Thursday, 6 May 2010

Keukenhof, Holland.

Keukenhof ialah tempat pertama yang kami tuju setelah check-out dari Princess of Norway cruise. Kereta kami di antara kenderaan yang awal sekali keluar selepas kenderaan berat, jadi tanpa melengahkan masa, kami terus mencari arah ke Lisse. Nak dijadikan cerita, bateri kamera tak dapat caj semasa dalam cruise sebab terlupa ambil chargernya dari bonnet kereta. Bateri dah tinggal 2 bar, maknanya beberapa keping gambar saja sempat ni. Akhirnya kami caj juga bateri tu masa singgah sarapan pagi di Guiden Wok. Alhamdulillah...sejam pun dah cukup untuk aktifkan kamera. Penting ni..datang punyalah jauh, tengok2 bila dah sampai, tak dapat tangkap gambar pulak..

Alhamdulillah, berpandukan satnav kami berjaya tiba di taman bunga yang di sebut2 tatkala tibanya musim bunga, Keukenhof. Perjalanan dari Felison Terminal mengambil masa tak sampai sejam pun. Tapi waktu kami sampai, dah banyak kenderaan [pengunjung] lain yang ada di situ. Bayaran masuk ke Keukenhof ni dikenakan sebanyak 14 euro untuk dewasa, 7 euro untuk kanak2 lebih umur 4 tahun dan percuma bagi yang bawah usia 4 tahun. Hari tu saja dah 42 euro hangus..he3.

Sedikit info tentang tempat ini,

Keukenhof ("Kitchen garden", Dutch pronunciation: [ˈkøːkənˌhɔf]), also known as the Garden of Europe, is situated near Lisse, Netherlands, and is the world's largest flower garden. According to the official website for the Keukenhof Park, approximately 7,000,000 (seven million) flower bulbs are planted annually in the park, which covers an area of 32 hectares.[1] Keukenhof is located in South Holland in the small town of Lisse, south of Haarlem and southwest of Amsterdam. It is accessible by bus from the train stations of Haarlem, Leiden and Schiphol. It is located in an area called the "Dune and Bulb Region" (Duin- en Bollenstreek). The garden was established in 1949 by the then-mayor of Lisse. The idea was to present a flower exhibit where growers from all over the Netherlands and Europe could show off their hybrids – and help the Netherlands export industry (it is the world's largest exporter of flowers). Keukenhof has been the world's largest flower garden for over fifty years. Keukenhof is open annually from the last week in March to mid-May. The best time to view the tulips is around mid-April, depending on the weather. In 2010 Keukenhof will be open from March 18 to May 16.

Nampaknya tempat ni tak selalu dibuka kepada pengunjung, hanya waktu tertentu saja seperti musim bunga sekarang ni. Jadi, mereka yang bercadang nak ke sini hendaklah membuat perancangan awal supaya kosnya tidak terlalu membebankan.

Pemandangan di sekitar taman sungguh memukau mata. Bermacam2 spesies bunga tulip ditanam di sini, berbagai2 warna..tak kurang juga dengan spesies bunga yang lain..lavender, sakura, cherry blossom dan banyak lagi yang saya sendiri dah lupa namanya.

Taman ni sangat luas, pendek kata kena sediakan bekalan makanan lebih2 lagi jika bawa kanak2 ni. Ameen dan Iffah pun merengek kepenatan dan ke'boring'an sebab asyik lihat bunga je..pastu tangkap gambar..haha. Dah namanya datang taman bunga..Lama juga kami di sini walaupun tak semua area yang kami jelajahi dek keadaan anak2 yang kepenatan. Hampir 3 jam jugalah melilau2 lihat tulip tu. Hmm...nampaknya tak jadilah kami ke Kinderdjick sebab kat sini kami dah jumpa windmill besar, siap klik2 dah.

Jam 2:30 petang kami bertolak ke hotel penginapan yang letaknya juga tak berapa jauh dari taman bunga ni [area yg sama]. NH Conference Hotel, Leeuwenhorst tak berapa jauh dari pekan Lisse. Semasa dalam perjalanan ke hotel, kami disajikan dengan pemandangan ladang tulip yang terbentang luas, cantik sungguh, Subhanallah. Jalan menuju ke hotel tersangatlah sempit, sekadar muat2 untuk dua laluan [two-ways]. Di tambah pula dengan right-handed, maka agak kekok juga walaupun saya bukan pemandu. Saya akan cerita tentang ini kemudian, ada beberapa gambar yang ingin dikongsi..semoga terhibur.

di depan pintu masuk ke Keukenhof garden.





Ameen dalam terompah gergasi..salah satu alat tarikan di Holland.

Iffah minta belikan terompah ni sepasang, nak pakai kat rumah..ekeke.


kami berlima..



muka Izzah yang masam je..mungkin boring asyik lihat bunga je tapi tak boleh ambil..
























inilah windmill yang saya sebut tadi..yang membatalkan niat kami untuk ke Kinderdjick..


bergambar dengan anjing gergasi..









bergambar di ladang tulip merah semasa on the way ke hotel, kami singgah sebentar di tepi jalan..

Thursday, 29 April 2010

Princess of Norway

Ahad lalu kami berkelana ke Holland dengan menaiki cruise 'Princess of Norway'. 3 hari jugalah mengembara. Kali ini pengalaman baru sebab naik cruise dan bawa kereta sekali. Kiranya sepanjang berada di Holland kami menaiki kenderaan sendiri. Ayah book tiket online DFDS Seaways dah lama..sebab tu dapat harga yang berpatutan walaupun membawa kenderaan. Jika tidak, mahunya cecah dekat 500++ pounds.

Di UK, ada 2 tempat je untuk naik cruise seperti ini iaitu di North Shield [dekat Newcastle] dan Dover [dekat south east England]. Kami sampai di Royal Quays setengah jam awal daripada waktu check-in. Lama juga ambil masa nak bawa masuk kereta dalam perut kapal. Jenuh jugalah beratur2 kat luar cruise tu [beratur dalam keta..he3]. Cruise memulakan perjalanan tepat jam 5:30 petang. Pheww...berdebar2 juga dibuatnya, 1st time la katakan.

Masa check-in kami terus diberi kunci bilik. Jadi, selesai saja parking kereta di Deck 4, kami terus menuju ke bilik penginapan kami yang serba sederhana itu. Cukuplah untuk bermalam semalaman..katil pun ada 4 apa..



Beginilah rupa dalam bilik kami. Hmm..not bad. Apapun kami seronok dapat pengalaman pertama macam ni.

Kami tak terus lepak dalam bilik. Kami naik ke tingkat atas untuk lihat pemandangan kat luar dan dalam cruise.




Ini tingkat paling atas jika nak lihat pemandangan laut yang cantik. Tapi, di tingkat ini jugalah terdapat bar. Agak padat dengan pelbagai jenis manusia kat atas ni..semuanya memegang gelas dan botol arak. Tak bagus untuk kanak2 ni melihat. Kami pun turun ke tingkat bawah.


Bot kecil ni sungguh mengingatkan saya pada Titanic..yang kononnya tidak mungkin tenggelam. Bot yang sepatutnya mencukupi untuk memuatkan sejumlah besar manusia dalam kapal akhirnya di 'buang' kerana keyakinan yang menggunung Titanic takkan tenggelam. Kesannya, hanya golongan atasan, wanita dan kanak2 yang dibenarkan menaikinya, yang lain...mati kesejukan..kebekuan.

Bot ini pun boleh tahan besarnya, boleh mengisi sejumlah 147 orang..alhamdulillah perjalanan ke Amsterdam sangat baik malah kami tak pening dan mabuk laut pun.




Dah habis bergambar dan ronda2 di sekitar kapal, kami bawa anak2 bermain di Kidz Club yang terletak di tingkat 7. Takdela banyak pun mainan yang ada kat situ, tapi ok la daripada takde langsung. Sekurang2 nya anak2 kami tidaklah 'boring' sangat..penat main bola dapat tengok tv..pastu mewarna.



Ini kali pertama buat kami menaiki kapal cruise yang besar macam ni. Air laut tenang saja..tidak berombak sangat, kadang tu terasa macam dok dalam kolam besar je.

Bila dah hampir malam, kami masuk ke bilik untuk berehat. Malam tu kami makan nasi yang saya bekalkan dari rumah. Berselera semuanya menikmati nasi berlaukkan daging masak kicap, ayam goreng rempah dan sambal tumis ikan bilis.

Saya juga dah siap sedia bawa hard disk dan laptop, malam tu saya dan anak2 menonton macam2 movie sampailah mata mengantuk. Ayah memang dah lama zzzzzz...simpan tenaga untuk keesokan harinya. Malam tu kami tidur nyenyak walaupun sekali sekala saya terjaga juga bila Izzah minta 'mama'.

Kami tiba tepat jam 9:30 pagi waktu Amsterdam, iaitu jam 8:30 pagi waktu UK. Pagi itu kami hanya makan epal, biskut dan karipap untuk alas perut. Perjalanan bermula dengan menuju ke destinasi yang saya tunggu2 iaitu, Keukenhof.