Friday 11 September 2009

: : Cucur Badak : :

Akhirnya berjaya menunaikan request ayah yg dah sekian lama nak makan cucur badak. Dah 2 kali dah buat. 1st time mencuba dah nak frust sbb doh yg nak dijadikan kulit tu mcm xjadi, lembik semacam je. Ke sbb keledek kat UK lain dgn Msia punye eh? Entahlah..sy pun xpasti. Hr tu kawan di Birm pun cakap bende yg sama..doh jadi lembik dan xboleh nak buat bulat, nnti melekat di tangan.

Setelah di'report' kpd big boss dgn muka kecewa & frust menonggeng..ayah volunteer nak settle kan doh yg sy nyaris2 buang dlm tong sampah tu. Hmm..nasib baikla. Jika x rugi jgk tu.. Berkat air tangan suami agaknya, alhamdulillah, doh dpt diselamatkan dan cucur badak kami yg sulung ini menjadi. Oleh krn hasilnya agak lumayan, dapatlah hulur2 sikit kat jiran buat berbuka. Maaflah jiran Steavenson & Wylam..xcukup nak bagi kat korang semua. Yg selalu merasa sudah tentu yg rumah bernombor 13. Heheh.

Jom tgk resipi..diambil dr MyResipi. Tq ye empunye resipi ni.


CUCUR BADAK

· 2 biji keledek saiz besar
· 1 cawan tepung gandum
· Garam

utk inti

· 1/2 biji kelapa parut
· 1 cawan udang kering
· 2 biji bawang besar
· 5 batang serai
· 1 sudu kecil kunyit serbuk
· 5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
· 1 sudu besar minyak masak
· Garam dan gula

Cara-cara


1. untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua kedalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

2. utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.

3. Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.

4. letakkan inti dan tutup kembali.

5. Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap

No comments: