Saturday, 11 July 2009

Anak Buah

Ini foto anak buah sy yg baru.

EHSAN HAFIZI MOHD HANIF

Ermm..cam muka sape eh..hidung tu rasanya cam mak dia jer. Yg len2 tu tak pasti lagi. Baby ni cepat berubah mukanya. Apapun TAHNIAH diucapkan & didoakan semoga anak ini menjadi anak soleh di dunia & akhirat.

Friday, 10 July 2009

Cikcu

Waktu semua org hepi Teh dpt baby..time tu jugakla adik bongsu sy berada dlm unit kecemasan gara2 water bag nye tetiba pecah dgn sendiri. Menurut kata ma, sebelum kejadian tu, adik sy [Cikcu] dah pun admitted to ward di Hospital Tengku Anis, PPuteh sbb sakit perut & bleeding. Pegi HUSM utk buat special check up..[itupun naik ambulans].

Katanya lg, doktor kata bb is ok wpun Cikcu menghadapi placenta praevia [kedudukan uri di bawah janin, sepatutnya uri kene dok atas]. Tp, adik sy ni akan ditahan di wad laa maybe smpai deliver sbb keadaannya xberapa stabil. Kononnya nak bedrest kat HTA tp last2 kene naik ambulans lg sekali ke HUSM semula sbb contraction kuat. Smpai je di sana water bag [air ketuban] pecah. Almaklum..bila amniotic fluid ni dah xde..maknanya bb dah ssh nak nafas & survive kat dlm tu.

Jd sekarang ni doktor tgh nak keluarkan janin yg sudah tiada bernadi tu..sehingga entry ni di publish, sy masih belum mendapat apa2 berita lg mengenai Cikcu. Sy hrp dia byk2 bersabar dgn apa yg blaku..pasti ada hikmah di sebalik semua ni. Usia kndungan br 18 mggu, so kalu keluar hidup pun sgt berisiko tinggi.

Sabar byk2..kami doakan semuanya selamat belaka.



Cikcu dan bb.

BBQ @ Azman's House

Jumaat sehari sebelum kami berangkat ke UK, kawan abg, Azman ada buat majlis makan2 bbq kambing kat rumah baru dia. Mlmnye tu sesudah maghrib kami sekeluarga pegila mkn2 kat sana. Sorila Azman, sy tak dpt nak ready masak apa2 sbb almaklumle esok dah nak jalan kan. Abg just kasi duit je utk beli pape yg patut.

Majlis tu walaupun informal namun masih dirasmikan juga dgn ucapan ringkas tuan rumah & bacaan doa oleh "farid kamil". Sy xtahu nama mamat ni tp muka dia sebijik cam farid kamil. Ramai jugala yg hadir mlm tu, semuanya kawan2 rapat Man.

Tak byk gmbr yg dpt sy snap sbb bb nak berkepit je. Hmm..ini sebahagian tetamu yg hadir. Jiran sblh rumah Man, Isom & Faezah, Zahar & Sarizah, Hafiz & wife, K. Norzulaili & family, Anis and farid kamil [sori, dunno his real name]. Tuan rumah tu diaa yg pakai jersey biru tu. Segan sy nak amik muka depan.

Dan ini pula my ex-Uni masa undergrad dulu. We all pernah 1 society dulu..martial arts. {jgn xtahu..mokcik terer gak tau, mehler nak cuba}. It was so surprising to meet her there. I did not know that her hubby was a friend of my hubby as well. Hmm..kind of jejak kasih lak mlm tu. Dia pun dah ada 3 doters.

Izzah dgn Faezah. Ingat dulu sblm kitorg gi UK dulu dia br je kawin. Skrg ni dah berbadan dua. Tahniah! Hmm..jubah yg Faezah pakai tu sebijik cam sy punyela cuma sy kaler maroon.


Juadah pd malam tu. Ada nasi arab, samosa, karipap, nuggets, tembikai & kambing & ayam bbq. Nampak menyelerakan. Tp sayang sekali sy hanya sempat makan sikit saje..bb meragam nak tido. Hubby plk asyik tak siap2 je lg mkn..apa taknya, makan..sembang..makan..sembang..huhuu..Selalu sy problem nak makan puas2 cam org lain time ada kenduri @ keramaian camni..sedih [sob2].

Terima kasih byk2 kpd Man sbb ajak kami mkn2 mlm tu. Lewat juga kami pulang ke rumah. Biasalaaah..tunggu kekanda yg xhbs2 lg chit chat dgn member2nya. Mlm tu sy blk mkn bahulu byk2 sbb masih lapar..td mkn sket je.

Thursday, 9 July 2009

Our 2nd Nephew

TAHNIAH buat Teh & Teh Huda kerana telah berjaya memperolehi cahayamata putera hari ini, jam 6:16 ptg..Semoga baby dan ibunya sihat walafiat...

Wednesday, 8 July 2009

Akhirnya..Kami di Sini.

26 April - 5 Julai 2009

Alhamdulillah, selama 39 hari kami berada di tanahair setelah 2 minggu transit di Dubai. Seronok bkn kepalang la dpt blk jumpa keluarga yg sentiasa dekat di hati. Namun, kami terasa juga rinduu kat rumah kami di Durham nun. Entahla, pada saya, ada 2 perasaan yg bercampurbaur..ie antara sedih & gembira.

Sedih...
sudah tentulah sebab nak tinggalkan insan2 tersayang di Malaysia buat kali kedua. Pastu pulak, lama lagi nak bertemu semula, mungkin 2 thn lg..

Gembira...
hmm..mana taknya, cuaca kat sini yg membahang, kadangkala jerebu teruk..dan kurang hujan membuatkan kami sgt merindui suasana sejuk nyaman di Durham.

Huh..masa cepat betul berlalu. Rasa baru je jejakkan kaki di Malaysia dah nak kena balik semula. Flight kami kali ni Emirates lagi..transit di Dubai 3 jam kemudian terus ke Newcastle. Dulu masa tak pernah2 naik kpl terbang ni, rasa teruja sgt nak berlama2 dlm 'belon' tu. Pegi Jakarta yg 2 jam pun rasa ok jer. Tp, bila dah pekena 13 jam tanpa henti {time mula2 ke UK dulu KLIA- Amsterdam} rasa tak lalu dah nak berlama2 dlm tu. Apa taknya kanak2 ribena ada 3. Bb lak meragam sket sbb krg sht. Huu..nak lena pun tak dpt sgt.

Ptg Sabtu tu dah ramai dtg kat umah kami {nak wat camne rumah dah dekat ngan airport}. Kira2 jam 10:30 mlm kami semua bertolak ke KLIA sbb flight jam 2:00 pagi. Jom tengok apa yg berlaku..biar gambar je yg describe k?

Masa ni semua org tgh menjamu selera..dinner..kena settle isi poyot awal sket sbb tuan rumah nak 'clear' kan rumah plak. Ini keluarga sebelah hubby.

Keluarga sebelah sy pulak..keluarga sy tak ramai. Lgpun jauuuh..kalo dekat mahunya dtg yg len2 mokcik2 pokcik2 tu 1 bas wat rombongan cik kiah. Terima kasih kpd yg bermurah hati menyediakan lauk pauk makanan. Nasib baik memahami. Iyelah time2 begini manalah tuan rumah nak masak2 kenduri kendara.

Si baju hijo ni pula adik ipar sy {teh huda}. Kononnya diorg berdua ni tak dpt dtg jumpa kami 4 the last time tp alih2 muncul juga. Mekasihla dtg ye. Tak lama lg tukar title la diorg ni..tu psl tak ikut kami ke airport kang tak pasal2 tempat lahir bb di KLIA pulok. Hihihiii..

Iffah pun krg sht..tiba2 je mungkin sbb sedih nak tinggalkan atuk nenek kot. Jgn salah sangka jika Iffah sgt sayang kat atuk nenek..sejak umur 2 bln dia dh tinggal bwh jagaan atuknenek selama setahun.

Iffah tgh mkn paracetamol.

Hahah..yg ni pulak atuknenek. Kalo nak tahu diorg berdua ni kononnya nak wat surprise kat kami. Tup2 terbongkar jua rahsia gara2 sy call handset my mum then my sis-in-law yg jwb. Berdegup juga jntung ni..berkali2 sy tgk phone kotla tersilap dial ke apa kan. Dah betul..cuma my SIL didn't know that it was a surprised plan for us. Kui3..kantoi! Apa lagi..tergelak besarla kami ber2.

Ini keluarga sblh hubby except my FIL & MIL yg tak dpt dtg. Ada lg siblings nye tu br 4 yg ada. Maaf sgt2 to my family sbb xamik gambar mcm ni dgn diorg. Tak cukup korum..abg sy xde time tu.

Mereka yg menghantar kami ni semuanya tak tunggu smpai lewat mlm..lepas hntr beg, jumpa2, salam2 pastu balik kecuali atuk nenek & ayah long yg stay kejap. Then sy minta diorg berlalu sbb ayah long tetiba demam..dan diorg tu nak ke Melaka pulak..kitorg pun salam2 then terus masuk menuju ke boarding area.

TERIMA KASIH buat semua krn sudi dtg menghantar kami.
Kami pasti merindui kalian. Panjang umur boleh jumpe lagi.
Doakan kami berjaya.

Sampai di Newcastle awal 15 min iaitu kul 12:00 tghri. Hmm..nampaknya kat UK ni dia xde nye check h1n1 cam gaya kat KLIA. Takde mende check pun..masuk je. Kalolah ada org yg skt h1n1 dlm flight yg sama hr tu tak tahulah sy. Nauzubillah..Bercerita pula ttg bagasi. Bagasi kami nyaris digeledah oleh imigresen..pheeww lega siut! Officer tu srh jln je sbb ramai org dok beratur masa tu. Syukur.. Kalo x abisla ikan bilis..udang kering..ikan masin gue tuu. Ingat lg org depan kitorg tu, dahla teruk kena buka blk beg yg dah diikat kuat2..pastu siap kena geledah brg2nye satu persatu..berpeluh sy tgk dia tu..kesian betul..bknnye dia tu nak tlg kemas balik yg disepah2kan tu. Cinabeng jugak ye..alhamdulillah kami terselamat.

Kami balik ke Bowburn, Durham dgn menaiki keta rakan Malaysia a.k.a. jiran selang 3 butir rumah..zariman hubby of shifa. Lunch pun kami mkn di rumah beliau juga..tima kasihlah byk2 pd diorg berdua krn tlh byk membantu kami..Allah shj yg lebih layak memberi balasannya nnti.

-Ini foto terbaru Izzah..br amik pg td-

Akhirnya kami dah kembali semula ke teratak sementara ini. Keadaan rumah ok saja kecuali heater yg mogok barangkali..xtahu apa puncanya. Alamatnya susahla kain nak kering sbb kat luar rmh pun asyik ujan jer.

Ayah pula seminggu ni ada islamic finance summer course kat SGIA. Minggu depan mungkin akan ke Edinburgh nak buat visa ke Jepun sbb minggu depan satu lagi ayah akan berlepas ke Kyoto, Jepun selama seminggu utk present paper di sana. Huh, kena tinggal lagi gue..{pd pendapat u all laa..applicable ke "sayang isteri tinggal2kan" tuu?} Sapelah yg cipta phrase tu ye..tak suka betul gue. Apapun, all the best to him & well done sbb antara 6 org yg selected ke sana from Uni of Durham. You deserved for it dear!

Tuesday, 7 July 2009

Ziarah Teh

Sempat juga kami jalan2 ke rumah Teh & Teh Huda masa kat Malaysia hari tu. Diorg dah lama janji ngan kami nak belanja makan seafood. Janji mesti dikota. Jadi, kami tak lepaskan peluang tu..muahahaa. Kami sampai Bukit Katil dekat kul 12 malam. Saja bertolak waktu mlm, xmau panas2..

Izzah sedang tido dgn nyenyak sekali..xberbaju.

Ini pula Ameen tgh layan tv. Pakai spender je dia. Tak mau pakai pyjamas, panas la tuu.

Mlm tu kami sume tido kat ruang tamu je. Nak beramai2 dlm bilik tak muat pulak psl dlm blk tu masih padat dgn kotak2 Teh dr UK yg masih belum berbuka. Mungkin depa ni nak pindah rumah lain kot. Hmm..akhirnya semua terlena dibuai mimpi dek kepenatan.

Esoknya, kami ke pusing2 ke bandar Melaka. Tak tahu nak gi mana.. {sebenarnya mmg ada dlm kepala ni nak pegi suatu tmpt..tp masa tak mengizinkan..jadual kami ni padat}. Last2 ayah ajak naik bot ala2 river cruise merentasi sungai Melaka. Oklah..dgn bayaran rm10 utk dewasa & rm5 kanak2 kami pun naik la bot tu. Nnti cerita next entry la.

Tghri blk rumah makan nasi ayam madu..diorg berdua tu yg masak. Tenkiu2..pastu ptgnye itula kami ke rumah blogmate sy, Izu. Dah citer sblm ni. Kemudian mlm tu kami pegi mkn seafood..plan asal nak ke Parameswara..tp tgk mlm tu ramai bebenor manusia, mlm Ahad..kami pun ubah plan nak mkn di Alaaaa Kasim..{cam dlm filem P.Ramlee lak,kih3}. Ramai jugak kat situ..huh, cam frust dah, last2 mknla kat sebelah alaa kasim tu.

Tak lama lg diorg berdua ni bakal jadi pa&ma. 11 Julai ni due nya. Harap2 semuanya selamat belaka..tima kasih belanja kami mlm tu.

Sy pula asyik meriba bb je sbb dia tido sepanjang kami di situ. Best jugakla makan tp masakan diaa cam biasa je..mungkin sbb kedai yg unfamiliar kot. Nasi pun mentah & lembik. Huhuu..sian pulak kat adik sy..nak belanja kami mkn yg sedap2 tp tak dpt lak kedai yg sedap2 tu.

Haa..inilah yg kami semua mkn mlm tu. Sy tak dpt nk hbskan nasi sbb xlarat mentahnye tu..cuma ratah lauk je smpai kenyang. Sy plg suka sotong celup tepung tu je. Kerang sy xgemar..pendek kata sume binatang yg ada shells tu sy xmkn..

Next time i need to try the marvellous cuisine at parameswara.
Thanx a lot Teh belanja seafood tu..kami pulang ke rmh dgn poyot yg penuh melimpah..kui3.

Keesokan pagi kami bertolak blk ke Nilai. 2 thn lg insyaAllah kami dtg lg. Masa tu bb u ol pun da bsr..he3.

Wednesday, 1 July 2009

Tido Jer..

Sekarang ni cuaca panas..kat Nilai saja suhu kadang tu mencecah 36 C. Ada 1 ptg tu abg ajak kitorang gi;

Pan Pacific KLIA

Abg join conference yg dianjurkan oleh JAKIM. Conference utk Shariah officers in IFI [if i was not mistaken..]. Luckily abg dpt join 'free'. Kui3..and we were the luckiest as we got chance to overnite in Suite room.

Pandangan KLIA dr dlm bilik. Sabtu ni kami akan ke sana utk meninggalkan tanahair tercinta sekali lagi..huhuhuuuu..

Izzah seronok juga sbb sejuk..almaklumler si kecil ni 'tetas' [borrowed the atuk's term] di negara sejuk..pegang ais pun rileks je dia ni. Malam tu pun dia tido tak berkutik.

Hepi je si kecil dgn abgnya menonton TV..kejap je kami kat hotel tu..iyelah nak tumpang tido dlm air-cond je. Pagi esok tu kul 11 pg kami dah check out.

Tuesday, 30 June 2009

Blind Date

Blind date?..
Dah kawin beranak pinak gini pun masih ada blind date ke.
Yup! Ini blind date istimewa sbb ia di antara blog mate.

Memperkenalkan kawan baru sy;

Pn. Izuan Murat [izu]
http://ishamizu.blogspot.com

Izu ni baru je sy kenal. Tak silap sy awal tahun 2009 kot. Masa tu beliau baru sj melahirkan bb Iris yg montel..masih dlm pantang. Dan, skrg ni Iris dah 4 bulan. Tak sangka dapat jumpe Izu. Kebetulan adik sy satu tempat keje dgn hubby dia, jd itu yg buat kami eager nak jumpe. Sementelah sy cuti2 Msia ke Ayer Keroh, sy pun sms izu bgtau nak dtg umah dia pd Sabtu ptg.


Nervous juga masa dah tiba depan rumah dia. Isk3..hubby ckp sy ni mcm nak 1st date lak. Hahah..berjaya juga smpai ke Padang Temu dgn menaiki keta adik. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar, kami seolah2 dah kenal lama..satu Uni juga membuatkan kami makin mesra [they were my juniors, batch 2005, me was in 2002 & 2004]

Jom lihat gambar tp takdela sebanyak yg tuan rumah amik. Sy pegang Izzah, so hubby yg take over, ini je yg adaa..isk3.

Sy & Izu

Masing2 dok pegang bb. Tgk atas meja tu, kemain lagi hidangan dia. Izu ada course kat sekolah dia smpai kul 2 ptg..muka dia pun masih nampak keletihan..kena pulak serve kami ptg tu. Ada kopok lekor, rambutan, nuggets, kopi & air sarsi. Simple tp menyelerakan.


Yg si anak2 pula leka mewarna. Zahin macam dah lama kenal dgn Ameen & Iffah. Senang je diorang berkawan.

Tgk tuu..
Asyik betul..hingga lupa nak makan makanan Aunty Izu yg banyak tu..
Sudahnya asyik nak punggah rambutan je si Ameen tu, wpun kami dah nak balik.

Hahah..yg kami ber2 ni pulak mcm tak cukup2 waktu nak sembang. Tak sedar dah hampir maghrib time tu. Hmm..nervous pun dah hilang..nak tahu izu punyelah nervous dia ni..sampai lupa nak matikan dapurnye. Nasib baik hubby sy ternampak terus dia pegi matikan. Huhuhuuu..

Di hadapan rumah baru Izu.

Masa ni sy dah nak balik ke Bukit Katil. Tp, nak bergambar dulu dgn tuan rumah. So, kawan2, inilah kwn baru sy. Terharu rasanya bila tiba2 dapat hadiah kopi kesihatan drpd Izu. Thanx so much! Semoga bertemu lagi di lain masa. Tunggu kami pulang ke Malaysia 2 thn lg..boleh dtg rumah kami pula!

Semoga persahabatan kami berpanjangan & diberkati Allah.

Monday, 29 June 2009

Balik Kampung

Alhamdulillah, misi kami untuk bersama ayah & ibu masing2 tercapai jua setelah ke hulu ke hilir dua tiga hari lalu. Khamis tu, kami berangkat ke Kulim, Kedah utk bertemu apak & mak [PIL]. Sabtu pagi pula kami bertolak ke Pasir Puteh, Kelantan utk bersama abah & ma. Dna, hari ni, Isnin, kami dah pun balik ke Nilai semula. Sebentar saja balik sbb kerja abang masih berbaki, masih ada yg belum selesai.

Tinggal beberapa hari cuma utk kami balik semula ke Durham. Huh, rasa sekejap je. Namun tak dpt dinafikan, perasaan tu mmg sedih dan sebak utk tinggalkan semuanya di sini.

Friday, 26 June 2009

Bagan Lalang

13 Jun lalu kami adakan satu program ala2 family day [sebelah hubby sy] bertempat di Bagan Lalang, Sepang. Alhamdulillah, walaupun perancangan dibuat secara 'segera' namun hasilnya lumayan. Diharapkan program seumpama ini dijadikan acara tahunan utk merapatkan lagi silaturrahim sesama adik beradik & ipar duai serta cucu2. Tahun depan kami xde, pun begitu harap2 nye adalah yg ambil alih tmpt kami utk rencanakan program ini lg.

Hmmm..susahnyela nak upload photo banyak2. Nampaknya sy kena tepek lain kalila gmbr2 lain berkaitan family day kami ni.
..teringat masa dok kat UK..upload photo kemain laju lg..xde masalah pun tunggu lama2 camni..


Petang tu masing2 turun ke tepian pantai untuk melihat Pak Itam menjala ikan. Lepas tu sy ajak abg buat games yg kami plan tu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tp, masa acara tu berlangsung, sy xdpt nak snap sekeping gmbr pun sbb Izzah meragam nak makan..jadi, sy terpaksa layan poyot bb dulu..Apapun games mak bapak yg paling mencuit hati semua org..kih3, saja je nak test power hubbies sekalian..masih ingat lg tak tarikh2 & peristiwa2 penting antara pasangan masing2..well, all in all, not bad at all.. ;D

Pertandingan Membina Sand Castle yg tlh dimenangi oleh geng2 teruna.

Hmm..ini family Pak Andak. Diorg baru je smpai mlm tu tp tak overnite pun sbb masing2 mak bapak sibuk. Si Tahirah pulak demam panas..tu haa yg pakai baju pink tu, masam je..semua benda xnak makan. Jadi, mereka balik lps mkn2 ayam bbq. Takpe, rumah mrk dekat je dr sini.

Anak2 buah sedang buat preparation utk persembahan khas mereka mlm tu. Tp, sayangnye sy takde sewaktu mrk berkarya..jadi tiadalah gambar yg dirakam. Izzah mengamuk2 mlm tu, sy cuma dapat bersama diorg sekejap je..pastu kena masuk bilik tidurkan bb yg kepanasan. Tu psl nangis je.

Silakan isi perut anda dgn hidangan yg pelbagai ni.

Rupa ayam bbq kami setelah dipanggang. Sedaap banget! Habis terus..punyela sedap, kan? Hmm..kami dah terlepas bbq org2 durham-msian..rasa cam nak buat je utk family kami tp di sanaa..ada ke org len yg nak join..buleh ajaa.."apa yg penting, kerjasama"..

Pagi tu kami mandi manda. Izzah juga tak ketinggalan. Tak takut pun. Siap tidur dlm air lg..[atas dukung ibulaa]. Agaknya dia syok sgt dibuai dek air yg berombak2 tu.

Pak Itam & Mak Itam.
Antara org kuat yg bertanggungjawab buat 'chalet booking' utk program ini.

Bergambar beramai2 dulu sebelum pulang. Ada 5 keluarga saja yg join family day kali ni..
Pak Long & family, Pak Ngah & family, Pak Anjang & family, Pak Itam & family dan family gue.

Ameen ngan belon rabbit muka senget..jenuh ayah tiup belon tuh..sikit punye besar nak penuhkan.

Last sekali acara bersalam-salaman. Masing2 dah punya hala tuju sendiri..Pak Ngah nak hantar Nabila & Lutfi..Pak Long nak hantar Syahir ke asrama..yg lain2 tu, rasanya hantar diri sendiri ke rumah jer. Saya plan nak minta ahli keluarga bergambar ikut keluarga masing2..untuk kenangan. Tapi, nampaknya semua dah 'rushing' ke destinasi masing2, jadik, sy tak suarakanlaa..takpe, len kali.

Hmm..bilalah Family Day sebelah sy pulak ye..
dah la ahli tak ramai..
pastu asyik bz je..