Semalam hari Jumaat 30-01-09 saya, abang, Izzah dan seorang rakan Malaysia, Aida serta baby nya, Qanita mengembara ke London untuk urusan passport dan surat beranak baby.
Kami ke sana pakai kereta abang saja untuk menjimatkan kos. Lagipun, susah juga jika kami bawa anak2 yg lain bersama sedangkan kami nanti sibuk nak berurusan dengan orang2 gomen di sana. Bukannya nak gi jalan makan angin kan.
Sebenarnya, tiba2 je plan ni jadik. Khamis tengahari tu, setelah berbincang beberapa kali dalam tepon, maka kami telah menetapkan tarikh dan masa yg sebenar untuk urusan ini. Malam Jumaat tu, kami bersiap2lah untuk ke rumah Rohaida & Rizal ( R & R) di Keenan House untuk menumpangkan Ameen & Iffah. Rizal akan jaga mereka bersama dengan 2 orang lagi anaknya, Qurratul & Qistina.
Sayu juga hati ni nak tinggalkan mereka berdua di rumah Rizal tu. Tapi, takpelah..budak2 tu geng dengan anak2 R & R. Memang betul pun..Iffah yg pada mulanya amat kami risau kot2 menangis tu, ok saja & tak nangis pun.
Kami bertolak kira2 jam 1 pagi hari Jumaat. Sepanjang perjalanan saya tak dapat lelapkan mata sebab gg geraham buat hal..saya dah buatkan ubatnya (ground clove) tapi abg tertinggal bende tu di rumah R&R. Waaa...sakitnye bukan kepalang lagi. Tapi, ada hikmah juga bende tu tertinggal rupenye..dapatlah saya temankan abg drive.
Kami berhenti sebentar untuk berehat, perut saya pun dah mula berdangdut ragae2..Sempat la makan maple pecan bread, raisin danish bread & capuccino. Baby masing2 ok saja..tak banyak karenah pun. Bagus sangat. Kenderaan tak banyak di lebuhraya, jadi cepat juga kami sampai. Dapat rehat lamalah juga. Jam 4:30 am kami jalan semula dan akhirnya tiba di London 2 jam selepas itu.Kami park kereta berdekatan Malaysia Hall (MH), Queensborough Terrace, Bayswater. Dapat masuk solat subuh di surau MH dgn bantuan seorang pegawai MSD yg keje lewat malam (uiih..rajinnye mamat nih). Iyelah, pintu MH xbukak lagi. Kul 8 am baru bukak maa..
Lepas breakfast (nasi lemak & teh tarik) kami naik bas no 148 menuju ke Malaysian High Commission bertempat di Belgrave Square, London. Kami turun di Hyde Park Corner dan jalan kaki ke sana. Dah amik nombor, isi borang, tangkap gambar si kecil, hantar borang dan bla..bla..Kul 3-3:30 pm kami dikehendaki datang semula untuk amik passport & surat beranak yg sudah siap.
Malaysian High Commission,
45-46 Belgrave Square,
London,
SW1X 8QT.
Urusan pagi dah selesai, kami pun naik bas 148 semula untuk ke MH, makan tengahari ( nasi putih, ikan keli masak merah, kari ayam, pak choi goreng, sambal udang petai, ikan kembung masak merah & air sirap ). Abg solat Jumaat kat surau MH..sambil2 tu kami tunggu kawan abg datang. Kami janji nak jumpe di MH. Heheh..tak sabar nak tengok spek hamba & ASUS tuuu..tima kasih byk2 kpd ANIS sbb tolong beli laptop ASUS & spek mata. Juga kpd NIZAM sbb tolong bawakan ASUS dlm kapal terbang. Nanti boleh datang rumah, makan2.
Akhirnya, jam 3 kami ke Hi Commission semula utk amik bende2 tu. Dah siaaap..
Ini dia bendenye..alhamdulillah...dah boleh balik Malaysia....
Berapa kali jugak snap gambar Izzah ni. Dlm tu jelah..tangkap gambarnya. Mana ada kene pegi jauh2 maa...semuanya senang & tak menyusahkan.