Sunday 31 January 2010

Balik Kampung

Alhamdulillah, setelah hampir seminggu lamanya berada di luar daerah, akhirnya malam semalam kami selamat tiba di Bowburn. Terasa rinduu sangat dengan rumah sendiri, biarpun masih berada di rantau orang. Sampai2 je semua menggigil2 kesejukan dek salji yang memutih di kawasan sekitar Bowburn. Walaupun secoet je nipisnya..namun tahap kesejukannya mencecah minus 3 darjah malam tadi. Masuk je dalam rumah terus saya 'on' kan central heating. Pheww..legaa.

Badan masih terasa letih..teringin sekali untuk berkongsi pengalaman dan cerita ceriti sepanjang bermusafir ke Andalus. Namun, apakan daya..mood untuk menulis masih di tahap 30 %. Tunggu bila dah cecah 90 %, saya akan update. Cerita kembara yang lalu pun masih belum direkodkan. Mesti menyahut cabaran seseorang supaya merekodkan setiap pengembaraan ilmiyyah kami di sini sebagai satu catatan rasmi. InsyaAllah, siapa tahu, masa tu saya punya banyak ilham dan idea untuk berkarya. Apapun, setiap detik yang dilalui dalam kehidupan tetap saya hargai dengan memanjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana masih berpeluang untuk mengecapi semua itu..assyukru lillah..

Nantikan catatan kembara kami..

Saturday 23 January 2010

Baytulkifli Berehat

Baytulkifli akan berehat seketika...sehingga tuan rumah kembali...

Ilalliqa'......

Friday 22 January 2010

Halal Trial KFC

Kini kami sudah boleh menikmati KFC halal di UK. Tapi, di Durham takde..
  • Beckton - E6 4LG
  • Bethnal Green - E2 0AH
  • Burton on Trent, Burton on Trent (Drive Thru) - DE14 1YD
  • Chertsey Road, High Street Woking - GU21 5AJ
  • Colne Drive Thru - BB8 9HH
  • Derby, Derby, (Drive Thru) - DE24 8EY
  • Edmonton - N18 2XA
  • Elk Mill, Manchester (Drive Thru) - OL2 5HX
  • Forest Gate - E7 8BA
  • Halifax, Halifax (Drive Thru) - HX3 6AD
  • Halifax, Halifax (Restaurant) - HX1 1HA
  • Hounslow West - TW4 7DJ
  • Lea Bridge Road - E10 7DN
  • London Road, Peterborough (Drive Thru) - PE2 8AR
  • Oxford (Express) - OX4 1JJ
  • Peacocks, Foodcourt (Woking) - GU21 6GB
  • Pollockshaws Road, Glasgow (Drive Thru) - G41 1PS
  • Rochdale Kingsway, Manchester (Drive Thru) - OL16 5AF
  • Tottenham Hale - N17 9FR
  • Upton Park - E13 9AR
  • Wembley - HA9 6AH

Wednesday 20 January 2010

4 of us

Hari ni hubby saya bermusafir ke Glasgow kerana menghadiri conference di sana. Jadi, malam ni kami tidur 4 beranak je la. Dan esok saya kena hantar Ameen & Iffah ke sekolah. Harap2 tak hujanla. Kena jaga Izzah ni sebab chickenpoxnya masih belum pulih sepenuhnya. Jika terkena hujan, bintik2 tu boleh tinggalkan kesan parut. Lupa nak minta hubby keluarkan siap2 push chair besar tu..yang keciknye ada, ok je, cuma saya takut hujan besok..takut plastik pram tu kecil dan xcukup untuk tutup Izzah dari terkena hujan [jika hujan lebatlaaa..kalu renyai2 ok..].

Cheh..baru kena tinggal sekejap dah mula buat2 tak biasa pula. Padahal sebelum ni lagi dahsyat lamaanya kena tinggal..heheh.

Semoga ayah selamat pergi dan kembali. Kami doakan ayah selamat dalam perjalanan..

Sunday 17 January 2010

Bibik Kecil



Video ni saya rakam beberapa jam yang lalu. Video Izzah sedang ralit mengemas mainan2 abang dan kakaknya yang bersepah2 di lantai. Maklumlah hujung minggu kami bertapa di rumah saja. Jadi, terpaksa pejam mata la lihat segala mak nenek mainan yang berterabur tu.

Yang si adik kecilnya pula pantang saja lihat mainan berlonggok, pasti dia akan kutip satu persatu untuk dimasukkan ke dalam toy box. Aksi ni dah pernah berlaku sebelum ni cuma kali ni je saya dapat rakam, itupun pencahayaan tak berapa memuaskan pasal waktu malam dan bulb lampu pula warna kuning. Sambil menyebut 'tidy up..tidy up' Izzah mengutip satu2 mainan dan masukkan dalam box. Mungkin dia perhatikan apa yang kita buat..lepas tu tiru.. 'learning by imitating..observation'. Alhamdulillah, saya harap adalah sorang yang rajin tolong kemaskan rumah..ehehe.

Saturday 16 January 2010

Bertih Izzah



Inilah rupa Izzah yang dijangkiti bertih. Setakat hari ini, bertihnya dah mula sampai ke betis..di kaki masih belum ada. Maknanya, dah hampir satu badan dah naik. Setiap kali tukar nappy, saya akan lumur calamine lotion kat tempat biji2 bertih tu. Nampak macam dah kering sikit. Alhamdulillah, malam tadi pun Izzah dah mula tidur lena..jaga pun sebab nak susu. Badan pun dah tak panas lagi macam semalam dan kelmarin. Hari ni pun dah mula makan nasi ayam..roti & chocolate spread..kek..buah..sebelum ni takde apa yang dia sentuh, sebab kat atas dan hujung lidah pun ada bertih.

Saya berdoa semoga Izzah lekas sembuh..dan ceria macam sebelum ni. Kesian lihat dia sakit dan menjerit2 tiap kali tersentuh biji bertih yang masih fresh tu. Tapi itulah, ada hikmah Izzah naik bertih kat sini, sekurang2nya ibu ada nak jaga dia sepenuh masa. Jika naik kat Malaysia belum tentu dapat jaga betul2..mungkin saya dah susah nak diberikan cuti lagi memandangkan dah lama bercuti panjang...

Thursday 14 January 2010

Izzah Kena Chickenpox

Hari ni saya terpaksa batalkan kelas BA untuk Sekolah Melayu Bowburn kerana Izzah demam chickenpox. Dia meragam dari malam tadi..susah saya nak masak dan buat apa saja..tidur pun xcukup. Dari kelmarin saya perasan ada beberapa bintil merah di dahinya. Terlintas dalam hati mengatakan itu bintil2 chickenpox, tapi nak tengok dulu kot2la bukan. Semalam bintil2 berisi air mula kelihatan di kepala dan di muka. Waah..ini sudah jelas. Bertih la ni..lama pula 'gap' berjangkit dari kakak Iffah.

Saya lihat chickenpox Izzah lagi teruk berbanding Iffah punya. Banyak betul. Badannya pun panas je..dah kasi makan ubat tapi, sikit je yang berjaya ditelan..selebihnya diluah balik. Lepas hantar Iffah ke sekolah, kami ke Bowburn Medical & Surgery, jumpa doktor [GP]. Dr. Pollard kasi prescreption paracetamol dan calamine lotion. Balik rumah, bila nak sapu losyen tu, meraung2 dia, tak kasi kita sapu ubat tu. Kesian asyik menangis je. Mungkin dia rasa tak selesa kot.

Makan pun dah kurang selera. Baru je makan banyak hari tu. Hari ni saja dia cuma makan yogurt dan sedikit biskut. Bubur nasi kesukaan dan bihun goreng feberet pun tak dijamah. Minum susu je...pastu air masak. Saya harap malam ni dia tak berjaga lagi..nak kena letak ubat PORO juga ni, baru cepat kebah.

Nampaknya kena kuarantin la kami...camna ni..misi sudah hampiiiir....

Monday 11 January 2010

Nostalgia untuk AbeZa

Entry ni saya embed dari Youtube. Ada banyak kenangan manis dalam lagu2 dendangan Tommy Page ni. Dah lama saya tak dengar lagu2 ni. Pagi2 tadi saya dapat sms dari abang sulung saya mengatakan beliau teringat akan adiknya tatkala mendengar lagu2 Tommy. Perasaan saya bercampur baur..terharu..sedih..tapi dalam masa yang sama saya gembira sebab 'abe' masih ingat kenangan lama hubungan keakraban adik beradik. Tak dapat dinafikan saya juga merindui kenangan2 lama bersama adik beradik masa masing2 belum berkeluarga..sungguh indah.

Abe berada dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan tika ini. Saya dan keluarga berdoa kepada Allah SWT moga abe sihat walafiat.

I miss u too!


Bungkusan Misteri 4

Beberapa minggu yang lalu kami menerima bungkusan misteri yang ke-4 [sejak berada di UK]. Bungkusan ni datang dari Kedah. Diposkan oleh abang ipar saya [hubby's big brother]. Seronok bukan kepalang kerana bungkusan tiba tersangat cepat dari jangkaan.



Terima kasih Pak Ude tolong poskan parcel ni. Kami tak perasan parcel ni datang dari udara. Ingatkan kapal cepat sampai..rupanya terbang, patutlah cepat.

Isi kotaknya sumber makanan kering seperti stok ikan masin, bilis, sotong kering & udang kering. Maklumlah, nak tambah stok yang ada..sejuk2 ni kang di buatnya darurat, naya juga kami. Dengan adanya makanan2 kering ni dapatlah jadi top-up jika terdesak, kan?

Menunggu bungkusan misteri seterusnya pulaaa...huehuehue.

** Bahulu cermai tu sekejap je ngap dah habis..huu..sedapnye..tima kasih pak ude & mak ude.

Sunday 10 January 2010

Icicles vs Avalanche

Hari ni suhu dah makin ok berbanding semalam. Masih sejuk sebab angin bertiup kuat, cuma takdelah sampai bawah takat beku lagi. 4 degrees..okla tu kan jika nak banding beberapa hari sebelum ni, -10 C. Sungai Durham pun beku...sayang sekali tak dapat ke bandar untuk saksikan sendiri keajaiban alam tu. Hanya melihat foto rakan2 sahaja.

Hari ni juga salji mula mencair. Tiada lagi kelihatan blanket putih menyelimuti Honda biru, hinggakan kereta tu seolah2 gemuk gebu..hihi. Yang kat atas bumbung rumah semuanya dah makin mencair..malah dah ada yang runtuh ke bumi. Tapi, menurut ramalan cuaca, salji akan datang kembali..silap2 esok..sekarang ni angin kuat tengah tiup snow2 tu ke bahagian selatan dan tengah England. Sekolah budak2 ni pun tak tahu lagi beroperasi esok atau tidak. Tunggu ajelah sms dr PTA esok pagi.

Jom lihat foto2 yg sempat saya rakam sempena winter terhebat, tersejuk sejak 30 tahun lampau..kali ini hanya imej icicles & avalanche..

Inilah rupa icicles, juntaian air dari bumbung yang membeku..ala2 stalaktit kat dalam gua tu. Keras bende nih. Beberapa kali juga saya amik icicle ni pasal Ameen Iffah nak pegang..diorang siap simpan dalam freezer lagi bende alah ni. Takjub agaknya..

Bayangkan jika ceracak2 ais tu jatuh menimpa kita..sakit juga ni..mahunye luka2..

Icicles dari tingkap bilik kami. Panjangnya mencecah 30 cm.



Lebih sejengkal tebalnya ni.

Tenggelam scooter budak2 ni..mulanya tu letak kat dapur, pastu lemas tengok menyemak je kat dapur..pastu siap diorang naik2 scooter lak. Last2 ayahnye letak balik kat luar. Kesian basikal & scooter kebasahan.

Sebelum kejadian..

Salji putih bersih yang menimbun di backyard, sebelum kejadian runtuhan salji..

Bumbung dapur yg dah licin..takde snow.

Inilah rupa salji yang runtuh dari atas bumbung dapur kami pagi tadi. Dah kotor saljinya. Terkejut betul dengar bunyinya yang tak ubah seperti guruh. Agaknya beginilah kot bunyi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dulu. Bayangkan jika ada sesiapa di perkarangan backyard padi tadi..silap2 ada yang pengsan.Alhamdulillah kami semua berada dalam rumah.

Saturday 9 January 2010

Tetamu dari Edinburgh

Minggu lepas kami menerima tetamu dari Edinburgh untuk sarapan pagi. Faten ni kenalan blogger saya. Belum pernah bersua muka sebelum ni. Sementelah beliau berkunjung ke rumah kawan sekolahnya, Hanira yang kebetulan tinggal tak berapa jauh dari rumah saya, maka saya pun ambil kesempatan jemput dia sekeluarga datang ke rumah untuk breakfast.

Masa gambar ni diambil, mereka dah nak balik pun. Dah selesai breakfast. Sepatutnya dalam foto ni ada Hanira, tapi masa ni dia dah balik rumah sebab kesihatan tak mengizinkan. Tak sempat makan apa2pun kat rumah saya pagi tu.

Menu makan pagi, nasi lemak. Ini saja yang dapat saya sediakan untuk sarapan. Nak masak sambal sotong, takde sotong pulak..hehe. Sambal tumisnya pula pedas pasal guna cili kering pakistan..huu..pedas weh. Sian tetamu saya..pedas ko?

Sardine roll. Lama dah saya tak buat ni. 1st time buat sejak datang UK rasanya. Kat Malaysia dulu biasa buat..terutama time bulan Ramadan. Maklumlah, saya bukannya jenis yang beli kuih muih di bazaar. Sebab, selalu terkena kuih basi..masam..dsb.

Biskut mazola & kek.

Kek Carrot. Buat lagi, tapi rasa dia agak pelik sikit berbanding yg 1st dulu. Huehuehue..

Saya dan Fa10, bergambar sebelum mereka keluar jalan2 ke bandar Durham. Kecil molek orangnya. Ok fa10, silalah berkunjung lagi ke rumah kami ni. Kan ke tak sempat nak explore Beamish Museum hari tu.

Friday 8 January 2010

Pengantin Baru

Saya baru dapat publish entry untuk peristiwa ni yang telah pun berlaku dalam tahun 2009. Mempelai merupakan anak saudara pertama dalam keluarga sebelah suami. Kiranya, ni dapat anak buah ipar baru la kot..ada ke 'term' ni :P.. Apapun kami hanya mendoakan semoga kedua mempelai berbahagia sentiasa dan semoga jodoh kalian berdua kekal hingga ke syurga..

Rasanya masih belum terlewat untuk kami ucapkan;

SELAMAT PENGANTIN BARU

kepada;

SITI RAIHANA MOHD FADZIL [kak Long]

dan suami...[alamak, kami tak tahu namala..]

'Orang baru' semasa majlis aqad nikah.

Pengantin baru bersama2 dengan ayah & ummi kak Long serta adik beradiknya..
**Dik La..Tikah..Epi & Kak Ngah**

Kak Long dan suami bergambar bersama atuk i.e. bapa mertua saya @ apak.

Semasa majlis persandingan mereka bertempat di Hotel Seri Alam, Gombak. Yang di dalam gambar ni semuanya saya tak kenal. Lagipun saya 'ambil tanpa izin' dari tuan empunya gambar ni dalam fb angah. Sibling angah yang 'tag' photo ni..kami pun tak dapat tengok gambar2 pengantin sampai sekarang..so, xpela kami 'cilok' yg ni je :P .

Thursday 7 January 2010

Sejuk..Tak Sekolah

Hari ni sejuk teramat..mencecah -10 C..padahal snow dah xturun..dok dalam rumah pun kena pakai baju tebal..heater memang kena selalu 'on'..jika tidak, ada yg menggigil. Memasak di dapur pun terasa beku jari2 kaki ni. Bayangkanlah betapa sejuknya di sini hinggakan cermin tingkap rumah pun beku..langsir rumah melekat kat cermin tingkap.

Kereta pun dah jadi tak ubah macam peti ais..sebarang cecair yg ada dalam kereta dah bertukar menjadi ais. Jom lihat gambar di bawah ni.

Imej air yg menitik dr bumbung reban ayam [chicken coop] omputih.

Air dalam batang saluran air dari corong atap. Beku sebelum jatuh ke bawah..

Air kat bumbung dapur kat luar rumah..macam stalaktit.

Inilah rupa tingkap rumah yg beku pagi tadi..sejurus selepas 'on' central heating barulah cair..
Dahsyat kan..kami pun tak pasti bila keadaan cuaca ini akan berakhir. Ini baru betul2 dinamakan musim sejuk..sepanjang musim ada 'white blanket'.

Hari ni juga masuk hari kedua Ameen & Iffah tidak ke sekolah. Tak sakit, tapi tak pergi sebab sekolah diTUTUP gara2 salji yang turun lebat di bumi Great Britain sejak awal Muharram lalu. Pagi2 lagi PTA dah bagi sms maklumkan yang sekolah ditutup semalam, hari ini dan esok. Isnin depan baru kembali beroperasi, itupun masih 'subject to change'.


Wednesday 6 January 2010

: : Ayam Golek : :


Kali pertama cuba masak ayam golek setelah penat intai2 dalam MyResipi. Akhirnya saya jumpa resipi oleh kak Besah ni. Penyediaannya agak mudah. Cuma saya tak goreng ayam ni. Saya bakar atas request big boss. Ayam golek ni pun atas request beliau juga. Saya guna baby chicken, sedap sikit..nanti ramuan2 tumis senang meresap masuk ke dalam isi ayam.

AYAM GOLEK

3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
3 batang serai
1 inci halia dan lengkuas
1 sudu besar serbuk kari
1 ekor ayam
1 cawan santan

Cara-cara

1. rebus ayam separuh masak dan separuh empuk bersama garam dan serbuk kunyit.

2. tos kan ayam lalu digoreng hingga masak. [resipi asal goreng, tapi saya tak goreng, saya bakar bersama2 dengan bahan2 tumis].

3. mesin semua bahan2 lalu ditumis hingga garing dan naik minyak.

4. masukkan santan dan ayam. [sebab itu, jika ikut resipi asal, ayam dimasukkan kat sini..digoreng bersama dengan bahan tumis, saya hanya tumis bahan2 sahaja, pastu saya lumur pada badan ayam, pastu bakar]

5. ratakan ayam bersama kuahnya sambil rasa asam garam nye..

6. jika pedas,tambah sedikit gula..



Tuesday 5 January 2010

Back to School in 2010

Di hadapan kelasnya "Starfish". Nama2 kelas kat sekolah ni semua ikut nama hidupan laut..dulu Ameen kelas Shrimps.

Tempat sangkut jaket Ameen, tapi name tag tertulis Alameen..biasa guna nama Ameen Zulkifli..ntah kenapa jadi Alameen pulak..ehehe

Kena pakai cukup lengkap supaya tak sejuk kat luar nanti.

Gambar Iffah tengah buat aktiviti dalam kelas.

Kat tempat gantung jaketnya..hanya ada gambar sebagai pengenalan diri..iyelah, diorang ni masih belum pandai membaca..


Hari ini sesi persekolahan bermula semula setelah lama bercuti untuk Krismas dan Tahun Baru. Ameen dan Iffah ternyata sangat teruja untuk kembali ke sekolah, tiada rungutan berbunyi waktu saya kejutkan mereka dari tidur, walaupun masa itu keadaan masih gelap dan sejuk.

Bersarapan hanya dengan memakan semangkuk coco rocks [bijirin sarapan pagi] dan segelas susu segar sudah cukup untuk alas perut kanak2 dua orang ni. Biasanya makan 2 mangkuk, tapi hari ni mereka cakap banyak pula, sebab itulah semangkuk je sempat makan. Usai je sarapan [mereka berdua yg sarapan dulu, kami kemudian]..ayah pun hantar ke sekolah. Ameen je yg masuk pagi, Iffah sesi petang..tapi dia dah awal2 siap ngan uniformnya..dan turut sama menghantar Ameen ke sekolah. Janganla buat2 taknak kejutkan dia..alamatnya dia merengek2 [weeping] sampai ke tengahari..naik pening kepala ni mendengarnya.

Hari ni juga kami ada temujanji dengan engineer British Gas seawal 8:30 pagi. Sebenarnya pukul 9:00, tapi dia sampai awal..nyarislah dia call dulu sebab kami hampir2 terlupa akan 'date' hari ini. Sejam jugalah dia bersihkan dan service gas [fireplace] tu untuk check dan pastikan tiada apa2 kerosakan pada boiler..saya tak lihat pula apa yg dia buat, apa yg menakjubkan saya, engineer ni pompuan..lawa pula tu..hihi..terer betul dia buat kerja2 tu. Alhamdulillah, semua dalam keadaan ok dan tak perlu buat apa2 perubahan. Kami sebagai penyewa kena bagi salinan gas service report kpd tuan rumah nanti. Gas di rumah kami ni pakai meter..elektrik yg pakai pre-paid. Hmm..elektrik kat sini jimat berbanding gas. Gas sangat mahal..lebih2 lagi time musim sejuk camni..bil gas biasanya sedikit melambung disebabkan penggunaan heater dan hot water yg kerap. Iyelah, sejuk sekarang ni...tak tahan nak guna air sejuk..menggigilla.


Saturday 2 January 2010

White New Year

Semalam snow turun lebat sangat. Pendek kata, winter kali ini memang paling sejuk antara winter2 yang sebelumnya. Salji pun dah lebih 2 minggu memutih di area north east of England ni. Minggu depan pun dijangka snow turun lebat lagi.

Malam tahun baru pun snow memang dah mencurah2..jadi keesokan paginya selesai je bersarapan kami terus capai snowcoat masing2 untuk keluar melihat pemandangan putih bersih. Kali ni kami ke bandar Durham.


Suasana di Bowburn. Putih..

Izzah dah pun siap dibungkus..berlapis2 supaya tahan sejuk..sejuk weh..masa kami keluar tu suhu mencecah -3 Celsius. Masa ni snow dah berhenti turun..

Tengoklah kereta kami tu..penuh ditutup salji. Nak kena bersihkan dulu sebelum bergerak ni. Silap2 pintu kereta pun tak boleh buka, beku. Pernah sekali mainan baby [yang ada cecair dalamnya] kami letak dalam bonet kereta, beku jadinya toy tu..

Kami ke Durham Cathedral pagi itu..indah sungguh pemandangan putih salji. Ternyata masih belum dinodai. Tiada seorang manusia pun yang ada di situ..Yang ada hanya kami berlima. Thanx to tripod & Lumix. Banyak juga gambar berlima ni..cuma terganggu oleh ragam si Iffah yang menangis merengek2 minta didukung dek tak tahan sejuk. Iyelah mana tak sejuknya, awal2 lagi dia dah bedal main snow tu..habislah basah seluar.

Belakang kami ni Durham Castle. Pintu masuk ke castle ni ditutup dan dikunci. Jadi kami bergambar di luarnya saja.


Di hadapan Durham Cathedral. Ameen dengan snowball nya..bersungguh benar dia buat tu. Nak buat snowman katanya. Tapi, tak berjaya sebab yg sorang lagi tu dah uwaaaaa...pandang kamera pun dah tak mau.


Bergambar di hadapan Durham castle. Kelihatan pintu masuk ke castle ditutup.

Ameen tak habis2 dengan BIG snowball nya hingga tak larat nak bawak. Ayah terpaksa golek2 snowball tu sebab dia nak bergambar sama ngan snowball hasil buatannya. [tak sempat nak jadikan snowman sebab Iffah dah meragam, menangis.. :( ]

Gambar ini agak gelap, mungkin sebab saya guna setting 'scenery' yg sepatutnya gunala 'snow' setting. Biarlah..dah captured pun imejnya.





Izzah & Ibu. Nasib baik baby ok saja sepanjang sesi penggambaran.



Gambar ni diambil oleh sorang mat saleh yang on his way nak masuk dalam cathedral. Bertiga je. Lagi 2 orang tiada dalam gambar, dah masuk dalam kereta. Iffah pun dah nangis2 tak tahan sejuk.



Saya selalu masukkan kedua2 tangan dalam poket snowcoat ni..sebab tak pakai glove. Jari kesejukan. Bila nak snap gambar agak susah sikit jika pakai sarung tangan. Itu pasalla saya letak tangan dalam poket. Tapi, sekali tengok, gambar ni macam saya pregnant pulak :P


Sekianlah gambar2 yg dirakam semalam. Saya je yg banyak bergambar sebab yang lain2 dah 'kesejukan'..semua takmau keluar dari kereta. Sesi klik2 pun terpaksa ditangguh...sehingga snow lebat turun lagi..