Monday 13 June 2011

Back to School

Ameen & Iffah bersama cress head, tumbuhan eksperimen si Iffah.

Hari ni dah masuk minggu kedua persekolahan.
Tinggal beberapa hari lagi untuk mereka ke sekolah. Saya juga perlu memasukkan note dalam diari untuk memohon certificate dan academic report daripada guru mereka sebelum pulang ke tanahair kelak sebagai requirement daripada pihak sekolah di Malaysia.

Seperti kebiasaan, setiap hari Isnin Ameen balik lewat sejam dari biasa kerana menghadiri PE Club selama 1 jam. Manakala ayah pula hanya mengambil Iffah pada pukul 3 petang tu. Nak dijadikan cerita, sedang kami berselera mengadap makan tengahari, tiba2 ada ketukan di pintu rumah. Bila dibuka, terkejut besar ayah bila melihatt Ameen yang tercegat di pintu dengan muka yang sebak seraya berkata "Ayah, kenapa ayah tak datang amik Ameen?"

Apa lagi ibu tak ubah seperti polis wanita, bertubi2 menanyakan soalan pada Ameen sehinggalah airmatanya bercucuran kesedihan. Maklumat yang kami dapat dari mulut Ameen, kami memang tak telan 100%, sangat perlu ditapis. Bukan tak percaya pada anak sendiri tetapi, adalah penting jika kita maklum menerusi kedua2 belah pihak. Jika tidak keberatan, saya ingin menelefon pihak sekolah bertanya khabar. Sebab, biasanya jika aktiviti kelab dibatalkan, mereka akan segera memaklumi ibubapa pelajar terbabit melalui sistem pesanan ringkas {SMS}. Tapi, hari ini yang menjadi isunya saya tak dapat pula sms yang mengatakan kelab PE tiada hari ini.

Kasihan Ameen...heheh sebaknya sampai tak boleh bercakap bila diajukan soalan bertimpa2. Kesudahannya menangislah saja.

No comments: