments: