Monday 30 November 2009

Eidul Adha ke-3

Eidul Adha tahun ini disambut secara sederhana oleh warga Islam di Durham. Seperti tahun2 sudah..kami bersama2 tunaikan solat sunat hari raya di dewan Howlands di Ustinov College. Dewan ni besar, boleh muatkan ramai muslim. Tapi, kita kena awasi sentiasa anak2 supaya tidak membuat bising & tidak mengotorkan dewan supaya pihak pengurusan berpuashati.

Kami terkocoh2 jugalah pagi tu..nasib baik hubby ringan tulang tolong siapkan anak2..sementara saya siapkan sarapan pagi & makanan utk dibawa ke dewan nanti. Saya hanya bawa kek carrot cashewnuts with cream cheese je. Tak laratla nak buat makanan berat. Setelah selesai bersarapan..kami pun siap2 nak keluar rumah..tengok2 cermin keta pulak beku..dah kena cuci sekejap sebelum mulakan perjalanan. Suhu pagi tu 2 C tak silap..sejuuk beb.

Kami ingat kami dah yg paling lambat sampai..hehe rupe2nya ada lagi yg sampai lg lambat dr kami..nyarislah pak imam tak start solat lagi..dapatlah kami tarik nafas sikit..haha. Hmm..masih tak terasa suasana raya tu..tak mengapalah, dah adat tinggal di perantauan..adat budaya muslim di sini pula berbeza walau aqidahnya satu. Kami masih merindui suasana di Malaysia..di kampung halaman..bersama ibubapa & adik beradik.

Dah habis solat berjama'ah..kami dengar khutbah dalam bahasa Arab..tapi dengar balik tirai kain..hari tu dapat juga tgk muka pak imam baca khutbah. Lepas tu ada acara persembahan kanak2 Malaysia..nasyid.

Persembahan nasyid oleh pelajar2 Sekolah Melayu Bowburn.

Beginilah rupenya kaum2 wanita di sebalik tirai..hehe. Piknik pun ye jugak. Nak duk kat meja pun dah penuh..nasib baik puan penghulunita bawa bekal bihun goreng..puan ZBZ pula bawa cekodok pisang..huhuuu...ngap2 la kami kat situ.

Iffah & Izzah bersama aunty Hanira & 2 org anaknya, Aishah & Aminee.

Ini pula goody bag yg kanak2 dapat dalam majlis raya DUIS. Kiut kan..siap ada kambing biri2 lagi..dah tu pulak siap ada wool lagi kat atas kambing tu..mcm real pulak. Dalamnye ada sweets, keropok, small toys..pendek kata seronokla budak2 dapat bende ni. Kesian Ameen ter'miss' bende ni. Siap nangis2..nasib baik aunty Lyn kasi kat bb satu beg..dapatla ibu kasi kat Ameen pula. Bb mana makan sweets kan..

Iffah & Izzah..pakai baju raya Syawal hari tu je ni..


Begitulah cerita pagi raya..kami tak tunggu sehingga packed lunch tiba pun sebab hubby dah tak larat nak stay back lagi..gara2 perpindahan virus saya pada dia..hehe. Kami balik rumah..dan saya sempat masak nasi minyak lauk kari daging, ayam masak merah & rendang pedas ayam. Maka kenyang juga kami anak beranak tengahari tu..alhamdulillah.

Dah duduk rumah..biasalaah..dah tukar uniform..hanya hubby & anak bujangnya yang masih setia berbaju melayu sampailah ke malam. Yg kami geng hawa ni balik rumah je terus capai uniform lain. Maka..suasana raya utk hari pertama dah habis..kene tunggu esoknye utk dapat mood raya balik..hmm, diam tak diam dah 3 kali kami celebrate raya haji di sini..

Sunday 29 November 2009

A Tribute to Kak WKB

Abg Zulkifly Yusof & Kak Wan Kamariah Baba

Hari ni seluruh warga Durham_my menyaksikan penghijrahan seorang rakan Malaysia yg juga merupakan 'otai' di Durham. Setelah 5 tahun menetap di Durham akhirnya Abg Zul, Kak Wan, Iman, Ihsan, Farah & Fateehah berpindah ke Sheffield petang tadi...gara2 Kak Wan bekerja di Sheffield Univ. Alhamdulillah...

Pagi tadi, seawal jam 9 pagi kaum lelaki tiba di lokasi kejadian untuk gotong-royong memunggah barang2 mereka ke van. Manakala kaum wanita pula bawa pot luck masing2 sebagai juadah untuk dinikmati bersama. Kasihan pada tuan rumah pot luck..dalam keadaan sarat, beliau tak duduk diam ke hulu ke hilir nak make sure semuanya ok. Takpe Ina, malam ni rehat..terima kasih jadi host tadi.

Saya pula tak tunggu sampai kak Wan berlepas. Sementelah saya & bb masih tak sihat..terbatuk2, risau juga jika kami ni jadi penyebar virus pula..he3. Sy tak tahu jam berapa tayar kereta mereka bergolek ke sana, sepatutnya pukul 12. Saya harap mereka dah selamat tiba sekarang ni..pheww..mesti kepenatan. Tak mengapa kak Wan, yg penting skrg ni keluarga akak dah bersama semula...seperti dulu.

Terima kasih atas pertolongan yg pernah kak Wan hulur kpd kami sekeluarga sebelum ini terutama sekali masa kami mula2 dtg ke UK dulu. Kami selalu bertamu di rumahnya psl nak guna internet, maklumlah masa tu kami dtg time Christmas..org putih cuti..so line telefon dan internet lambat betul dapat. Bila nak Voip [skrg dah guna Skype] dengan keluarga di Malaysia je, kami pegila rumah tu..dan hubby selalu cakap, kalau dtg rmh kak Wan, walaupun sekejap, mesti dihidangkan dgn makanan & minuman.

Terima kasih juga buat Abg Zul krn entertain kami, menjemput kami di Newcastle International Airport [ustz pun sama..] masa mula2 jejak kaki ke bumi UK. Malah sebelum kami datang lagi abg Zul dah susah2 uruskan rumah sewa Justin Timberlake untuk kami..[#13, Clarence St]. Terima kasih yg tak terhingga atas semua pertolongan kalian berdua..dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas semuanya dengan sebaik2 ganjaran.

Didoakan semoga kak WKB sekeluarga berbahagia sentiasa..dan, insyaAllah jika kami turun ke south..kami akan singgah menziarah..mungkin bermalam...hahaaa. Lepas ni mesti rinduu kak Wan & those kids..


Selamat menjadi warga Sheffield pula..jangan lupa kami di sini..jika nak ke north..singgah2la ke rumah kami & kawan2 di sini..


**..lepas ni siapa pula yang akan replace abg Zul jadi moderator Durham_my.....

Saturday 28 November 2009

Happy Birthday Ayah Long

SELAMAT HARI LAHIR

ditujukan kepada abang tersayang...

HAMZANI HARUN

yang kini berada di Puncak Alam, Selangor.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik & dimurahkan rezeki oleh Allah..

Thursday 26 November 2009

Salam Eiduladha 1430 H

Sempena kedatangan 10 Zulhijjah 1430 H esok hari, maka kami sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan;

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA

kepada kaum keluarga yang dirindui di Pasir Puteh, Kelantan..

Abah..
Ma..
Abg Za & keluarga..
Kak Fiezah & keluarga..
Hanif & keluarga..
Ana..

juga keluarga yang dirindui di Tanjung Malim, Perak..

Apak..
Mak..
Yeop & keluarga..
Nyah & keluarga..
Kak Ana & keluarga..
Abg Rauf & keluarga..
Abg Fendi & keluarga..
Kak Laha & keluarga..
Abg E & keluarga..
Abg An & keluarga..
Eli & keluarga.


Kami juga ingin memohon maaf zahir dan batin di atas segala salah silap kami selama ini..mohon dihalalkan segala makan minum kami. Bersyukur kerana masih di beri peluang untuk menyambut Hari Raya Qurban..dan semoga segala pengorbanan yang kita lakukan mendapat redha Allah SWT.

Daripada kami yang jauuuh di mata tapi dekat di hati..

Hanani & Zulkifli
Muhammad al-Ameen
Iffah Madiehah
Izzah Maisarah

Durham, United Kingdom, 2009.

Wednesday 25 November 2009

Lupa vs Kecewa

Entry kali ni saya switch colour kepada MERAH. Warna yg saya suka..terutama sekali mawar merah. Tapi ini tiada kena mengena dengan red roses. Ada cerita di sebalik warna merah entry ni.

Semalam, sepatutnya saya ke library Bowburn untuk pulangkan buku2 yg kami [saya & anak2] pinjam tempohari..nak dijadikan cerita terlupa pula saya. Pheww..hari ni library tutup sebab memang setiap Rabu dia tutup.. [sebenarnya diorang buat library bergerak, ada van khas utk tujuan tu, diperuntukkan hari Rabu je]. Maknanya, sy kena dendala ni..heheh. Tak pernah pula pulangkan buku melewati tarikh luput, jadi saya pun tak tahu berapa dendanya. Bersedialah esok petang..

Satu lagi, semalam, jiwa kacau..sy cukup kecewa dan terkilan dengan sikap seorang hamba Allah ni. Kami baru je berjejak kasih melalui satu kumpulan ni..tup tup dia ni rupanya tak boleh dibawa bergurau..ingatkan dah lama tak jumpa bolehla wat jokes..hmm, jawapannya tak boleh..hai, susah juga macam ni. Kita semua dah dewasa, dah berumahtangga..tapi kenapa masih beremosi..bersikap seperti anak2 kecil yg mudah melatah. Sungguh buat saya terkilan..tapi, tak mengapalah..saya consider dia ni punya masalah komunikasi & pemahaman jiwa..jangan psycho sudahlaa...mungkin juga si dia ni sekarang mengalami masalah 'inferiority' yg saya percaya bukan dr segi kewangan tapi dr segi 'appearance'. Mungkin juga jarang bersosial..hmm. Bersosial hanya dengan rakan2 yg se'kepala' dengannya..haha..

Banyak yg saya ambil iktibar dari pengalaman 'kureng' best semalam tu..syukur alhamdulillah, saya ada hubby yg sedia mendengar omelan saya..punya kawan yang sudi berkongsi rasa..biarlah si dia begitu dengan dunia 'hebat' nya. Saya tak kisah, asalkan dia bahagia..walaupun terang dan nyata sekali menampakkan sesuatu di mata saya..


...the evils of mankind are caused, not by the primary aggressiveness of individuals, but by their self-transcending identification with groups whose common denominator is low intelligence and high emotionality.

Arthur Koestler

Monday 23 November 2009

Sketsa Malam

Malam tadi..sedang saya nak tidurkan si kecil tiba2....

"...open the fucking door!!! Or just give me the fucking jacket coz' I'm fucking freezing here.."

Huuuhuuu..apa perasaan anda bila lewat2 malam [selepas jam 10 mlm] begini, tiba2 ada seorang lelaki terjerit2 mengungkapkan statement di atas ni..? Rupanya sketsa tu dah lama berlangsung secara 'live' menurut hubby cuma saya yang baru perasan, sbb sy dok kat bilik lain.

Sy perasan dah banyak kali couple ni bergaduh2..tapi rasanya yg malam tadi kot paling teruk sebab si pakwe [rasanya diorg ni xkawin..] tu tak dibenarkan masuk dlm rumah dan dibiarkan kesejukan & kebekuan [mlm td strong wind pulak..kui3] di luar rumah..lama jugaala drama ni dibawakan secara langsung..berlarutan sehingga jam 12.15 mlm. Pastu sy dah tak dengar pape..sebab sy pun dah zzzzzzzz...

Pagi ni, sy cuba intai [ceh..mlm td pun dok mengintai jugaaa..hahahaaa]. Hmm..biasanya di waktu begini curtain bilik anak2 dia dah diselak..tp pagi ni tak terselak pun..masih tertutup mcm tak bangun lagi. Hmm..sah dah tak pegi sekolah dah anak2 dia hr ni..salah seorang anaknye tu, Jack namanya..dulu classmate Ameen. Jack ni pun kami pernah jumpa di Bowburn play park lepas waktu sekolah..masih beruniform sekolah..sampaila ke senja. Bila ditanya, mana mak dia atau bapak dia..dia jawab.. " mummy doesn't care if I am here all day..she is so busy.."..Sy tanya lagi..mak dia keje ke. Pastu dia jawab.."I dunno..but my mum is at home". Hahahaaa..mak kamu tak keje la Jack oii..mak kamu dapat subsidi..sbb tu adik beradik kamu 4 org..lagi ramai anak, lagi byk dpt duiiiiit..tu psl mak bapak kamu xkeroje..asik gadooooooh je.. Sian kamu Jack..

Begitulah kisahnye malam tadi..sy rasa ramai yg menyaksikan adegan itu. Boleh ambil iktibar dengan apa yg telah kita lihat..kasihan anak2..

: : Peanut Butter Cupcakes : :

PEANUT BUTTER CUPCAKES

Kali pertama saya buat ni dan alhamdulillah menjadi. Resipinya saya ambil daripada allRecipies, laman web omputih. Saya suka explore masakan Western di website ni sbb kita boleh tukar calculation sukatan bahan2nya dari gram kepada cawan. Saya ni lebih selesa dengan sukatan cawan berbanding gram. Tak suka sgt pakai kitchen scale. Bimbang jika benda alah tu tiba2 je 'ting-tong'..tup2 tengok terlebih @ terkurang sukatan pula. Masak lauk pauk bolehla nak campak2 suka2 hati bahan2nya..tapi, kalu nak baking, mana boleh campak2 je..at least kena ikut rules sukatan dia.

Ok, kembali kepada resipi kuih kat atas ni.

Bahan2:
2 cwn brown sugar [sy guna white granulated sugar je]
1/2 cwn shortening [sy guna Stork margarine je]
1 cwn peanut butter
2 biji telur
1 1/2 cwn fresh milk
1 suduteh vanilla extract
2 1/2 cwn all-purpose flour
1 suduteh baking soda
2 suduteh cream of tartar
secubit garam

Cara2:

1. Preheat oven 175 C.

2. Dalam mangkuk besar, pukul brown sugar + peanut butter + shortening hingga lembut dan ringan. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan vanilla extract.

3. Campurkan all-purpose flour + cream of tartar + baking soda + garam. Masukkan campuran ini ke dalam adunan batter tadi berselang seli dengan fresh milk. Kacau pakai senduk kayu @ spatula.

4. Masukkan adunan yg telah siap ke dalam bekas cupcakes. Bakar dlm oven selama 20-25 minit. Sy guna muffin cases..so bila dah masak tu rupanya sebijik cam muffin. Tak nampak macam rupe kek cawan pun.

** Jika takde papercups @ muffincases, boleh je masukkan adunan ni dlm muffin tray..cuma kena biarkan ianya sejuk dulu selama 10 minit sebelum pindahkan kek ke wire rack.


Selamat Mencuba....


Walau apa jua bentuk hasil yg anda perolehi..jangan risau krn rasanya sedap sangat. Hubby pun suka makan kek ni walaupun dia tak minat makan apa2 kek..sebab ada rasa macam biskut mazola katanya..hahaha..pencinta mazola rupenye hubby ni. Sy plan juga nak buat biskut kegemarannya minggu ni sebelum raya..bahan2 semua dah ada..tunggu mood datang je.




Sunday 22 November 2009

Fancy Dress

Jumaat lepas, kanak2 sekolah kat Bowburn Infant & Nursery School diminta memakai pakaian beragam i.e. 'fancy dress' untuk memungut derma kebajikan..[lupa pulak ttg welfare siapa..yg next friday tu ingatla sayaa]. Anak2 saya yg 2 org tu tak ketinggalan..setiap hari sy remind diri sy & suami supaya tak lupa macam tahun lepas [Pyjamas Day]..masa tu Ameen sorang je yg pakai uniform sekolah..sedih kan..hmm, kesian anakku. Lepas kejadian tu sy janji dgn diri takkan cuai lagi..

Salah seorang cikgu kat sekolah ni..nampak tak yang tengah pakai baju pink & skirt kain net pink tu..hahaha..ermm..sebenarnye kat sini takleh nak tangkap gambar anak2 orang lain sesuka hati. Nak kena saman buatlaa..tapi, saya buat2 'ter snap' la nih. Ihik2..tak berani wooo..

Ameen dengan baju Melayunya. Kami yg buat keputusan nak pakaikan dia baju tu sebab Ameen takde koleksi pakaian beragam macam Power Rangers atau Spiderman. Walaupun tak 'fancy' macam pakaian orang lain namun Ameen punya peminat juga. Geli hati saya bila Ameen bagitahu, classmate nya ' Charlotte' [cucu nenek tua yg pakai coat maroon] sangat suka baju Ameen terutama sekali brooch yg dipakainya. Sy gantikan butang baju Melayu dengan brooch sy yg berwarna hijau. Si Charlotte tu suka ngan brooch tu, katanya 'Come on, look..Ameen got a green diamond on his shirt..wow..'. Muahahaaa..

Iffah pula, sy tak snap gambar sorang2 dia tu sbb sibuk kendalikan baby..bersembanglaa..last2 lupa. Iffah hanya pakai dress dark pink ala-ala princess..dan jaket princess. Seingat saya, kami pernah belikan dia princess set dulu masa birthday dia..tapi, tak ingat simpan kat mana..tup2 masa kemas2 stor rumah semalam terjumpa cekak rambut tu..kalu tak boleh pakai ngan dress tu..


Geng2 ibu yang menjemput anak2 di sekolah ambil kesempatan bergambar beramai2 sebelum balik. Terima kasih kpd ustaz Helmi pasal tolong snap kan foto ni [my camera]. Seperti biasalah..bukan senang nak tangkap gambar kanak2 ni..tengokla Ameen.

**Ameen kata, 'dah raya ke hari ni ibu..kenapa Ameen je kena pakai baju ni..ayah tak pakai pun'..macam2 soalan..he3.

Wednesday 18 November 2009

Sendiri Lagi

Hari ni dah masuk 2 hari saya menguruskan anak2 tanpa sang suami. Zul pergi conference lagi dan kali ni di Milan, Italy. Jumaat ni baru balik ke sini. Bestnye jika saya pun dapat join the trip kan. Tapi, apa nak buat, takde bajet la nak ke sana utk 5 org..sementelah pula anak2 ni bersekolah. Saya dah biasa kena uruskan mereka ni sendirian. Terima kasih kepada rakan2 Malaysian yang offer pertolongan.

Sekarang ni cuaca semakin sejuk dan windy. Kadangkala hujan turun..malam tadi sungguhla lebat hujannya. Kesian kanak2 yang bersekolah Melayu..kesejukan. Tapi, datang kelas bersemangat sekali..hmm, patut kena tauladani semangat diorang ni kan. Kalau sayalaa sejuk2 macam ni..huuu..sengsara juga 'mood' nak keluar rumah. Terima kasih kpd Khairizam & Pakthe krn sudi hantar & ambil Ameen di SMB. May Allah bless u with many happy returns.

Eiduladha semakin hampir..seorang rakan Malaysian kami [husband & wife] telah selamat berangkat ke tanah suci Selasa [semalam] untuk mengerjakan rukun Islam yg terakhir. Alhamdulillah..semoga mereka berdua selamat di sana & tenang menunaikan ibadah kpd-Nya..pulang dgn haji mabrur. Bila agaknya giliran untuk kami berdua pula.

InsyaAllah, kami akan sambut Eiduladha pada hari Jumaat, 27 Nov 2009. Hmm..bestnye jika dapat celebrate di kampung halaman bersama keluarga. Takpe..masanya nanti akan tiba. Kami kena manfaatkan masa selama berada di sini. Akan digunakan semaksima mungkin untuk mengutip pengalaman & kenangan yang paling berharga buat diri. Moga perjuangan kami di sini diganjari dengan limpahan rahmat dan keberkatan hidup. Amiin..




Saturday 7 November 2009

King Cross Eurostar ke Paris

Ini sambungan kembara kami dr London hr tu. [Dah lama sy tak update blog ni..haha..malasnye kan.] Sekarang baru nak korek cerita semula. Dah byk yg sy terlupa ni. Harap masih boleh update dgn baik jln ceritanya..hi3.

Hari tu, pagi2 lg kami dah check-out dr Euro Hotel, Wembley utk amik train ke King Cross..kena 2 kali tukar train jgkla nak smpai sana tuu..nak pula dijadikan cerita, train yg kami naik tu tetiba je stop..ada problem..xsenang duduk hubby dibuatnya. Maka terlewatlah kami smpai di King Cross..i.e. 10 minit sblm departure. Mana sempat beb, nak security check lagi..check passport..ramai pula tuu..5 adults with 4 kids..huuu..

Diorg tak lepaskan masuk..peluh2 hubby saya dibuatnya. Kesian diaa..last2 diorg srh discuss dgn bahagian tiket adjust kot2 dpt naik next train. Alhamdulillah, kami dpt naik next train yg cuma selang 45 minit saja dr train yg missed td tu. Pheeww!

Tetamu kami. Kesian juga diorg kena ikut host & hostess punye plan jln2 yg padat. Sure diorg ni penat sgt2. Itulah, mana cukup seminggu je. Plg tidak 2 minggu..[hoh, xdok keroje la plk asyik nk berjln je]. Bila dah masuk train, rasa released sgt..tiba2 je perut terasa lapar. Padahal dah mkn sikit2 dlm hotel sebelum keluar pg tu.


Perjalanan Eurostar King Cross menuju ke Paris mengambil masa 2 jam. Kami pun sempat juga terlena sebentar. Masa ni kami baru saja tiba di Paris. Nak kena naik train pula untuk ke hotel.

Hotel kami tu blh tahanla strategiknya krn lokasinya sgt hampir dgn train station. Lupa pula sy apa nama train stop kat situ ;P
Yang mencabarnye, hotel tu xde lif daaa..aduss..kena pulak dok tingkat 4, terpaksalah panjat wooden steps yg spiral-shaped tu..pheewww! Sungguh menggerunkan. Pendek kata jika tertinggal apa2 brg kat dlm blk tu, kira xyah naikla semula..sempuuut!

Perjalanan ke Paris pun tak kurang dengan dugaannya juga. Maklum saja jalan2 dengan kanak2 ni..mcm2 karenah diorg..apatah lagi bila ada org lain bersama. Lagila mereka nak tunjuk segala macam pe'el yg ada. Huu..sengsara juga dibuatnya kami berdua. Maaf kpd guests kami kiranya perjalanan korang terganggu dgn karenah si kecil trio ni. Pasal tu kat UK kami selalu travel sendiri2 tanpa konvoi dgn rakan2 yg lain..lebih senang begitu..tp, buat Along & family, jgn serik pula nak jd guests kami eh?

Selesai check-in di Hotel Mary, kami tunaikan solat qasar dan rehat sebentar. Petangnya kami plan nak keluar, so kena rehat utk kumpul tenaga. Lagipun perut perlu diisi maa.

Ayah tengah tengok menu..hmm boleh tahan mahal juga makanan kat kedai ni eh. Mahal murah pun dah memang kena oda laa..sebab dah duduk dan minum jus sekerat gelas..hahahaa..

Gelagat kami sebelum menjamu selera. Sy pun dah lupa apa nama restoren yg kami singgah makan tengahari tu [dah lama pun..bln September, lupa pula nak amik gmbr kedai tu]. Harganya mahaaal..sepinggan nasi beryani bernilai 12 pounds. Murah lagi di London, kalo kat London baru 8 pounds. Apa lagi, dengan perut yg lapar..kami pun santap dengan berselera sekali. Sedap..semua habis dimakan. Alhamdulillah.

Selepas itu barulah kami mulakan perjalanan menuju ke destinasi yg paling ditunggu2..nnti sy smbg kemudian k..tggu idea datang utk menulis..taraa!

Tukang Cuci Baru

Alhamdulillah, penantian kami selama seminggu berakhir hari ni..dah rasmikan pun tadi. Terima kasih kpd landlord kerana menggantikan tukang cuci yg baru kepada kami. Dapatlah kami langsaikan hutang2 kain yg menimbun kat bilik kecil tu.

Barulah sy rasa legaaa...seolah2 baru lepas keluar drpd gua yg gelap. Malam ni heater terpaksa diaktifkan demi mengeringkan pakaian2 kami..syukur alhamdulillah.


Wednesday 4 November 2009

On her 4th Birthday

Hari ni hari ulangtahun Iffah yg ke-4. Jika ikut bulan Islam, tarikh lahirnya jatuh pada 2 Syawwal. Masih teringat lagi saat2 yg dilalui pada hari2 terakhir kehamilan. Oh!Ye..Iffah lahir betul2 pada tarikh jangkaan..jam 9:20 pagi tanpa sebarang masalah, malah cepat sangat proses kelahiran itu berlaku. Alhamdulillah..keberkatan lahir di bulan mulia. Semoga keberkatan itu berpanjangan selama2nya buat permata hati kami ini...IFFAH MADIEHAH..

Jom tengok foto2 Iffah dengan kek birthday nya..yg kami 'buat' kat kedai..ehehe..ayahibu kurang sihat kali ni, jadi mood untuk buat kek birthday kat dia tu tak berapa nak adaa..xpe, yg penting Iffah happy di hari ulangtahunnya.

Iffah, maaf ok ayahibu tak buat birthday party utk kakak. Hanya kecil2an sesama ahli baytulkifli je. Maklumlah, tengah xsihat kan. Mana ada kudrat iradat nak organize majlis2 seumpama itu. Birthday present? Hari ni kami bagi buku cerita Tweenies; "Happy Birthday, Fizz" je untuk Iffah.

Happy birthday gurl..
Hari ni dalam sejarah..ibu ikat rambut tocang 'piggy tail' melekat bertahan sampai ke petang..jika tidak tu..sejam je dah cabut..suke sangat sbb hari ni birthday dia kot..
Sampai2 sekolah je teachers dah bgtahu;
"It's your birthday today Iffah..how old are you today?"



Bergambar bersama dgn Dora birthday card..sukaa sangat dia.

Iffah dapat birthday card drpd Mrs Gilham & angkatannya. Seronoknya Iffah bukan kepalang tatkala dapat kad tu..diusungnya ke hulu ke hilir..masuk toilet pun dia bawak kad tu..he3.


Dia excited sangat tadi balik2 je dr sekolah..tengok2 ada kek birthday untuk dia kat rumah.


Dapat je kek ni terus lupa kek no. 4 yg dia pernah request sebelum ni..heheh, selamat telur kat dapo [ayah muttered..]

Ameen pelik kenapa Iffah sambut birthday 2 kali [sekali di Malaysia, sekali di UK]. Hahahaa..kat Malaysia tu beli 2 bijik kek pasal nanti kang mengamuk sedunia..Ameen ok je, kalau Iffah di tempat itu agaknya..huuu, no comment.

My lovely kids..
Izzah tgh moody..lapar & nak tido..

Selamat Hari Ulangtahun ke-4 anakku..

Ayah & ibu hanya mampu mendoakan yg terbaik saja buat anak2..semoga Iffah membesar menjadi anak solehah kpd ayahibu..bijaksana dan berjaya dlm hidup di dunia dan akhirat..