Monday, 31 January 2011

Visa Extension

Hari ni kami dah dapat visa drpd UK Border Agency. Alhamdulillah..lama pulak dia kasi berkampung kat sini. Tapi, jika semua urusan dah selesai [ a.k.a. biasiswa pun selesai ], kami akan balik ke kampung halaman jua walaupun tempoh visa tersangatlah lambat lagi nak habis. Kami berdua bukannya bekerja macam kawan2 yang lain..manalah mampu nak hidup tanpa biasiswa kat sini weh. Alamatnya kering kontanglah simpanan kami..
[ err..ada simpanan ke? ]

Visa yg kami dapat utk extension ni berbentuk kad, macam smart card/IC. Mesti bawa bersama passport jika nak ke mana2 samada dalam UK atau EU. Rasanya kami tak keluar ke mana2 negara EU dah kot. Sy pun dah takde mood nak naik belon lagi.

Bab visa dah selesai, sekarang kena kumpul kotakla pulak. Pesan kawan2 yg dah pulang ke tanahair, jika lebih kurang setengah tahun lagi nak balik, bawak2la bungkus @ packing barang2nya. Sebab, bila dah tiba saat2 akhir tu, kita akan berada dlm kesibukan yg sangat maksima. Nanti silap2 pening kepala..itu belum campur demam ke apa. Buatlah sikit2. Hmm...kami baru bungkus buku2 sebab itu je koleksi kami yg paling banyak. Pinggan mangkuk? Adaa..cuma tak berapa banyak. Tu yang tak sabar2 nak tunggu Spring & Summer ni..sempat speed shopping di carboot...
[ alamak..carboot je..? :P ].


Sunday, 30 January 2011

Roti Canai Tak Jadi

Pagi tadi ayah masak sarapan. Ikut plan asal, ayah masak homemade roti canai sebab malam tadi saya uli [bukan sy, mesin] adunan roti canai. Sy pun tak ingat kat mana sy salin resipi tu, yg pastinya resipi tu dah lama ditulis dlm buku nota masak2 sy. Sy memang ikut bulat2 apa yg resipi tu suruh. Tapi, hasilnya sungguh mengecewakan. Doh jadi lembik yg amat dan tak licin macam yg sepatutnya. Err..kami beranggapan mungkin doh terlebih air kot sbb tak stretchy pun masa ayah nak tebar pagi tadi.

Tapi takpe, roti canai kami pagi tadi sedap rasanya. Memang sangat sedap! Walaupun rupanya tak sesempurna roti canai yg sebenar, namun kami makan sampai habis juga..sedap cicah ngan kari daging. Sy tak ambil gambar pun, sebab kami nak cepat pagi tadi, nak pergi ke carboot di Sedgefield.

Lepas ni sy nak cuba hubungi tetamu kami hari tu, khabarnya beliau sangat handal membuat roti canai. Cuma, sy yg terlupa salin resipi tu drpd beliau hari tu. Bila dah selesai menuntut, kami akan cuba buat lagi.. :)

Friday, 28 January 2011

Tetamu dari Malaysia

Baru2 ni, beberapa hari sebelum kedatangan kawan2 dr MISG, kami juga menerima tetamu dari Malaysia. Salah seorang daripadanya adalah rakan lama suami sy sewaktu di Idrisiah dulu. Yang sorang lagi ni, datang untuk melihat anak buahnya konvo di University of Durham. 3 hari 2 mlm juga mereka menginap di rumah kami.

Iffah tersipu2 malu tiap kali bertentang mata dengan pakcik tu yang mesra dengan panggilan 'atuk'. Atuk tu faham, Iffah rindukan atuk kat kampung. Apa lagi..si Iffah terus bertempek tepi atuk setelah di 'semawa' beberapa kali oleh atuk :P . Kasihan anak kami..kempunan kasih atuk rupanya.

Masa diorang pergi ke konvo, kami pula masa tu terpaksa ke Liverpool UK Border Agency untuk urusan visa [biometric]. Seharian jugalah kami tiada di rumah. Sampai Durham pun dah malam..kesian tetamu makan malam di rumah ustz Maszlee pula. Last2 sy masak 'nasi goreng sambal tumis' untuk hidangan supper malam tu. Heheh..sampai sekarang sambal tumis tu menjadi sebutan atuk.

Keesokannya, sebelum pulang ke Malaysia, mereka melancong ke Paris dulu. Hmm...bestnya jalan2 Europe ye. Kepuk2 sungguh poket atuk ni. Uncle Zaidi sudah tentulah, org kuat Majlis Belia Malaysia. Datang sini pun ada urusannya juga tu. Ok, senang2 bolehla datang lagi ke sini.

Iffah tersipu2 tepi atuk tengah supper..hehe..sori makan biskut kering je. Supper kan..

Masa nak hantar atuk dan uncle Zaidi balik.

Tetamu MISG UK-EIRE

2 minggu lalu kami dikunjungi oleh beberapa orang ahli MISG UK EIRE yang tak lain dan tak bukan adalah member2 kami juga, malah 2 keluarga merupakan rakan seuniversiti kami dulu. Mereka datang dari Glasgow [kak Asma Hakimah & abg Ipin], Dundee [kak Del & abg Mahiz], London [Razin & Misha], Newcastle [Fawwaz] dan Hull [abg Din].

Ameen seronok sebab dapat jumpa balik best friend nya, Muhammad. Iffah pula dapat kawan baru, Zulfa. Izzah jugala yang tiada geng..last2 geng dengan abg Muadz, adik Zulfa. Bila melihat keletah mereka bermain, sy jadi tersenyum sendirian. Mak ayah masing2 memang berkawan..sekarang giliran anak2 pula berkawan. Harap2 ukhuwwah yang terjalin berpanjangan selama2nya.

Malam tu, kami semua tidur lewat. Berbual2 mengingati kisah2 lampau sungguh menyeronokkan, sampai terlupa hari dah hampir pagi. Bukan mak ayah je yg ralit bersembang, anak2 pun sama..kami pun naik hairan, kenapalah mata mereka pun susah lelap. Agaknya perasaan mereka pun sama macam kami yg tua ni kot..teruja bertemu rakan lama. Macam2 cerita yang keluar..kisah dunia pun ada. Ditambah pula dengan teh tarik buatan sy dan hidangan kek pencuci mulut, hmmm..makin rancaklah kopitiam baytulkifli malam tu :) .

Keesokannya, sementara geng mak ayah berdiskusi ilmu, anak2 berada di rumah sy. Macam2 sy buat aktiviti utk mereka utk hilangkan bosan. Nak bermain di backyard, sejuk pula. Lepas melukis, tengok movie..pastu main2...pastu makan..hmm..itupun mereka masih belum puas main sama2. Petangnya, sebelum mereka berangkat pulang, anak2 ni pun masih lagi ralit bermain sama2 sampai tak endah langsung kami panggil untuk sesi bergambar. Dikoreknya juga lubang tepi pokok tepi cathedral tu, haishh..seram sy...haha.

Malam masih lagi cepat sekarang ni, walaupun tak seawal sebelum ni..hakikatnya masih di musim sejuk. Jadi, jam 4 dah masuk maghrib. Jadi, petang tu, beberapa jam sebelum malam tiba, kami bawa tetamu kami ni bersiar2 sekejap di area universiti dan Durham Cathedral. Dapatlah mereka bergambar sebentar di School of Laws. Mereka ni pun nak kena bertolak awal juga, bukannya dekat2 belaka. Semoga kita dapat bertemu lagi di lain masa.


Ameen dan besfren, Muhammad.

Iffah & Zulfa.

Izzah & Muadz main fifi the flowertot..hihih.

Bergambar beramai2 sebelum bersurai, di hadapan rumah Shifa.

Bersama kak Del dan Misha sekeluarga.

Haa..tengoklah apa yg mereka buat..gali2 lubang...tanam ranting kayu..langsung xpeduli kami tengah posing2.

Geng bapa..oooppps ada teruna sorang.

Bergambar kenangan sebelum mereka berangkat pulang ke destinasi masing2. Semoga bertemu lagi nanti [ Feb].

Tuesday, 25 January 2011

Trivia Lady Lavender

Dah lama tak menjawab soalan2 tag daripada kawan2 blogger ni. Malah rasa saya masih ada tag yang belum terjawab dek sikap sendiri yang bertangguh2 untuk melangsaikannya. Ermm..tak silap saya ada tag peti sejuk yang saya belum buat. Hihih..nanti ye

Tag kali ini datangnya dari kenalan blogger sy yang nun jauh di Helsinki, Finland iaitu puan Lady Lavender. Sy pun tak pasti nama penuh kawan baru ni, hanya mengenali beliau melalui nama penanya sahaja. Apapun, diharapkan ukhuwwah di alam maya yg terjalin berkekalan sampai bila2, jika ada rezeki, boleh diaturkan pertemuan sebagai menjejak blogger..[ sy sendiri setakat ini dah jejak kasih 3 org bloggers..alhamdulillah terasa seperti dah lama kenal ].

Panjang pula celoteh. Kembali kepada tag Lady Lavender yang berbunyi begini:

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

These are 25 random things about me:

1. Memiliki seorang abang, seorang kakak, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Semua cukup lengkap bg saya sbb, sy anak yg tengah2 :) alhamdulillah.

2. Berbintang VIRGO.

3. Sudah 7 tahun melayari bahtera bersama ZH tersayang dan telah dikurniakan 3 cahayamata penyejuk hati penyambung zuriat, alhamdulillah.

4. Sedang menghabiskan masa yang masih berbaki di bumi asing penjajah tanahairku, Durham, England.. gara2 perjuangan cinta hati sy yg masih belum sampai ke titik noktah. InsyaAllah, tak lama lagi..

5. Menjadi surirumah sepenuh masa hampir 3 tahun lebih. Tidak terjebak dlm apa2 kerjaya di sini krn ingin menguruskan anak2 sendiri dan memberi laluan kpd ZH menumpu sepenuh perhatian kpd tugasannya. Sy yakin dgn rezeki yg Allah berikan kpd kami sekeluarga mencukupi.

6. Akan pulang ke tanahair tak berapa lama lagi dan sudah pasti menyambung semula tugas yg dijawat sebelum ini setelah 3 thn setengah berehat. Semoga dipermudahkan urusan kelak.

7. Dulu ada hobi..yg mana tiap kali ada masa lapang memang itu yg sy buat..iaitu membaca. Tp sekarang, dah ada banyak benda yg dibuat di waktu lapang, bukan saja membaca tp memasak, kemas rumah, ajar anak2, yg sy rasa bukan lagi hobi tp kewajipan pula..upps, tambah 1 lg..layari internet pun iye juga kot tp sejak tiada kerjaya ni laaa..

8. Suka tonton cerita suspend..seram xberapa suka sbb nnti lepas tengok je mesti terbayang2. Lebih teruk lagi, sy jd susah nak lelapkan mata waktu malam. Sebab tu masa kat Malaysia dulu, jarang tengok tv melainkan CSI je gara2 iklan cerita seram berleluasa di mana2 siaran tv sekarang ni. Huh! Really annoying!

9. Suka sangat mencuba resipi baru terutama sekali bab2 baking. Ada saja idea nak buat kek itu dan ini, tapi perlu dalam kawalan bajet :P .

10. Ramai yg menyangka sy ni tak berapa garang jika melihat dari mata kasar. Hanya mereka yg rapat dengan sy saja yg mengetahui bagaimana sy yg sebenarnya. Tak perlu dihebahkan di sini pula. Shhh...

11. Sy ni amat pantang dengan mereka yg suka cakap besar, bermuka2 dan penting diri sendiri. Sy tak pula melenting dengan mereka, kerana sy tahu takkan ke mana peel perangai sebegitu. Lagipun, sy bimbang Allah akan balikkan peel itu kpd sy pula..na'uzubillah..

12. Suka usik2 anak2 sy dengan nama manja2 sewaktu mereka kecil2, terutama sekali time nak gomol2. Ameen pernah sy panggil "baby kaman & cumin". Iffah pula sy pernah panggil "wokcokpoh dan cipah". Izzah plg byk la kot sbb dia yg plg byk masa dgn sy sekarang..nama busyuk2 nya " jijah, armpit sour, obigoding" . Haahaa..mesti tertanya2 kenapa nama begitu pelik. Takpe, nama2 tu hanya dipanggil bila sy bergurau2 dgn mereka..geletek2..cuit2. Bila sy sedang serius, nama sebenar yg akan sy kelui.

13. Mempunyai 3 pengalaman berbeza saat melahirkan ketiga2 anak sy. Ameen dilahirkan pramatang iaitu 34 minggu. Iffah, betul2 tepat dengan tarikh jangkaan, 40 minggu. Izzah pula terlebih hari, overdue 2 hari dr estimated due date. Yg ke 4 ?? WaAllahu a'lam..

14. Dulu suka catat sesuatu peristiwa dlm diari peribadi. Kiranya rahsia2 semuanya ada ditulis di situ tapi sekarang tidak lagi. Rasanya sejak mendirikan rumahtangga kot. Tiada rahsia. Bayangkan jika diari anda diselak dan diceroboh baca oleh seseorang. Habislah...kpd yg pernah buat begitu, bawak2 bertaubatlah..tak baik tau baca diari orang.

15. Sensitif orangnya kot. Hati cepat terasa terutama bila seseorang meninggikan suara atau bila sy sedang bercakap, ada yg menyampuk malah lebih teruk jika buat xtahu atau xdengar apa2. Seolah2 sy seperti bercakap dengan tunggul kayu.

16. Cepat mesra dengan sesiapa sahaja. Tp tengok juga..sy bukannya jenis hidung xmancung pipi tersorong2.

17. Sy sgt bercita2 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi..doakan sy mudah2an impian sy tercapai suatu hari nanti. Amin.

18. Matlamat sy sekarang ni ialah perkembangan pendidikan anak2 sy. Sy perlu bekerja keras utk melatih mereka [ yg no 1 & 2 ] supaya menguasai kemahiran 3M sebelum pulang nanti.

19. Suka kumpul buku. Sekarang berkongsi minat yg sama dengan suami. Setakat ni kami dah packing 20 kotak yg berisi buku2 saja. Tiap kali ke carboot fair di sini, kami akan intai buku dulu di samping barang2 yg lain.

20. Nak wujudkan satu ruang di rumah seperti library. Lagi best jika letak reclining chair sebijik kat ruang tu. Hmm..sambil menikmati secangkir kopi, seronok juga membaca buku begitu kan..hihih..koya.

21. Tak tahu kenapa sy suka sgt menguruskan laundry, tp private laundry je..tak termasuk orang lain punya. Sy suka basuh dan lipat kain. Jika punya banyak masa lapang, sy sgt menikmati kerja ni. Hahah..bukan semua org suka buat kerja ni. Tapi..saya sukaaaa. :)

22. Sy sgt allergik dgn nama manusia yg bermula dgn huruf ..... biasa ada sesuatu yg xkena antara sy dgn mereka yg namanya bermula dgn huruf ..... tp xsemua..kebanyakan kes saja. Kebetulan kot... :P

23. Jika keluar shopping, sy lebih suka mencari makanan drpd barang2 yg lain..jika dpt beli makanan, sy pun dah xkisah ttg benda yg lain..hihihihi

24. Suka 'tangkap' gambar tapi malas edit gambar tu. Dgn kemajuan teknologi kini, gambar yg xberapa cantik, selepas di edit boleh jadi sangat cantik. Tp itulah..nak buat macamana, sy dah ada virus kaslan.

25. Ingin menjadi isteri dan ibu yg baik dan cemerlang buat suami, anak2 dan keluarga..semoga dipermudahkan jalan ke arah itu..amin.



Akhir kata, sy xtahu nak tag siapa seramai 25 orang tu. Sy pun xdela glemer sgt..pengunjung blog pun takdelah ramai mana..terpulang kpd siapa yg nak sahut cabaran tag ni..dipersilakan..

Ok, Lady Lavender...sy dah siapkan kerjarumah. Berapa markah awak nak kasi sy?
^ _ ^

Saturday, 22 January 2011

Tetamu dari Edinburgh - UDM

Krismas yang lalu kami menerima tetamu daripada Edinburgh, iaitu kawan seuniversiti ayah dulu, Nazli & isteri Amalina serta anak2 mereka, Aqil, Nina, Damia & Amir. Mereka dah masuk kali kedua berkunjung ke rumah kami :) . Terima kasih sudi menziarah. Sebenarnya mereka sleepover sebelum meneruskan perjalanan ke Chesire Oak untuk berboxing keesokannya. Pada mulanya saya ingatkan nak ajak mereka berboxing di Dalton Park saja, heheh..rupa2nya mereka dah tempah bilik Travelodge kat sana.

Kanak2 ber4 tu memang tersangatlah seronoknya sebab berpeluang bertemu sekali lagi. Mereka sangat akrab walaupun baru kali ketiga berjumpa [kali pertama jumpa masa kami menziarah ke rumah mereka di Edinburgh awal2 kedatangan mereka di UK dulu]. Riuh rendah rumah dibuatnya dengan keletah masing2.

Kedatangan mereka kali ini ditambah dengan kehadiran seorang 'ahli baru' dalam keluarga mereka iaitu si kecil Amir [betul ke nama ni, sori Amal kalo silap]. Comel sungguh macam baby mat saleh dengan hidung mancungnya dan putih melepak. TAHNIAH diucapkan buat Nazli & Amal. Murah rezeki kalian.

Lain kali singgahlah lagi..manalah tahu nak ke South. Bolehla hilangkan penat sebentar. Ok, jom lihat gambar2 kenangan kami.

'Orang baru' tersenyum pula dia.

Damia, sebaya Izzah..tapi dia nampak matured sgt..

Aqil & Ameen, tengah asyik tengok games di PC.

Iffah & Nina, kamcing sungguh mereka berdua ni..ke mana saja berkepit.

Anak2 saya masa ni tengah demam..silap haribulan berjangkit pula karang dengan tetamu.
[memang jangkit pun..Aqil demam masa berboxing :P ]

Dua keluarga tanpa sang ayah..ayah kedua2nya sedang 'menangkap' gambar kami. Terlupa pula nak snap gambar ayah.


** Amal, kalau boxing ngan kami mesti dapat byk hasil hari tu..

Monday, 17 January 2011

Liverpool Lagi


Esok kami buat kali ketiganya akan berkunjung ke Liverpool. Kali pertama dulu, memang niat berjalan2lah. Kali kedua, baru je beberapa hari lepas, itupun atas urusan visa extension. Esok, terpaksa ke Liverpool lagi untuk urusan yang sama setelah biometric yang kami buat tu [menurut pegawainya], tak jadik dek sistemnya yang didakwa rosak hari tu dan biometric yang baru terpaksa dibuat semula pada esok hari. Huh..jauh juga tu nak ke sana..2 jam lebih + penat + $$$$$ + masa = ^~^

Mudah2an urusan kami dipermudahkan pada esok hari. Hari tu pun lancar je cuma tak sangka sistemnya rosak pula. Mungkin sistem pun jadi pening gara2 menunggu keputusan status visa Malaysia-UK Sabtu lalu..heheheh.


Friday, 14 January 2011

Bungkusan Misteri 6

TERIMA KASIH

Atuk
Nenek
Mama
Abah
Teh
Cikcu

di atas hadiah yang ditunggu2.


Drpd:

Ameen, Iffah & Izzah

Tuesday, 11 January 2011

Homburg, Germany

Dari Luzern, kami singgah kembali di rumah IURF di Homburg untuk bermalam semalaman lagi sebelum bertolak ke Calais keesokannya. Kami tak sempat pun nak merayau di sekitar bandar Homburg. Homburg ialah sebuah bandar di Saarland, Germany sekaligus merupakan ibu negeri kepada Saarpfalz district [sila betulkan IURF jika tersilap..ngee]

Malam tu, anak2 asyik leka bermain bersama kerana mereka tahu esok kami dah nak balik kampung. Akhirnya, semua dipaksa tidur sebab dah lewat malam. Pagi2 esoknya dah bangun dan mula bermain. Apa yang buatkan saya dan IU kagum ialah keakraban yang cepat wujud antara anak2 kecil kami walaupun tidak pernah bersua muka sebelum ini. Bukan anak kami je, kami berdua pun sama. Terasa seolah2 dah lama mengenali antara satu sama lain, kiranya ini jejak blogger saya yang kedualah selepas bertemu mata dengan Izuan di Melaka 2 tahun lalu. Alhamdulillah, keberkatan persahabatan itu terserlah walau pada asalnya hanya berinteraksi di alam maya.

Perpisahan anak2 kami sungguh mencuit hati dan perasaan. Mungkin kami berpisah di saat mereka masih tidak puas bermain bersama.

Mee sizzling goreng sedap.

Donut yang sungguh gebu.

Menikmati hidangan sarapan pagi yang lazat buat kali terakhir.

Bermain jigsaw puzzle seketika sebelum berpisah.

Haziq & Ameen.

Faris & Iffah.

Saya dan blogmate, IU, masing2 mendukung Izzahs.

Danke Shoen buat tuan rumah, IURF yang baik hati. Hanya Allah SWT saja yang layak membalas segala pertolongan yang dihulurkan. Jumpa di tanahair kelak!

video

Monday, 10 January 2011

Luzern, Swiss.

Luzern ialah destinasi terakhir yang kami kunjungi semasa dalam perjalanan pulang dari Swiss. Ia merupakan sebuah bandar di bahagian north-central Switzerland yang mana kebanyakan pendudukannya yang seramai 76 200 bertutur dalam bahasa German.

Kedudukan yang strategik iaitu di tepi Tasik Luzern [der
Vierwaldstättersee] dan Gunung Pilatus dan Rigi di Banjaran Alps membuatkan Luzern menjadi destinasi yang sering dikunjungi pelancong. Paling popular adalah Chapel Bridge [Kapellbrücke] yang menjadi mercu tanda Luzern, merupakan jambatan kayu yang didirikan dalam kurun ke-14.

Hari tu kami hanya bersiar2 dan mengambil gambar di sekitar Tasik Luzern dan Chapel Bridge saja. Lagipun masa tu hujan, pergerakan kami dengan si kanak2 pun agak terbatas. Maka terpaksalah kami membeli sekaki payung gergasi di kedai berhampiran untuk berteduh 5 beranak.

Jika berminat untuk menikmati keindahan tasik dan sekelilingnya, boleh juga beli tiket cruise berdekatan tapi kami tak naik sebab niat asal memang nak singgah sebentar sebelum menuju ke Homburg, Germany.

Izzah dan Iffah asyik melihat titisan rintik hujan di dalam bangunan shopping mall.
Masa ni tengah berteduh dari hujan sambil menunggu ayah beli payung.

Berlatarbelakang bandar Luzern.

Tepi tasik Luzern.

Jeti tempat menaiki cruise.

Chapel Bridge [ Kapellbrücke ]






Bandar Luzern.

Saturday, 8 January 2011

Mode : BZ

Dah lama tak update blog ni. Sejak kebelakangan ni, mood untuk bercerita kurang ada, ditambah pula dengan kesibukan menguruskan persekolahan anak2. Sudah 3 hari Ameen & Iffah ke sekolah. Rutin saya pun automatik berubahlah. Pagi2 kena siapkan makan mereka..petang dan malam pula kena tengok pelajaran mereka.

Sekarang ni lagila sibuk, bukan saja nak kena tengok kerja sekolah mereka, malah nak kena ajar subjek2 sekolah rendah di Malaysia pulak. Maklumlah, Ameen tahun ni patut dah Darjah 1, Iffah pula tadika. Buku panduan pun tak lengkap, macamanalah tu. Dalam hati sangat berharap agar anak sendiri tidak ketinggalan. Saya hanya berusaha, selebihnya saya bertawakkal dan serahkan kepada Allah Taala saja. Apa yang saya azamkan, moga Ameen dan Iffah boleh membaca BM, BI, Quran dan Jawi dengan baik sebelum pulang nanti.

Generasi Ameen pula akan melalui KSSR yang mana sedikit sebanyak punya perubahan dalam sistem pendidikannya. Apapun, saya sangat bersyukur kerana matapelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam BM dan bukannya BI sepertimana sebelum ini. Takdelah kekok untuk saya mengajar mereka di rumah kelak. Bukannya saya biasa dengan terminologi2 sains dalam BI. Lagipun, bangsa yang paling terer ilmu hisab pun belajar dalam bahasa ibunda mereka, dan bukannya BI.

Perbendaharaan kata anak2 ni pun tak kurang pentingnya. Masih banyak yang perlu diberitahu. Tidak ada cara yang lebih bagus melainkan dengan kaedah membaca saja. Moga diberi kekuatan untuk terus istiqamah sebab kadang2 ibu sendiri pun tak disiplin, tuang tugas je.. :P Moga ada ganjaran buat saya kelak.


Sunday, 2 January 2011

2011

Sedar tak sedar dah 2 hari melangkah ke tahun baru masihi. Jika kami berada di tanahair sekarang, sudah tentu perasaan sedang berdebar2 untuk menghantar AZ ke Darjah 1. Nampaknya AZ masuk tengah tahun la nanti. Dan, saya pula mesti bekerja keras untuk pastikan AZ tidak rasa ketinggalan nanti [beratnya tugas tu, harus pencen keja lain].

Di Malaysia, esok bermulalah sesi pengajian yang baru untuk tahun 2011. Di sini kami masih lagi dalam cuti Krismas dan Tahun Baru. 5 Januari baru sekolah kembali beroperasi semula setelah lebih 2 minggu ditutup. AZ masih di Year 2, IZ pula di Reception. Masih sama.. sebab, di sini sesi pengajian baru bermula pada bulan September dan tamat dalam bulan Julai.

Tiba2 terasa rindu pula dengan suasana P & P di sekolah. Perasaan pelik ni datang tatkala melihat beberapa keping foto rakan2 seperjuanganku di SMAPL semasa menghadiri mesyuarat guru kali pertama untuk sesi baru. Sementara masaku masih ada untuk keluarga, seharusnya saya manfaatkan semaksimanya, kerana bila pulang nanti sudah pasti saya dijanjikan dengan pelbagai tugasan rutin seorang pendidik. Masa untuk yang tersayang kembali di'curi'.

Apapun, SELAMAT BERTUGAS buat rakan2 seperjawatan di SMAP Labu. Semoga kalian bahagia dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan.


~ 2011 ~
Tahun yang sangat penting buat kami.