Sunday 3 October 2010

Open House di Hull

Hari ni pagi2 lagi kami dah bertolak menuju ke Hull, rumah abg Shafudin dan kak Zarimah untuk sama2 berkumpul sempena rumah terbuka MISG UK-EIRE tahun 2010. Kami baru je buat keputusan untuk turut serta program ini, alhamdulillah perjalanan pergi dan balik lancar sahaja. Lebih kurang dalam 2 jam 15 minit perjalanan, kami tiba di sana.

Malam tu saya dah siap menyediakan lauk kerutuk kambing dan chocolate cupcakes untuk dibawa ke Hull. Oleh kerana berasa tak puas hati dgn butter icing yg comot sekali presentationnya, saya buat pulak sebiji moist chocolate cake pagi tadi. Elok je masak dan keluar dr oven, terus saya tapaw bawa ke Hull juga.

Alhamdulillah, macam2 juadah ada disediakan. Dapat juga berkenalan dengan kawan baru, kak Zurul dr Sheffield, Shima dr Coventry, Ayuni dr Sheffield, kak Hakimah dr Hull, dan Nadirah dr Glasgow. Majlis seumpama ini mungkin yg terakhir buat kak Zarimah sekeluarga memandangkan beliau dan anak2 akan kembali ke tanahair tak lama lagi [10 hr je lg]. Begitu juga dengan ustaz Hasri dan Laily..lepas ni dah makin berkurang orang kuat/tulang belakang MISG di sini. :(

Majlis berakhir jam 5 ptg. Kami terus balik ke Durham..bersama 2 buah kereta lagi, walaupun akhirnya kereta kami dah terkedepan..boss takleh drive slow2..nanti dia ngantuk..tp walaupun tak slow, xdelah sampai melanggar speed limit. Akhirnya, pukul 7 lebih kami dah tiba di Bowburn. Terima kasih buat tuan rumah kerana bekalkan kami dengan homemade sos rojak kak Zarimah's specialty [sedap sgt] dan kuah kacang Laily. Nampaknya kena cari nenas la pasni..tak pun Granny Smith..sedap make ccolek..

Tiada bukti boleh disertakan dalam entry ni..sebab saya memang tak snap gambar pun, gmbr makanan pun takde.

No comments: